cirit

Upload: simon-achan

Post on 16-Mar-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cirit

TRANSCRIPT

Cirit-Birit / RotavirusCirit-birit atau rotavirus merupakan antara penyakit berbahaya yang mampu membawamaut kepada sesiapa yang menghidapinya jika tidak mendapat rawatan dengansegera. Apabila berlaku gejala kanak-kanak mengalami cirit-birit yang kerap danmuntah-muntah, seeloknya ibu bapa tidak lagi berlengah untuk membawa anakmereka ke klinik ataupun hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Hal inikerana apabila berlakunya cirit-birit yang terlalu kerap, ia dikhuatiri bahawa kanak-kanak tersebut dijangkiti rotavirus yang boleh membawa maut. Oleh yang demikian,cirit-birit yang kerap berlaku pada golongan kanak-kanak perlu diberi rawatan dan ubatsupaya keadaan yang lebih rumit tidak berlaku (Wan Hazmir, 1999).Virus rotavirus dipercayai mampu merebak dan membiak dengan pantas melalui air.Jangkitan rotavirus yang menyerang golongan bayi dan kanak-kanak padakebiasaannya bermula dengan demam dan disusuli dengan tiga sehingga lapan haricirit-birit dan muntah-muntah. Cirit-birit yang dimaksudkan itu lazimnya menyingkirkanlebih banyak cecair daripada tubuh bayi berkenaan. Kajian melaporkan bahawahampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus rotavirus sekurang-kurangnya sekalisebelum mereka menjangkau usia lima tahun.Dalam lingkungan usia bayi berkenaan baru lahir sehingga lima tahun, peratusmereka untuk diserang oleh virus rotavirus adalah amat tinggi. Ini kerana virus tersebutacap kali menyerang tubuh badan bayi kerana mereka mudah dan senang untuk

Epidemiologi Penyakit Berjangkit dan Berbahaya183mendapat cirit-birit. Peratusan peningkatan jumlah pesakit rotavirus semakin harisemakin meningkat. Oleh demikian, negeri-negeri yang lain perlu membuat persiapansupaya gejala tersebut dapat dicegah, dibendung dan dikurangkan.Virus rotavirus telah dikenal pasti sebagai punca utama berkaitan denganpermasalahan yang mengakibatkan cirit-birit. Dianggarkan kira-kira hampir 600, 000kematian berlaku setiap tahun akibat daripada virus rotavirus yang menyerang individudi seluruh dunia dan angka tersebut didapati meningkat saban tahun.Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sekitar tahun 2000 sehingga tahun2003, anggaran seramai 10.6 juta manusia mati setiap tahun yang melibatkangolongan kanak-kanak berusia kurang lima tahun. Peningkatan peratusan angkakematian yang menyerang kanak-kanak disebabkan cirit-birit menunjukkan bahawakesan oleh virus rotavirus adalah sangat berbahaya. Kadar kematian tersebutmenunjukkan bahawa virus rotavirus sangat licik sehingga boleh mengakibatkankematian yang sangat dahsyat di seluruh dunia pada masa kini.Penjagaan pemakanan dan corak rutin harian kanak-kanak perlu dijaga dengan rapiagar mereka mendapatkan pemakanan yang seimbang dan gejala virus rotavirus yangmenular dapat dibendung. Kesihatan bayi dan kanak-kanak adalah elemen utamauntuk menjamin tahap kesihatan yang ideal buat mereka.Di Malaysia, antara tahun 1999 sehingga tahun 2000, dianggarkan satu daripada 37kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun dikesan dan dirawat sebagai pesakit luarakibat virus rotavirus. Manakala, satu daripada 67 kanak-kanak pula ditahan dalamwad kerana menghidap penyakit yang sama. Tambahan pula, bagi yang selebihnya,mempunyai kadar satu daripada 15,000 orang kanak-kanak berdepan dengankematian. Angka tersebut mencatatkan sejumlah peningkatan kanak-kanak yangmengalami cirit-birit akibat diserang oleh rotavirus (Laporan Tahunan KementerianKesihatan Malaysia, 2007).

Epidemiologi Penyakit Berjangkit dan Berbahaya184Apakah simpton-simpton cirit- birit?Pakar-pakar kesihatan membuat klasifikasi simptom-simpton yang boleh dikenal pastibahawa seseorang kanak-kanak itu dijangkiti virus rotavirus seperti:cirit-birit yang berdarahmuntah-muntah dengan kerap melebihi tiga jamsuhu badan mencecah sehingga 39.4 Ckelihatan pucat dan tidak bermaya.Sekiranya, kanak-kanak didapati ada menunjukkan tanda-tanda berkenaan, makamereka sememangnya telah dijangkiti virus rotavirus yang telah menyerang dalamtubuh badan mereka. Tanda-tanda awal tersebut boleh dikesan dua sehingga lima hariapabila rotavirus sudah menyerang kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yangmengalami gejala rotavirus turut menunjukkan dehidrasi seperti mulut kering, kerapmenangis tanpa mengeluarkan air mata, air kencing yang sedikit atau tiada langsungserta kerap mengantuk pada kadar yang luar biasa. Keadaan tersebut adakalanyadapat dikesan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana mereka akan menunjukkansituasi yang berlainan daripada keadaan yang biasa (normal).Penyebab kepada virus rotavirus kerap melemahkan dan membantutkan pergerakankanak-kanak sehinggakan mereka menunjukkan tanda-tanda tersebut. Ibu bapa yangsedar dan prihatin terhadap simptom anak-anak mereka perlu segera mendapatkanrawatan supaya kesihatan kanak-kanak tersebut dapat dipulihkan.Bagaimanakah virus ini merebak?Rotavirus mudah dijangkiti. Virus tersebut akan mula merebak dan membiak dengansentuhan pada najis dan seterusnya dijangkiti melalui makanan yang tercemar, air dantitisan pernafasan. Tambahan pula, rotavirus boleh bertahan selama beberapa haripada permukaan keras dan kering. Rotavirus mempunyai jangka hayat yang panjang,dan boleh hidup selama berjam-jam pada tangan manusia sahaja. Oleh demikian, iaakan tersebar dan membiak dengan pantas melalui udara.

Epidemiologi Penyakit Berjangkit dan Berbahaya185Bagaimana mencegah RotavirusRotavirus yang melanda Negara pada ketika ini merupakan suatu jangkitan umumyang menyerang bayi dan anak kecil. Hal ini bermakna golongan dewasa dan orangtua tidak akan mengalami jangkitan yang sama. Pihak kerajaan memainkan perananutama dengan menyarankan kepada para ibu yang menyusukan bayi mereka supayamengambil langkah sewajarnya dan meneruskan proses penyusuan kepada bayimereka. Ini kerana penyusuan bayi dapat membantu mencegah jangkitan rotavirusdaripada menjangkiti bayi.Antara langkah dan kaedah yang signifikan bagi mencegah penularan jangkitanrotavirus ialah melalui amalan kebersihan. Tempat tinggal yang bersih dan terhindardaripada kekotoran dapat mengelakkan punca-punca berlakunya serangan virusterhadap individu. Amalan kebersihan adalah menjadi tanggung jawab bersama seisikeluarga dalam membendung gejala tersebut daripada terus merebak. Amalankebersihan turut mementingkan aspek kebersihan diri seperti membasuh tangandengan air sabun, minum air yang telah dimasak dan memakan makanan yang telahdimasak dengan sempurna (Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia,2007).Oleh kerana rotavirus mudah berjangkit, maka amalan kebersihan diri adakalanyamungkin tidak memadai untuk mencegah penularan jangkitan tersebut. Amalankebersihan yang dilakukan merupakan sebahagian sahaja pendekatan yang dapatmencegah jangkitan rotavirus. Langkah yang dianggap paling sinomin untukmencegah gejala tersebut ialah dengan menggunakan vaksin. Penggunaan vaksinyang ingin dilaksanakan kepada bayi yang berusia enam bulan ke bawah adalah suatulangkah yang berperingkat dan mengikut tahap-tahap yang akan ditetapkan mengikutkesesuaian masa.Sejak tahun 2006, dua jenis vaksin rotavirus telah digunakan dalam kaedah untukmencegah jangkitan virus tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua vaksintersebut merupakan ubat dan rawatan yang paling mujarab dan selamat untukmembendung jangkitan rotavirus daripada menyerang tubuh badan golongan bayi dankanak-kanak.

Epidemiologi Penyakit Berjangkit dan Berbahaya186Kebanyakan negara-negara barat seperti Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Belandadan beberapa negara di Afrika serta Amerika Selatan telah memperkenalkan vaksinrotavirus sebagai rawatan dan kaedah bagi mencegah penularan wabak rotavirus yangdiberikan kepada semua bayi di seluruh negara. WHO telah melaksanakan programuntuk menggalakkan semua negara untuk menimbangkan kemasukan vaksin rota virusdalam program pelalian negara sebagai langkah strategi untuk mencegah penyakit cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak.Bagi menyahut seruan yang dijalankan oleh pihak WHO, kedua-dua vaksin tersebuttelah dilancarkan di Malaysia dan ia boleh diperoleh di negara ini sejak tiga tahun yanglalu. Namun, setakat hari ini program pelalian yang dijalankan seperti di negara-negarabarat belum menjadi sebahagian program pelalian yang dijalankan di negara kita. Halini kerana terdapat beberapa halangan seperti faktor masa dan keadaan yang belumsesuai untuk melancarkan program tersebut secara besar-besaran.Vaksin untuk mencegah rotavirus boleh diperoleh dalam pasaran swasta. Namun,secara puratanya dapat dilihat bahawa pengambilan vaksin tersebut dalam kalanganbayi di Malaysia masih sangat rendah. Oleh itu, diharapkan pihak ibu bapa perlumemikirkan dan merenung kembali untuk memberi pelalian kepada bayi mereka ketikaberusia kurang daripada enam bulan dengan menggunakan vaksin rotavirus agar dapatmencegah jangkitan virus tersebut daripada menyerang anak-anak mereka.Bagaimana merawat Rotavirus?Menurut pakar kesihatan, tiada rawatan atau ubat secara khusus bagi menanganipenyakit cirit-birit yang disebabkan oleh serangan virus rotavirus. Walaubagaimanapun, terapi dehidrasi oral dilakukan untuk mencegah penularan jangkitanvirus tersebut agar terus merebak. Cecair yang digunakan dalam proses rehidrasiboleh menggantikan kehilangan mineral didapati lebih berkesan daripada penggunaankaedah air mahupun cecair yang lain.Pihak kesihatan telah bersepakat untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan supayameneliti keperluan pemberian vaksin rotavirus kepada bayi yang berumur enam bulan

Epidemiologi Penyakit Berjangkit dan Berbahaya187ke bawah sebagai langkah suntikan wajib supaya dapat membendung gejala rotavirusdaripada terus merebak dan membiak (Fatan Hamamah, 2003).Melalui usaha yang dijalankan ini, pihak kerajaan akan melihat sendiri dan menilaikepentingan vaksin bagi menangani isu rotavirus yang melanda negara ini. Iadijalankan agar dapat memberi suntikan daya ketahanan dalam tubuh badan bayi agardapat menghalang rotavirus daripada menyerang bayi tersebut. Pemberian vaksinrotavirus sama seperti vaksin-vaksin yang lain turut diberikan kepada bayi dangolongan kanak-kanak.Kaedah yang dijalankan tersebut diharapkan dapat mengurangkan gejala penularanjangkitan virus rotavirus yang menjangkiti bayi dan kanak-kanak sehingga bolehmenyebabkan kepada kematian. Penggunaan vaksin tersebut dapat mengurangkankadar kematian kesan daripada penyakit cirit birit. Fungsi cecair dan elektrolit yangmencukupi yang berada dalam tubuh badan kanak-kanak adalah merupakan tunjangutama dalam menangani kes rotavirus gastroenteritis.