contoh teks bahas menteri2

Upload: muhamadkamil385

Post on 04-Apr-2018

285 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Contoh Teks Bahas Menteri2

    1/3

    Contoh Teks bahas: Menteri Kedua

    Soalan Contoh

    Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah sebagai pasukan

    kerajaan. Usul perbahasan tersebut ialah Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah

    Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah.Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut.

    Rangka Karangan

    Kata alu-aluan

    Pendahuluan

    - tolak pindaan usul oleh pembangkang sokong definisi usul Perdana Menteri

    Isi-isi Penting

    i. bidasan terhadap pembangkang

    ii. penguatkuasaan yang lemah

    iii. wujudnya unsur rasuah

    Penutup

    - Pemantauan pihak berkuasa dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalanganmurid sekolah.

    Teks Contoh

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan

    Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewansekalian.

    Tuan Yang Dipertua,

    Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh KetuaPembangkang sebentar tadi iaitu Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah

    Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah. Jadi saya memohon agar definisi usul itu

    dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu Pemantauan Pihak

    Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah.

    Tuan Yang Dipertua,Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan

    oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan

    yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid

    sekolah.

    http://panitiabmsmkss.blogspot.com/2011/03/contoh-teks-bahas-menteri-kedua.htmlhttp://panitiabmsmkss.blogspot.com/2011/03/contoh-teks-bahas-menteri-kedua.html
  • 7/29/2019 Contoh Teks Bahas Menteri2

    2/3

    Tuan Yang Dipertua,

    Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan

    untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasahendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin yang sedang menjalankan operasi itu dengan

    berkesan. Jadi sepatutnya pihak berkuasa hendaklahlah menjalankan tanggungjawab mereka itu

    dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pastimasalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada

    segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan

    bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan. Jika berlakujuga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan,

    sudah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Jadi, perkara pokoknya di

    sini, pihak berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah

    masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

    Tuan Yang Dipertua,

    Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan

    murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secarakerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat

    pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa sepertipegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan perlulah membuat

    pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih

    dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan perlulah diperiksa dan dibuat ujikaji di makmal. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlu

    mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah ini dijalankan, sudah pasti

    keracunan makan dalam kalangan masyarakat tidak akan berlaku.

    Tuan Yang Dipertua,

    Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan

    mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantinperlulah memastikan tangan penyedia makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan

    makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping

    memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasakperlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya di samping tidak mendedahkan makanan

    kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah

    tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

    Tuan Yang Dipertua,

    Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin.

    Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalampengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut,

    pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan

    makanan di kantin. Sudah tentu, mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untukmenyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja

    kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan

    dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya semasa

    memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong,

  • 7/29/2019 Contoh Teks Bahas Menteri2

    3/3

    membasuh tangan sebelum memegang makanan dan sebagainya. Oleh itu, masalah keracunan

    makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi.

    Tuan Yang Dipertua,

    Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan

    memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

    Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

    Sekian, terima kasih.