contoh kertas soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4

9
SK KANTAN PERMAI 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN UJIAN BULANAN KEDUA 2012 BAHASA MELAYU TAHUN 4 KERTAS 1 MASA: 1 JAM NAMA : ______________________________ TARIKH : ________________ KELAS : ______________________________ Arahan: Kertas soalan ini mempunyai 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti empat jawapan pilihan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 hingga 24 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini. 1. ___________ , sakitnya perutku ini! kata Zainab. A Aduh C Cis B Wah D Oh 2. Gulai ayam yang ___________ itu perlu ditambah sedikit garam. A masin C sedap B tawar D masam Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini. SULIT 1

Upload: nor-kasma-saman

Post on 08-Apr-2016

122 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Ini merupakan contoh kertas soalan peperiksaan subjek Bahasa Melayu (Pemahaman) Tahun 4.

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

SK KANTAN PERMAI43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

UJIAN BULANAN KEDUA 2012

BAHASA MELAYU TAHUN 4KERTAS 1

MASA: 1 JAM

NAMA : ______________________________ TARIKH : ________________

KELAS : ______________________________

Arahan: Kertas soalan ini mempunyai 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti empat jawapan pilihan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga 24Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini.

1. “___________ , sakitnya perutku ini!” kata Zainab.A Aduh C CisB Wah D Oh

2. Gulai ayam yang ___________ itu perlu ditambah sedikit garam.A masin C sedapB tawar D masam

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

SULIT 1

Page 2: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

3. Buah-buahan yang dijinjing oleh Samad jatuh ___________ .A tabur C tertaburB ditabur D bertaburan

4. Apabila Aini melihat baju yang cantik-cantik itu, dia menjadi ___________ . A patah hati C gelap mataB mata hati D rambang mata

5. Sarah tidak mengizinkan ___________ pun menggunakan ___________ peralatan yang ada di situ.A apa-apa ... sesiapa C seekor ... sekepingB sesiapa ... apa-apa D mana-mana ... mana-mana

6. Dia tidak pergi memburu binatang di hutan itu lagi ___________ ternampak harimau di tempat itu.A sambil C semenjakB supaya D sementara

7. Yee Han menghadiahi Yen Mei ___________ rantai leher.A seutas C setitikB seulas D sepucuk

8. “___________ minum, Mak Long,” kata Julia dengan penuh hormat.A Sila C TolongB Usah D Minta

9. ___________lah ke majlis hari lahir saya pada hari Ahad nanti. A Minta C UsahB Jemput D Jangan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Gadis itu melambai-lambaikan tangannya ___________ tersenyum.A maka C sambilB tetapi D sehingga

11. Tiang pondok itu hampir reput dimakan oleh ___________.A biri-biri C anai-anaiB labi-labi D jentik-jentik

SULIT 2

Page 3: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Ramli bercita-cita hendak menjadi ___________ . Dia banyak membaca buku tentang angkasa lepas.A angkasawan C karyawanB pustakawan D seniman

13. Banyak hidupan air mati ___________ sungai telah tercemar. A sedangkan C keranaB malahan D bahkan

14. Adlina berehat di bawah ___________ yang rendang.A kekura C jejentikB rerambut D pepohon

15. Kamsiah menyapu ___________ yang bertaburan di halaman rumahnya.A dedaun C bebolaB pepohon D lelangit

16 Perbuatan merosakkan harta awam merupakan perbuatan yang ___________ undang-undang.A menyalah C menyalahkanB menyalahi D mempersalahkan

17. ___________ itu hendaklah diminum berdasarkan sukatan yang disyorkan oleh doktor. A Air suam C Ubat batukB Sirap limau D Minyak masak

18. Baju-baju yang telah bergosok itu ___________ dengan kemas di dalam almarinya.A tergantung C terpahatB tersemat D tersisip

19. Sampah sarap yang dikumpulkan oleh Imran dimasukkan ke ___________ tong sampah yang disediakan.A di C antaraB tepi D dalam

SULIT 3

Page 4: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

20. Kalau hendak mendidik anak biarlah dari kecil. Kata orang ________A menangguk di air keruh.C seperti rusa masuk ke kampung.B sediakan payung sebelum hujan.D melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

21. Azam dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia ___________. A berat tulang C kera sumbangB ringan tulang D muka tembok

22. Adik minum beberapa gelas air kerana terlalu dahaga.Perkataan seerti bagi dahaga ialah ___________.

A lapar C penatB haus D kenyang

23. Yusni disukai oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang ramah.Perkataan berlawan bagi disukai ialah ___________.

A dikhianati C diminatiB dikasari D dibenci

24. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.Mengapakah kamu terlewat ke sekolah?

A Saya bangun pada pukul 6.00 pagi.B Saya bersarapan sebelum ke sekolah.C Saya terlewat ke sekolah kerana tertinggal bas.D Saya tiba ke sekolah lebih awal dari kawan saya.

25. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.Aleesa pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran.

A Ke manakah Aleesa pergi?B Di manakah letaknya perpustakaan?C Bilakah Aleesa pergi ke perpustakaan?D Mengapakah Aleesa pergi ke perpustakaan?

Soalan 26 dan 27Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26. I Terdapat kesan tikaman pada mangsa pembunuhan itu.II Kejadian ngeri yang menimpanya itu meninggalkan kesan pada

hidupnya.III Tikar mengkuang itu adalah kesan tangan nenek.IV Terdapat kesan tapak kaki gajah di kawasan itu.

A I dan II sahaja C I, II dan IV sahajaB III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

SULIT 4

Page 5: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

27. I Bas yang ketat dengan penumpang itu bergerak perlahan-lahan. II Hukuman yang dijatuhkan ke atasnya sangat ketat sedangkan

kesalahannya kecil sahaja.III Pasukan keselamatan negara kita mengadakan kawalan ketat bagi

mengawal kemasukan pendatang tanpa izin.IV Pakaian lama itu tidak dapat dipakai lagi kerana sudah terlalu ketat.

A I dan II sahaja C III dan IV sahajaB II dan III sahaja D I dan IV sahaja

Soalan 28 hingga 30Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

28. Pihak polis telah berjaya memberkas pencuri itu.A Pencuri itu berjaya memberkas pihak polis.B Pihak polis telah diberkas dengan jayanya oleh pencuri itu.C Pihak polis telah diberkas oleh pencuri itu. D Pencuri itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

29. “Tolong belikan emak sebotol sos tomato,” kata emak kepada kakak.A Emak membelikan kakak sebotol sos tomato.B Emak menyuruh kakak membeli sos tomato.C Sebotol sos tomato disuruh kakak beli. D Kakak menyuruh emak membeli sebotol sos tomato.

30. Jika awak belajar bersungguh-sungguh, awak akan berjaya.A Awak akan belajar bersungguh-sungguh jika berjaya.B Awak akan berjaya jika belajar bersungguh-sungguh.C Awak akan berjaya walaupun tidak belajar bersungguh-sungguh.D Awak akan berjaya dengan syarat awak belajar bersungguh-sungguh.

SULIT 5

Page 6: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

Soalan 31 hingga 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SULIT 6

Anak seluang merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia

tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di bawah akar pokok bakau.

Hidupnya gembira kerana dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu

dan bapanya.

Namun begitu, anak seluang tidak mahu dimanjakan. Dia mahu

merasai pahit getir hidup dengan berdikari. Dia mahu membuktikan kepada

rakan-rakannya bahawa kecil jangan disangka anak, besar jangan di

sangka bapa.

Anak seluang akan bangun awal pada setiap pagi. Dia mahu

mengikut bapanya mencari makanan. Anak seluang tidak suka duduk di

rumah tanpa membantu bapanya. Anak seluang mahu meringankan beban

bapanya. Sebelum keluar mencari rezeki, anak seluang akan meminta izin

ibunya.

Pada pagi itu, anak seluang mengikut bapanya ke Sungai Pandan.

Namun begitu, pada hari itu mereka kurang bernasib baik. Banyak lumut

dan rumpai air yang mati. Anak seluang tidak berputus asa. Berkat

kesabarannya, akhirnya anak seluang menjumpai lumut yang segar untuk

dibawa pulang ke rumahnya.

Pada keesokan harinya, anak seluang membantu bapanya mencari

rezeki lagi. Dia nekad untuk membawa pulang lumut segar yang banyak.

Sebelum keluar mencari rezeki, anak seluang meminta ibunya agar

mendoakan mereka dimurahkan rezeki.

Sewaktu berenang-renang di belakang bapanya, anak seluang

terdengar anak puyu mengejeknya. Namun, anak seluang tidak

mengendahkan ejekan itu. Sebaliknya anak seluang terus berenang di

celah-celah akar kayu. Banyak lumut tumbuh di situ. Semakin hari, anak

seluang semakin pandai mencari makanan untuk keluarganya. Bapanya

membiarkan anak seluang berdikari. Kini, setiap hari anak seluang akan

membawa pulang lumut untuk ibu bapanya di rumah. Anak seluang berasa

sungguh girang kerana dapat membantu ibu dan bapanya yang sudah tua.

Page 7: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

31. Sebelum keluar mencari makanan, anak seluang akanA mencari ibunya. C meminta izin ibunya.B menasihat ibunya. D memberi ibunya harapan.

32. Anak seluang belajar mencari makanan denganA mengikut ibunya. C mengikut anak puyu.B mengikut bapanya. D mengikut rakan-rakannya.

33. Anak seluang berjaya menjumpai lumut yang segar keranaA rajin dan ikhlas. C gigih dan rajin.B baik dan rajin. D tidak putus asa dan sabar.

34. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut. A Anak seluang bangun lewat pada setiap pagi.B Anak seluang dan keluarganya tinggal di bawah akar pokok bakau.C Anak seluang sungguh manja dan tidak mahu membantu bapanya

mencari rezeki.D Anak seluang gemar menghabiskan masa bersama-sama rakannya di

celah-celah akar kayu.

35. Rangkai kata pahit getir hidup dalam petikan bermaksudA kesenangan dalam kehidupan.B susah payah dalam kehidupan.C kehidupan yang menyenangkan.D pengalaman manis dalam kehidupan.

SULIT 7

Page 8: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

Soalan 36 hingga 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SULIT 8

303, Kampung Indah,

Jalan Bunga Melur,

33040 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan.

15 April 2012.

Menemui ayahanda yang kini berada di Kuala Lumpur, semoga

berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu.

Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk memberitahu

bahawa anakanda ingin menyertai rombongan sekolah melawat Melaka.

Lawatan tersebut akan diadakan pada 12 Jun 2012. Bagi pengetahuan

ayahanda, lawatan tersebut diadakan untuk melahirkan rasa kagum

terhadap keindahan tanah air, menyemaikan perasaan cinta terhadap

negara dan menimba ilmu.

Antara tempat menarik yang akan anakanda lawati ialah Taman

Mini Malaysia, Taman Buaya, Kota A Famosa, Makam Hang Tuah dan

Makam Hang Jebat. Selain itu, anakanda memerlukan RM100.00

sebagai bayaran lawatan dan RM80.00 untuk perbelanjaan anakanda.

Anakanda berharap ayahanda membenarkan anakanda

menyertai rombongan tersebut dan dapat mengirimkan wang itu ke

kampung secepat mungkin.

Akhir kata sambutlah salam sayang dari anakanda. Nenda juga

mengirim salam buat ayahanda. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Aleesya

Page 9: Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4

36. Apakah hubungan antara penulis dengan ‘ayahanda’?A Adik B AnakC Rakan D Saudara

37. Maksud menyemaikan dalam petikan ialah ___________ .A memupuk B menaburkanC melonggokkanD menyemarakkan

38. Kesemua yang berikut ialah tempat menarik yang akan dilawati oleh penulis kecuali ___________ .A Taman BuayaB Makam Hang Tuah C Taman Rama-ramaD Taman Mini Malaysia

39. Berapakah jumlah wang yang diperlukan oleh penulis?A RM80.00B RM100.00C RM150.00D RM180.00

40. Di kampung, penulis tinggal dengan ___________ .A adikB ayah C nenekD abang

— KERTAS SOALAN TAMAT —

SULIT 9

Disediakan oleh:

…………………………………………….PN. NOR KASMA BINTI SAMAN

Guru Bahasa Melayu Tahun 4SK Kantan Permai

Disemak oleh:

…………………………………………….PN. CHE ROSLINA BINTI CHE OMAR

Ketua Panitia Bahasa MelayuSK Kantan Permai