cirit birit

4
CIRIT-BIRIT Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit- penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut. Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini..... Gejala-gejala Komplikasi Punca-punca cirit-birit Punca-punca kronik Apa yang dapat dilakukan oleh anda Bayi Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan Gejala - gejala Peningkatan kekerapan membuang air besar. Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen. Terdapat angin atau kentut yang melampau. Kehilangan selera makan. Adakalanya demam. Adakalanya terasa mual dan muntah. Sakit otot. Komplikasi Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.

Upload: simon-achan

Post on 16-Sep-2015

17 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

c

TRANSCRIPT

CIRIT-BIRIT

Klik Untuk Versi Bahasa InggerisCirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....Gejala-gejalaKomplikasiPunca-punca cirit-biritPunca-punca kronikApa yang dapat dilakukan oleh andaBayiApa yang doktor akan lakukan atau cadangkanGejala - gejalaPeningkatan kekerapan membuang air besar.Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.Terdapat angin atau kentut yang melampau.Kehilangan selera makan.Adakalanya demam.Adakalanya terasa mual dan muntah.Sakit otot.KomplikasiKomplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-Kehilangan 5-10% berat badan.Gelisah dan mudah tersinggung.Mata terbenam.Ketidakhadiran air mata.Mengalami kekeringan mulut dan lidah.Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-Kehilangan lebih dari 10% berat badan.Keletihan dan mungkin hilang sedar.Mata adalah terlalu terbenam.Ketidakhadiran airmata.Mulut dan lidah adalah terlalu kering.Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.Kekurangan jumlah air kencing.Punca-punca cirit-biritMeminum air yang tercemar.Memakan makanan yang tercemar.intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.Punca-punca kronikApabila cirit birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :Penyakit gastrogenus atau perut contohnya anemia, kanser.Selepas pembedahan contohnya, gastrektomi.Penyakit-penyakit usus.Jangkitan usus yang kronik jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella jangkitan-jangkitan virus jangkitan-jangkitan protozoaInfestasi usus, contohnya oleh cacing kerawitKecacatan penyerapanSelepas pembedahanFistula dalamanKeadaan kekurangan zat, contohnya PelagraPenyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.KanserUbat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedudan salur gastrousus.Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tractcondition, appendicitis etc.Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.Organic neurological diseases e.g. intracranial disease.Apa yang dapat dilakukan oleh andaCirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.Minum banyak air.Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untukdihadam.Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, rundingdengan doktor anda.Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.BayiTeruskan penyusuan bayi.Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oralselepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkanMemeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.Tabiat kebersihan makanan yang baik.Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum menyediakan dan mengendalikan makanan.Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.Sediakan makanan di kawasan yang bersih.Tudungkan makanan yang telah dimasak.Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.