cerita haiwan sang monyet yang degil

5
Cerita Haiwan Sang Monyet Yang Degil Pada suatu hari Sang Arnab sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-Kura. Mereka menikmati keindahan kebun mereka yang ditanam dengan pelbagai tanaman. Sang Arnab : Tengoklah kebun kita ini Kura-kura, sungguh indah sekali. Sang Kura-Kura : Ialah, Arnab, kebun kita memang indah sekali. Tengok tu banyak tanaman kita sedang mengeluarkan hasil. Ada buah rambutan, buah jambu, buah manggis, terung, cili, lobak merak, kacang panjang dan timun. Sang Arnab : Ini lah hasilnya kalau kita rajin berkebun kan Kura-Kura. Selain itu kita dapat memastikan alam sekitar kita dalam keadaan bersih dan segar. Sedang asyik mereka menikmati keindahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat sedih dan lapar sekali. Sang Monyet : Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan. Bolehkah kiranya kamu berdua berikan

Upload: noraini-abdullah

Post on 28-Jul-2015

454 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita haiwan sang monyet yang degil

Cerita Haiwan Sang Monyet Yang Degil

Pada suatu hari Sang Arnab sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan

sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-Kura. Mereka menikmati keindahan

kebun mereka yang ditanam dengan pelbagai tanaman.

Sang Arnab : Tengoklah kebun kita ini Kura-kura, sungguh indah sekali.

Sang Kura-Kura : Ialah, Arnab, kebun kita memang indah sekali. Tengok tu

banyak tanaman kita sedang mengeluarkan hasil. Ada buah

rambutan, buah jambu, buah manggis, terung, cili, lobak

merak, kacang panjang dan timun.

Sang Arnab : Ini lah hasilnya kalau kita rajin berkebun kan Kura-Kura. Selain

itu kita dapat memastikan alam sekitar kita dalam keadaan

bersih dan segar.

Sedang asyik mereka menikmati keindahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet

yang kelihatan amat sedih dan lapar sekali.

Sang Monyet : Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari

aku tak makan. Bolehkah kiranya kamu berdua berikan

sedikit buah-buahan untuk aku makan.

Sang Arnab dan Sang Kura-Kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan

Sang Monyet seperti itu.

Sang Arnab : Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu.

Sang Monyet : Terima kasih Arnab, terima kasih Kura-kura,

Sang Kura-Kura : Makanlah sekenyang yang kau mahu Monyet.

Tanpa berlengah lagi Sang Monyet pun pergi ke pokok rambutan lalu di makannya

buah rambutan itu dengan lahapnya. Sang Monyet makan dan membuang kulit

rambutan sesuka hati.

Sang Arnab : Monyet janganlah kau buang kulit buah rambutan sesuka hati,

Page 2: Cerita haiwan sang monyet yang degil

nanti bersepah kebun ku ini.

Sang Kura-Kura : Ialah monyet jangan macam tu, kau makanlah elok-elok.

Kulitnya kau buang di dalam bakul ini.

Sang Monyet : Jangan ganggu aku lah kura-kura. Aku nak makan semua

buah-buahan yang ada di sini.

Sang Kura-Kura : Kami tidak marah kau nak makan semua buah-buahan di sini

tapi tolonglah jaga kebersihan kebun kami ini.

Sang Arnab : Kesianlah kami Monyet, penat kami membersihkan kawasan

kebun ini supaya sentiasa bersih dan cantik. Kau makanlah

elok-elok.

Sang Monyet : Ah! aku tidak kira aku nak makan semua buah-buahan ini. Aku

tidak peduli ini bukan kebun aku. Kau jangan bising lah arnab

aku hendak makan buah ini.

Sang Arnab : Jangan begitu Monyet. Kami sudah beri kau makan di kebun

kami. Kami hanya mahu kamu menjaga kebersihan kebun

kami ini.

Sang Kura-Kura : Betul tu Monyet, kami hanya mahu kau ada sikap

tanggungjawab untuk membersihkan sampah yang kau buat

tadi. Kalau kau biarkan kawasan kebun kami menjadi kotor

dan tidak bersih.

Sang Monyet tidak mempedulikan kata-kata Sang Arnab dan Sang Kura-Kura.

Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang

Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan

cili-cili yang merah menyala.

Sang Monyet : Aku mahu itu, aku mahu itu.

Sang Kura-Kura : Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya.

Page 3: Cerita haiwan sang monyet yang degil

Sang Arnab : Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain.

Sang Monyet : Ah! aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga.

Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kura-Kura dan Sang Arnab, Sang

Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu

dan terus memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,

Sang Monyet : Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!",

Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi

menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Arnab dan Sang Kura-kura

menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Sang Kura-Kura : Kesian Monyet tulah balasannya sebab tidak mendengar kata.

Sang Arnab : Monyet..Monyet kami sudah cakap buah itu tidak boleh

dimakan tapi kau degil.

Sang Monyet : Maafkan aku Kura-Kura…Maafkan aku Arnab. Lain kali aku

dengar cakap kamu berdua. Nanti aku bersihkan semula

kebun kamu ini sebagai hukuman kerana bersikap degil.

Sang Arnab : Baiklah Monyet kami akan membantu kamu. Jangan buat lagi

perangai buruk kamu itu.

Semenjak daripada peristiwa itu, Sang Arnab, Sang Kura-Kura dan Sang Monyet

menjadi sahabat baik. Mereka bersama-sama menjaga kebersihan kebun untuk

mengekalkan keindahan alam.