contoh kertas kerja by surisolehah
DESCRIPTION
sekolah penyanyangTRANSCRIPT
KERTAS KERJA SEKOLAH PENYAYANG
Kelolaan:
Jawatankuasa Pelaksana Guru Penyayang(JPGP)
Sek Keb Pulau Tuba(SKPT)
Pada :
Mac- Oktober 2012
1.0 PENDAHULUAN
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Lantaran itu suasana sekolah yang terdiri dari warga yang mempunyai sifat penyayang diharapkan akan melahirkan pelajar yang cinta untuk berada di sekolah seterusnya melahirkan minat mereka untuk menuntut ilmu dengan lebih bersemangat kearah pembentukan generasi minda kelas pertama. Insya Allah
2.0 RASIONAL
Pelaksanaan Sekolah Penyayang adalah bertujuan agar guru-guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah
3.0OBJEKTIF
3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
4.0 TARIKH
MAC – NOVEMBER 2012
5.0 ANJURAN
Jawatankuasa Pelaksana Guru Penyayang(JPGP)Sek Keb Pulau Tuba
6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga dan komuniti SKPT
7.0 TENTATIF
Berdasarkan Program
(Lampiran A-Kaedah Pelaksanaan)
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Lampiran B
9.0 CADANGAN PROGRAM
9.1 Mengalu-alukan kehadiran murid9.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee9.3 Memberi penghargaan kepada murid
10.0 ANGGARAN BELANJAWAN
-Lampiran C
PENUTUP
Membina Sekolah Penyayang merupakan satu tugas yang berat,lebih-lebih lagi dengan bebanan tugas guru yang sedia ada. Namun demi melahirkan modal insan yang berkualiti,adalah diharapkan agar program ini mencapai objektif yang telah digariskan. Harapan juga program ini mendapat kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya semua guru yang merupakan pelaksana terpenting.Semoga segala usaha yang diambil akan mendapat keredaanNya.
Disediakan oleh , Disahkan Oleh,
................................. ........................(Mohamed Firdaus Nomawi) (Hj.Azhar bin Ahmad)Setiusaha Guru Besar JPGP SKPTSKPT
Lampiran B
Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana
: Pengerusi : Tn Hj Azhar bin Ahmad (Guru Besar)N.Pengerusi : En Mohd Rudy Bin Mansor (Pen.Kanan HEM)Setiausaha : En Mohamed Firdaus Bin Nomawi(GBK)Penyelaras : AJK :
: : :