cerita pendek kanak

12
Cerita Pendek Kanak-kanak Pemotong Kayu Yang Jujur Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib... Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan

Upload: salasiah-hassan-bahari

Post on 20-Jun-2015

1.394 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita pendek kanak

Cerita Pendek Kanak-kanak

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan

miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang

sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari

tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak

seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api.

Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya....

Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu

tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang

menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia

mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia

bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari

telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta

terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari

sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini

bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak.

Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu

membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari

membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si

pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas,

perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada

isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Page 2: Cerita pendek kanak

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan

seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada

suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah

tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata

awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan

turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka

basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah

begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan

buat sarang,” kata arnab lagi.

Page 3: Cerita pendek kanak

 Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.

“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi

bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita

pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat

sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah

kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,”

kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini

sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan

sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah,

tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza

warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak

dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.

 "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

 Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

 Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka

akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang

merah.

 Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang

menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau

bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang

sebenarnya terjadi.

Page 4: Cerita pendek kanak

 Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu

melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar

yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

 Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie.

Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang

kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya

itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya

menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie

berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor

singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk

melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu.

“Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe

berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya

akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang

lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan

kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali

menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita

Page 5: Cerita pendek kanak

pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu

masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham

keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony

tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-

mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit,

“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan

bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-

ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan

mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung!

Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-

mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun

mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri

rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba

muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari

kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan

itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak

menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-

mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak

Page 6: Cerita pendek kanak

usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu

berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan

oleh jerung itu.

BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja

melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi.

Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan

menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

       Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan. Mereka

mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.

       “Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah

emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya. Si ibu amat terharu

tetapi apalah dayanya anak kecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang

Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan

tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu

bapanya amat merindukannya.

        Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam

perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular

menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi.

Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

        Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan

musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula

menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.

Page 7: Cerita pendek kanak

        Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang

melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera

dari manakah gerangannya?

        Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan

permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.

       “Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik

kasihan  melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk ke arah

sepasang suami isteri,pekerja istana.

      “Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa

mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang

indah-indah. Dia memberI mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian,

bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah

istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan

segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

       “Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya

ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya

amat gembira. Mereka menangis kegembiraan.

       Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan

mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

 2ISI KANDUNGANPENDAHULUAN 3BAB I DAN BAB II 4-5BAB III DAN BAB IV 5-6BAB V DAN BAB VI 6BAB VII DAN BAB VIII 7BAB IX DAN BAB X 8BAB XI DAN BAB XII 8-9BAB XIII DAN BAB XIV 9-10BAB XV DAN BAB XVI 10-11ULASAN SECARA KESELURUHAN 11KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZA’BA

Page 8: Cerita pendek kanak

13TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM TULISANJAWI 14LANGKAH-LANGKAH PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI (1981-1989) 15PENUTUP 17BIBLIOGRAFI 18

 3PENDAHULUANZa'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialahZainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau.Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuanagama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi.Sepanjang kerjayaan selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidangpenulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulisrencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu ataubahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa sastera, agama,pendidikan, ekonomi dan politik.Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaankolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umumdi Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yangkhusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan dimaktab dan institusi pengajian pada masa bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antarakaryanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang,Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jiliddalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949). Dalam ilmu kajian bahasa, TokohMelayu pertama yang benar-benar menganalisis system ejaan Arab Melayu dari segi prinsipdan segala permasalahannya adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Za‟ba) dengan karyanya JawiSpelling dan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi. Tokoh lainnya adalah Raja HajiMuhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau dalam bukunya Rencana Melayu.

 4Bab IManusia memerlukan bahasa dan percakapan untuk berkomunikasi antara sesama manusia.Dengan hal yang demikian terbitlah bahasa atau percakapan diantara manusia. Meskipunterdapat pelbagai bangsa di seluruh dunia, namun semuanya adalah sama keranamengeluarkan suara untuk berkomunikasi. Dalam bab ini juga membincangkan tentang asalkepandaian manusia menulis dan membaca. Setelah manusia mula bertambah maju, manusiatelah mencipta suatu tanda ataupun gambaran bunyiyang kini dikenali sebagai “huruf”.Melalui wujudnya huruf munculnya kepandaian untuk menulis. Pada zaman dahulu,ketikapemerintahan raja yang beragama hindu sebahagian besar dari tanah melayu terpaksamempelajari dan meniru tulisan Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awaldigunakan di kawasanKepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak diPulau Jawadan digunakan untuk menulis dalam bahasaSanskrit. Ketika itubahasa Sanskritmenjadi bahasa pentadbiran

Page 9: Cerita pendek kanak

dan ilmu pengetahuan. Penyebarantulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkantiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. TulisanPallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalamBahasa Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripadaSanskrit.Bukti penggunaantulisan Pallava terdapat pada yupa(tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman,pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaikibot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.Yupatersebut dijumpaioleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit.Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentangpencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga.Yupatersebut berasal dari tahun 400merupakan tinggalan pemerintahanHindu. Pada awal kurun masihi, ramai di antara penduduk tanah melayu yang masuk islam keranamendapat dakwah dari pedagang-pedagang arab. Kemudian penduduk tanah melayumrngikuti tulisan orang-orang arab yang menggunakan tulisan jawi. Pada kurun ke-16 pula,tanah melayu telah mula dilawati oleh orang-orang Eropah untuk berniaga dan sebagainya.Setibanya orang Eropah di tanah melayu, orang melayu mula bertutur dalam bahasa melayudan menulis dalam tulisan rumi kerana mudah dipelajari dan di fahami. Huruf-huruf jawi dan