cirit birit

6
CIRIT-BIRIT LAI PEI WEN Rujukan http:// www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit http://www.sioloon.com/t8626-cirit-birit-dikalang an-kanak-kanak

Upload: laipeiwen

Post on 19-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cirit Birit

CIRIT-BIRITLAI PEI WEN

Rujukanhttp://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birithttp://www.sioloon.com/t8626-cirit-birit-dikalangan-kanak-kanak

Page 2: Cirit Birit

APAKAH ITU CIRIT-BIRIT

• Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak mengeluarkan najis yang cair yang abnormal berulangkali berbanding dengan keadaan biasa. Ia boleh diselangi dengan muntah-muntah dan kadang-kadang tidak.

• Ia berpunca dari virus atau bakteria.

• Virus atau bakteria boleh merebak melalui air, makanan, tangan, perkakas-perkakas seperti pinggan mangkuk, lalat dan kotoran yang melekat pada kuku jari.

Page 3: Cirit Birit

PUNCA

• Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu jangkitan usus. Jangkitan ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

• Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Page 4: Cirit Birit

TANDA-TANDA• Kekejangan dan sakit pada bahagian abdomen.• Sembab.• Terasa loya dan muntah.• Terasa ingin segera membuang air besar.• Demam.• Najis mengandungi darah.• Dahaga• Hilang selera makan

Page 5: Cirit Birit

RAWATAN• Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan

sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih besar, boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

• Kanak-kanak yang baru bertatih dan boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk).

• Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.

Page 6: Cirit Birit

LANGKAH PENCEGAHAN

• Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cuci tangan sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria jika memegang lampin kotor atau selepas ke tandas.