cpc vs ocpm – jenis bid yang mana satu patut anda guna.pdf

8
CPC Vs oCPM – Jenis Bid Yang Mana Satu Patut Anda Guna? Antara soalan yang paling popular dalam setiap sesi kelas Facebook saya adalah tentang jenis bidding yang paling bagus; CPC ke oCPM? Ramai yang tanya sebab bab jenis bidding ni ada banyak sangat mazhab. Sifu „A‟ kata CPC paling selamat… Sifu „B‟ kata oCPM paling murah… Sifu „C‟ lak kata ikut musim… Patut la setiap kali kelas, mesti ada orang tanya mana satu yang mereka patut pakai. Yelah, semua orang nak kos iklan yang murah. Takde yang nak buat iklan untuk kayakan Mark Zuckerberg sorang. Kan? Jenis-Jenis Bidding Untuk Iklan di Facebook Sebelum nak cerita panjang lebar tentang mana satu yang anda patut gunakan, elok saya share sikit apakah jenis bidding yang anda boleh pilih setiap kali nak buat iklan di Facebook. 1. AutoOptimized CPM @ oCPM @ Optimize For “_______” Ini adalah default setting untuk semua iklan, baik yang dibuat menggunakan fungsi Boost Post, Ads Manager mahupun Power Editor. Bila menggunakan bid jenis oCPM, anda akan dicas untuk setiap 1,000 kali iklan anda keluar di Facebook (impression). Anda tak boleh set berapa kos maksima yang anda sanggup bayar untuk 1,000 impression, tapi anda hanya boleh set berapa yang anda sanggup laburkan setiap hari (daily budget).

Upload: normala-biz

Post on 26-Sep-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • CPC Vs oCPM Jenis Bid Yang Mana Satu Patut Anda Guna?

    Antara soalan yang paling popular dalam setiap sesi kelas Facebook saya adalah tentang

    jenis bidding yang paling bagus; CPC ke oCPM?

    Ramai yang tanya sebab bab jenis bidding ni ada banyak sangat mazhab.

    Sifu A kata CPC paling selamat

    Sifu B kata oCPM paling murah

    Sifu C lak kata ikut musim

    Patut la setiap kali kelas, mesti ada orang tanya mana satu yang mereka patut pakai.

    Yelah, semua orang nak kos iklan yang murah.

    Takde yang nak buat iklan untuk kayakan Mark Zuckerberg sorang. Kan?

    Jenis-Jenis Bidding Untuk Iklan di Facebook

    Sebelum nak cerita panjang lebar tentang mana satu yang anda patut gunakan, elok saya

    share sikit apakah jenis bidding yang anda boleh pilih setiap kali nak buat iklan di Facebook.

    1. AutoOptimized CPM @ oCPM @ Optimize For _______

    Ini adalah default setting untuk semua iklan, baik yang dibuat menggunakan fungsi Boost

    Post, Ads Manager mahupun Power Editor.

    Bila menggunakan bid jenis oCPM, anda akan dicas untuk setiap 1,000 kali iklan

    anda keluar di Facebook (impression).

    Anda tak boleh set berapa kos maksima yang anda sanggup bayar untuk 1,000 impression,

    tapi anda hanya boleh set berapa yang anda sanggup laburkan setiap hari (daily budget).

  • Facebook akan menggunakan budi bicara (baca sistem) mereka untuk menentukan

    berapakah bayaran untuk setiap impression dan berusaha sehabis baik untuk menghabiskan

    budget harian anda.

    Kalau guna oCPM, insyaAllah daily budget anda pasti habis!

    Walaupun bunyi macam menakutkan, bidding jenis oCPM ini mempunyai satu kelebihan luar

    biasa yang tak ramai orang tau.

    Apabila menggunakan oCPM, iklan anda akan dioptimize untuk objectif kempen yang anda

    pilih (rujuk gambar di bawah).

    Pilihan Objektif / Jenis Iklan di Facebook

    Contoh #1:

    Untuk iklan Send people to your website (dulu dikenali sebagai Clicks to Website) yang

    menggunakan oCPM, Facebook akan berusaha menayangkan iklan kepada targeted

    audience yang biasa klik link ke website-website dari dalam Facebook.

  • Contoh #2:

    Iklan Get video views akan ditayangkan kepada targeted audience yang biasa menonton

    video dalam Facebook (bukan semua orang suka tengok video dalam phone atau Facebook,

    kan?).

    2. Cost Per Click @ CPC

    CPC adalah jenis bidding yang famous sejak dulu di mana anda hanya akan dicas bila ada

    audience yang klik iklan anda.

    Kiranya, kalau orang hanya baca iklan anda tapi tak klik, anda dapat free promotion lah

    Macam best jer bunyi kan?

    Tapi, yang ramai orang tak tau adalah

    Setiap satu klik pada iklan anda adalah berbayar. Tak kiralah orang tu klik

    Like

    Comment

    Share

    Nama fanpage

    Gambar

    See more

    Profile picture

  • Setiap kik pada iklan ini adalah berbayar (kalau guna CPC)

    Haaa. Terkejut?

    Apapun, anda tak perlu risau sebab yang biasanya akan klik iklan anda adalah orang yang

    berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklan anda.

    Dan, anda juga boleh set berapa maksimum kos per klik yang anda sanggup

    bayar

    Iklan jenis CPC ni, Facebook tak tolong optimize mengikut objektif iklan anda (macam

    oCPM), tapi ianya dioptimize untuk ditayangkan kepada orang yang suka klik-mengklik.

  • Jadi, ada 2 beza utama antara oCPM dengan CPC:

    1. Cara anda dicas. oCPM ikut impression, CPC ikut klik.

    2. Cara iklan anda di Optimize. oCPM ikut objektif iklan. CPC ikut siapa suka klik.

    3. CPM @ Cost Per Impression

    Bidding yang ke-3 ini jarang sangat digunakan oleh ramai orang walaupun ia mirip kepada

    oCPM.

    Sebabnya?

    Walaupun anda boleh set berapa maksimum kos yang anda sanggup bayar untuk setiap

    1,000 impression (bila guna CPM), tapi iklan anda tak di optimize oleh Facebook untuk apa-

    apa ataupun kepada siapa.

    CPM ini biasanya hanya sesuai untuk 2 tujuan:

    1. Brand awareness

    2. Kalau CTR anda sangat tinggi, dalam 5% ke atas (tapi biasanya kalau guna oCPM

    lebih power!)

    4. Daily Unique Reach @ DUR

    Ada lagi bidding selain oCPM, CPC & CPM ke?

    Yups!

    Ini adalah jenis bidding yang hanya terdapat dalam Power Editor.

  • Bila menggunakan bidding jenis DUR, iklan anda akan dihadkan supaya keluar hanya sekali

    sehari kepada targeted audience.

    Honestly, saya tak pernah terfikir untuk menggunakan DUR sebab belum nampak kegunaan

    yang sesuai.

    Baca lebih lanjut tentang DUR di blog Jon Loomer (Daily Unique Reach: Limit Frequency of

    Facebook Ads to Once Per Day).

    Mana Satu Bidding Yang Anda Patut Guna?

    Berbalik kepada soalan cepu emas yang diutarakan di awal entri ini,

    CPC Vs oCPM; Mana satu yang lebih bagus?

    Jawapan mudah saya,

    It depends

    Macam tak jawab soalan lak kan?

    Jangan marah.

  • Memang dalam setiap kelas saya, saya akan akan suruh student saya test sendiri untuk

    kenal pasti mana satu bidding yang lebih bagus dan berbaloi.

    Proses itu dinamakan Split Test.

    Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa, kadang-kadang iklan CPC lebih berbaloi

    berbanding oCPM.

    Kadang-kadang sebaliknya pula.

    So, kena test sendiri untuk tau.

    Cara Split Test Untuk Pilih CPC Atau oCPM

    Ini adalah cara yang saya guna untuk tentukan mana satu lebih berbaloi & bagus.

    1. Buat Dua Ads Set

    Satu Ads Set menggunakan CPC, satu lagi menggunakan oCPM.

    Pastikan targeting, placement dan daily budget adalah sama.

    2. Biarkan Iklan Berjalan

    Biarkan iklan berjalan dalam 6 ke 12 jam. Paling lama 24 jam.

    3. Monitor & Buat Analisa

    Selepas 6 ke 12 jam, tengok iklan mana yang lebih berbaloi dari segi CONVERSION

    (kos per klik murah & sales banyak)

    4. Pause / Stop Ads Set Yang Kureng

    Berdasarkan analisa di step #3, pause Ads Set yang kurang memberangsangkan.

    5. Siap

    Split Test dah selesai

    Fokus dan teruskan monitor conversion untuk Ads Set yang berjalan

  • Naikkan daily budget kalau sales masyuk

    Senang jer kan nak split test antara CPC dan oCPM? Anda hanya perlu bersabar selama 6 ke

    12 jam. Paling lama pun 24 jam.

    Tips Tambahan Untuk Split Testing & oCPM

    Ini beberapa tips tambahan yang saya.

    1. Gunakan budget yang sederhana untuk split test. RM15 ke RM30 untuk satu Ads Set

    biasanya memadai. Tak perlu lenjan sampai RM100.

    2. Gunakan Order Code atau Conversion Pixel yang berbeza supaya anda boleh track

    sales datang dari iklan yang mana satu.

    3. Kalau oCPM adalah bid yang thorbaik untuk anda, mulakan dengan daily budget

    yang sederhana (bawah RM100). Kalau lepas 24 jam nampak masih cun, boleh cuba

    naikkan budget.

    4. Bila guna oCPM, pastikan anda monitor prestasi iklan anda setiap hari. Lagi bagus,

    setiap 4-6 jam. Takut sistem Facebook tiba-tiba weng, duit kena telan tapi iklan

    jalan slow.

    5. Kalau audience tak sampai 10K (biasanya untuk retargeting), CPC adalah lebih

    menjimatkan.

    Perbezaan & persamaan antara teknik CPM dan oCPM

    Perbezaannya ialah bid CPM tidak boleh digunakan untuk iklan di sidebar, hanya di paparan

    newsfeed sahaja. Manakala oCPM boleh digunakan untuk apa sahaja paparan iklan

    Click Through Rate (CTR) yang boleh berikan anda kos iklan (kos per klik) yang murah

    untuk CPM ialah > 5% manakala oCPM pula ialah >10%.

    Persamaan kedua-dua teknik ini pula ialah anda boleh mendapatkan kos iklan yang rendah

    dengan menggunakan akaun Malaysia Ringgit (MYR) Sahaja!