contoh soalan bitk (40 soalan-2014)

15
Contoh Soalan Exam BITK 1. Berdasarkan AP309, pemeriksaan mengejut peti wang tunai dan peti besi hendaklah dilakukan tidak kurang sekali dalam ……….. A. 1 bulan B. 3 bulan C. 6 bulan D. 12 bulan E. 24 bulan 2. Kenyataan berikut adalah benar mengenai panjar wang runcit kecuali A. Hendaklah mengemukakan Sijil Perakuan Panjar pada setiap akhir bulan. B. Pemegang panjar wang runcit hendaklah merekodkan semua perbelanjaan yang dibuat di dalam Buku Panjar bagi maksud ianya diluluskan. C. Pemegang panjar hendaklah mendapat baucar yang disertakan dengan resit atau perakuan daripada pegawai yang menuntut bayaran. D. Perbelanjaan segera yang dikeluarkan melalui panjar yang dibenarkan adalah tidak melebihi RM500.00. E. Setiap jabatan yang memerlukan panjar wang runcit mesti mengemukakan permohonan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 3. Berikut adalah pihak berkuasa yang memberi kelulusan untuk pelupusan dokumen wang awam, barang awam atau harta benda awam adalah seperti berikut kecuali: A. Jabatan Akauntan Negara/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri. B. Ketua Pengarah Arkib Negara C. Ketua Audit Negara D. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan E. Penyimpan Arkib Negeri Sabah/Kurator Muzium Negeri Sarawak 4. Perkara yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan apabila terdapat kehilangan wang awam, barang awam atau harta benda awam adalah : i. Membuat laporan polis seberapa segera. ii. Mendapatkan laporan penyiasatan polis. iii. Menyediakan laporan awal seperti dalam Lampiran J Arahan Perbendaharan. iv. Menyediakan laporan akhir seperti dalam Lampiran K Arahan Perbendaharaan. v. Mengemukakan semua laporan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Upload: nfmk

Post on 12-Dec-2015

640 views

Category:

Documents


134 download

DESCRIPTION

Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

Contoh Soalan Exam BITK

1. Berdasarkan AP309, pemeriksaan mengejut peti wang tunai dan peti besi hendaklah dilakukan

tidak kurang sekali dalam ………..

A. 1 bulan

B. 3 bulan

C. 6 bulan

D. 12 bulan

E. 24 bulan

2. Kenyataan berikut adalah benar mengenai panjar wang runcit kecuali

A. Hendaklah mengemukakan Sijil Perakuan Panjar pada setiap akhir bulan.

B. Pemegang panjar wang runcit hendaklah merekodkan semua perbelanjaan yang dibuat di

dalam Buku Panjar bagi maksud ianya diluluskan.

C. Pemegang panjar hendaklah mendapat baucar yang disertakan dengan resit atau perakuan

daripada pegawai yang menuntut bayaran.

D. Perbelanjaan segera yang dikeluarkan melalui panjar yang dibenarkan adalah tidak melebihi

RM500.00.

E. Setiap jabatan yang memerlukan panjar wang runcit mesti mengemukakan permohonan

kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

3. Berikut adalah pihak berkuasa yang memberi kelulusan untuk pelupusan dokumen wang

awam, barang awam atau harta benda awam adalah seperti berikut kecuali:

A. Jabatan Akauntan Negara/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.

B. Ketua Pengarah Arkib Negara

C. Ketua Audit Negara

D. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan

E. Penyimpan Arkib Negeri Sabah/Kurator Muzium Negeri Sarawak

4. Perkara yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan apabila terdapat kehilangan wang awam,

barang awam atau harta benda awam adalah :

i. Membuat laporan polis seberapa segera.

ii. Mendapatkan laporan penyiasatan polis.

iii. Menyediakan laporan awal seperti dalam Lampiran J Arahan Perbendaharan.

iv. Menyediakan laporan akhir seperti dalam Lampiran K Arahan Perbendaharaan.

v. Mengemukakan semua laporan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Page 2: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

A i, ii dan iii sahaja

B i, ii, iii dan iv sahaja

C i, ii dan iv sahaja

D ii, iii, iv dan v sahaja

E Semua di atas

5. Berikut adalah kenyataan benar berhubung dengan waran peruntukan :

i. Dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.

ii. Mengandungi Program/Aktiviti dan Amanah atau Projek.

iii. Kuasa berbelanja yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan.

iv. Kuasa berbelanja yang diberikan oleh Pegawai Pengawal.

v. Instrumen yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan kepada Akauntan Negara Malaysia

sebagai kuasa untuk membelanjakan wang.

A. i dan ii sahaja

B. ii dan iii sahaja

C. ii, iii, iv dan v sahaja

D. ii dan iv sahaja

E. iii, iv dan v sahaja

6. Elaun gangguan dibayar kepada pegawai yang bertukar wilayah pada kadar:

A. Setengah bulan gaji hakiki.

B. Satu bulan gaji hakiki.

C. Satu setengah bulan gaji hakiki.

D. Dua bulan gaji hakiki.

E. Dua setengah bulan gaji hakiki.

7. Berikut adalah merupakan antara sistem kawalan dalaman peti besi atau bilik kebal yang

telah dinyatakan di dalam Arahan Perbendaharaan 125 hingga 135 kecuali :

A. Peti besi atau bilik kebal Kerajaan tidak boleh mengandungi lain daripada wang awam.

B. Ketua pejabat yang ada peti besi di dalam jagaannya hendaklah menentukan, jika praktik,

bahawa peti besi itu dicantumkan dengan kukuhnya pada rangka bina bangunan.

C. Suatu rekod hendaklah disenggarakan ditiap-tiap pejabat menunjukkan peti besi atau bilik

kebal dalam mana anak kunci ganti itu disimpan, dengan rujukan mengenai resit

penyimpanannya.

Page 3: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

D. Dalam suatu pejabat yang ada bilik kebal, anak kuncinya hendaklah disimpan oleh dua orang

pegawai yang seorang daripadanya hendaklah berjawatan tidak rendah daripada Kumpulan

Sokongan Gred 22 atau yang setaraf dengannya.

E. Anak kunci ganti bagi tiap-tiap peti besi atau bilik kebal mestilah dimasukkan ke dalam sampul

bermeteri yang pada sebelah luarnya hendaklah ditulis perihal kandungannya, menunjukkan

jabatan dan tempat simpanan baginya kunci itu digunakan. Perihal ini hendaklah ditarikh dan

ditandatangani oleh Ketua Jabatan itu.

8. Tujuan penyata penyesuaian bank dibuat adalah untuk :

i. Mengakaunkan cek terbatal.

ii. Menentukan baki tunai sebenar.

iii. Menguruskan semua jenis bayaran.

iv. Mengesan kesilapan catatan bergu.

v. Menunjukkan ketepatan rekod di buku tunai.

A. i dan ii sahaja

B. ii dan v sahaja

C. iii dan iv sahaja

D. iii dan v sahaja

E. Semua di atas

9. Pilih kenyataan yang tidak benar mengenai resit terimaan kerajaan yang dibatalkan.

A. Diceraikan daripada Buku Resit

B. Ditulis dengan perkataan „Batal‟

C. Dipalangkan dengan dua garisan selari

D. Direkodkan dalam Buku Tunai (Kew. 248/249)

E. Resit yang dibatalkan itu dan salinan auditnya hendaklah dikemukan untuk pengauditan Kira-

kira Wang Tunai.

10. Sekiranya berlaku lebihan sewaktu proses mengimbangkan buku-buku kutipan dengan wang

tunai yang dipungut pada hari berkenaan, apakah tindakan yang mesti dilakukan selaras

dengan Arahan Perbendaharaan 75 ?

A. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Tergantung dimana pemungut berkhidmat

dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.

Page 4: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

B. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Terimaan Tidak Diperuntukkan dimana

pemungut berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.

C. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Amanah Khas dimana pemungut

berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.

D. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Belum Terima dimana pemungut

berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.

E. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Hasil Kerajaan dimana pemungut

berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.

11. Pilih kenyataan yang betul mengenai pengeluaran resit.

i. Resit rasmi mesti dikeluarkan sebagai akuan terima wang.

ii. Resit mesti dikeluarkan pada masa urusan bayaran dibuat oleh pembayar.

iii. Pindaan ke atas resit adalah dilarang sama sekali.

iv. Resit bagi wang yang diterima melalui pos hendaklah dihantar kepada pembayar pada hari itu

juga.

v. Resit yang rosak tidak boleh dimusnahkan tetapi mesti dibatalkan dan disimpan.

i. i, ii dan iii sahaja

A. i, ii, iii dan iv sahaja

B. i, ii dan iv sahaja

C. i, iii, iv dan v sahaja

D. Semua di atas

12. Semua kenyataan di bawah adalah benar mengenai prosidur penyediaan penyata pemungut

dan proses memasukkan pungutan ke dalam bank kecuali :

A. Nombor dan amaun setiap keping cek mestilah ditunjukkan pada penyata pemungut tersebut.

B. Amaun setiap satu masukan hendaklah dicatatkan dalam Buku Tunai pada hari yang sama.

C. Setiap penyata pemungut yang diterima oleh Perbendaharaan atau Perbendaharaan Kecil

hendaklah disah terima dengan resit rasmi.

D. Sekiranya tiada pungutan yang dibuat dalam sesuatu tempoh akaun yang telah di tetapkan

maka tiada sebarang laporan atau penyata yang perlu dihantar.

E. Penyata pemungut mestilah dihantar pada akhir tempoh akaun bulanan atau mengikut

tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Akauntan Negara atau

Bendahari Negeri.

Page 5: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

13. Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 118(C), cek terbatal yang tidak dituntut hendaklah

dikreditkan kepada Akaun Hasil Pelbagai dalam tempoh………..

dari tarikh cek dikeluarkan.

B. 2 Tahun

C. 4 Tahun

D. 6 Tahun

E. 8 Tahun

F. 10 Tahun

14. Berapa lamakah tempoh minimum bagi menyimpan penyata pemungut termasuk resit pendua

disediakan secara manual, mesin, computer atau dalam apa bentuk sekalipun atau yang

direkod dan disimpan secara mikro grafik atau media elektronik lain?

A. 1 Tahun

B. 3 Tahun

C. 7 Tahun

D. 8 Tahun

E. 12 Tahun

15. Bentuk bayaran yang boleh diterima oleh jabatan Kerajaan adalah:

i) cek syarikat atas budi bicara pemungut

ii) pembayaran melalui perbankan internet

iii) setem hasil atas kebenaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan

iv) mata wang asing

A. i dan ii sahaja

B. i, ii dan iii sahaja

C. i, ii dan iv sahaja

D. i dan iii sahaja

E. semua di atas

16. Di atas kecemerlangannya di dalam menjalankan tugas, En Yahaya bin Mamat, Penolong

Akauntan Gred W27, berada di mata gaji P3 T26 (RM2,727.82) telah ditawarkan untuk

memangku jawatan Penolong Akauntan Gred W32 dengan tujuan untuk kenaikan

pangkat. Beliau di tempatkan di Jabatan Penernagan Malaysia Sabah. Berikut adalah

sebahagian daripada jadual gaji Penolong Akauntan Gred W32 :-

T1 T2 T11 T12 T13

P1 1,932.85 2,011.50 2,719.35 2,798.00 2,876.65

P2 2,101.04 2,186.95 2,960.14 3,046.05 3,131.96

Page 6: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

Berdasarkan Pekeliling Bil. 7 Tahun 1993 : “Peraturan Mengenai Pemangkuan dan

Penanggungan Kerja”, berapakah jumlah elaun memangku yang layak diterima oleh En.

Yahaya bin Mamat?

A. RM 70.18

B. RM 78.65

C. RM 85.91

D. RM 626.78

E. RM 794.97

17. Dr. Azizah bt Abdul Kadir merupakan seorang doctor Gred U48 yang bertugas di Hospital Kuala

Lumpur. Beliau diarahkan menanggung kerja Dr. David Lim bagi gred yang sama kerana

berkursus mulai 1.2.2004 hingga 15.7.2004. Berikut adalah maklumat mengenai gaji Dr. Azizah bt

Abdul Kadir dan Dr. David Lim:

1. Gaji Dr. Azizah bt Abdul Kadir adalah pada tangga P1 T5 RM 4,574.67

2. Gaji Dr. David Lim adalah RM 5,115.54

3. Gaji permulaan bagi jawatan yang ditanggung kerja adalah RM 3,853.51

Berapakah jumlah elaun tanggung kerja yang patut diterima oleh beliau dalam tempoh

penanggungan tersebut?

A. RM 3,878.47

B. RM 5,298.59

C. RM 6,289.97

D. RM 7,033.84

E. RM 7,064.75

18. En. Yusof bin Osman, Pembantu Akauntan Gred W22 berkhidmat di Jabatan Penerangan

Malaysia Sabah, berada pada tangga gaji P2 T11, iaitu gaji yang diterima adalah sebanyak RM

2,422.90. Beliau telah dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) ke jawatan Penolong Akauntan,

Gred W27, serta di tempatkan di Jabatan yang sama. Berikut adalah sebahagian daripada

jadual gaji Penolong Akauntan Gred W27 :

T1 T2 T24 T25 T26

P1 967.27 1,020.51 2,268.02 2,346.67 2,425.32

P2 1,022.93 1,078.59 2,409.59 2,491.87 2,574.15

P3 1,081.01 1,139.09 2,556.00 2,641.91 2,727.82

Maklumat tambahan

Tangga gaji P2 T10 bagi Pembantu Akauntan Gred W22 adalah RM 2,336.99

Page 7: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

Merujuk Pekeliling Awam Bil 1 Tahun 2003 : Kaedah penetapan gaji permulaan Pegawai yang

dinaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) di bawah Sistem Saraan Malaysia, tentukan gaji yang

layak ditawarkan kepada beliau.

A. P1T26 RM 2,425.32

B. P2T25 RM 2,491.87

C. P3T24 RM 2,556.00

D. P2T26 RM 2,574.15

E. P3T25 RM 2,641.91

Soalan 19 dan 20 adalah berkaitan dengan keterangan berikut :

Encik Zaini bin Ujang adalah Akauntan W41 menanggung kerja Akauntan W48. Beliau

bercadang membuat pinjaman kenderaan. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun

1993 di antara syarat yang melayakkan seseorang pegawai membuat pinjaman kenderaan

adalah jumlah potongan bulanan tidak melebihi 60% dari jumlah pendapatan.

Beikut adalah maklumat gaji terkini beliau :-

PENDAPATAN RM POTONGAN RM

Gaji Kakitangan Awam 2,678.60 Cukai Pendapatan 100.00

Elaun Tanggung Kerja 1,136.19 Angkasa 423.87

Elaun Khidmat Awam 170.00 Tabung Haji 200.00

Imbuhan Tetap Perumahan 165.00 MNI 100.00

Bayaran Saguhati Khas 150.00 PPZ 112.00

19. Berdasarakan maklumat di atas berapakah jumlah had maksima potongna bulanan bagi

membolehkan pinjaman tersebut diluluskan?

A. RM 1,808.16

B. RM 1,898.16

C. RM 2,288.87

D. RM2,489.87

E. RM 2,579.87

20. Sekiranya potongan pinjaman kenderaan beliau RM 672.29 sebulan berapakah jumlah

potongan pendapatan yang baru?

A. RM 1,308.16

B. RM 1,408.16

C. RM 1,508.16

D. RM 1,608.16

Page 8: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

E. RM 1,708.16

21. Seseorang kakitangan kerajaan yang berasal dari Miri, Sarawak dan bertugas di Kuching,

Sarawak telah diberi kelulusan untuk cuti bergaji penuh bagi melanjutkan pelajaran di Univesiti

Malaysia Sarawak. Elaun-elaun emolumen yang layak diterimanya adalah :

i) Bayaran Insentif Wilayah

ii) Elaun Perumahan Wilayah

iii) Imbuhan Tetap Perumahan

iv) Imbuhan Tetap Khidmat Awam

A. i dan ii sahaja

B. i, ii dan iv sahaja

C. iii dan iv sahaja

D. iv sahaja

E. semua di atas

22. Apakah syarat-syarat yang membolehkan kerja lebih masa dibayar?

i) kerja-kerja kecemasan

ii) kerja yang penting sehinggakan tidak boleh ditunda kepada keesokkan harinya

iii) kerja-kerja yang dikehendaki dilakukan oleh pegawai melebihi daripada bidang tugas.

iv) Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad.

A. i sahaja

B. i dan ii sahaja

C. i, ii dan iii sahaja

D. i, ii dan iv sahaja

E. semua di atas

23. Pada bulan Januari 2004 Pn. Saadiah bt Safiee, Pembantu Tadbir N17 telah diarahkan oleh

Ketua Jabatan beliau untuk melakukan kerja lebih masa memandangkan jabatan beliau

sedang membuat persediaan bagi persidangan bertaraf antarabangsa. Di samping

menjalankan tugas beliau, beliau juga menanggung kerja seorang Pembantu Tadbir yang lain

yang sedang cuti bersalin. Gaji pokok Pn. Saadiah adalah RM 1,095.53 manakala gaji

permulaan jwatan yang ditanggung adalah RM 656.30. Jadual berikut merupakan masa kerja

lebih masa beliau bagi bulan berkenaan. Berapakah jumlah tuntutan elaun lebih masa Pn.

Saadiah bagi bulan Januari 2004?

Page 9: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

TARIKH MASA KERJA LEBIH MASA JUMLAH (JAM)

6.1.04 (Selasa) 4.45 ptg-8.45 mlm 4

13.1.04 (Selasa) 4.45 ptg-9.45 mlm 5

15.1.04 (Khamis) 4.45 ptg-10.45 mlm 6

16.1.04 (Jumaat) 4.45 ptg-9.45 mlm 5

18.1.04 (Ahad) 10.00 pg-2.00 ptg 4

19.1.04 (Isnin) 4.45 ptg-12.45 mlm 8

20.1.04 (Selasa) 4.45 ptg-11.45 mlm 7

21.1.04 (Rabu) 4.45 ptg-12.45 mlm 8

Jumlah 47

A. RM 183.09

B. RM 189.66

C. RM 226.51

D. RM 277.59

E. RM 285.47

24. Manakah kenyataan yang tidak benar mengenai Arahan Perbendaharaan 59?

A. Perkhidmatan atau barangan yang dibekalkan dengan sucihati

B. Bayaran dibayar dengan segera tetapi mesti dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang

Amanah atas nama pegawai berkenaan / Pegawai Pengawal

C. Pengawai Pengawal hendaklah membuat laporan secara bertulis atas sebab-sebab tertentu

Ketua Setiausaha Perbendaharaan / Pegawai Kewangan Negeri tidak lewat daripada 60 hari.

D. Mesti mendapat kelulusan pelarasan daripada Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri.

E. Satu pelarasan pendahuluan diri hendaklah disediakan sebaik sahaja kelulusan diperolehi.

25. Di antara maklumat yang perlu direkodkan dalam buku Daftar Bil adalah :

i) tarikh bil diterima

ii) amaun bil

iii) tarikh baucar disediakan

iv) tarikh cek disediakan

v) nombor cek

A. i dan ii sahaja

B. i, ii dan iii sahaja

C. i, ii, iii dan iv sahaja

D. i, ii,iii dan v sahaja

E. Semua di atas

26. Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh Pejabat Pemungut apabila menerima cek

tak laku?

i) menyelenggarakan Daftar Cek Tak Laku

ii) menyediakan baucar posting untuk membatalkan kemasukan urusniaga asal

Page 10: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

iii) menyelaraskan balik ke dalam buku tunai cerakinan dan akaun hasil / amanah berkenaan

iv) menghubungi pembayar cek secepat mungkin bagi menggantikan cek tak laku

v) menghubungi pembayar cek secepat mungkin untuk memberitahu mengenai pembatalan

resit asal.

A. i, ii, iii dan iv sahaja

B. i, ii, iv dan v sahaja

C. i, iii, iv dan v sahaja

D. ii, iii, iv dan v sahaja

E. semua di atas

27. En Almain Ajirul, Pembantu Tadbir (Kewangan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang

menyediakan baucar bayaran bernilai RM 55,000.00 kepada Syarikat Usaha Teguh Sdn Bhd

yang melaksanakan kerja mengubahsuai pejabat. Apakah dokumen-dokumen yang perlu

dilampirkan bersama-sama dengan baucar bayaran tersebut?

i) Inbois

ii) Inden Kerja / pesanan kerja tempatan

iii) Sebut Harga bagi kerja yang dibuat

iv) Sijil Pendaftaran syarikat dengan Pusat Khidmat Kontraktor di bawah kepala dan sub kepala

yang berkaitan

v) Sijil Pendaftaran syarikat dengan Pihak Berkuasa Tempatan

A. i, ii, iii dan iv sahaja

B. i, ii, iv dan v sahaja

C. i, iii, iv dan v sahaja

D. i, iv dan v sahaja

E. Semua di atas

28. En Azim bin Jamaludin seorang Penolong Akauntan Gred W32 di Jabatan Akauntan Negara

Putrajaya mengikut kursus perolehan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara mulai

5 hingga 8hb April 2004. Berikut adalah data-data berkaitan En Azim dan kursus tersebut :

A. beliau menetap di Seksyen 8, Shah Alam

B. beliau bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi setiap hari dan pulang ke rumah pada

pukul 4.30 petang

C. jarak daripada Bukit Kiara ke Putrajaya adalah 50km dengan bayaran tol sebanyak RM

3.00

D. jarak daripada Shah Alam ke Bukit Kiara adalah 30km manakala bayaran tol

adalah RM1.00

E. beliau layak menuntut elaun perjalanan kenderaan bagi kelas A iaitu sebanyak 60 sen/km

F. kursus bermula pada pukul 9.00 pagi

Page 11: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

Berapakah elaun perjalanan kenderaan yang layak beliau tuntut?

A. RM 38.00

B. RM 66.00

C. RM 118.00

D. RM 152.00

E. RM 264.00

Soalan 29 dan 30 adalah berdasarkan kenyataan di bawah.

En. Salatulkamar Mohd Nazir, seorang Ketua Akauntan W48 di Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah, Putrajaya telah diarahkan bertukar ke Jabatan Akauntan Negara Caw

Kuching, Sarawak mulai 1 April 2004. Beliau telah melaksanakan pertukaran tersebut pada 31

Mac 2004 bersama seorang isteri dan 3 orang anaknya ynag berumur di bawah 12

tahun. Tambang perjalanan serta tambang pengangkutan barang telah dibiayai oleh

Kementerian. Beliau telah menginap di Hotel Hilton Kuching. Berikut adalah maklumat

tambahan mengenai beliau :

Elaun Makan : Semenanjung - RM60.00

Sabah/Sarawak - RM80.00

Elaun Lojing : Semenanjung - RM60.00

Sabah/Sarawak - RM70.00

Bayaran Sewa Hotel : Semenanjung - RM180.00

Sabah/Sarawak - RM200.00

29. Apakah elaun yang layak dituntut oleh En Salatulakmar?

i) elaun makan

ii) elaun lojing

iii) elaun lebih masa

iv) bayaran sewa hotel

v) bayaran dobi

A. i dan ii sahaja

B. i, ii dan iii sahaja

C. i, ii dan iv sahaja

D. i, ii dan v sahaja

E. i, ii, iv dan v sahaja

30. Berapakah elaun yang layak dituntut oleh beliau?

A. RM 2,900

B. RM 3,520

C. RM3,760

D. RM 4,080

Page 12: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

E. RM 4,800

31. Pada 14 Mac 2004, Pejabat Pembayar telah menerima baucar bayaran AP58(a) yang lengkap

bertarikh 6 Mac 2004 berjumlah RM 5,800.00. Walaupun Jabatan mempunyai baki peruntukan

yang mencukupi dalam tahun perbelanjaan itu kena bayar Pejabat Pembayar tidak

berpuashati dengan sebab-sebab kelewatan yang dinyatakan oleh pihak jabatan. Dalam

keadaan ini, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pejabat Pembayar?

A. pembayaran dibuat menggunakan peruntukan semasa.

B. Mengarahkan jabatan supaya membuat pembayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 59

C. Memaklumkan perkra tersebut kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan/Pegawai Kewangan

Negeri untuk mendapat kelulusan dan arahan selanjutnya.

D. Meluluskan bayaran di bawah AP 58(a) dengan menggunakan peruntukan tahun semasa

E. Meluluskan bayaran di bawah Akaunt Kena Bayar dengan menggunakan peruntukan tahun

lepas.

32. Kontraktor yang telah ditawarkan kontrak kerja oleh Jabatan boleh memohon bayaran

pendahuluan untuk memulakan kerja-kerja tersebut. Apakah dokumen-dokumen yang perlu

dikemukakan oelh kontraktor sebelum pihak jabatan boleh meluluskan bayaran pendahuluan?

i) surat setuju terima yang telah ditandatangani

ii) keputusan Lembaga Perolehan

iii) Bon Pelaksanaan

iv) Jaminan Bank/Insuran/Syarikat Kewangan yang nilainya bersamaan dengan jumlah

pendahuluan

v) Polisi Insuran untuk kerja dan tanggungan awam

A. i, ii dan iii sahaja

B. i, ii dan iv sahaja

C. i, ii, iii dan iv sahaja

D. i, iii, iv dan v sahajaas

E. Semua di atas

33. Berikut adalah kenyataan yang betul mengenai tempoh tanggungan kecacatan bagi kontrak

kerja kecuali:

A. kontrak kerja yang bernilai di antara RM 10,000 hingga RM 50,000 adalah selama 6 bulan dari

tarikh kerja diperakukan siap

B. kontrak kerja yang bernilai di antara RM 10,000 hingga RM 50,000 adalah selama12 bulan dari

tarikh kerja diperakukan siap

C. kontrak kerja yang bernilai melebihi RM 50,000 hendaklah sekurang-kurangnya 12 bulan dari

tarikh kerja diperakukan siap

D. kontrak kerja antarabangsa hendaklah sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh kerja

diperakukan siap

E. kerja subkontrak adalah mengikut ketetapan di dalam kontrak utama

Page 13: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

34. Dokumen-dokumen Akaun Amanah berikut perlu disediakan pada setiap akhir bulan :

i) Buku Akaun Amanah

ii) Sijil Pengesahan Baki Akaun Amanah

iii) Penyata Penyesuaian Akaun Amanah

iv) Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah

A. i dan ii sahaja

B. i, ii dan iii sahaja

C. ii dan iii sahaja

D. iii sahaja

E. iii dan iv sahaja

35. Sijil Pengesahan Baki bagi semua Akaun Amanah perlu disediakan dan dikemukakan oleh

Pusat Tanggungjawab (PTJ) kepada Pejabat Perakaunan masing-masing. Tujuan utama

pengesahan baki adalah untuk memastikan :

i) semua urusniaga adalah selaras antara rekod Jabatan dengan rekod Pejabat Perakauan

ii) tiada terimaan dan pembayaran yang tersalah diperakaunkan

iii) segala pelarasan dibuat segera

iv) Akaun Amanah tidak terlebih dikeluarkan

v) Akaun Amanah hendaklah sentiasa berbaki kredit

A. I dan ii sahaja

B. I, ii dan iii sahaja

C. I, ii, iii dan iv sahaja

D. I, iii dan iv sahaja

E. Semua di atas

36. Perkara berikut adalah benar mengenai sesuatu penyenggaraan akaun depositkecuali:

A. Akaun Deposit hendaklah dibuka mengikut jenis deposit yang diterima

B. Sekiranya tidak dapat mengemukakan resit asal, penuntut perlu mengemukakan surat sumpah

semasa membuat tuntutan

C. Deposit tidak boleh dipulangkan balik di sesuatu pejabat yang lain dari pejabat di mana

deposit itu diterima melainkan dengan kebenaran pejabat yang menerima

D. Sebelum membuat sesuatu pemulangan rujukan hendaklah dibuat kepada Lejar Deposit untuk

memastikan amaun tersebut ada dalam deposit

E. Jika tiada sebab-sebab khas sebaliknya, deposit yang tidak dituntut selepas tempoh 24 bulan

dari tarikh deposit boleh dikembalikan hendaklah diberitahu dalam Warta Kerajaan

37. Mengapakah penyesuaian vot perlu dilakukan?

i) boleh mengesan perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Page 14: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

ii) memastikan perbelanjaan direkod dengan teratur dan semua peruntukan diuruskan

dengan betul

iii) boleh membantu pengurusan membuat keputusan

iv) memastikan ketepatan perbelanjaan Persekutuan atau Negeri

A. i sahaja

B. i dan ii sahaja

C. ii dan iii sahaja

D. ii, iii dan iv sahaja

E. Semua di atas

38. Pilih mana yang betul mengenai kaedah perolehan kerajaan persekutuan

i) Perolehan darurat

ii) Perolehan secara gotong-royong

iii) Perolehan melalui panjar runcit

iv) Perolehan melalui perkhidmatan perundingan

v) Perolehan melalui tender

A. i dan ii sahaja

B. ii dan iii sahaja

C. ii, iii dan iv sahaja

D. v sahaja

E. Semua di atas

39. Pilih kenyataan yang benar mengenai perolehan secara sebut harga.

A. Perolehan melalui sebut harga tidak memerlukan kajian pasaran

B. Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bl 2/2001 had nilai perolehan secara sebut harga telah

dinaikkan daripada RM 100,000 kepada RM 150,000

C. Perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang

dianggarkan melebihi RM 100,000 boleh dibuat berdasarkan JADUAL Kadar Harga Kejuruteraan

Awam.

D. Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM 100,000 hendaklah dipelawa di

kalangan 5 syarikat bertaraf bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

E. Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM 50,000 hingga RM 100,000

hendaklah dipelawa secara sebut harga di kalangan 5 syrikat Bumiputra yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan

Page 15: Contoh Soalan Bitk (40 Soalan-2014)

40. Jabatan Pelajaran Cawangan Johor mempunyai peruntukan sebanyak RM 80,000 di bawah

objek 35000 dan pihak pengurusan ingin melakukan baik pulih ruang pejabat secara sebut

harga. Manakah kenyataan yang tidak benar mengenai prosidur mengurus sebut harga yang

dilakukan oleh Jabatan tersebut?

A. Jabatan telah mengiklan tawaran tersebut di dalam media cetak

B. Pemberitahuan sebut harga meliputi nama jabatan yang memanggil, tajuk sebut harga, syarat

kelayakan, bidang/kelas/kepala pendaftaran, tempat dan tarikh serta waktu sebut harga

diterima dan tarikh tutup

C. Tempoh sebut harga sekurang-kurangnya 7 hari

D. Satu jawatankuasa sebut harga yang dianggotai sekurang-kurangnya 3 orang

E. Dipelawa kepada semua syarikat berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.