cover n separator - jpbdselangor.gov.my · adalah satu dokumen pelan tindakan yang disediakan ......

11
Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Pelabuhan Klang adalah satu dokumen Pelan Tindakan yang disediakan sebagai panduan dan rujukan untuk Majlis Perbandaran Klang selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan menentukan hala tuju pembangunan akan datang selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah Klang 2015. RKK ini disediakan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Perbincangan isu-isu semasa RKK Bandar Pelabuhan Klang telah dibuat melalui publisiti awal dan Perbincangan Kumpulan Sasaran (FGD). RKK Bandar Pelabuhan Klang mengandungi Pelan Induk yang menunjukkan cadangan pembangunan secara keseluruhan, cadangan-cadangan projek, pelan susun atur, kawalan pembangunan dan pelan pelaksanaan. 1.1 DEFINISI RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) Rancangan Kawasan Khas (RKK) didefinisikan sebagai suatu Rancangan Pemajuan yang disediakan dalam masa singkat untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam bentuk Pelan Susun Atur atau Jadual Tindakan Pembangunan. RKK perlu mengandungi Cadangan Program Pembangunan yang menjelaskan Fasa, Kos, Agensi Pelaksana dan Pendekatan Pelaksanaan. 1/1

Upload: dodang

Post on 07-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas

PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Pelabuhan Klang adalah satu dokumen Pelan Tindakan yang disediakan sebagai panduan dan rujukan untuk Majlis Perbandaran Klang selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan menentukan hala tuju pembangunan akan datang selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah Klang 2015. RKK ini disediakan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Perbincangan isu-isu semasa RKK Bandar Pelabuhan Klang telah dibuat melalui publisiti awal dan Perbincangan Kumpulan Sasaran (FGD). RKK Bandar Pelabuhan Klang mengandungi Pelan Induk yang menunjukkan cadangan pembangunan secara keseluruhan, cadangan-cadangan projek, pelan susun atur, kawalan pembangunan dan pelan pelaksanaan. 1.1 DEFINISI RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) Rancangan Kawasan Khas (RKK) didefinisikan sebagai suatu Rancangan Pemajuan yang disediakan dalam masa singkat untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam bentuk Pelan Susun Atur atau Jadual Tindakan Pembangunan. RKK perlu mengandungi Cadangan Program Pembangunan yang menjelaskan Fasa, Kos, Agensi Pelaksana dan Pendekatan Pelaksanaan.

1/1

Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas

Pengenalan

1/2

1.2 KEPERLUAN DAN TUJUAN RANCANGAN KAWASAN KHAS

Keperluan penyediaan Rancangan Kawasan Khas

(RKK) dinyatakan di bawah Seksyen 16B, Akta

Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172), iaitu:

i) Rancangan Kawasan Khas boleh disediakan pada

bila-bila masa semasa penyediaan atau apabila

mula berkuatkuasanya sesuatu Rancangan

Pemajuan.

ii) Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa (JPBD) atau Pihak Berkuasa Perancang

Tempatan (PBPT) boleh mengemukakan

cadangan untuk menyediakan RKK bagi sesuatu

kawasan kepada Jawatan Kuasa Perancang

Negeri (JPN).

iii) Rancangan Kawasan Khas yang disediakan perlu

mengandungi cadangan terperinci bagi tujuan

sama ada untuk pemajuan, pemajuan semula,

pengelokan, pemuliharaan atau memperbaiki

amalan pengurusan bagi kawasan berkenaan.

iv) Jawatan Kuasa Perancang Negeri hendaklah

menentukan sama ada Pengarah Negeri JPBD

atau PBPT yang bertanggungjawab dalam

penyediaan sesuatu RKK.

v) Rancangan Kawasan Khas hendaklah mempunyai

bidang kuatkuasa yang sama seperti suatu

Rancangan Tempatan (RT).

Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas

Pengenalan

1/3

1.3 PROSES PENYEDIAAN RKK

Penyediaan RKK adalah selaras dengan peruntukan subseksyen 16B(3), Akta 172. Peringkat

penyediaan RKK ini adalah seperti berikut (rujuk Rajah 1.1) :-

Rajah 1.1 : Peringkat Penyediaan RKK Bandar Pelabuhan Klang

PENYEDIAAN RKK

JAWATAN KUASA PERANCANG NEGERI

PIHAK BERKUASA NEGERI

PUBLISITI DRAF RKK KAWASAN KHAS

SIASATAN DAN PENDENGARAN

PEWARTAAN

Menyediakan Draf Rancangan Kawasan Khas yang mengandungi perincian dan cadangan yang bersesuaian

(Seksyen 16B dan Seksyen 12, Akta 172).

Kelulusan Draf Rancangan Kawasan Khas oleh Jawatan Kuasa Perancang Negeri (Subseksyen 15(1), Akta 172).

Persetujuan Pihak Berkuasa Negeri kepada Draf Rancangan Kawasan Khas

(Subseksyen 15(1C), Akta 172).

Pemeriksaan Draf Rancangan Kawasan Khas oleh orang awam dan tempoh pemeriksaan tidak kurang dari 4 minggu

(Seksyen 13, Akta 172).

Siasatan dan pendengaran awam berkenaan Draf Rancangan Kawasan Khas berdasarkan cadangan

dan bantahan orang awam (Seksyen 14, Akta 172).

Dikuatkuasakan di bawah Subseksyen 15(4), Akta 172.

PEMAKLUMAN AWAL PENYEDIAAN RKK

Pemakluman awal penyediaan RKK dan memberi peluang orang awam membuat representasi (Seksyen 12A Akta 172).

RANCANGAN TEMPATAN

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang

menepati dasar / cadangan Rancangan

RANCANGAN KAWASAN KHAS

Cadangan dan panduan terperinci bagi

pengolahan yang khas untuk sesuatu kawasan

yang ditetapkan

Dasar dan cadangan am pemajuan dan penggunaan tanah

peringkat negeri

RANCANGAN STRUKTUR

HIERARKI RANCANGAN PEMAJUAN

Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas

Pengenalan

1/4

1.4 KAWASAN KAJIAN

Rajah 1.2 : Pelan Lokasi Pelabuhan Klang

Petunjuk : RKK Bandar Pelabuhan Klang

RKK Bandar Pelabuhan Klang terletak di dalam Mukim

Klang, Daerah Klang. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

bagi kawasan kajian ialah Majlis Perbandaran Klang

(MPK).

Bandar Pelabuhan Klang terletak 7 km dari barat daya

Bandar Klang yang dihubungkan oleh Persiaran Raja

Muda Musa dan Lebuh Raya Pelabuhan Utara.

Keluasan kawasan RKK ini ialah 250 hektar. Kawasan ini

merupakan kawasan tepu bina yang terdiri daripada

kawasan petempatan dan kawasan pelabuhan. Ia

dikelilingi oleh landasan keretapi di utara, Jalan Kastam

di timur, Jalan Sg. Aur di selatan dan Selat Lumut di

barat.

Sumber: JPBD, Semenanjung Malaysia

Jalan Te

ngku Badar

Psn Raja Muda Musa

Jalan Raja Lumu

Bagan Hailam

Sg. Klang

Selat Lumut

Pulau Indah

Sg. Aur Ke Pelabuhan Barat

South Port

Jeti Pulau Ketam

Stesen Komuter P. Klang

Perhentian Bas MPK

Ke Pelabuhan Utara

Stesen Komuter Jln Kastam

Ke Bandar Klang

Jala

n K

asta

m

Jala

n Sg

. Ke

lad

i

Jala

n Kem

Taman Kem

Rajah 1.3 : Imej Satelit Kawasan RKK Bandar Pelabuhan Klang, 2003

1/5

1hektarSkala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000Skala 1:12,000

100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100 0000000000000000000000000000000000000 100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100100 200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200200

UUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

RANCANGAN KAWASAN KHASRANCANGAN KAWASAN KHASBANDAR PELABUHAN KLANGBANDAR PELABUHAN KLANG

PELAN LOKASI KAWASAN RKKPELAN LOKASI KAWASAN RKKBANDAR PELABUHAN KLANGBANDAR PELABUHAN KLANG

R A J A H 1 . 4

300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300300MeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeterMeter

Pelan Kunci

1/6

Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas

Pengenalan

1.5 BERMULANYA PELABUHAN KLANG

1/7

Sebelum kedatangan British, Pelabuhan Klang dikenali

sebagai Kuala Klang. Ia merupakan sebuah

perkampungan kecil yang didiami oleh nelayan dan

petani. Terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Klang

yang menganjur dari kawasan ini sehingga ke Kuala

Lumpur dengan melalui Bandar Klang. Pada masa itu,

terdapat sebuah pelabuhan yang menjadi pusat

pemunggahan hasil bijih timah di Bandar Klang. Namun

demikian, fungsi pelabuhan tersebut mulai merosot

setelah Jambatan Belfield yang menghubungkan Klang

Utara dan Klang Selatan dibina.

Pelabuhan yang baru di Kuala Klang diasaskan oleh

pemerintahan kolonial British, Sir Frank Swettenham

pada tahun 1893, tetapi hanya dibina pada tahun 1900

setelah landasan kereta api dari Bandar Klang ke Kuala

Klang dibina pada tahun 1889. Pelabuhan yang

mempunyai sebuah jeti dan tiga buah dermaga ini

telah dibuka secara rasminya pada 15 September 1901

dan dinamakan sebagai Pelabuhan Swettenham (Port

Swettenham). Pelabuhan Swettenham telah bertukar

nama kepada Pelabuhan Klang selepas mencapai

kemerdekaan. Sejak beroperasi, ia terletak di bawah

pentadbiran Jabatan Kereta Api.

Bagi meningkatkan pentadbiran dan pengurusan

Pelabuhan Klang, Lembaga Pelabuhan Klang telah

diwujudkan pada 1 Julai 1963 sebagai sebuah badan

berkanun di bawah Akta Parlimen, iaitu Akta Lembaga-

Lembaga Pelabuhan 1963 (Port Authorities Act 1963).

Pada masa yang sama, status pelabuhan ini juga telah

dinaikkan tarafnya dari Pelabuhan Pesisiran dan Laut

Dalam kepada Pelabuhan Persekutuan.

Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas

Pengenalan

1.6 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Merancang dan menguruskan

pembangunan Bandar Pelabuhan Klang ke

arah pencapaian persekitaran yang bersih,

indah dan mampan serta berimejkan

“Bandar Pelabuhan”

1/8

1.6.1 Objektif

Objektif kajian RKK Bandar Pelabuhan Klang ialah:

i) Menghasilkan susun atur perancangan kawasan RKK

yang lengkap sebagai panduan pembangunan

untuk meningkatkan imej dan karektor Bandar

Pelabuhan Klang sebagai Bandar Perkhidmatan

Pelabuhan.

ii) Mengoptimumkan penggunaan tanah khususnya

perancangan kawasan ‘brownfields’ dan kawasan

hijau yang lebih berkesan supaya dapat

mengimbangkan pembangunan perindustrian di

kawasan-kawasan sekitarnya.

iii) Memperkukuhkan pembangunan pelbagai sektor

ekonomi bagi mempertingkatkan daya saing

bandar serta memberi fokus kepada perkhidmatan

yang harus disediakan untuk penduduk setempat

dan pelancong.

iv) Mewujudkan persekitaran kehidupan yang sejahtera

berasaskan keperluan dan kehendak penduduk

dengan menyediakan kemudahan infrastruktur,

kemudahan sosial dan utiliti yang mencukupi dan

bersesuaian.

v) Mengenal pasti dan memastikan sumber-sumber

semula jadi dan binaan digunakan dengan

optimum.

vi) Meningkatkan potensi dan daya tarikan industri

pelancongan.

Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas

Pengenalan

Pelabuhan Klang merupakan pusat perhubungan dan

pengangkutan utama di Malaysia dan penyumbang

utama ekonomi negeri Selangor terutamanya dari segi

sektor pengangkutan dan pembuatan serta

menyokong perkembangan sektor perindustrian di

kawasan ini. Ini menunjukkan Pelabuhan Klang

mempunyai kepentingan dari segi sektor perindustrian

dan pelabuhannya dalam konteks negeri Selangor.

Berdasarkan RSN Selangor, Bandar Pelabuhan Klang

telah dikenalpasti sebagai pusat perkhidmatan utama

kepada Pelabuhan Klang. Bandar Pelabuhan Klang

juga telah dicadangkan sebagai sebahagian Zon

Pembangunan Pelabuhan dan Maritim yang meliputi

kawasan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Utara dan

Pelabuhan Barat. Sejajar dengan aktiviti pelabuhan

dan pengangkutan yang sedia ada, aktiviti yang

digalakkan untuk menyokong pembangunan

“transhipment hub” dan penghantaran kargo di Asia

Pasifik ialah aktiviti pelabuhan yang berasaskan maritim.

1.7 DASAR DAN STRATEGI RANCANGAN PEMAJUAN

“Bandar Pelabuhan Klang sebagai

pusat perkhidmatan utama kepada

Pelabuhan Klang”

1/9

(Sumber: RSN Selangor 2020)

Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas

Pengenalan

1.8 Rancangan Tempatan Klang 2002-2015

1/10

Wawasan Rancangan Tempatan Klang 2002-2015 ialah

menjadikan Bandar Pelabuhan Klang berimejkan

“Bandar Perkhidmatan Pelabuhan” dengan

pencapaian persekitaran yang bersih, indah dan

mampan. Bandar Pelabuhan Klang dikategorikan

sebagai Pusat Tempatan Utama yang berfungsi sebagai

pusat perindustrian dan pengangkutan yang

menyumbang kepada pembangunan ekonomi Daerah

Klang.

Antara cadangan Rancangan Tempatan Klang 2002-

2015 yang berkaitan dengan kawasan RKK ini ialah:

i) Menaik taraf pengurusan lalu lintas simpang empat

berlampu isyarat di Pesiaran Raja Muda Musa-

Jalan Kem.

ii) Meningkatkan perkhidmatan pengangkutan

awam seperti bas dan teksi.

iii) Meningkatkan imej bandar dengan cadangan

lanskap di pesisiran selat (jeti), jalan utama,

kawasan perumahan, pusat Bandar Pelabuhan

Klang dan sebagainya.

iv) Memulihara semula deretan rumah kedai dalam

Bandar Pelabuhan Klang.

v) Menempatkan semula kawasan perindustrian

untuk memaksimumkan penggunaan kemudahan

pelabuhan yang disediakan.

vi) Membangunkan semula semua kawasan

setinggan.

vii) Membina semula bangunan Jeti Pulau Ketam dan

menaik taraf lanskap pintu masuk pelancongan.

viii) Melengkapkan jalan yang menghubungkan jeti ke

Stesen Komuter dan Terminal Bas Pelabuhan Klang

dengan laluan pejalan kaki serta elemen lanskap

kejur dan lembut yang menarik.

Rajah 1.5 : Bandar Pelabuhan Klang Dalam Konteks Rancangan Tempatan Klang 2002-2015

Sumber: Rancangan Tempatan Klang 2002—2015

Bandar Pelabuhan Klang

UUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

1/11