contoh soalan upsr 1

Upload: rasyidah-yakub

Post on 06-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    1/17

    Contoh soalan UPSR

    Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti

    oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapansahaja.

    Soalan 1 hingga 18.

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1. Kamil dan Kamal telah mendaftar untuk menyertai perkhemahan unit beruniform.

    ______________ dikehendaki membawa khemah sendiri.

    A. Kita

    B. Kami

    C. Kalian

    D. Mereka

    2. Kumpulan kompang telah ________________ kompang apabila Pegawai

    Pelajaran Daerah itu sampai di pintu pagar sekolah.

    A. paluan

    B. memalu

    C. mempalu

    D. memalukan

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    2/17

    3. "Kita perlu mengutamakan ________________ persekitaran rumah kita agar

    nyamuk aedes tidak membiak," kata pegawai kesihatan itu.

    A. kesucian

    B. kesihatan

    C. keceriaan

    D. kebersihan

    4. Guru Disiplin berkata,"________________ yang melanggar peraturan sekolah

    akan dikenakan tindakan."

    A. Mana-mana

    B. Siapa-siapa

    C. Bila-bila

    D. Apa-apa

    5. Jasman telah mendapat peluang belajar di sekolah berasrama penuh

    ______________ mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian

    Sekolah Rendah.

    A. setelah

    B. sewaktu

    C. semenjak

    D. sekiranya

    Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    3/17

    6. Zaquan perlu _______________ badannya ketika melalui titi kayu yang kecil itu.

    A. memerhati

    B. mengawali

    C. mengawasi

    D. mengimbangi

    Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

    7. Kelihatan _________________ kerbau sedang berkubang di dalam lumpur di

    tengah-tengah sawah itu.

    A. segerombolan

    B. seangkatan

    C. sekandang

    D. sekawan

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    4/17

    8. Badrul baru sahaja pulang _____________________ hospital setelah melawat

    abangnya yang sedang dirawat di sana.

    A. di

    B. ke

    C. dari

    D. daripada

    9. Tapai ubi yang manis dapat _________________ setelah ubi rebus yang

    bercampur ragi itu diperam beberapa hari.

    A. berhasil

    B. dihasilkan

    C. penghasilan

    D. menghasilkan

    10. Sikap ibu yang sentiasa __________________ ketika memandu sering

    mendapat pujian daripada ayah.

    A. teliti

    B. mahir

    C. cermat

    D. pandai

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    5/17

    11. Bahagian _________________yang menyokong bumbung rumah itu telah patah

    akibat dihempap pokok kelapa.

    A. kekisi

    B. tetupai

    C. kekuda

    D. tetambak

    12. Kakak sungguh ________________ menunggu kepulangan tunangannya yang

    sedang melanjutkan pelajaran di Mesir selama empat tahun.

    A. taat

    B. setia

    C. tabah

    D. tekun

    13. Saya lihat di bawah tudung saji itu __________________ ada dua bungkus nasi

    lemak yang belum dimakan lagi.

    A. telah

    B. masih

    C. sudah

    D. belum

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    6/17

    14. Nenek mengambil _____________________ bawang merah lalu meletakkannya

    ke dalam __________________ pinggan.

    A. seulas sebiji

    B. sebiji sebuah

    C. selabu sekeping

    D. seketul sebentuk

    15. Gubahan bunga yang dikarang oleh kakak _________________ cantik dan

    kemas.

    A. nian

    B. agak

    C. benar

    D. sekali

    16. Kerajaan menggalakkan penggunaan bahan yang _______________ untuk

    mengurangkan pencemaran alam sekitar.

    A. suci murni

    B. mesra alam

    C. mudah alih

    D. mesra pengguna

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    7/17

    17. Hafiz telah berjaya melangkah ke pertandingan akhir badminton itu.

    ___________________, beliau terpaksa membuat latihan yang lebih gigih.

    A. Selain itu

    B. Di samping itu

    C. Lebih-lebih lagi

    D. Dengan demikian

    18. Setelah menjadi _________________ di luar negara, akhirnya Rahman pulang

    ke Malaysia untuk menabur bakti kepada negara sendiri.

    A. anak buah

    B. anak jantan

    C. anak angkat

    D. anak dagang

    19. Saufi sering termenung di serambi rumahnya kerana menunggu kekasihnya

    yang telah terpisah semenjak setahun yang lalu.

    Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan pernyataan di atas.

    A. Bagai melepas batuk di tangga

    B. Bagai pungguk rindukan bulan

    C. Bagai menunggu buah tak gugur

    D. Bagai menghitung bintang di langit

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    8/17

    20. Sesuatu perkara yang kita lakukan hendaklah memberi manfaat kepada diri kita

    dan orang lain. Pilih perkataan seerti bagi manfaat.

    A. makna

    B. faedah

    C. peluang

    D. kelebihan

    21. Projek pembangunan yang terbengkalai itu akan dipulihkan oleh pihak kerajaan.

    Pilih perkataan berlawan bagi terbengkalai.

    A. terurus

    B. terhenti

    C. tersusun

    D. terganggu

    Soalan 22 hingga 23

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    22. I Karipap itu masih segar kerana baru digoreng.

    II Air sungai itu segar kerana masih belum tercemar.

    III Tubuh badan kita akan menjadi segar apabila kita banyak bersenam.

    IV Kejadian ngeri yang menimpa keluarga kami masih segar dalam ingatan.

    A. I dan II

    B. I dan IV

    C. II dan III

    D. III dan IV

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    9/17

    23. I Sudah menjadi rasmi ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung.

    II Perdana Menteri pergi ke luar negara kerana menjalankan tugas rasmi.

    III Setelah selesai upacara akad nikah, maka dengan rasmi mereka bergelar suami

    isteri.

    IV Kita hendaklah mengikut rasmi padi, semakin berilmu semakin merendah diri.

    A. I dan II

    B. I dan III

    C. II dan III

    D. III dan IV

    24. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

    Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

    A. Pelbagai pihak sering membincangkan perkara ini.

    B. Kadar kemalangan jalan raya memang membimbangkan.

    C. pemandu perlu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

    D. Kemalangan jalan raya di Malaysia merupakan antara yang tertinggi.

    25. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

    Jamilah sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan ketika

    bermain bola jaring.

    A. Benarkah Jamilah sedang dirawat di hospital?

    B. Mengapakah Jamilah sedang dirawat di hospital?

    C. Bagaimanakah keadaan Jamilah apabila tercedera?

    D. Apakah yang terjadi kepada Jamilah ketika bermain bola jaring?

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    10/17

    Soalan 26 hingga 27

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

    26. Murid-murid sekolah perlu mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan diri.

    A. Murid-murid sekolah perlu menyelamatkan diri dengan mematuhi

    peraturan jalan raya.

    B. Untuk memastikan keselamatan diri, murid-murid perlu mematuhi

    peraturan jalan raya.

    C. Keselamatan murid-murid amat bergantung kepada peraturan jalan raya.

    D. Peraturan jalan raya boleh menyelamatkan diri murid-murid.

    27. Penyalahgunaan najis dadah boleh dibanteras sekiranya ibu bapa dapat

    memantau pergerakan anak-anak mereka.

    A. Pemantauan pergerakan anak-anak oleh ibu bapa dapat membanteras

    penyalahgunaan najis dadah.

    B. Ibu bapa boleh membanteras pergerakan anak-anak yang telah terlibat

    dengan penyalahgunaan najis dadah.

    C. Penyalahgunaan najis dadah perlu dipantau oleh ibu bapa sekiranya anak-

    anak aktif bergerak.

    D. Pergerakan anak-anak yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah perlu

    dipantau oleh ibu bapa.

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    11/17

    Soalan 28 hingga 30.

    Pilih ayat yang betul.

    28. A. Setiap orang guru diminta hadir dalam mesyuarat itu.

    B. Zaleha sedang memasak di dapur namun adiknya membaca buku.

    C. Dia tidak anak Pak Long walaupun mereka begitu mesra.

    D. Ibu harimau amat sayang akan anak-anaknya.

    29. I Kita mesti bekerja kuat demi memajukan diri.

    II Ayah bekerja dari pagi hingga petang untuk mencari rezeki.

    III Sesetengah murid lebih suka membawa bekalan daripada rumah.

    IV Laporan bedah siasat itu telah diserahkan kepada pihak polis.

    A. I dan II

    B. II dan IV

    C. I, III dan IV

    D. II, III dan IV

    30. I Azman mengerang kesakitan bila kakinya terseliuh.

    II Projek Susu 1 Malaysia telah dilancarkan ke seluruh negara.

    III Sekolah itu terletak di antara masjid dengan pasar raya itu.

    IV Semua sampah-sarap itu telah dibakar di belakang rumah.

    A. I dan II

    B. II dan III

    C. I dan IV

    D. III dan IV

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    12/17

    Soalan 31 hingga 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,

    barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Berdirinya

    saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk

    _____________________.

    Para hadirin sekalian,

    Kepentingan kebersihan tidak dapat dinafikan dalam kehidupan manusia. Aspek

    kehidupan yang mulia inilah yang dititikberatkan oleh Perdana Menteri. Beliau menyeru

    agar rakyat mengutamakan kebersihan persekitaran dan kediaman mereka lebih-kebih

    lagi dalam kalangan warga kota. Suasana beginilah yang menarik minat para

    pelancong.

    Maruah negara sudah tentu akan terjejas terutama pada mata para pelancong.

    Amalan membuang sampah sarap merata-rata tempat ini perlu dihapuskan. Perbuatan

    itu boleh mencemar nama baik negara kita.

    Hadirin yang dihormati,

    Sikap tidak mahu ambil peduli ahli masyarakat tentang masalah ini seharusnya

    dihindari segera. Sebagai rakyat yang prihatin, kita hendaklah sentiasa menyahut

    seruan kerajaan. Hidup dikelilingi sampah sarap bukan amalan yang mulia.

    Bau busuk dan pencemaran udara boleh berlaku jika masalah ini tidak ditangani

    segera. Pembiakan tikus dan lalat juga sudah tentu mudah berlaku. Pembuangan

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    13/17

    bahan-bahan yang sudah digunakan seperti tayar-tayar buruk dan tin-tin kosong akan

    menyebabkan air bertakung. Di sinilah bermulanya pembiakan nyamuk aedes. Jadi,

    tidak hairanlah kes demam denggi sentiasa meningkat dari semasa ke semasa

    sehingga mengakibatkan kematian. Dengan itu, aspek kebersihan persekitaran sangat

    penting demi melahirkan warga yang sihat.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Pelbagai jenis penyakit pula boleh berlaku seperti cirit-birit dan penyakit kulit

    apabila menggunakan air yang sudah tercemar. Sumber bekalan air menjadi semakin

    tidak berkualiti lagi kerana sikap warga kota yang mengamalkan perbuatan membuang

    sampah dan sisa-sisa makanan ke dalam longkang dan sungai. Jadi, tidak hairanlah

    banjir kilat sering melanda Bandar Raya Kuala Lumpur.

    Oleh yang demikian, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita hendaklah

    sentiasa meletakkan kebersihan sebagai satu daripada matlamat utama dalam

    kehidupan. Sikap mementingkan diri sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah

    ini.

    Sekian, terima kasih.

    31. Sebagai warga negara yang bertanggungjawab kita hendaklah

    A. menyahut semua seruan kerajaan

    B. menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk

    C. menjadikan kebersihan sebagai matlamat utama dalam kehidupan

    D. sentiasa mengadakan amalan bergotong-royong membersihkan kawasan

    sekitar

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    14/17

    32. Apakah faktor utama peningkatan kes demam denggi?

    A. Kelemahan sistem saliran yang ketara

    B. Sampah sarap tidak dibakar dengan segera

    C. Pembuangan tayar-tayar buruk yang tidak sistematik

    D. Pengguna menggunakan air yang telah tercemar

    33. Frasa tidak mahu ambil peduli dalam petikan bermaksud

    A. tidak pernah tahu

    B. tidak pernah diberitahu

    C. sukar untuk dimaklumkan

    D. tidak mengambil endah

    34. Perkara berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali

    A. Kerajaan mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat

    B. Sistem saliran bukan penyebab utama kejadian banjir kilat

    C. Air yang bertakung boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit

    D. Maruah negara kita boleh terjejas akibat pencemaran alam sekitar

    35. Pada pendapat kamu, apakah tajuk yang paling sesuai bagi syarahan tersebut?

    A. Punca Utama Banjir Kilat

    B. Cintailah Alam Sekitar Kita

    C. Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

    D. Persekitaran yang Kotor Mengundang Penyakit

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    15/17

    Soalan 36 hingga 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Lot 33, Jalan Jering,

    Kampung Endah,

    42700 Banting,

    Selangor Darul Ehsan.

    12 Ogos 2011.

    Menemui kekanda Salamah yang berada di Batu Pahat, dengan selamat

    sejahteranya.

    Kekanda,

    Apa khabar sekarang? Harapan kami agar kekanda sentiasa dalam keadaan

    sihat. Buat keluarga di kampung, semuanya sihat sejahtera. Telah agak lama kami di

    kampung tidak mendengar berita tentang kekanda. Mungkin kekanda sibuk dengan

    Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal kekanda hadapi tidak lama lagi.

    Bonda berharap agar kekanda akan tekun belajar. Sebenarnya, bonda amat bimbang

    jika kekanda sakit atau kekurangan wang. Jika kekanda memerlukan wang, janganlah

    takut untuk memintanya daripada bonda.

    Bilakah peperiksaan SPM akan tamat? kami sekeluarga amat merindui kekanda.

    Pada tahun ini, buah-buahan di dusun kita sangat menjadi. Bonda telah bercadang

    untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila kekanda pulang nanti. Kekanda Salim

    yang banyak membantu bonda di dusun dan telah membeli sebuah motosikal. Kini

    adinda tidak perlu berjalan kaki lagi kerana kekanda Salim akan menghantar adinda ke

    sekolah.

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    16/17

    Adinda telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah rendah dan

    sedang menunggu keputusannya. Doakanlah semoga adinda akan memperoleh

    keputusan 5A. Adinda juga ingin mengikut jejak kekanda. Memang menjadi hasrat

    arwah ayahanda supaya kita semua berjaya dalam pelajaran.

    Hanya setakat ini sahaja yang dapat adinda coretkann buat tatapan kekanda.

    Bonda berpesan agar kekanda tabah menghadapi peperiksaan dan selalu mengingati

    Tuhan.

    Sekian, salam kasih sayang daripada kami di kampung.

    Adindamu yang jauh,

    Salimah

    36. Apakah hubungan antara penulis dengan penerima surat tersebut?

    A. Adik dan abang

    B. Adik dan kakak

    C. Abang dan adik

    D. Kakak dan adik

    37. Apakah perkara yang merisaukan ibu penulis?

    A. Anaknya tidak pulang ke rumah

    B. Anaknya tidak bersedia untuk menghadapi SPM

    C. Anaknya tidak sihat dan mengalami masalah kewangan

    D. Anaknya tidak dapat bersama ketika kenduri kesyukuran

  • 8/3/2019 CONTOH SOALAN UPSR 1

    17/17

    38. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang petikan di atas?

    A. Ibu penulis ialah seorang balu

    B. Penulis berhasrat untuk tinggal di asrama

    C. Penerima surat sedang belajar di sekolah berasrama

    D. Abang penulis telah mendapat hadiah sebuah motosikal

    39. Berikut adalah pesanan bonda kepada kekanda, kecuali

    A. belajar dengan rajin

    B. sentiasa mengingati Tuhan

    C. pulang ke kampung dengan segera

    D. berterus terang jika ada masalah kewangan

    40. Perkataan kenduri di dalam petikan bermaksud

    A. pesta

    B. keramaian

    C. jamuan makan

    D. acara perhimpunan