contoh syarahan

7
MASYARAKAT BERILMU MENJAMIN KESTABILAN NEGARA bismillah hirrahamanirahim.. Asslamualaikum wmthbrkth.... Alhamulillah....... Kalungan apreasasi untuk Pengacara majlis, barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan, seterusnya umat Muhammad sekalian. Firman Allah Allah mengangkat darjat orang yang berilmu diantara kamu ke beberapa darjat Justeru ,tampillah saya di podium ini demi melakarkan wacana yang bertajuk . MASYARAKAT BERILMU MENJAMIN KESTABILAN NEGARA. Lantas, saya tampilkan dahulu intepretasi yang membina maudhuknya. Masyarakat berilmu membawa konotasi sebuah kelompok individu yang mempunyai pengetahuan dan kepandaian,

Upload: azila-wati

Post on 19-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

syarahan

TRANSCRIPT

Page 1: contoh syarahan

MASYARAKAT BERILMU MENJAMIN KESTABILAN NEGARA

 bismillah hirrahamanirahim..

Asslamualaikum wmthbrkth....

Alhamulillah.......

Kalungan apreasasi untuk Pengacara majlis, barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan,

seterusnya umat Muhammad sekalian.

 

Firman Allah

 

 

Allah mengangkat darjat orang yang berilmu diantara kamu ke beberapa darjat

 

Justeru ,tampillah saya di podium ini demi melakarkan wacana yang bertajuk .

MASYARAKAT BERILMU MENJAMIN KESTABILAN NEGARA.

Lantas, saya tampilkan dahulu intepretasi yang membina maudhuknya.

Masyarakat berilmu membawa konotasi sebuah kelompok individu yang mempunyai

pengetahuan dan kepandaian,

Menjamin ditakrifkan sebagai memastikan,

Manakala frasa kestabilan Negara membawa maksud, kerajaan  yang utuh dan kukuh.

Secara totalnya, tajuk ini akan memperkatakan tentang, keutuhan Negara dapat dibentuk

andainya kelompok individu mempunyai pengetahuan dan kepandaian yang luas serta

mengamalkannya

Muslimin dan muslimat,

Page 2: contoh syarahan

1. ILMU EKONOMI ASPIRASI KEJITUAN NEGARA.

Kemantapan ilmu ekonomi melahirkan sebuah daulah yang aman dan makmur serta bebas

daripada gejala rasuah mahupun spekulasi. Julai 1997, Malaysia membuktikan, minda kritis

ilmuan ekonomi negara mengaplikasikan sistem ekonomi islam lantas membantutkan kejatuhan

ekonomi dasyat yang direncanakan oleh spekulator dunia. Natijahnya, negara kita utuh sehingga

kini.

Firman Allah:

 

 

“dan aku menghalalalkan jual beli serta mengharamkan riba”

Konklusinya, dinamika ilmu ekonomi  aspirasi daulah yang aman.

2. ILMU ASTRONOMI NAHDAH GENERASI FUTURISTIK

Astronomi ialah kajian tentang bintang, bulan dan cakerawala. Keajaiban ilmu astronomi

memampukan insan bestari mengkaji dan membangkar rahsia alam. Harun Yahya,saintis Islam ,

dalam laman webnya, memaparkan Era Degenerat , akan berlaku 100 hingga 1037 trillion akan

datang. Bahkan,hasil Revolusi intelegensia memungkinkan kemunculan pelbagai teknologi

terkini seperti setelit, natijah penguasaan dan pembongkaran ilmu astronomi.

Firman Allah

Surah Ar-rahman :5

Matahari dan bulan berputar mengikut putarannya.

Jelas, Ilmu astronomi pemangkin Kesejahteraan Negara.

 

Sidang saksi bermisi,

Page 3: contoh syarahan

3. ILMU MATEMATIK MENCERNA KESTABILAN NEGARA.

Ilmu matematik ialah bidang yang melibatkan kira-kira. Lihatlah bagaimana keunggulan ilmu

matematik Al-Khawarizmi.Teorem Pithagoras diaplikasikan sehingga hari ini sebagai asas dalam

bidang ukur-mengukur seterusnya memungkinkan Menara Berkembar PETRONAS, Eiffel

Tower dan pelbagai bangunan  berdiri  utuh.

Firman Allah:

 

 

Konklusinya, ilmu matematik mencerna negara yang mantap.

 

Sidang saksi bervisi,

4. PERUBATAN MENJAMIN KESIHATAN SEJAGAT

Perubatan ialah ilmu berkaitan kesihatan sejagat. Pengaplikasian ilmu perubatan yang diterajui

oleh Ibnu Sina dengan Al-Kanun Fil Tibb menjadi nahdah kesejahteraan jutaan Filosof dan

intelektual. Hari ini, segala penyakit bagaikan tiada sempadan penawarnya hatta penyakit aids

mampu diubati dengan pokok bintangor ,hasilbumi Negara kita, dengan izin Allah, natijah

penguasaan ilmu perubatan. 

Firman Allah:

 

Setiap penyakit ada ubatnya

Justeru, ilmu perubatan mampu mewujudkan umat yang berkualiti fizikal dan mental.

 

Hadirin sekalian,

Page 4: contoh syarahan

5. ILMU KEJURUTERAAN MANJANA KEAMPUHAN NEGARA

Kejuruteraan mampu merevolusikan dunia dengan perubahan yang dibawa. Lihatlah hebatnya

dunia hari ini dengan besi yang berterbangan di udara, suara dan wajah yang didengar dan dilihat

beribu batu jauhnya, pedati yang bertukar kepada lrt, natijah ilmu kejuruteraan.

Firman Allah,

 

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib

mereka.”

Jelasnya,ilmu kejuruteraan menjana pembangunan globalisasi.

 

Sidang hadirin,

6. ILMU TELEKOMUNIKASI NUKLEUS UMMATUN IZZAH

Telekomunikasi ialah perhubungan meliputi telefon,internet dan komputer. Kewujudan gentian

optic,jalinan megamaya akan merapatkan silaturrahim umat Muhammad seterusnya menjana

integrasi.

Firman Allah,

 

“Tidak beriman seseorang itu sehingga mereka saling mengasihi saudara mereka sebagaimana

mereka mengasihi diri mereka sendiri”

Tegasnya,Kecanggihan ilmu telekomunikasi mampu melahirkan perpaduan unggul.

 

Saudara saudari,

7. AL-QURAN TERAS SEGALA ILMU UNTUK MENCORAK KESTABILAN NEGARA

Page 5: contoh syarahan

Al- Quran ialah kitab yang termaktub segala ilmu di dalamnya dan  tiada sempadan .

Penghayatan ilmu al-quran ternyata mampu melahirkan masyarakat yang dinamik, efektif dan

futuristic. Sejarah membuktikan penguasaan dan pengaplikasian  ilmu al-quran  melahirkan

intelegensia seperti Ibn Rusd, Ibn Sina dan  Ibn Batutah.

Sabda Rasullullah

 

 

Telah aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, selama kamu berpegang padanya, nescaya tidak

akan sesat selama-lamanya.Kitabullah dan sunnah Rasullullah.

Sesungguhnya, betapa indah dan cantiknya  masyarakat al-Quran yang pasti menjamin

kemantapan Negara.

 

Kesimpulannya.

1. ILMU EKONOMI ASPIRASI KEJITUAN NEGARA.

2. ILMU ASTRONOMI NAHDAH GENERASI FUTURISTIK

3. ILMU MATEMATIK MENCERNA KESTABILAN NEGARA.

4. PERUBATAN MENJAMIN KESIHATAN SEJAGAT

5. ILMU KEJURUTERAAN MANJANA KEAMPUHAN NEGARA

6. ILMU TELEKOMUNIKASI NUKLEUS UMMATUN IZZAH

7. AL-QURAN TERAS SEGALA ILMU UNTUK MENCORAK KESTABILAN NEGARA