persoalan bid’ah dan khilafiah dalam konteks umat islam ... · semua perbuatan keagamaan yang ......

18
Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014 1 | Page Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam Di Malaysia 1 Disediakan oleh: Al-Faqir ilallahil Qadir, Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Muqaddimah Memahami makna bid’ah dan khilafiah sangat penting untuk menilai sesuatu perkara atau amalan baru yang tidak pernah ada atau dibuat pada zaman Rasulullah. Kegagalan memahami makna keduanya dengan benar, akan menatijahkan cara menghukumkan sesuatu perkara baru dengan cara yang tidak benar pula. Kertas kerja ini berusaha menjelaskan makna bid’ah dan khilafiah serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya di samping melihat kedua-dua isu ini dalam konteks umat Islam di negara ini. PERTAMA: BID’AH Pengertian Bid’ah Bahasa Dari segi bahasa, bid’ah ialah: َ ثِ دْ حُ ا أَ مٍ قِ ابَ سٍ الَ ثِ مِ رْ يَ ى غَ لَ ع“Apa-apa yang diciptakan tanpa ada contoh terdahulu.” 2 Semua takrif bid’ah dari segi bahasa merujuk kepada: Sesuatu perkara atau amalan baru yang diciptakan/ diadakan yang tidak ada contoh sebelumnya.” Syara’ Dari segi istilah atau syara’, terdapat 2 pendekatan ulama’ dalam memahaminya: a) Umum Imam Izzuddin bin Abdus Salam (660H) menyebutkan bid’ah ialah: ِ ِ ولُ سَ رِ رْ صَ ي عِ فْ دَ هْ عُ يْ مَ ا لَ مُ لْ عِ ف. 1 Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014, 15 Disember 2014, di Auditorium, Masjid Al-Azim, Melaka. Kebanyakan isu kandungan kertas kerja ini merujuk kepada buku Al-Faqir, Khilafiah: Persoalanan & Penjelasan Ulama’, terbitan Inteam Publishing Sdn. Bhd., 2013 2 Lihat kamus Al-Munjid, ms. 27. Takrif yang hampir sama juga disebutkan dalam Al-Muhit, 3/3, Mukhtar ash-Shihhah, ms. 379 dan Al-Mu’tamad, ms. 28.

Upload: lynhu

Post on 03-May-2019

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

1 | P a g e

Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam Di Malaysia1

Disediakan oleh:

Al-Faqir ilallahil Qadir, Ustaz Muhadir bin Haji Joll,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Muqaddimah

Memahami makna bid’ah dan khilafiah sangat penting untuk menilai sesuatu perkara atau amalan baru

yang tidak pernah ada atau dibuat pada zaman Rasulullah. Kegagalan memahami makna keduanya

dengan benar, akan menatijahkan cara menghukumkan sesuatu perkara baru dengan cara yang tidak

benar pula. Kertas kerja ini berusaha menjelaskan makna bid’ah dan khilafiah serta perkara-perkara yang

berkaitan dengan keduanya di samping melihat kedua-dua isu ini dalam konteks umat Islam di negara ini.

PERTAMA: BID’AH

Pengertian Bid’ah

Bahasa

Dari segi bahasa, bid’ah ialah:

حدثال سابق ما أ

ير مث

ى غ

عل

“Apa-apa yang diciptakan tanpa ada contoh terdahulu.”2

Semua takrif bid’ah dari segi bahasa merujuk kepada:

“Sesuatu perkara atau amalan baru yang diciptakan/ diadakan yang tidak ada contoh sebelumnya.”

Syara’

Dari segi istilah atau syara’, terdapat 2 pendekatan ulama’ dalam memahaminya:

a) Umum

Imam Izzuddin bin Abdus Salam (660H) menyebutkan bid’ah ialah:

م يعهد في عصر رسول للا . فعل ما ل

1 Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014, 15 Disember

2014, di Auditorium, Masjid Al-Azim, Melaka. Kebanyakan isu kandungan kertas kerja ini merujuk kepada buku Al-Faqir,

Khilafiah: Persoalanan & Penjelasan Ulama’, terbitan Inteam Publishing Sdn. Bhd., 2013 2 Lihat kamus Al-Munjid, ms. 27. Takrif yang hampir sama juga disebutkan dalam Al-Muhit, 3/3, Mukhtar ash-Shihhah,

ms. 379 dan Al-Mu’tamad, ms. 28.

Page 2: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

2 | P a g e

“Perbuatan/ mengerjakan sesuatu yang tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah .”3

Keterangan:

Takrif di atas adalah umum.

Semua perbuatan keagamaan yang tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah, lalu dibuat

selepas itu, sama ada ia baik atau tidak, termasuk bid’ah.

o Jika ia tidak baik disebut Bid’ah Dhalalah/ Sayyi’ah (sesat/keji).

o Jika ia baik disebut Bid’ah Hasanah (baik/tidak keji).

b) Khusus

Ibnu Rajab al-Hanbali (795H) memberikan takrif bid’ah sebagai berikut:

مدحا أ

م م ث

ا ل

لصأ

ف هل

ع ل دي ةيعري الش

هيل

، فا مم أ

انا ك

هل

نم ل صأ

ع ل دي عرالش

هيل

ف سيل

ةعدبب

إعا، ورشعدب انن ك

ة

ل

غ

“Apa-apa yang dibuat dengan tidak memiliki dasar syariat yang membolehkannya. Adapun jika sesuatu

perbuatan ini memiliki dasar syariat yang membolehkannya, maka ia tidak dinamakan bid'ah dari segi

syara’, walaupun ia adalah bid'ah dari segi bahasa.”4

Keterangan :

Bid’ah dari segi syara’ semuanya sesat.

Jika sesuatu perbuatan ada dasar syariat, tidak dinamakan bid’ah dari segi syara’, tetapi bid’ah

dari segi bahasa.

Rumusan:

Takrif yang diberikan oleh ulama’ dalam pendekatan kedua merujuk kepada Bid’ah Dhalalah oleh

para ulama’ dari pendekatan pertama.

Kedua-dua pendekatan ulama’ ini sepakat tentang hakikat makna bid’ah iaitu:

o Berdosa jika melakukan Bid’ah Dhalalah (sesat) atau Bid’ah Mazmumah (tercela) atau

Bid’ah Qabihah (buruk) kerana ia tidak memiliki dasar syariat yang membolehkan untuk

melakukannya.

Kesimpulan:

Imam Ibn Al-Arabi (543H) mengatakan:

تسيل

عدبال

و ة

حال

م دث

ل نيوممذ

و ثدحمو ةعدب ظفل

ا يمن إا، وميهناعم ل

نم م ذ

ا يم ةعدبال

الخ

ف

ن الس ي، وة

نم م ذ

دحال

ا إعا دم اتث

ى الض ل

ل .ةل

“Bukanlah bid’ah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan “bid’ah” atau “muhdath” dan bukan juga

kerana makna-makna keduanya, akan tetapi bid’ah yang dicela ialah apa-apa yang bertentangan dengan

sunnah dan muhdath yang dicela ialah apa-apa yang membawa kepada kesesatan.”

3 Lihat Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, 2/172. 4 Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, ms. 223.

Page 3: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

3 | P a g e

Pembahagian bid’ah

Imam Syafi’e (204H) membahagikan bid’ah kepada 2 bahagian iaitu :

i) Bid’ah Dhalalah (sesat)

ii) Bid’ah Hasanah (baik)

Imam Syafi’e berkata:

مهو مذ

ها ف

ف

ال

، وما خ هو محمود

ف

ة ن ق الس

ما واف

، ف

مومة

ومذ

بدعتان: محمودة

بدعة

ل .وم ا

“Bid’ah itu dua jenis: “Bid’ah yang dipuji dan bid’ah yang dikeji. Apa yang selari dengan sunnah itu, maka ia

dipuji dan apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.”5

Di ketika lain, beliau berkata:

هذو إجماعا، ف

را أ

ثو أ

أ

ة و سن

كتابا أ

الف

يخ

حدث

مور( ضربان، ما أ

أل

ات )من ا

حدث

لل، ا

ل الض

ه بدعة

يخ

من ال

حدث

مومة.وما أ

ير مذ

غ

ة

هي محدث

لك، ف

يئا من ذ

ش

الف

يخ

ر ل

“Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (Pertama), perkara baharu yang bercanggah

dengan Al-Qur’an atau sunnah atau athar sahabat atau ijma’, maka inilah Bid‘ah Dhalalah (sesat). Dan

(kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana

daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid’ah yang bukan keji.”6

Kesimpulan daripada 2 takrif di atas:

Perkara

baru

(bid’ah)

Jika Dipanggil

(a) bertentangan dengan sunnah

atau

(b) bertentangan dengan Al-Qur’an,

sunnah, athar sahabat atau ijma’

Bid’ah Mazmumah (keji) atau

Bid’ah Dhalalah (sesat)

(a) selari dengan sunnah

atau

(b) tidak bertentangan dengan Al-

Qur’an, sunnah, athar sahabat atau

ijma’

Bid’ah Mahmudah (dipuji) atau

Bid’ah Ghair Mazmumah (tidak keji).

* Para ulama’ selepas itu menyebut Bid’ah Ghair

Mazmumah (tidak keji) ini dengan Bid’ah Hasanah

(baik).

Faedah:

Imam Syafi’e adalah ulama’ terawal yang membahagikan bid’ah kepada 2 bahagian iaitu Bid’ah Dhalalah

(sesat) dan Bid’ah Hasanah (baik). Para ulama’ selepas beliau, kemudiannya menyetujui pembahagian ini.

Para ulama’ yang bersetuju dengan pembahagian Imam Syafi’e

Bil. Nama Kitab

1 Imam Ibn Abd al-Barr (204H) Al-Istizkar, 5/152

2 Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali (505H) Ihya’ ‘Ulum ad-Din, 1/276

3 Imam Al-Hafizh Ibn Al-Athir (606H) An-Nihayah, 1/79

5 Ia juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim. Lihat Fath al-Bari, 17/10. 6 Riwayat Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih di dalam kitabnya Manaqib Syafi’e. Lihat Fath al-Bari, 17/10.

Page 4: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

4 | P a g e

4 Imam Izzuddin bin Abdus Salam (660H) Qawa’id al-Ahkam, 2/133

5 Imam Nawawi (676H) Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, 3/22

6 Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H) Fath al-Bari, 4/253

7 Imam Ibn Hajar al-Haitami (973H) At-Tabyin fi Syarh al-Arba’in, ms. 32

dan ramai lagi.

Pembahagian bid’ah kepada 5 bahagian (taqsim khumasi)

Imam Izzuddin bin Abdus Salam membahagikan bid’ah kepada 5 bahagian kerana:

a) Bid’ah adalah ‘perkara baru’, bukan ‘hukum’.

Hukum hanya ada 5 iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Oleh itu, ‘perkara baru’ hendaklah

ditimbang di atas neraca hukum yang lima ini.

Perkara

baru

(bid’ah)

Ditimbang di

atas neraca

hukum yang

lima

Dipanggil Contoh

Wajib Bid’ah Wajib Mengkaji Ilmu Tatabahasa (Nahu) untuk memahami

Al-Qur’an dan hadith.

Sunat Bid’ah Sunat Mendirikan sekolah dan tempat pengajian.

Harus Bid’ah Harus

Bersalam selepas sembahyang Subuh dan Asar,

memudah/ meluaskan urusan makan, minum,

pakaian dan tempat tinggal.

Makruh Bid’ah

Makruh Menghias masjid dengan ukiran.

Haram Bid’ah Haram Mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah.

b) Beliau hanyalah memperincikan pembahagian yang telah disebutkan oleh Imam Syafi’e.

Pembahagian Imam

Syafi’e Imam Izzuddin bin Abdus Salam memperincikan:

Bid’ah Hasanah Bid’ah Wajib, Bid’ah Sunat

Bid’ah Dhalalah Bid’ah Makruh dan Bid’ah Haram

Dalil Bid’ah Hasanah

Dalil ada Bid’ah Hasanah merujuk kepada ayat Al-Qur’an dan beberapa hadith menyebutkan tentangnya

antaranya:

1) Ayat

ة ما رعوها حق رعايتها. ابتدعوهاورهباني

ه ف

اء رضوان الل

ابتغ

يهم إل

تبناها عل

ما ك

Page 5: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

5 | P a g e

“…dan (perbuatan meraka beribadat secara) “Rahbaniyyah” merekalah sahaja yang mereka- merekanya.

Kami tidak mewajibkan atas mereka. (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah, dalam

pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya…”7

Keterangan :

Ayat ini bukannya mencela Bani Israel kerana mengada-adakan hidup kependetaan dengan

tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Mereka dicela kerana tidak menunaikannya dengan sebenar-benarnya cara kependetaan yang

mereka ada-adakan itu8.

2) Hadith dari Abdur Rahman bin Abdul Qari tentang sembahyang Tarawih di mana dia keluar bersama

Umar bin Al-Khattab pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati

sekumpulan sahabat sembahyang bersendirian dan yang lain berjemaah. Umar mengatakan jika dia

mengumpul mereka mengikut seorang qari (imam), maka ia lebih baik. Dia kemudiannya menyuruh

mereka mengikut Ubai bin Ka’ab. Pada malam lain yang ketika ramai yang sembahyang di belakang

seorang imam, Umar berkata:

بدعة

.هذه نعمت ال

“Ini adalah bid’ah yang baik.”9

Keterangan:

Sayyiduna Umar memuji keadaan orang ramai yang sembahyang Tarawih di belakang seorang

imam sebab perkara itu belum pernah terjadi pada ketika zaman Nabi dan zaman Abu Bakar.

3) Rasulullah bersabda:

من ابتدع ة

له ضل

رسول

يرضاها للا ول

ينقص ل

ام من عمل بها ل

ل آث

يه مث

ان عل

وزارهم ك

لك من أ

ذ

يئا.

ش

“Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid’ah Dhalalah (sesat) yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya, maka

ke atasnya dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi sedikitpun daripada

dosa mereka itu.”10

Keterangan:

Dalam hadith ini, perkataan ‘Bid’ah’ secara jelas ditaqyidkan (diikatkan) dengan sifatnya yang

‘Dhalalah’ (sesat), yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Jika ‘bid’ah’ itu sifat tidak sesat, maka sebaliknya, diberi pahala.

Difahami dari hadith ini:

Jika Maksudnya

Mafhum muwafaqah ةق

pemahaman) مفهوم مواف

yang tersurat) atau Manthuq al-Hadith وقمنط

Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid’ah Dhalalah

(sesat) yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya, dia

berdosa.

7 Surah Al-Hadid: 27. 8 Lihat athar daripada Abu Umamah al-Bahili melalui riwayat Imam Ath-Thobrani dalam Al-Ausath. Lihat juga riwayat

Imam Ad-Darquthni tentangnya. 9 Riwayat Al-Bukhari. 10 Riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah.

Page 6: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

6 | P a g e

حديث (maksud tersurat) ال

Mafhum mukhalafah فمفهوم مال

ة خ (pemahaman

sebaliknya)

Sesiapa yang mengadakan sesuatu bid’ah yang

baik/ tidak sesat (Bid’ah Hasanah) yang diredhai

Allah dan Rasul-Nya, dia mendapat pahala.

4) Rasulullah bersabda:

ا ا هذ

مرن

في أ

حدث

يس منهمن أ

. ما ل هو رد

ف

“Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan

daripadanya, maka ia tertolak.”11

Difahami dari hadith ini:

Jika

Mafhum muwafaqah هوممف

ة ق

pemahaman yang) مواف

tersurat) atau Manthuq al-

Hadith حديث ال

وق

maksud) منط

tersurat)

Mafhum Mukhalafah ةف

ال

هوم مخ

مف

(maksud tersirat)

Maksudnya

Membuat sesuatu yang baru, yang

bukan daripada agama (iaitu yang

bercanggah dengan Al-Qur’an,

hadith, athar dan ijma’), maka ia

tertolak.

Mengadakan sesuatu yang baru, yang datang

daripada agama (iaitu yang asas dari Al-Qur’an,

hadith, athar dan ijma’), maka ia tidak tertolak.

Dinamakan Bid’ah Dhalalah Bid’ah Hasanah

Hukumnya Ditolak

Diterima, seolah-olah hadith mengatakan:

هو مقبول .ا ما منه ف

ا هذ

مرن

في أ

حدث

من أ

“Sesiapa yang mengadakan sesuatu dalam urusan

(agama) kami ini, sesuatu yang ia daripadanya, maka

ia diterima (tidak ditolak).”

5) Rasulullah bersabda :

من م سن إلسل

في ا

حسنة

ة عمل بها بعده سن

جورهم ف

ينقص من أ

جر من عمل بها ول

ل أ

ه مث

تب ل

ك

إلس، ومن سن في ا يء

عمل بها بعدهش

ف

ة

ئ سي

ة م سن

ينقص من ل

ل وزر من عمل بها ول

يه مث

تب عل

ك

يء

وزارهم ش .أ

“Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya

itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak

dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam

Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa

sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang

mengerjakan itu.”12

11 Riwayat Al-Bukhari dan Muslim. 12 Riwayat Muslim.

Page 7: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

7 | P a g e

Keterangan:

Hadith ini sangat jelas menunjukkan adanya Bid’ah Hasanah di mana Rasulullah

membenarkan untuk mengada-adakan/ membuat/ menimbul/ mewujudkan sunnah/ jalan-jalan

yang baik asalkan tidak bertentangan dengan Al-Qur’an, sunnah, athar sahabat atau ijma’.

Jika mengadakan Bid’ah Hasanah dalam konteks di atas adalah suatu galakan daripada Rasulullah

, ia bermakna mengadakan Bid’ah Hasanah adalah digalakkan dan mendapat pahala.

Imam Nawawi di dalam Syarh Shahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini berkata:

وق

ن سصلى اللـه عليه وسلم م هل سي اإلف ن

ن س مل

نسح ة

ة

ف هل

ا إهرجأ

يهف هرى آخل

حال

ث

عتبى الل

ب اءد

ال

سو اتريخ

ن الس نن

سحال

نم يرذحالت و اتن

اعرتاخ

و يلاطباأل

.اتحبقتسال

ي هفوذ

يثدحا ال

ت

يصصخ

)) صلى اللـه عليه وسلم هلوق

دحم ل ك

عدة بث

و ة

ض ةعدب ل ك

لل

ة

و ((أ ن

هب ادرال

دحال

اتث

اطبال

ل

و ة

عدبال

ال

وممذ

م ث

و: الق

عدبال

سمخ

ة

أ

باجام: وسق

ة

وبندمو مر حمو ة

مو ة

وهرك

احبمو ة

انتهى . ة

“Sabda Nabi, “Sesiapa yang memulakan/ mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik maka bagi

pahala atas usahanya itu…sehingga akhir hadith, hadith tersebut terdapat galakan untuk

memulakan perbuatan-perbuatan yang baik dan mengadakan sesuatu cara/ jalan/

perbuatan dan perkara-perkara kebaikan di samping ia (hadith) juga adalah suatu peringatan

supaya menjauhi dari memulakan kebatilan-kebatilan dan perbuatan-perbuatan yang dianggap

buruk. Dalam hadith ini juga terdapat pengkhususan (takhsis) terhadap sabda Nabi, “Setiap

perkara baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat”. Dan yang dimaksudkan dengan

perkara-perkara baru dalam hadith ini ialah perkara baru yang batil dan bid’ah-bid’ah yang

tercela.” (Kemudian Imam Nawawi berkata: Bid’ah itu ada lima bahagian iaitu bid’ah wajib,

mandub (sunat), haram, makruh dan mubah.” Intaha.

Difahami dari hadith ini:

Petunjuk dari hadith Disebut

Galakan mengada/membuat/menimbul/mewujudkan sunnah/ jalan-jalan

yang baik malah ia adalah diperintah di dalam Islam. Bid’ah Hasanah

Celaan mengada/membuat/menimbul/mewujudkan sunnah/jalan-jalan

yang tidak baik malah mendapat dosa. Bid’ah Dhalalah

Hujah golongan yang mengatakan tidak ada Bid’ah Hasanah (baik)

Mereka berdalilkan hadith:

، و ة بدعة

ل محدث

ل ك

ار. ك ة في الن

لل ضل

، وك

ة

ل بدعة ضل

“Setiap (sebahagian) yang baharu adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu sesat (dhalalah), dan setiap yang

sesat itu ke neraka.”13

Jawapan:

a) Merujuk kepada kaedah Ushul al-Fiqh

13 Riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan Al-Hakim.

Page 8: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

8 | P a g e

Qa’idah menyebutkan:

صوص.خ

عموم بمعنى ال

ل ا

“Umum dengan (membawa) makna yang khusus.”

Maksudnya:

Perkataan بدعة (perkara baru) dalam hadith: ة

لل بدعة ضل

ك (Setiap bid‘ah itu sesat) adalah

umum. Oleh itu keumuman ‘bid’ah’ (perkara baru) dalam hadith ini, hendaklah dikhususkan

hanya kepada ‘bid’ah’ (perkara baru) yang bertentangan dengan Al-Qur’an atau sunnah atau

athar sahabat atau ijma’ sahaja.

Dalam erti kata lain, perkara baru yang ditolak hanyalah perkara baru yang sesat (atau Bid’ah

Dhalalah). Perkara baru yang tidak sesat (Bid’ah Hasanah) tidak ditolak.

Banyak hadith yang disebutkan sebelum ini mentakhsiskan hadith ini iaitu hanya Bid’ah

Dhalalah sahaja yang ditolak.

Atas dasar itulah, ketika memberi penjelasan terhadap hadith di atas, Imam Nawawi berkata:

وله راد بق

لبدع. ا

الب ال

راد غ

صوص وال

ا عام مخ

، هذ

ة

لل بدعة ضل

وك

“Yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah ‘Setiap bid‘ah itu sesat (dhalalah)’, ini adalah kaedah

umum yang membawa maksud khusus dan ia bermakna ‘kebiasaannya bid’ah adalah sesat’.”14

Maksud perkataan Imam Nawawi ialah:

KEBANYAKAN perkara baru adalah Bid’ah Dhalalah (sesat), tetapi BUKAN SEMUA perkara baru

Bid’ah Dhalalah (sesat).

Oleh kerana BUKAN SEMUA perkara baru Bid’ah Dhalalah (sesat), maka sudah pasti ada BID’AH

HASANAH (baik/tidak sesat).

Pendapat Imam Syafi’e dan para A’immah (imam) yang lain sebelum ini mengatakan ada 2 jenis bid’ah

iaitu (i) Bid’ah Dhalalah (sesat) dan (ii) Bid’ah Hasanah (baik).

b) Kaedah Ushul al-Fiqh di atas berkait rapat dengan kaedah dalam Ilmu Manthiq.

Di dalam Ilmu Manthiq, kalimah ل

:ada 2 jenis ك

Jenis ل Makna Nama lain ك

1) Majmu’ ي ’sebahagian atau sekumpulan ‘kulli مجموع

ل

ك

2) Jami’ ’semua, setiap atau keseluruhan ‘kulliyyah جامع ة ي

لك

Contoh dari Al-Qur’an dan hadith yang menggunakan kalimah ل ”tetapi tidak bermakna “semua ك

atau “keseluruhan”

a) Al-Qur’an

14 Riwayat Muslim.

Page 9: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

9 | P a g e

1) Ayat:

جرمين. وم ال

ق

جزي ال

لك ن

ذ

مساكنهم ك

يرى إل

صبحوا ل

أها ف

مر ربيء بأ

ل ش

ر ك

دم ت

“(Banjir) yang menghancurkan segala sesuatu (maksudnya sebahagiannya) dengan perintah Tuhannya,

maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka.

Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa.”15

Keterangan:

Walaupun banjir besar yang berlaku pada masa Nabi Nuh memusnahkan banyak benda, tetapi

bukit bukau, langit dan bumi tidak dibinasakan.

2) Ayat:

ذ

خ

لك يأ ان وراءهم م

ل وك

صبا ك

.سفينة غ

“Dan adalah di belakang (di hadapan) mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap perahu dengan

keras.”16

Keterangan:

“Tiap-tiap perahu” dalam ayat ini bukanlah bererti raja tersebut merampas semua perahu, tetapi

hanya perahu yang cantik dan bagus sahaja.

b) Hadith

1)

ل ب ك

ن عجب الذ

راب إل

ه الت

لك .ابن آدم يأ

"Setiap anak Adam akan dimakan bumi kecuali tulang sulbi (‘ajbal zanab).”17

Keterangan:

Secara umumnya, hadith memberi gambaran bahawa semua manusia tanpa terkecuali, tetapi ada

hadith lain yang menyebut jasad para Nabi dan para syuhada’ tidak dimakan bumi.

2)

اء لوداء شف الس

ة حب

لا

لوت ك

ال

.داء إل

“Habbatus Sauda’ (biji hitam) adalah ubat bagi segala (kull) penyakit kecuali mati.”18

Keterangan:

Sepakat para mufassir menegaskan bahawa kalimah ‘umum’ yang digunakan dalam hadith ini

merujuk kepada sesuatu yang ‘khusus’. Maksud hadith ini sebenarnya ialah ‘banyak’ penyakit

boleh disembuh dengan habbatus sauda’ dan hadith-hadith lain.

Penggunaan perkataan dalam hadith

15 Surah Al-Ahqaf: 25. 16 Surah Al-Kahfi: 79. 17 Riwayat Abu Hurairah oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Majah, Ahmad dan Imam Malik di dalam Al-

Muwaththo'. 18 Diriwayatkan daripada A’isyah dan Abu Hurairah oleh Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad melalui

19 periwayatan. Az-Zuhri menyebutkan: “Bijiran hitam itu ialah ‘jintan hitam’ (Asy-Syuniz).” Ia juga dinamakan ‘jintan

India’ dan pelbagai nama lain.

Page 10: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

10 | P a g e

Hadith asal Tidak disebutkan

ل ، بدعة وك

ة

لل ضل

وك ة

لال

ار. في ض الن ل

، وك

ة

لل بدعة ضل

وك ار بدعة .في الن

“Setiap (sebahagian) yang baharu adalah bid‘ah,

dan setiap bid‘ah itu sesat (dhalalah), dan setiap

yang sesat itu ke neraka.”

“Setiap (sebahagian) yang baharu adalah bid‘ah,

dan setiap bid‘ah itu sesat (dhalalah), dan setiap

yang baharu itu ke neraka.”

Contoh perkara baru (bid’ah) yang tidak pernah dibuat atau disuruh oleh Rasulullah selepas

kewafatan Baginda tetapi dilakukan oleh para sahabat

1) Pengumpulan Al-Qur’an oleh Sayyiduna Abu Bakar (13H).

2) Perintah sembahyang Tarawih berjemaah oleh Sayyiduna Umar (23H).

3) Sayyiduna Abdullah bin Mas’ud (32H) membuat perubahan lafaz tasyahhud19.

4) Penulisan Al-Qur’an dan perintah azan pertama pada hari Jumaat20 oleh Sayyiduna Uthman bin

Affan (35H).

5) Sayyiduna Ali (40H) mencipta selawat ke atas Nabi 21.

6) Sayyiduna Abdullah bin Umar (73H) menambah lafaz tasyahhud22 dan lain-lain.

Melakukan Bid’ah Hasanah diberi pahala

Al-Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq, Habib Zain al-Abidin bin Sumaith, hafizhahullah, seorang faqih dan

ulama’ besar yang diberi gelaran Asy-Syafi’e ash-Shaghir (Imam Syafi’e kecil), berkata di dalam kitabnya

Al-Ajwibah al-Ghaliyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Najiah, ms. 54-55:

، حسنة

هو بدعة

ف

بوي عهد الن م يعهد في ال

ل إحسان ل

ك

هاف

يها عامل

اب عل

ولهيث

من سن : ، بدليل ق

ج ينقص من أ

جر من عمل بها ول

ل أ

ه مث

تب ل

عمل بها بعده ك

ف

حسنة

ة م سن

إلسل

يء في ا

.ورهم ش

“Maka setiap perkara yang baik yang tidak ada pada zaman Nabi , maka ia adalah Bid’ah Hasanah,

diberi ganjaran orang yang melakukannya, dengan dalil perkataan Nabi : Sesiapa yang mengadakan di

dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala

sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang

yang mengerjakan itu.” 23

Kesan buruk jika bid’ah hanya ada Bid’ah Dhalalah

Soalan: Apakah kesan buruk jika bid’ah hanya ada Bid’ah Dhalalah?

Jawapan:

Kesan buruknya banyak sekali seperti berikut:

19 Saiyiduna Abdullah ibn Mas’ud berijtihad membaca tasyahhud selepas kewafatan Nabi dengan: السالم على النبي ورحمة هللا

.(Salam sejahtera ke atas Nabi serta dengan rahmat Allah dan keberkatan-Nya) وبركاته 20 Syaikh Sayyid Bakri Syatho mengatakan: “Dan dua azan sembahyang Jumaat dihubungkan dengan dua azan untuk

sembahyang Subuh”. (Lihat I’anah ath-Tholibin, 1/232). 21 Riwayat Ath-Thobrani dan lainnya dari Salamah al-Kindi. Sa’id bin Mansur dan Ibn Jarir menyebutnya dalam kitab

Tahzib al-Athar. Ibn Kathir mengatakan selawat ini adalah masyhur daripada kata-kata Saiyiduna Ali. (Lihat Makna

Sebenar Bid’ah, ms. 115-117). 22 Saiyiduna Abdullah bin Umar menambah Bismillah pada permulaan tasyahhud dengan bacaannya:

والص بسم هللا التحيات لله اكيات لله والز لوات لله sehingga ke akhir tasyahhud. 23 Riwayat Muslim.

Page 11: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

11 | P a g e

Jika setiap

perkara baru

adalah

Bid’ah Dhalalah

Kesannya Membawa ke neraka.

Contoh perkara

baru yang

dikatakan Bid’ah

Dhalalah

Contoh-contoh apa yang telah dilakukan para sahabat yang telah dinyatakan

sebelum ini, membaca Surah Yaasin pada setiap malam Jumaat, talaffuzh

(membaca) niat ketika hendak sembahyang, menyambut Maulidur Rasul, kenduri

tahlil selepas kematian, membaca talqin di kubur selepas kematian, berwirid

dengan suara nyaring selepas sembahyang dan lain-lain…

Akibatnya Orang yang melakukan semua perkara itu masuk neraka.

Penilaian Kesimpulan hukum sebegini tidak selari dengan roh syariat Islam.

Bid’ah dalam konteks umat Islam di Malaysia

a) Umat Islam di Malaysia ditakdirkan sebagai umat Islam bermazhab.

b) Mazhab Syafi’e adalah mazhab rasmi negara.

c) Sangat tepat jika penafsiran bid’ah dilihat melalui perspektik dan takrifan Imam Syafi’e.

d) Banyak amalan turun temurun yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini mempunyai dalil

sama ada khusus atau umum.

KEDUA: KHILAFIAH24

Pengertian ikhtilaf dan khilafiah

Bahasa

Ikhtilaf bermaksud tidak sependapat atas sesuatu perkara. Setiap orang mengambil jalan yang

berbeza sama ada dalam perkataan mahupun pendapat.

Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama, oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. Sementara

khilaf ialah pertentangan atau berlawanan (mudhadah), jadi ia membawa erti yang sama dengan

ikhtilaf, walaupun maknanya lebih umum.25

Istilah

Ikhtilaf bermaksud berbeza tentang pendapat, agama, jalan-jalan dalam agama dan kepercayaan

terhadap sesuatu yang boleh membawa kebahagiaan atau kecelakaan kepada manusia di dunia dan

akhirat.26

24 Kebanyakan kandungan tajuk ini merujuk kepada kertas kerja bertajuk ‘Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh: Sebab Dan

Adab-Adabnya’ tulisan Al-Alim al-Faqih, Syaikh Dato’ Mohd. Saleh bin Haji Ahmad. Ia telah dibentangkan di Seminar

Pengembangan Ilmu anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Pengajian Ar-Razi, Seberang Prai

Selatan bertempat di Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Wilayah Utara, Kepala Batas, Seberang Prai Utara pada

31.7.2004. Al-Faqir telah membuat sedikit pembetulan ejaan pada tulisan asal dan membuat sedikit tambahan. 25 Ini kerana khilaf itu sebahagian daripada (Ad-Din) dan tidak semestinya setiap dua benda yang berbeza itu berlawanan,

walaupun dua benda yang berlawanan itu berbeza. Lihat Lisan al-Arab, Ibn Manzur, Qahirah: Matba’ah ad-Dar al-

Arabiyyah li at-Ta’lif wa at-Tarjamah, t.t, 1/430.

Page 12: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

12 | P a g e

Kalimah ‘khilaf’ dan ‘ikhtilaf’ mempunyai makna yang sama iaitu: “Sesuatu yang tidak disepakati

para fuqaha’ dalam masalah-masalah ijtihad tanpa memandang betul atau salah atau ganjil

pendapat yang diperkatakan itu.”27

Masalah khilafiah ialah masalah furu’ atau cabang dalam agama di mana para mujtahid berbeza

pendapat dalam perkara-perkara yang memerlukan ijtihad kerana dilalahnya bersifat zhan, bukan

qath’i. masalah-masalah yang tidak ada kesepakatan para mujtahid ini juga disebut ‘Ijtihadiyyah’,

‘Khilafiah’, ‘Furu’iyyah’. Masalah-masalah yang ada kesepakatan para mujtahid pula disebut

‘Ittifaqiyyah’ atau ‘Ijma’’28.

Pembahagian khilaf dan syaratnya

Khilaf terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

قبول (1 ال

ف

خل

ل (Khilaf yang diterima) ا

Perbezaan yang berlaku dalam perkara-perkara yang disyariatkan itu berbagai-bagai, cuma ulama’

berbeza pendapat tentang yang mana lebih afdal dan patut diutamakan sahaja seperti persoalan

Haji Qiran, Tamattu’ dan Ifrad. Setiap jenis haji ini sah dilakukan walaupun mereka berselisih

pendapat tentang yang mana lebih afdal. Demikian juga menyaringkan Basmalah dan

memperlahankannya, kedua-duanya harus yakin tidak membatalkan solat walaupun sebahagian

ulama’ mengatakan sunat membaca nyaring dan sebahagian ulama’ lain menganggapnya makruh.

موم (2ذ ال

ف

خل

ل (Khilaf yang dicela) ا

Ia berpunca daripada 4 sebab iaitu:

(i) Kejahilan

(ii) Kezaliman dan penderhakaan

(iii) Mengikut hawa nafsu

(iv) Menyalahi manhaj Nabawi dalam penerimaan hukum syara’ dan cara

mengamalkannya.

3) عقول الس ال

ف

خل

لائغا (Khilaf yang harus dan dapat diterima akal).

‘Khilaf yang harus dan dapat diterima akal’ ialah perbezaan yang berlaku di kalangan ulama’

mujtahidin dalam masalah ijtihadiyyah iaitu masalah yang tidak terdapat nas qath’i (putus). Namun

demikian khilaf ini dapat diterima dengan syarat-syarat berikut:

i. Hendaklah khilaf itu berlaku di kalangan ulama’ fiqh dan orang yang berkelayakan dalam

agama.

ii. Hendaklah ijtihad dan khilaf mereka itu dalam masalah far’iyyah (cabang) yang tiada dalil-

dalil qath’i berhubung dengan hukumnya.

26 Lihat Al-Muwafaqat, Asy-Syatibi, Qahirah: Matba’ah Ali Subaih Wa Auladihi, t.t, 4/110. 27 Lihat Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah, Dr. Abd al-Karim Zaidan, 1982, ms. 275. 28 Lihat Taudhih al-Adillah (Seratus Masalah Agama), 1/37.

Page 13: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

13 | P a g e

iii. Hendaklah tujuan masing-masing untuk mencapai kebenaran dan yang betul

d. Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi mencapai kebenaran.

iv. Khilaf seperti ini juga berlaku di kalangan para sahabat dan tabi’in, namun demikian tidak

ada seorang pun dikalangan mereka dicela kerana perbezaan yang berlaku itu, ini

disebabkan masing-masing bekerja untuk mencari kebenaran, kalau tersalah ketika

menuntut dan mencari kebenaran itu mereka tidak dipersalahkan malah dimaafkan.

Faktor berlaku khilafiah

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perkara khilafiah antaranya:

i) معل

حصيل ال

ى ت

درة عل

ق

هم وال

ف

ل وال

عق

فى ال

اوت

ف

لت

Kemampuan menguasai ilmu tidak sama) ا

dari segi akal fikiran dan kefahaman)

Ia mempunyai pengaruh yang besar terhadap khilaf fuqaha’. Sebahagian fuqaha’ mempunyai

kemampuan yang tinggi dari segi hafazan dan kefahaman. Ada juga yang hafazannya lebih baik

daripada kefahamannya. Sementara yang lain pula kefahamannya lebih baik daripada

hafazannya.29

ii) ة ميعل

ة ال

حصيل

فى ال

اوت

ف

لت

(Perbezaan dalam pencapaian ilmu) ا

Di antara faktor besar yang menyumbangkan khilaf fuqaha’ ialah perbezaan mereka dalam

pencapaian ilmu, khususnya tentang Al-Qur’an dan As-Sunnah. Apabila seorang faqih lebih

pengetahuannya tentang Al-Qur’an dan As-Sunnah, maka hukumnya lebih hampir kepada tepat.

Tetapi untuk menguasai semua sunnah itu amat sulit malah mustahil, kerana himpunan hadith

begitu banyak. Lebih-lebih lagi arah pandangan ulama’ berbeza dalam menghukum sebahagian

hadith, kerana sebahagian ulama’ berpendapat beberapa hadith itu shahih sedangkan yang lain

berpendapat hadith itu dh’aif. Ini adalah satu bab yang luas perbincangannya sehingga membawa

kepada berlakunya khilaf di kalangan ulama’.

iii) ة عربية ال

غ

وم الل

ة بعل

الحاط

فى ا

اوت

ف

لت

Perbezaan dalam penguasaan ilmu-ilmu Bahasa) ا

Arab)

Perbezaan yang nyata di kalangan ulama’ dalam memahami hukum-hukum syara’ disebabkan

perbezaan mereka memahami Lisan al-Arab, penguasaan terhadap rahsia-rahsia Bahasa Arab. Dari

sinilah juga akan menyumbangkan khilaf di antara ulama’.30

iv) ة هيفق

صادر ال

ة بعض ال ي

فى مدى حج

فتال

الخ

Perbezaan tentang kehujahan beberapa) ا

sumber hukum)

Khilaf ulama’ dalam hukum-hukum furu’, antara faktornya ialah berlaku khilaf di antara mereka

tentang kehujahan sebahagian sumber-sumber yang menjadi sandaran kepada hukum-hukum

29 Lihat Masa’il fi al-Fiqh al-Muqarin, Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir, Al-Urdun: Dar An-

Nafa’is, 1996, ms. 277. 30 Lihat Masa’il fi al-Fiqh al-Muqarin, ms. 30.

Page 14: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

14 | P a g e

furu’. Contohnya fuqaha’ telah khilaf tentang kehujahan Al-Hadith al-Mursal, Al-Qiyas, Al-Ijma’, Al-

’Urf, Al-Masalih al-Mursalah, Al-Istihsan dan Syar’u Man Qablana31.

Setiap mereka yang berpendapat satu-satu sumber itu hujah akan mengamalkannya dalam

menthabitkan sebahagian hukum syara’. Sementara bagi mereka yang tidak menganggapnya

sebagai hujah akan menolak dan membatalkannya serta hukum-hukum yang dibina ke atasnya

selagi mana tidak ada dalil yang lain32.

v) الحتجاج به ا

ذى يجوز

حيح ال حديث الص

رها فى ال

واف

تى يجب ت

روط ال

فى الش

ف

تال

الخ

ا

(Perbezaan tentang syarat-syarat yang wajib dipenuhi pada hadith shahih yang boleh

dijadikan hujah)

Al-Hanafiyyah telah meletakkan syarat bagi beramal dengan Hadith Ahad; hendaklah perawi itu

tidak beramal menyalahi apa yang diriwayatkannya, tajuk hadith itu bukan daripada perkara yang

‘Umum Balwa dan hendaklah hadith itu tidak menyalahi konsep Al-Qiyas dan dasar-dasar umum

dalam Islam khususnya apabila perawi itu bukan seorang yang faqih.

Sementara Al-Malikiyyah mensyaratkan Khabar Ahad itu hendaklah selari dengan amal Ahl al-

Madinah, kerana ianya sama seperti periwayatan daripada Rasulullah , sedangkan riwayatorang

ramai lebih berhak diamalkannya daripada riwayatseorang sahaja. Lagipun penduduk Madinah

lebih mengetahui yang terakhir warid (datang) daripada Rasulullah 33.

Jumhur fuqaha’ pula yang terdiri daripada Asy-Syafi’iyyah, Al-Hanabilah, Azh-Zhahiriyyah, Al-

Ja’fariyyah dan sebahagian fuqaha’ mazhab lain berpendapat yang pentingnya wajib beramal

dengan hadith Ahad itu ialah apabila riwayatnyaitu shahih dan berhubung sanadnya dengan

Rasulullah , maka hendaklah diistinbatkan hukum daripadanya serta dijadikan sebagai sumber

perundangan Islam.

Sekiranya sanad hadith itu tidak berhubung dalam erti kata hadith Mursal, mazhab Syafi’e

menerima pakai dengan syarat ianya daripada Mursal Kibar at-Tabi’in seperti perawinya Sa’id bin

al-Musayyib dan mempunyai sanad daripada riwayat lain atau hadith itu selaras dengan kata-kata

sahabat atau difatwakannya oleh kebanyakan sahabat. Namun begitu bagi mazhab Ahmad bin

Hanbal pula hadith Mursal tetap diambil dan diterima pakai apabila tidak ada pada bab yang

berkenaan hadith yang berhubung sanadnya.34

vi) ة صوليأل

واعد ا

ق

فى ال

ف

تال

الخ

(Perbezaan tentang beberapa Qawa’id Ushuliyyah) ا

Qawa’id Ushuliyyah ialah prinsip-prinsip, metod, manhaj, cara dan kaedah-kaedah yang digubal

oleh para mujtahidin sebagai panduan untuk melakukan istinbat hukum-hukum syara’. Para ulama’

fiqh akan iltizam dengannya bagi mengambil hukum-hukum syara’ daripada dalil-dalilnya yang

tafshili. Khilaf dalam Qawa’id Ushuliyyah adalah di antara faktor-faktor yang menyumbangkan

31 Contohnya mereka berbeza dari segi sumber pengambilan hukum. Mengikut Mazhab Hanafi, sumbernya ialah: (1) Al-

Qur’an, (2) Sunnah dan athar shahih yang masyhur di kalangan ulama’, (3) Fatwa sahabat, (4) Qiyas, (5) Istihsan, (6) Adat

dan `Uruf masyarakat. Bagi Mazhab Maliki pula: (1) Al-Qur’an, (2) Sunnah, (3) Amalan ulama’ Madinah (Ijma’ ahli

Madinah), (4) Qiyas, (5) Mashlahah mursalah / Ishtishhab. Bagi Mazhab Syafi’e: (1) Al-Qur’an, (2) Sunnah, (3) Ijma’, (4)

Qiyas, (5) Istidlal. Manakala bagi Mazhab Hanbali pula: (1) Al-Qur’an, (2) Sunnah, (3) Fatwa sahabat, (4) Fatwa sahabat

yang terdekat dengan al-Qur’an dan Sunnah, (5) Hadith Mursal dan Dha’if, (6) Qiyas. 32 Lihat Masa’il fi al-Fiqh al-Muqarin, ms. 31. 33 ibid, ms. 31-32. 34 ibid, ms. 31-32.

Page 15: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

15 | P a g e

khilaf dalam hukum-hukum furu’. Qawa’id Ushuliyyah ini sebahagian merujuk kepada Bahasa Arab

dan sebahagian yang lain merujuk kepada akal.

vii) ريمك

رآن ال

ق

قراءات فى ال

فى ال

ف

تال

الخ

(Khilaf tentang qira’at dalam Al-Qur’an al-Karim) ا

viii) دل

ال

عارض ا

بسبب ت

ف

تال

الخ

ةا (Khilaf disebabkan percanggahan dalil-dalil)35

Kaedah menangani masalah khilafiah

Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum fiqh ada yang disepakati para imam

mujtahidin, ada yang hanya disepakati dikalangan ulama’-ulama’ mazhab berkenaan sahaja, ada

yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf di kalangan

ulama’-ulama’ dalam mazhab yang sama.

Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalam perkara

ijtihad dan hukum yang berasaskan kepada dalil-dalil zhanni adalah suatu perkara yang tabi’i

(biasa) malah pasti berlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelum ini.

Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab fiqh adalah tidak benar kerana ia memaksa orang lain

meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untuk berada dalam satu mazhab sahaja. Ini

tidak mungkin malah ianya bercanggah dengan konsep dan tuntutan ijtihad kerana seorang yang

mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnya malah tidak harus ia

bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang lain.

Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulama’

mujtahidin yang menjadi pilihannya36.

Beberapa contoh masalah khilafiah yang ditimbulkan dalam masyarakat

Antaranya termasuklah membaca doa Qunut, sembahyang sunat qabliyyah Maghrib, sembahyang sunat

qabliah Jumaat, talqin mayat setelah dikebumikan, bacaan Al-Qur’an dan tahlil dihadiahkan pahalanya

kepada si mati, fidyah sembahyang, berwirid secara jama’ah selepas sembahyang fardhu, batal wuduk

dengan sebab sentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini, membaca Ushalli atau

melafazkan niat sebelum takbir, bilangan rakaat sunat Tarawih 20 atau 8, membaca (Surah Yasin pada

malam Jumaat, Maulidur Rasul, membaca Sayyidina dalam Salawat, imam berdoa lepas solat jama’ah dan

makmum mengaminkannya, aqiqah dengan kambing sahaja, menyapu muka selepas memberi salam dan

membaca doanya dan lain-lain.

Ikhtilaf adalah rahmat

Bagi sesiapa yang mengetahui rahsia syariat, mereka memandang bahawa ikhtilaf para A’immah

sebenarnya adalah menjadi rahmat kepada umat seperti kata Syaikh Ibn Ruslan di dalam Zubadnya:

حمد بن حنبل سفيانعمان وأ

افعي ومالك ن

والش

يروغ

رحمة

ف

تل

إلخ

ى هدى وا

ة عل ئم

أل

هم من سائر ا

35 ibid, ms. 33-40. 36Lihat Al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq (Salah Faham Terhadap Bid’ah), ms. 41, Tazkiyah al-Anzhar wa

Tashfiyah al-Afkar: Menolak Beberapa Faham Syubhah Yang Bersalahan Dengan Pendapat Ulama’ Mu’tabar, ms. 3.

Page 16: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

16 | P a g e

Dan Imam Syafi’e, Malik, Nu’man (Imam Hanafi)

dan Ahmad bin Hanbal dan Sufyan

Dan selain mereka dari kalangan para imam

di bawah petunjuk Allah dan ikhtilaf mereka menjadi rahmat

Disebutkan di dalam Ad-Durr al-Muntathirah fi Ahadith Musytahirah karangan Imam Sayuthi pada

Hamisy al-Fatawa al-Hadithiyyah:

تلفوام يخ

د ل صحاب محم

ن أ

و أ

ني ل ال: ما سر

عزيز ق

م ي عن عمر بن عبد ال

و ل

هم ل ن

ن أل

ك

م ت

تلفوا ل

خ

صة

رخ

“Diriwayatkan dari Umar bin Abd al-Aziz, berkata: Tidak akan menyenangkan aku jika para sahabat tidak

berikhtilaf kerana sekiranya mereka tidak berikhtilaf, tidak adalah rukhshah (keringanan).” 37

Adab ikhtilaf

1) Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentimen ta’asub mazhab secara

buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai faktor memecah-belahkan Islam dan bukan

sebagai agama-agama yang menasakhkan syariat Islam, malah ia merupakan sebagai aliran

pentafsiran dan pemahaman syariah. Ia juga merupakan metod dan kaedah dan kaedah

penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum. Kesemuanya bertujuan untuk

mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah.

2) Kita tidak harus merasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab kerana

perbezaan dalam pemahaman dan istinbat adalah suatu perkara lumrah dan tabi’i bagi

akal manusia, maka sudah pasti akan berbeza dalam istinbat dan fahaman. Malah kita

boleh berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan kepada kita sebagai suatu

perbendaharaan fiqh yang amat berharga. Ia juga merupakan sebagai bukti betapa

berkembang subur dan hidupnya fiqh, betapa luasnya pemikiran para fuqaha’ kita yang

agung dalam melaksanakan kewajipan mereka memberi khidmat kepada syariat Islam

yang mulia.

3) Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh ulama’- ulama’ mujtahidin

dalam berbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka dan kita

percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul ataupun salah, seterusnya kita

berdoa untuk kebaikan mereka.38

4) Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah khilafiah.

5) Kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiah yang tidak sesuai dengan pandangan

mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menentang amalan-amalan yang

bercanggah dengan hukum-hukum yang disepakati para ulama’. Ini berdasarkan kaedah

Fiqhiyyah:

يهجمع عل

ر ال

ما ينك فيه وإن

ف

تل

خ

ر ال

ينك

ل

37 ibid, ms. 38. 38 Lihat Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah, ms. 413.

Page 17: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

17 | P a g e

“Tidaklah diingkari sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha’. Dan

sesungguhnya yang perlu diingkari ialah yang disepakati ulama’ atas pengharamannya.”39

Maksudnya: Tidak boleh berbantah dalam perkara khilafiah yang tidak sepakat para

ulama’ tentangnya. Adapun yang perlu dibantah ialah apabila orang mengingkari perkara

yang sudah menjadi ijma’ ulama’ atasnya.

6) Kita mesti beradab dengan ulama’ yang berbeza pandangan dengan kita. Jangan sampai

melempar tuduhan kalimah Bid’ah Dhalalah ke atas amalan-amalan yang khilafiah.

7) Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapatnya sebagai

sesat, pembuat bid’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada hujah dan

alasan yang perlu kita hormati.

8) Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak Alim

besar memperkecilkan ulama’-ulama’ silam yang tidak sealiran dengan mereka, sambil

menyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakat

sedangkan amalan itu khilaf lama’ padanya. Lebih dahsyat dari itu terdapat sebahagian

mereka yang tidak berfikir secara waras menyeru supaya membakar kitab-kitab tua atau

Jawi lama kerana menurut pandangan mereka kitab-kitab tersebut menyesatkan.

Subhanallah.

9) Kita sebagai seorang pendakwah, guru atau imam harus bijak dalam menangani masalah

khilafiah. Amat tidak cerdik kalau seseorang pendakwah membangkitkan perkara yang

remeh-temeh dan khilafiah dalam ceramah-ceramahnya kerana ini boleh menimbulkan

perpecahan dalam masyarakat dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.

10) Sebagai seorang pendakwah, kita perlu memfokuskan syarahan dan pengajaran kepada

persoalan pokok yang perlu kita berganding bahu dalam membangun atau meruntuhnya.

11) Mengelak dari melakukan masalah yang dipertikaikan memang digalakkan berdasarkan

Qa’idah Fiqhiyyah:

خل

روج من ال

خ

لا ف مستحب

“Keluar dari khilaf itu digalakkan.”

Penutup

Al-Allamah al-Mufassir al-Muhaddith, Syaikh Yusuf ad-Dijwi, Ahli Lembaga Majlis Ulama’ Besar Al-Azhar

ketika menjawab pertanyaan tentang pendapat yang mengatakan bid’ah solat sunat Qabliyyah Jumaat,

beliau mengatakan di awal jawapannya:

رعي ف

ال

ة سائل اإلجتهادي

ن ال

ه، وهو أ

نبيه ل يئا ينبغي الت

ن هناك ش

أ

عرف

ن ت

، يجب أ ن

في فيها ال

يك

ة

ب فيهلل من ط

نازع. وك ينبغي فيها الت

ون في عداد ول

ن يك

ينبغي أ

ا جاهل ل هو إم

عي ف

ط

ق

ليل ال ا الد

ة...ة وسيل ي

هور بأ

ال

يريد إل

صد ل

ق

ء ال

ي ا س ماء، وإم عل

ال

39 Lihat Al-Asybah wa An-Nazha’ir, As-Suyuthi, Beirut: Dar al-Kitab al-’Arabi, 1998, ms. 292.

Page 18: Persoalan Bid’ah dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam ... · Semua perbuatan keagamaan yang ... òBukanlah bid ïah atau muhdath kedua tercela kerana perkataan ... ke atasnya

Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014

18 | P a g e

“Wajib untuk kamu ketahui bahawa sesungguhnya terdapat di sana sesuatu yang sewajarnya diambil

perhatian kepadanya iaitu ‘Sesungguhnya permasalahan ijtihadiyyah yang bersifat furu’ (cabang/ ranting),

sudah mencukupi dengan dalil zhanni padanya, dan tidak sepatutnya bertelagah dalamnya’. Dan sesiapa

yang menuntut padanya dalil qath’i, maka sama ada dia adalah jahil (tidak mengerti), tidak harus dia

dianggap dalam golongan ulama’ atau juga dia mempunyai niat yang tidak bagus yang tidaklah dia

menuntut (dalil qath’i) itu melainkan untuk kemasyhuran dengan apa cara sekalipun…”40

Perbahasan masalah khilafiah ini tidak wajar diperbesarkan dan saling menyalahkan antara satu sama

lain, lebih-lebih lagi menghukum bid’ah, khurafat dan kafir. Ini kerana khilaf dalam masalah furu’ suatu

yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting bagi umat Islam ialah berganding bahu menegakkan

syariat Islam dalam diri, rumahtangga, masyarakat dan negara. Seterusnya memerangi kemaksiatan dan

kemungkaran yang disepakati dan bekerja keras menegakkan yang ma’ruf yang diijma’ ulama’ di

samping berlapang dada dan bertolak ansur ketika menghadapi perkara-perkara khilafiah dalam

semangat persaudaraan Islam dan kesatuan ummah.

Untuk menghindari sikap menyalahkan, bahkan membid’ahkan orang lain dalam permasalahan feqah

yang bersifat khilafiah dan ijtihadiyyah, adalah sangat perlu untuk:

1) Mempunyai ilmu dan kefahaman yang mendalam tentang masalah-masalah ijtihadiyyah dan

bukan ijtihadiyyah dan

2) Beriltizam (berpegang) dengan asas keilmuan dan akhlak ketika menghadapi perkara khilaf

dalam feqah.

40 Lihat Sunnah al-Jum’ah al-Qabliyyah, Syaikh Yusuf ad-Dijwi (Rujuk di dalam kitab Rasa’il Hammah wa Mabahith

Qayyimah, ms. 164). Kitab Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah adalah susunan Syaikuna, Al-Alim al-Faqih Syaikh

Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Bogor: Ma’had az-Zain al-Makki al-Ali li at-Tafaqquh fi ad-Din, Cetakan

Pertama, 1428H/ 2007M, Kitab berbahasa Arab yang sangat bermanfaat ini setebal 592 muka surat. Syaikh Muhammad

Nuruddin telah mengumpul dan menyusun sebanyak 15 buah risalah dan 25 buah perbahasan yang diambil dari kitab-kitab

tulisan para ulama’ mu’tabar termasuklah Al-Allamah al-Imam Ibn Al-Mulqan (guru Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani), Imam

Al-Hafiz, Imam Jalaluddin as-Sayuthi, Al-Allamah Yusuf ad-Dijwi, Al-Allamah Zahid al-Kauthari, Al-Allamah Syaikh

Ismail Uthman Zain al-Yamani dan Al-Allamah Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki. Alhamdulillah, Al-Faqir sempat

mengkhatamkan beberapa risalah dan perbahasan tersebut bersama Syaikh Nuruddin semasa daurah di Perak dan Kedah).