ciri-ciri kanak-kanak bekeperluan khas

4
Cerebral Palsy Cerebral ialah otak dan palsy bermaksud kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot. Ini bermaksud, kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan iaitu ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. Ciri-ciri : Perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat Tindakan yang sepatutnya hilang masih kekal Berjalan dengan menjinjit atau kaki diseret Ketidaknormalan bentuk otot Lekukan pada spinal "jawbone" @ kepala kecil Masalah-masalah lain seperti: 1. Penangkapan 2. Sawan 3. Percakapan @ komunikasi 4. Deria yang lemah 5. Kerencatan akal 6. Masalah pembelajaran 7. Masalah tingkahlaku Pemulihan Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa (AE Tanseley dan R. Culliford) Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. (M. F . Clough) Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded). Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya. (Sharifah Rahman Ali) Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut: 1) Emosi dan Tingkahlaku Mempunyai perasaan rendah diri dan risau. Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka. Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran. Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru. Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Bersikap pasif. Malas

Upload: maizaton20

Post on 18-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

kanak-kanak keperluan khas

TRANSCRIPT

Cerebral Palsy

Cerebral ialah otak dan palsy bermaksud kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot. Ini bermaksud, kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan iaitu ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Ciri-ciri :

Perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat Tindakan yang sepatutnya hilang masih kekal Berjalan dengan menjinjit atau kaki diseret Ketidaknormalan bentuk otot Lekukan pada spinal "jawbone" @ kepala kecil Masalah-masalah lain seperti:1. Penangkapan2. Sawan3. Percakapan @ komunikasi4. Deria yang lemah5. Kerencatan akal6. Masalah pembelajaran7. Masalah tingkahlaku

Pemulihan

Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa (AE Tanseley dan R. Culliford)

Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. (M. F . Clough)

Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded). Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya. (Sharifah Rahman Ali)

Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut: 1) Emosi dan Tingkahlaku

Mempunyai perasaan rendah diri dan risau. Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka. Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran. Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru. Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Bersikap pasif. Malas

2) Sosial

Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan. Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri. Hyper aktif.

3) Kesihatan

Tidak bertenaga serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus). Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). Lemah gerakan motor-kasar dan halus. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar

Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang. Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan

Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengelaskan benda atau nombor. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif. Lemah pergerakan dan perbuatan. Lemah daya pemikiran/ingatan. Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari. Sukar untuk membuat kenyataan am

Masalah Pendengaran

Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain

Berikut merupakan ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran :

1. Kurang memberi perhatian

Biasanya kanak-kanak ini tidak terkejut dengan bunyi yang kuat Mereka mungkin juga tidak mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi Tidak cuba meniru atau bertindak balas pada bunyi yang didengar pada usia 12 bulan.

2. Sukar mengikuti arahan

Kanak-kanak ini sukar mengikuti arahan lisan. Sukar memahami arahan yang mudah. Mereka akan lebih kerap bertanya dan meminta supaya arahan diulang atau tidak memberi perhatian kepada arahan atau pertanyaan guru.

3. Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan.

Mereka seringkali cuba mengelakkan diri daripada melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini kerana mereka merasakan kehadiran mereka didalam kumpulan tersebut adalah sia-sia menyebabkan mereka gagal mendengar dan memahami apa yang dibincangkan.

4. Topik yang berlainan

Ada kalanya mereka akan cuba menyampuk perbualan yang sedang berlansung, namun mereka akan memperkatakan sesuatu diluar topik perbincangan yang disebabkan ketidakupayaan mendengar yang mereka alami.

5. Suka berangan

kanak-kanak yang tidak berupaya akan sering berangan-angan didalam kelas serta kurang menumpukan perhatian terhadap sesuatu, misalnya tidak memberi tumpuan didalam kelas.

6. Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan

mereka lebih cenderung melengahkan tugasan yang diberi, memerhatikan dan seterusnya meniru tingkah laku rakan-rakannya kerana gagal mendengar arahan guru biasanya mereka lebih suka mendiamkan diri kerana kesukaran memahami apa yang disampaikan atau diperkatakan.

7. Ciri percakapan yang janggal

mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul seperti kanak-kanak lain. kadangkala sebutan mereka tidak dapat difahami kebanyakan bunyi konsonan dalam perkataan ditinggalkan dan pertuturan mengandungi bunyi-bunyi vokal sahaja contohnya: 'saya' disebut 'aya'

8. Personaliti

mereka seringkali dilabel sebagai kanak-kanak degil kerana tidak mendengar kata, malas membuat tugasan atau digelas budak nakal kerana mereka inginkan perhatian. Ini berlaku disebabkan kesukaran yang dialami untuk memahami arahan lisan yang diberikan memyebabkan mereka lebih suka membuat hal mereka sendiri dan dilabel degil oleh guru.

9. Masalah kesihatan

kanak-kanak ini sering mengadu mengalami masalah kesihatan seperti sakit telinga, selsema, sakit tekak dan tonsilitis masalah dan gangguan kesihatan ini biasanya berkaitan dengan pendengaran.

Ciri-ciri lain :

Meminta percakapan diulang berkali-kali Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan Sukar memahami perbualan di tempat bising Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari Sukar memahami perbualan telefon Toleransi terhadap bunyi bising berkurang Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher. Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll) Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll)