contoh soalan bm pt3

Upload: nur-ain

Post on 08-Mar-2016

355 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

soalan ini telah diambil dan diubahsuai daripada blog cuit-cuit bahasa

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A[25 markah]

1) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapatsatukesalahan tatabahasa.Gariskankesalahan tersebut dantulisjawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.

.

(ii)Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.

.

(iii)Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.

.

(iv)"Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Tingkatan Tiga Kreatif.

(8 markah)

2) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.

(ii)Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.

(iii)Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.

(3 markah)

3) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i)Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.

(ii)Pulau peranginan itu cantik.Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik

(iii)Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.

(iv)Saya ada masa pada hujung minggu ini.Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.

(v)Azwana membaca surat.Afifah membaca surat.Surat dikirim oleh Bhaga.

(10 markah)

4)Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulissatuperibahasa yang sesuai dengan gambar tersebut. (i)

(ii)

(4 markah)

BAHAGIAN B[30 markah]

5) Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kelmarin, Tuan Binjah mengarahkan seisi kampung berpindah. Katanya, tanah itu bukan hak milik suku yang pindah-randah macam kamu. Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu, ujar Sidek, menyambung cerita. Khabarnya, pagi ini pula, Tuan Binjah bawa samseng luar ke sana.Selepas berunding beberapa minit, keluarga Talia dibawa oleh Sidek membuat aduan di sebuah balai polis. Kemudian, mereka menumpangi kereta api yang dipandu Sidek.Kawasan lombong lengang sewaktu mereka tiba di sana. Hanya ada beberapa orang lelaki yang masih meneruskan kerja di sekitar lombong dan stesen kereta api.Sempadan rimba di antara lombong dengan Bukit Ungu sudah musnah, digantikan dengan jalan ternganga. Jentera-jentera berat yang menumbangkan pokok-pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan. Di situ, tompok-tompok pondok berlatarkan huma yang menghijau tampak bagai butir gula dihurungi semut manusia.( Dipetik daripada cerpen Talian dan Raksasa Qadqad, karya Zaniffa Azzun Abdullah, dalam antologi Baik Budi indah Bahasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka).

1) Nyatakan contoh gaya bahasa personafikasi dan simile yang terdapat dalam petikan cerpen diatas..... (3 Markah)2) Berdasarkan petikan cerpen di atas, bincangkan watak dan perwatakan Sidek.(3 Markah)3) Pada pendapat anda, apakah tujuan keluarga Talia membuat aduan di balai polis?(4 Markah)

KUCARI DAMAI DI SINIKucari damai di sini Di tanah subur makmur dan merdekayang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpimembebat perasaan kehidupandengan sejarah persaudaraanmengikat naluri kemanusiaan.Kucari damai di sinicinta dan jati diri bersemarak di laman sukmadengan kasih sayangbersemadi di naluriDi sini damainya badaimoga gemilang sepanjang zamanmenjadi catatan sejarah kebanggaanuntuk generasi masa depan.(Dipetik daripada antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)6) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1) Apakah persoalan sajak Kucari Damai di Sini?....(2 Markah)2) Bincangkan bentuk sajak di atas.(3 Markah)3) Pada pendapat anda, apakah catatan sejarah negara yang menjadi kebanggan negara kita?(4 Markah)

7)Jawapan anda hendaklah berdasarkansatudaripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.Novel: Darah Titik di Semantan

Berdasarkansebuahnovel yang anda telah kaji, huraikantiga latar masyarakatyangterdapat dalam novel tersebut. Berikansatucontoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.

(10 Markah)BAHAGIAN C[15markah]

8. Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnyaantara 80 hingga 100 patah perkataan.

(15 Markah)

BAHAGIAN D(30 markah)

9. Pilihsatudaripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnyalebihdaripada 180 patah perkataan.

i)Sahabat pena anda telah menulis sepucuk surat kepada anda untuk mengetahuitentang kepentingan permainan tradisional di negara anda. Balas surat tersebut selengkapnya.

ii)Amalan membaca merupakan amalan yang amat penting dalam kehidupan kita. Jelaskan peranan ibu bapa bagi memupuk minat membaca dalam diri anak-anakmereka.

iii)Era globalisasi ini menyaksikan golongan remaja yang terjebak dalam isu masalah bulisemakin meningkat.

Huraikan faktor-faktor remaja terjebak dalam isu ini.

2