cara-cara menjaga alam sekitar

2
Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ). Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan. Cara menulis isi karangan. Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana. Cara penulisan penutup. Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

Upload: ln

Post on 02-Jan-2016

20.956 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Cara-Cara Menjaga Alam Sekitar

Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).

Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang

diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan

rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.

Cara menulis isi karangan.

Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN +

CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan

menggunakan penanda wacana.

Cara penulisan penutup.

Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan

isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

Page 2: Cara-Cara Menjaga Alam Sekitar

[Tajuk karangan] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap

pencemaran yang serius. [Ayat Arahan : Fokus karangan] Jadi,

langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk menjaga alam

sekitar.

[Isi penting 1] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar

semula. [Ayat Huraian/contoh] Barangan terpakai haruslah

dihantar ke pusat pengumpulan bahan-bahan kitar semula demi

membendung pencemaran alam.

[ Isi penting 2 ] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga

haruslah dielakkan. [Ayat Huraian/contoh] Sampah sarap

haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah dan dihantar ke tapak

pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah.

[ Isi penting 3 ] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan.

[Ayat huraian/contoh] Misalnya, selepas alat-alat elektrik

digunakan, suisnya haruslah ditutup agar fenomena pemanasan

global dapat dikurangkan.

[ Isi penting 4 ] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak

di persekitaran. Tumbuhan-tumbuhan akan mengeluarkan oksigen

ke atmosfera dan menyerap karbon dioksida sekali gus

melestarikan kesegaran udara.

[Ayat penutup] Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk

memulihara alam sekitar kita. [Ayat Penegasan] Pencegahan lebih

baik daripada pemulihan.