cth susun atur modul dlm program

19
MODUL 1 ICE BREAKING Masa : 1 jam Bahan : Kain dan marker pen. Tujuan Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta. Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat perancangan. Menimbulkan nilai-nilai murni. Kaedah Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat mengenai logo tersebut. LDK 1 Masa : jam Aktiviti 1 : Taaruf Berantai Maa : !" #init O$jektif Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi. Kaedah !asi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan. !asi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.

Upload: ubaidillah-yusof

Post on 05-Oct-2015

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

MODUL 1ICE BREAKINGMasa : 1 jamBahan : Kain danmarker pen.TujuanMenanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta.Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat perancangan.Menimbulkan nilai-nilai murni.KaedahPeserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan.Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat mengenai logo tersebut.

LDK 1Masa : 2 jamAktiviti 1 : Taaruf BerantaiMasa : 30 minitObjektifMengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.KaedahFasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya.Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu.Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya.Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

LDK 2Aktiviti 3 : Surat MuhasabahMasa : 15 minitBahan : SuratObjektifMengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri.Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta.KaedahKedudukan masih dalam keadaan bulatan.Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah.Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa pasangannya.Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan aspek.

LDK 3Masa : 2 jamAktiviti 1 : Pokok AjaibMasa :30 minitKaedahPilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian, fasi meminta peserta lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka ragu-ragu, maka minta peserta lain untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak empat kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu dan akhirnya fasi tunjukkan jawapan beserta penerangan.ObjektifFikir dahulu baik dan buruknya.Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan.Dengar dahulu sebelum membuat tindakan.Cerita :Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung Karma. Pokok itu bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabangdahan pada cabang yang pertama di pangkal di mana pada cabang yang kedua daripada cabang yang kedua daripada cabang yang pertama di pangkal, terdapat dua cabang dahan yang lain.Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang yang lain pada cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada cabang yang ketiga di pangkal poko, terdapat dua cabang dahan.Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang berasal dari pangkal, terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga daun pelepah tetapi tiada buah pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi terdapat tiga ekor monyet.

Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal.Masa :2 jamKaedahLatihan bersama fasi

LDK 4Masa : 1jamAktiviti 1: Saya OKMasa :30 minitBahan :Kertas A4 dan pen.ObjektifMenumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri.Melihat pegangan hidup peserta.Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang program.KaedahPeserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana.Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut.Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan :Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif.Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian.Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan.

Aktiviti 2: Penyerahan Surat MuhasabahMasa :15 minitBahan :Surat MuhasabahKaedahPeserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya.Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut.Aktiviti 3: KesimpulanMasa :15 minitKaedahFasi membuat kesimpulan.

MODUL 2SLOT 1 : TAARUFAktiviti 1 : Taaruf BerantaiMasa : 10 minitObjektif Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.Kaedah Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan. Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat. Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya. Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu. Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya. Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Atau

Aktiviti 2 : Taaruf PosmenMasa : 10 minitObjektif Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan dirinya. Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli.Kaedah Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya. asi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang. Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong. Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala maklumat daripada semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara sekalipun. Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan-rakannya. Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita.

SLOT 2: WASIATMasa: 15 minitObjektif Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi. Mengenal kelemahan dan kekurangan diri.Kaedah Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok. Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di muka hadapan sekeping kertas. Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat. Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak mendedahkan kepada pasangannya. Fasi membuat rumusan.

SLOT 3 : PELAN TINDAKANMasa : 35 minitObjektif Mengenal kekuatan diri. Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat.Kaedah Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K. Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya. Setiappeserta diminta membentangkan kekuatan tersebut. Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan.

MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSANICE BREAKING (JEJAK INSAN)ObjektifMenanamkan sifat inginkan kawan dalam diri pesertaMenyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatuMembina semangat setiakawan dalam diri pesertaMemecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecilMelihat bagaimana perhubungan mereka sebelum iniGerak KerjaFasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan daripadaciri-ciri individu yang tertulis di kertas.Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri-cirinya ada di kertas.Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah sinar nombor.Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan ketua kelompok 4) Logo

LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI)ObjektifMengenal watak dan perilaku ahli lainMewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompokMencari sifat sebenar ahli kelompokBagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli kelompok.Gerak KerjaPeserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang,pisang, kelapa sawit dan salak.Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.

LDK 2 (THE LAST GENERATION)ObjektifMelihat kepintaran kelompok memberi pendapatMemastikan kelompok mempunyai ide yang bernasMelihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompokDisiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkanMendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahlikelompokGerak KerjaPeserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut jantina.Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi untuk dipindah dan membangunkan satu planet baru.Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit untuk dipindahkan ke planet baru.

LDK 3 (FESYEN KEPIMPINAN)ObjektifMemberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa salingbergantunganMenanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugasGerak kerjaAhli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaianciptaan kelompoknyaFasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasaproses penciptaan fesyenPakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akandiperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan.

APRESIASI ALAMObjektifMewujudkan kejelikitan dan membuka minda pesertaMemberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasamaMencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif pesertaMemberi ruang kegembiraan kepada pesertaMelepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkelGerak Kerja1.Paku MilleniumPeserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yangtercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa pakutersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan.2.Mengapungkan BataPeserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkanmelaluinya.3.Belon SifatPeserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan palingkreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.Tertakluk kepada perubahan

CONTOH SUSUN ATUR PELAKSANAAN MODUL BAGI SESUATU PROGRAM

JUMAAT, 14 MAC 2013Ice-breaking : Mencari RakanMasa : 30 minitBahan : Kertas keras, penObjektif :1.Memberi peluang kepadapeserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam suasana yang menyeronokkan.1. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan yang berbeza umur.Kaedah :1. Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar.2. Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan-kepingan kad atau keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya.3. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang dinyanyikan/diisyaratkan.4. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain.5. Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya.6. Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing setelah masa tamat, mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang berkenaan akan menyambutnya.Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I)Objektif :1. Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator.2. Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan.3. Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta.4. Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain.Aktiviti 1 :Salam MuhibbahMasa : 10 minitKaedah :1. Fasi memperkenalkan diri dahulu.2. Diikuti oleh peserta.3. Fasi menutup mata salah seorang peserta.4. Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan dan suara.Aktiviti 2 :Impressi Kali PertamaMasa : 20 minitKaedah :1. Peserta masih berada di dalam satu bulatan.2. Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan.3. Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah bulatan.4. Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu diulang sehingga semua ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain.

SABTU, 15 MAC 2013Latihan Dalam Kelompok IIAktiviti 1 :ResolusiMasa : 10 minitObjektif :1. Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2.2. Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta.3. Mengenal pasti kelemahan diri peserta.Kaedah :1. Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan.2. Setiap ahli diminta membuat satu rumusan.Aktiviti 2 :Beg KendiriMasa : 1 jamBahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama.Objektif :1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan.2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas.Kaedah :1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong.2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil.3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat sebuah beg.4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar lama yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pengawas.5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab ditampal di luar beg manakala gamabar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan disimpan di dalam beg.Perbincangan :1. Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya.2. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan.Rumusan :1. Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan.2. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki.3. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang pengawas.Aktiviti 3 :Soal Selidik DiriMasa : 20 minitBahan : Borang soal selidikObjektif :1. Mengenal pasti kejujuran peserta.2. Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta.Kaedah :1. Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.2. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik.3. Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik.

MODUL 1Aktiviti 1 :Muslim Cemerlang Ummah GemilangMasa : 1 jamBahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam.Objektif :1. Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman.2. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang diusulkan.Kaedah :1. Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan.2. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi.Cerita :Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?. Aku memang setai nie, mula-mula tidoq, lepaih tu baru studi.Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka meneruskan study mereka.Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini.Woi, lari woi !. Selamatkan diri masing-masing. Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat, jerit Man kepada kawan-kawannya.Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa ketika..Selamat..Panas..Sunyi.Keriok, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan.Samad, bot kita dah musnah la.Macam mana nak balik nie ???, pekik Murad. Apa..!!!!, kata mereka serentak. Tidak.TidakAku nak balik jugak..Mama nak balik., pekik Man. Woi, diam la budak, jerit Murad. Ish.Macam mana nak buat nie, kata si Samad.Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab.Aktiviti 2 :PembentanganMasa : 1 jam 30 minit.Objektif :1. Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai.2. Memperlihatkan kemahiran berdebat.Kaedah :1. Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka.2. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit.

MODUL 2Aktiviti :Strategi dan PerancangMasa : 2 jamBahan : Duit kertasObjektif :1. Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya.2. Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya.Kaedah :1. Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau).2. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B).3. Kumpulan A: Strategi.4. Kumpulan B: Perancang.5. Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang dari kumpulan lain.6. Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza).7. Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan.8. Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.

MODUL RIADHAHAktiviti 1 :Pusingan RodaMasa : 30 minitObjektif :1. Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan.2. Meningkatkan keyakinan diri.Kaedah :1. Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan.2. Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam.3. Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya.4. Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi.5. Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau diadakan pertandingan di antara kumpulan.Aktiviti 2 :Berita SensasiMasa : 30 minit.Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat.Objektif :1. Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin adalah gejala yang perlu dihapuskan.2. Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat.Kaedah :1. Fasi menyediakan potongan karangan.2. Asingkan peserta di antara satu sama lain.3. Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama.4. Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang ditunjukkan.5. Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan.6. Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis kembali mesej yang diterimanya.7. Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza.Petikan :Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat saya nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota merah yang hendak menuju ke selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan ke hospital.`Falsafah :1. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat.2. Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya.3. Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah mencari sumber yang asal.4. Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya.5. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis.Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja dengan cepat tetapi berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk menghabiskan ujian ringkas ini. Sila baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati.1.Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung.2.Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut perkataan Subhanallahsebanyak 3 kali.3.Letakkan tangan kanan anda di dada.4.Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan Alhamdulillah sebanyak 5 kali.5.Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut AduhLemahnya iman aku hari ini.6.Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan kalimah Allahuakhbar sebanyak 2 kali.7.Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda.8.Berapakah hasil darab 2 dengan 8.9.Sebutkan nama rasul kita yang terakhir.10.Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan.11.Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan Saya anak yang soleh.12.Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat.13.Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan Aku kasih kepadamu sahabat.14.Campurkan 44 dengan 56.15.Sila bacakan ayat tersebut, Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah.16.Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu berdiri tegak dan lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar sebanyak 3 kali sahaja.17.Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar.