confucius

14
Tokoh Falsafah Timur Konfucius Falsafah Pendidikan- Konfusianisme Disediakan oleh : Norhidayah Binti Adnan PISMP BM SEM 1

Upload: melatidesaku

Post on 15-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

save

TRANSCRIPT

Tokoh Falsafah Timur Konfucius

Tokoh Falsafah TimurKonfucius Falsafah Pendidikan- KonfusianismeDisediakan oleh : Norhidayah Binti AdnanPISMP BM SEM 1

Confucius 551 479 SM.Tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China di dinasti Chou pada zaman Chunqiu.Berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung.Dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan.Nama sebenar: Kong Fu Tze.Sejak kecil lagi minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang cina.Mahir tentang Li (susunan tingkah laku yang baik).Orang cina yang pertama memperkenalkan pendidikan.Pengikut: Mengzi, Xunzi, Hanyu.

Pendidikan membina tingkah laku manusia berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status sosioekonomi atau kedudukan sosial.Matlamat: menghasilkan individu berkebolehan serta bermoral tinggi.Tujuan: membimbing dan mendidik agar sentiasa bersedia menjadi generasi-generasi penerus bangsa.- mewujudkan manusia-manusia yang bermoral, pandai, dan mempunyai rasa tanggungjawab kepada masyarakat, bangsa dan negara.Aspek kurikulum berfokus kepada Pendidikan Moral & buku-buku ConfuciusPendidikan MoralPenekanan nilaiHormat kepada ibu bapa (xiao)Hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita (ti)Ketekunan (min)Kesetiaan (zhong)Jimat cermat (jian)Tolak ansur (rang)Kebijaksanaan (zhi)Keberanian (yong)

Buku-buku ConfusiusMerangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan.MuzikPuisiKesusasteraanSejarahKod Etika dan Tatacara Kelakuan yang Baik

Pendidikan alat mengekalkan nilai dan norma masyarakat, mengekalkan kebudayaan masyarakat untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati diperkembangkan melalui proses pendidikan.Setiap individu mempunyai potensi berbeza beliau mengajar mengikut kebolehan individu.Strategi: perbincanganWalaupun Beliau menekankan proses belajar sebagai 'suatu kepentingan untuk diri sendiri', di mana pada akhirnya terbentuk pengetahuan diri dan realisasi diri, namun beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan orang akan memperoleh pendidikan sejati secara semulajadi.menekankan bahawa pendidikan bukan hanya sebagai suatu kewajipan semata-mata, melainkan suatu cara untuk menjalani kehidupan ini.Kitab ajaran Confucius yang utama - Empat Buku [Shi Shu] dan Lima Kitab [Wu Jing]

KUMPULAN BUKU / KITAB AJARAN CONFUCIUSLima Kitab merupakan kitab yang berasal dari era sebelum Confucius. Wu Jing terdiri dari I Ching (Kitab tentang Kejadian / Perubahan) , Shang Shu (Kitab tentang Sejarah), Shi Jing (Kitab tentang Sajak), Li Ji (Rangkaian Upacara), dan Chun Qiu (Riwayat Chun Qiu).

Lima Kitab (Wu Jing)Empat Buku merupakan suatu ajaran pokok yang ditulis oleh para pengikut Confucius sampai kehidupan Mencius. buku panduan pembinaan diri dengan moral tinggi di dalam kehidupan keluarga, masyarakat, negara, dan dunia.Empat Buku [Shi Shu]:Buku tentang Jalan Tengah [Zhong Yong], Buku tentang Jalan Besar [Da Xue], Buku Kumpulan Ujaran [Lun Yu] dan Pokok Pelajaran Mencius [Meng Zi], telah dipakai sebagai kurikulum pokok dalam pendidikan para pengikut Confucius selama berabad-abad sebelum kelahiran Chu Xi (1130 - 1200).

Empat Buku (Shi Shu)Da Xue menyatakan bahawa keamanan dunia tidak akan tercapai apabila seorang pemimpin negara tidak terlebih dahulu mengaturkan negaranya sendiri secara teratur.Demikian juga tidak terdapat seorang pemimpin yang dapat melakukan hal tersebut sebelum tercapai keteraturan rumah tangganya.Setiap individu haruslah mengolah sifat Kebajikan [Ren], Keadilan [Yi], Sopan Santun [Li], dan Kebijaksanaan [Zhi], tetapi sifat luhur tersebut sukar untuk dapat dibangunkan secara berkeseimbanganBuku tentang Jalan Besar / Da XueDalam buku tersebut, Confucius berkata:Belajar lebih intensifMengajar tidak memandang keturunanMengajar harus sesuai dengan kecekapan para muridMengajar hendak dianggap sebagai media hiburanMengajar hendak menggunakan kaedah yang tepatMengajar hendak tanpa mempunyai rasa seganMengajar hendak merupakan penilaian dari beberapa kes yang timbulMengajar hendak merupakan sesuatu yang lebih bermanfaat

Buku Analects (Buku Kumpulan Ujaran / Lun Yu)