clopidogrel - kck.usm.my · pdf filecedera atau jika anda mengalami kecederaan di kepala....

4
CLOPIDOGREL (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat Ubat ini digunakan untuk melancarkan darah bagi mengelakkan platlet di dalam darah berkumpul dan menyebabkan salur darah menyumbat. (ii) Cara Penggunaan Administrasi Ikut arahan pada label ubat. Makan tablet pada masa yang sama sekali sehari. Ambil ubat anda selepas makan untuk mengelakkan sakit perut. Jangan berhenti dari memakan ubat anda tanpa merujuk pada doktor. Terdapat pelbagai jenama clopidogrel yang berbeza (contohnya, Plavix®, Ceruvin®). Jangan tukar jenama kerana ia mungkin mempunyai keberkesanan yang berbeza. Jika terlupa Ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja anda teringat. Teruskan mengambil clopidogrel anda pada waktu yang sama keesokan hari. Jangan gandakan dos. Menggandakan dos mungkin menyebabkan pendarahan. Catatkan tarikh dos yang tertinggal dan beritahu doktor anda semasa janji temu anda seterusnya. Penyimpanan Jauhi dari kelembapan (simpan di tempat yang kering) dan kepanasan (elakkan daripada sinaran matahari) Simpan ubat di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak

Upload: dangquynh

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

CLOPIDOGREL

(i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

Ubat ini digunakan untuk melancarkan darah bagi mengelakkan platlet di

dalam darah berkumpul dan menyebabkan salur darah menyumbat.

(ii) Cara Penggunaan

Administrasi

Ikut arahan pada label ubat. Makan tablet pada masa yang sama sekali

sehari.

Ambil ubat anda selepas makan untuk mengelakkan sakit perut.

Jangan berhenti dari memakan ubat anda tanpa merujuk pada doktor.

Terdapat pelbagai jenama clopidogrel yang berbeza (contohnya, Plavix®,

Ceruvin®). Jangan tukar jenama kerana ia mungkin mempunyai

keberkesanan yang berbeza.

Jika terlupa

Ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja anda teringat. Teruskan

mengambil clopidogrel anda pada waktu yang sama keesokan hari.

Jangan gandakan dos. Menggandakan dos mungkin menyebabkan

pendarahan.

Catatkan tarikh dos yang tertinggal dan beritahu doktor anda semasa janji

temu anda seterusnya.

Penyimpanan

Jauhi dari kelembapan (simpan di tempat yang kering) dan kepanasan

(elakkan daripada sinaran matahari)

Simpan ubat di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak

Peringatan

Kehamilan: Setakat ini tiada bukti yang dilaporkan tentang kesan buruk

clopidogrel kepada kandungan ibu. Namun, pihak pengilang ubat tidak

mengesyorkan penggunaan ubat tersebut disebabkan kekurangan hasil

kajian.

Pembedahan: Jika anda akan melalui pembedahan (termasuk

pembedahan gigi) maklumkan doktor atau doktor gigi berkenaan bahawa

anda mengambil clopidogrel. Doktor mungkin meminta anda berhenti

mengambil warfarin selama 7 hari sebelum prosedur tersebut untuk

mengelakkan pendarahan berlebihan.

Alkohol: Elakkan pengambilan alkohol berlebihan. Dinasihatkan supaya

tidak mengambil lebih daripada 5 tin bir atau lebih daripada 1 botol wain

seminggu.

Aktiviti Harian: Berhati-hati apabila menggunakan pisau cukur dan objek

tajam lain. Elakkan sukan lasak (contohnya, bola sepak, rugbi, seni

mempertahankan diri) atau aktiviti yang boleh mencederakan anda.

Elakkan pengunaan berus gigi, floss yang keras.

Kecederaan: Sekiranya anda mengalami kecederaan ringan, basuh dan

berikan tekanan atas kawasan tersebut sehingga pendarahan berhenti (ini

mungkin mengambil masa sehingga 10 minit). Dapatkan perhatian

perubatan dengan segera jika pendarahan banyak berlaku pada tempat

cedera atau jika anda mengalami kecederaan di kepala. Teruskan

memberi tekanan pada tempat luka sambil menunggu bantuan.

Peringatan: Beri perhatian yang tinggi semasa pengambilan ubat

clopidogrel. Selagi simptom pendarahan dapat dikesan, anda harus

melaporkan kepada doktor untuk menjalankan pemeriksaan yang

selanjutnya. Jangka masa pengunaan: 9 bulan - 1 tahun. Maklumkan

kepada doktor jika melebihi tempoh pengunaan.

(iii) Interaksi

Drug – Drug

Banyak ubat lain yang mengganggu keberkesanan clopidogrel. Penting

bagi anda memberitahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil

ubat lain termasuk pengubatan tanpa preskripsi (OTC), tradisional dan

herba. Ini termasuk:

o Ubat ulser gaster

o Ubat tahan sakit (contohnya, aspirin dan NSAIDS lain)

o Ubat anti-koagulasi (Warfarin)

o Vitamin tambahan (Vitamin K)

Drug- Herba

Dinasihatkan supaya tidak mengambil apa-apa Jamu, ubat Cina (Gingko

Biloba, Ginseng, Dong Quai) atau Ayurvedik , kerana kesannya terhadap

warfarin tidak boleh diramal.

(iv) Kesan Ubat

Kesan Terapeutik

bertindak sebagai agen analgesik, antipiretik dan juga penghalang

pengumpulan platelet.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan clopidogrel yang paling biasa ialah pendarahan.

Lebam-lebam: Anda mungkin mudah menjadi lebam sekiranya jatuh atau

terlanggar sesuatu. JANGAN gosok atau urut kawasan tersebut. Sila

dapatkan perhatian perubatan jika lebam bertambah besar atau saiznya

tidak berkurangan, atau jika anda mendapat lebam-lebam tanpa sebab

nyata.

Pendarahan: Sila dapatkan perhatian pengamal perubatan sekiranya anda

mengalami simptom berikut:

o Pendarahan daripada telinga, hidung, gusi (jangan lupa

menggunakan berus gigi lembut)

o Muntah darah (yang mungkin kelihatan seperti serbuk kopi atau

darah segar)

o Sakit perut tanpa sebab

o Bintik merah pada kulit

o Kesakitan atau pembengkakan luar biasa (con. Pada sendi)

o Darah dalam air kencing

o Darah haid yang banyak

o Pendarahan rektum

o Najis hitam, melekit