cara pencegahan dari penyakit yang berjangkit

6
Cara pencegahan dari penyakit yang berjangkit BSMM Cara pencegahan dari penyakit yang berjangkit o Influenza (H1NI) Sering cuci tangan. Cuci tangan sesering mungkin menggunakan sabun dan air kemudian keringkan, bila tidak ada air dapat menggunakan cairan antiseptik pencuci tangan. Cuci tangan setelah melakukan kegiatan fisik, terutama setelah bersin atau batuk. Hindari mengusap mata, hidung dan mulut. Virus influenza sering menyebar ketika seseorang menyentuh permukaan benda  yang sudah terkontaminasi virus (karena terkena percikan batuk/bersin penderita) dan kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut. Hindari kontak erat. Hindari kontak erat dengan seseorang yang sakit Tinggal di rumah ketika sakit. Jika memungkinkan, tinggallah di rumah dan batasi kegiatan di luar rumah. Anda akan membantu orang lain terhindar dari kesakitan. Menutup mulut dan hidung. Menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika batuk atau bersin untuk mencegah penyebaran virus. Jika tidak ada tisu, gunakan punggung telapak tangan ketika batuk atau bersin. Buang tisu yang sudah dipakai ke tempat sampah. Anda dapat menggunakan masker untuk tidak menulari orang lai Jaga jarak. Jika anda sakit, jagalah  jarak dengan orang lain (lebih kurang 2 meter) dan gunakan masker untuk mencegah penularan Berperilaku hidup sehat. Tidak merokok, Cukup tidur, Olah

Upload: tortoigal

Post on 13-Aug-2015

95 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sss

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Pencegahan Dari Penyakit Yang Berjangkit

Cara pencegahan dari penyakit yang berjangkit BSMM

Cara pencegahan dari penyakit yang berjangkit

o Influenza (H1NI)

Sering cuci tangan. Cuci tangan sesering mungkin menggunakan sabun dan

air kemudian keringkan, bila tidak ada air dapat menggunakan cairan

antiseptik pencuci tangan. Cuci tangan setelah melakukan kegiatan fisik,

terutama setelah bersin atau batuk.

Hindari mengusap mata, hidung dan mulut. Virus influenza sering menyebar

ketika seseorang menyentuh permukaan benda  yang sudah terkontaminasi

virus (karena terkena percikan batuk/bersin penderita) dan kemudian

menyentuh mata, hidung dan mulut.

Hindari kontak erat. Hindari kontak erat dengan seseorang yang sakit

Tinggal di rumah ketika sakit. Jika memungkinkan, tinggallah di rumah dan

batasi kegiatan di luar rumah. Anda akan membantu orang lain terhindar dari

kesakitan.

Menutup mulut dan hidung. Menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika

batuk atau bersin untuk mencegah penyebaran virus. Jika tidak ada tisu,

gunakan punggung telapak tangan ketika batuk atau bersin. Buang tisu yang

sudah dipakai ke tempat sampah. Anda dapat menggunakan masker untuk

tidak menulari orang lai

Jaga jarak. Jika anda sakit, jagalah  jarak dengan orang lain (lebih kurang 2

meter) dan gunakan masker untuk mencegah penularan

Berperilaku hidup sehat. Tidak merokok, Cukup tidur, Olah raga teratur,

Kelola stress, Minum dalam jumlah yang cukup, Makan makanan bergizi.

Berobat ke dokter  jika sakit. Segera pergi berobat jika mengalami gejala flu

 seperti demam, batuk, pilek, sakit tenggorokan, sesak dan muntah serta

diare

Tunda perjalanan jika anda sakit. Jika anda sakit, tunda bepergian dengan

pesawat terbang atau alat transportasi umum lainnya.  Jika anda harus

bepergian ke negara yang terjangkit influensa A/H1N1 (strain mexico) dan

pada saat kembali anda merasa sakit, segera berobat ke dokter.

Dengarkan informasi dari Dinas Kesehatan setempat dan sebarkan info

Page 2: Cara Pencegahan Dari Penyakit Yang Berjangkit

Cara pencegahan dari penyakit yang berjangkit BSMM

pencegahan ini kepada masyarakat luas.

o HIV / AIDS

Hindari dari sekd bebas dan setia kepada pasangan anda

Penggunaan kondom untuk menghindari penyakit kelamin

Kerap menjalani pemeriksaan doctor dan mengenali pasangan anda

sebelum berkahwin.

Jikalau anda mempunyai symptom-simptom di atas, anda dan pasangan

anda digalakkan berjumpa dengan doctor.

Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan jika didapati

menghidap penyakit kelamin.

o Penyakit Chikungunya

Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-

tempat pembiakan nyamuk aedes.

Memastikan semua bekas terpakai serta palong hujan (roof gutter)  tiada air

yang bertakung.

Mengunakan semburan racun serangga (aerosol) atau lingkaran ubat

nyamuk.

Memeriksa serta melakukan aktiviti pencegahan sekurang-kurangnya

seminggu sekali.

o Batuk kering (TIBI)

Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering.

Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.

Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu

atau 

lebih.

Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat 

pemeriksaan lanjut.

Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia

dapat membunuh bakteria di udara.

Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik.

Page 3: Cara Pencegahan Dari Penyakit Yang Berjangkit

Cara pencegahan dari penyakit yang berjangkit BSMM

Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

o Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM

mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam

mendapatkan rawatan.

Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-

belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak

dan lain-lain.

Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan

makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan

selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.

Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan

menggunakan pencuci.

Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian

dan sebagainya.

Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa

telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.

Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana

terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan

kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya

tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti

program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan

yang lain.

Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi

Page 4: Cara Pencegahan Dari Penyakit Yang Berjangkit

Cara pencegahan dari penyakit yang berjangkit BSMM

jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada

tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera

berjumpa doktor semula.

Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun

berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing

berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

o Penyakit Kelamin

Amalkan hubungan seks yang selamat .

Jauhi diri, jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks

Setia kepada pasangan anda.

Amalkan hubungan seks yang selamat seperti menggunakan kondom

Jauhi diri daripada alkohol sebelum atau selepas hubungan seks kerana

ia menyebabkan hilang penilaian anda

Suntikan pelalian  hepatitis B dapat memberikan perlindungan

sepanjang hayat

o Cacat Air

Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.

Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan

tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering

dan berkerak.

Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru

lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita

mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air,

mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi

perlindungan segera.