contoh rph pendidikan moral thn 1

9
NAMA: DALILA BINTI MOHD. KHALID PPG RBT AMBILAN FEBRUARI 2012 RPH DAN REFLEKSI PENDIDIKAN MORAL CONTOH RPH PENDIDIKAN MORAL Mata Pelajaran Pendidikan Moral Tarikh 10 September 2014 Kelas Tahun 1 Cerdik Jumlah Pelajar 20 orang Masa 8.00 - 9.00 pagi (60 minit) Tajuk Kejujuran Bidang Saya yang jujur Nilai 10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam diri Nilai Sampingan Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam perlakuan. Standard kandungan Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalamsetiap perlakuan- mengamalkan sikap jujur dalam diri Standard pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat: - menceritakan perlakuan jujur - menyatakan sebab perlunya bercakap bena r - menyedari kelebihan bercakap benar kepada diri dan orang lain

Upload: dalila-mohd-khalid

Post on 14-Sep-2015

542 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

NAMA: DALILA BINTI MOHD. KHALID

PPG RBT AMBILAN FEBRUARI 2012

RPH DAN REFLEKSI PENDIDIKAN MORAL

CONTOH RPH PENDIDIKAN MORAL

Mata Pelajaran

Pendidikan Moral

Tarikh

10 September 2014

Kelas

Tahun 1 Cerdik

Jumlah Pelajar

20 orang

Masa

8.00 - 9.00 pagi (60 minit)

Tajuk

Kejujuran

Bidang

Saya yang jujur

Nilai

10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam diri

Nilai Sampingan

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam perlakuan.

Standard kandungan Bercakapbenar, bersikap amanahdan ikhlas dalamsetiap perlakuan-mengamalkansikapjujurdalamdiri

Standard pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

-menceritakanperlakuanjujur

-menyatakansebabperlunyabercakapbenar

-menyedarikelebihanbercakap benar kepada diridan orang lain

-mengamalkansikap bercakap benar dalamperlakuan harian

StrategiBerpusatkan murid

PendekatanPembelajaran aktif

TeknikPerbincangan kumpulan, membuat penilaian kendiri.

Sumber P&P Gambar-gambar, buku teks, kertas A4,batang aiskrim,gam, gunting, pen marker.

LANGKAHISI

PELAJARANAKTIVITI GURUAKTIVITI MURIDCATATAN

Set Induksi

(10 minit)Guru menunjukkan dua kad gambar.Guru menunjukkan kepada murid dua kad gambar.Guru bertanya kepada murid tentang kad gambar tersebut.Murid melihat kad gambar tersebut dan menjawab soalan yang ditanya oleh guru.Murid memahami hubungan kad gambar tersebut dengan topik yang ingin diajar pada hari itu.

BBM:Kad gambar

Langkah 1

(15 minit)

Maksud Kejujuran atau jujur bermaksud benar,sesuatu , perkara, pernyataan,kata-kata atau perbuatan yang benar.

Guru membacakan maksud kejujuran dengan cara murid ikut beramai-ramai.

Guru meminta seorang murid membaca manakala murid yang lain ikut beramai-ramai.

Guru menerangkan maksud kejujuran..

Murid mendengar dan mengikut beramai-ramai.

Seorang murid membaca dan murid lain ikut beramai-ramai.

Murid

mendengar penerangan guruBBM:Carta

Langkah 2

(15 minit)

Gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk kejujuran.

Gambar menunjukkan situasi berada di kantin pada waktu rehat.1. Apakah yang sedang dilakukan oleh murid-murid dalam gambar itu?

2. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh murid tersebut?

Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut.

Murid memberikan jawapan berdasarkan gambarBBM:Gambar dari buku teks

Langkah 3

(15 minit)

Kebaikan mengamalkan sikap jujur.1. Disayangi oleh ibu bapa.2. Disayangi

guru.3. Disukai oleh

Kawan-kawan.4. Lain-lain jawapan

Guru menerangkan kebaikan mengamalkan sikap jujur.Murid diminta memberikan lain-lain jawapan yang sesuai.Penerangan

Bersoal jawab

Penutup

(5 minit)Rumusan.

Ikrar KejujuranAktiviti membuat kipas kejujuran.Guru membuat rumusan tentang perlunya bercakap jujur dan melakukan amalan mulia. Guru mengajak murid membacakan ikrar tersebut.

Guru mengedarkan bahan.

Murid mendengar rumusan.

Murid membacakan ikrar tersebut.Murid mula membuat kipas kejujuran.

Bersoal jawab

BBM:Kertas A4Gam

Gunting

Batang aiskrim

Pen marker

REFLEKSI MAKRO PENGAJARANSemasa menjalankan makro pengajaran saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatan yang dapat saya lihat ialah saya dapat mengawal kelas dengan baik.

Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran saya ialah saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar. Murid dapat menyebut dua kad gambar. Kemudian, guru bertanya kepada murid tentang gambar yang mereka lihat.

Kebaikan yang kedua ialah murid melihat gambar serta sesi soal jawab dengan murid berjalan dengan lancar. Bahan bantu mengajar iaitu kad gambar yang menunjukkan pelajar yang sedang meniru didalam peperiksaan. Guru mengaitkan hubungan kad gambar dengan topik yang ingin diajar pada hari ini. Gambar yang ditunjukkan oleh guru juga jelas dan amat menarik dan guru juga memberi arahan dengan jelas. Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Oleh kerana pengajaran yang disampaikan jelas dan ringkas maka memudahkan murid memahami kehendak saya dan memahami bagaimana sesuatu aktiviti itu dijalankan. Apabila arahan yang diterima jelas maka sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Seterusnya mereka dapat melakukan aktiviti berkumpulan dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat mempelajari ilmu yang diajar pada hari itu.

Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang lantang, Murid dapat mendengar apa yang ingin disampaikan oleh saya dengan jelas dan seterusnya membantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara saya dapat menarik tumpuan murid supaya fokus pada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Apabila saya bertanya soalan murid dapat mendengar dengan jelas serta dapat menjawab soalan dengan betul dan tepat menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahairan penting yang perlu ada pada guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar. Arahan yang diberikan dengan jelas memudahkan murid faham seterusnya, melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.KELEMAHAN

Kelemahan pertama ialah semasa langkah yang kedua saya sepatutnya mengambil gambar selain daripada gambar dalam buku teks. Jadi pelajar akan lebih tertarik kerana gambar yang ditunjukkan berlainan. Saya perlu juga mengambil lebih banyak gambar ilustrasi mengenai topik berkaitan kejujuran. Begitu juga semasa langkah yang ketiga dimana saya sepatutnya menunjukkan carta kebaikan mengamalkan sikap jujur selepas perbincangan berkaitan topik kejujuran. Tetapi saya tidak menunjukkan carta tersebut. Jadi saya hanya menyebut sahaja apa yang mereka fikirkan. Bagi rumusan pada akhir pembelajaran pula saya hanya menjalankan aktiviti membaca ikrar kejujuran dan membuat aktiviti kumpulan iaitu tetapi sepatutnya saya memberi aktiviti peneguhan dan penggayaan pada murid-murid.

Kelemahan kedua pula semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemantauan kelas agak lemah kerana guru berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Jadi saya tidak dapat memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Murid saya bermain dan berbual-bual semasa pengajaran sedang dijalankan. Maka saya perlu meluangkan sedikit masa untuk memberi teguran kepada murid yang sedang bermain dan berbual itu. Maka proses pengajaran akan terganggu. Jika guru tidak dapat mengurus atau menjaga tatatertib murid-murid di dalam kelas dengan baik, maka murid tidak dapat memberi perhatian dan mendengar apa yang hendak disampaikan.

Kelemahan yang ketiga pula ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Berdasarkan masa yang dirancang iaitu rancangan pengajaran harian dengan proses pengajaran sebenar adalah tidak seiring. Hai ini adalah disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimana pun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik.LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI

Bagi mengatasi masalah saya yang pertama ialah saya perlulah membuat persiapan awal untuk menggelakkan perkara yang sama lagi berlaku. Saya perlu memperbanyakkan lagi gambar berkaitan dengan topik yang sedang diajar serta membuat carta berkaitan tajuk yang diajar. Bagi aktiviti rumusan saya akan menyediakan latihan penggayaan dan pengukuhan mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid.

Bagi pemantauan kelas pula saya seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara ini guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu guru dapat membantu murid secara dekat semasa mereka jalankan aktiviti dan lebih mudah mengenalpasti kelemahan murid-murid melalui pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru secara terus dengan lebih mudah.

Bagi kelemahan yang ketiga, masa pengajaran dan pembelajaran ditetapkan adalah supaya kita tidak terguna masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang seterusnya. Masa adalah salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengambilkira masa yang ada, guru perlu fikirkan apa jenis ABM, bahan pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengan tahap penguasaan muridnya. Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan secara fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan objektif dapat dicapai pada hari itu.Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan.