ciri dan pengelasan haiwan

7
1.0Apakah yang dikatakan sebagai alam haiwan dan bagaimana sistem pengkelasan haiwan dilakukan? Haiwan merujuk kepada benda hidup yang boleh bergerak. Secara umum, haiwan-haiwan yang berada di sekeliling boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan. Walau bagaimanapun haiwan tidak mampu membuat makanannya sendiri sebaliknya, bergantung kepada sumber luar sebagai makanannyadan tidak mempunyai klorofil. Contohnya sesuatu haiwan memakan sumber tumbuhan dan haiwan lain. Penyesuaian untuk hidup telah menyebabkan haiwan-haiwan berlainan dari segi bentuk antara satu sama lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pengkelasan yang dibuat berdasarkan sifat fizikal haiwan tersebut: i) Berbulu ii) Berbulu pelepah iii) Bersisik iv) Berkepak v) Bercengkerang vi) Berkaki Selain itu, haiwan juga boleh dikelaskan kepada cara pembiakan iaitu: i) Beranak ii) Bertelur

Upload: haikal

Post on 18-Jun-2015

14.567 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri dan pengelasan haiwan

1.0 Apakah yang dikatakan sebagai alam haiwan dan bagaimana sistem pengkelasan haiwan

dilakukan?

Haiwan merujuk kepada benda hidup yang boleh bergerak. Secara umum, haiwan-haiwan

yang berada di sekeliling boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan. Walau bagaimanapun

haiwan tidak mampu membuat makanannya sendiri sebaliknya, bergantung kepada sumber luar

sebagai makanannyadan tidak mempunyai klorofil. Contohnya sesuatu haiwan memakan sumber

tumbuhan dan haiwan lain. Penyesuaian untuk hidup telah menyebabkan haiwan-haiwan

berlainan dari segi bentuk antara satu sama lain.

Terdapat beberapa ciri-ciri pengkelasan yang dibuat berdasarkan sifat fizikal haiwan tersebut:

i) Berbulu

ii) Berbulu pelepah

iii) Bersisik

iv) Berkepak

v) Bercengkerang

vi) Berkaki

Selain itu, haiwan juga boleh dikelaskan kepada cara pembiakan iaitu:

i) Beranak

ii) Bertelur

Dan, pengkelasan melalui cara pemakanan, iaitu:

i) Karnivor- haiwan yang makan daging

ii) Omnivor- haiwan yang makan daging dan tumbuhan

iii) Herbivor- haiwan yang makan tumbuhan

Pengkelasan juga boleh dilakukan melalui habitatnya, iaitu:

i) Hidup di air

ii) Hidup di darat

Page 2: Ciri dan pengelasan haiwan

iii) Hidup di darat dan air

Pengkelasan haiwan mengikut kaedah sains pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

i) Vertebrata (bertulang belakang)

a. Ikan

b. Amfibia

c. Reptilia

d. Burung

e. Mamalia

ii) Invertebrata (tidak bertulang belakang)

a. Serangga

b. Obor-obor

c. Hydra

d. Mollusca

2.0 Senaraikan ciri-ciri vertebrata

Vertebrata adalah kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Dalam sistem

pengekelasan saintifik, haiwan vertebrata merupakan subfilum dari filum Chordata. Haiwan

vertebrata mempunyai tulang yang terentang dari belakang kepala hingga bahagian ekor,

mempunyai otak yang dilindungi oleh tengkorak, mempunyai kepala, leher, badan dan ekor.

Haiwan vertebrata juga mempunyai tubuh bersimetri bilateral dan sistem tubuh yang beruas juga

mempunyai endoskeleton dan tulang belakang sebagai penguat dan dilapisi otot-otot yang

melekat pada kerangka.

Page 3: Ciri dan pengelasan haiwan

3.0 Berikan ciri-ciri utama untuk vertebrata dalam kelas berikut serta berikan contoh untuk setiap

kelas:

i) Ikan

a) Hidup di dalam air

b) Badan bersimetri bilateral

c) Mempunyai sisik dan berlendir

d) Mempunyai sirip untuk bergerak

e) Bernafas melalui insang

f) Membiak secara bertelur

g) Berdarah sejuk

Contoh haiwan adalah seperti ikan gapi, ikan kelisa, ikan keli

ii) Amfibia

a. Hidup di darat dan air

b. Mempunyai kulit yang lembap

c. Bertelur didalam air

d. Kaki belakang berotot kuat

e. Mempunyai selaput renang pada kaki

f. Telur tiada cengkerang

g. Peringkat anak dipanggil berudu, hidup di dalam air dan bernafas melalui insang

dan apabila dewasa hidup di darat dan bernafas menggunakan paru-paru

h. Berdarah sejuk

i. Mempunyai jantung tiga ruang ( 1 ventrikal, 2 atrium)

j. Mempunyai struktur gigi, yaitu gigi maxilla dan gigi palatum

k. Kulit memiliki dua kelenjar iaitu kelenjar mukosa dan atau kelenjar berbintil

( biasanya beracun)

l. Mempunyai kelopak mata dan kelenjar air mata yang berkembang baik

m. Pada mata terdapat membran nictitans yang berfungsi untuk melindungi mata dari

debu, kekeringan dan keadaan lain yang menyebabkan kerosakan pada mata.

Page 4: Ciri dan pengelasan haiwan

Contoh haiwan adalah seperti katak, kodok

iii) Reptilia

a. Kulit bersisik dan kering

b. Bernafas melalui peparu

c. Bertelur dan telur bercengkerang keras

d. Sesetengah reptilia berkaki empat dan sesetangahnya tidak berkaki (ular)

e. Berdarah sejuk (berubah mengikut suhu persekitaran)

f. Mempunyai jantung 4 ruang (ventrkal kanan dan kiri tidak sempurna

menyebabkan percampuran darah berlaku)

iv) Contoh haiwan adalah seperti ular, buaya, biawak

v) Burung

a. Badan dilitupi bulu pelepah

b. Mempunyai paruh dan sepasang sayap

c. Mempunyai pada kaki

d. Bertelur dan telur dilitupi cengkerang

e. Bernafas melalui paru-paru

f. Berdarah panas

Contoh haiwan adalah seperti burung puyuh, burung bangau, burun hantu

vi) Mamalia

a. Badan dilitupi bulu

b. Mempunyai cuping telinga

c. Mempunyai kelenjar peluh

d. Mamalia betina melahirkan dan menjaga anak kecuali yang primitif

e. Bernafas melalui paru-paru

f. Berdarah panas( suhu badan tetap)

g. Mempunyai jantung empat ruang yang sempurna

h. Mempunyai saraf tunjang

Page 5: Ciri dan pengelasan haiwan

i. Badan dilitupi bulu

j. Mempunyai kelenjar susu

Contoh haiwan adalah seperti orang utan, kucing, anjing, lembu, arnab, gajah