caogao mentalis

Upload: wan-rou

Post on 07-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TRANSCRIPT

Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi. Definisi:- Peringkat pelahiran merupakan latihan menulis sebenar- Melahirkan fikiran secara bertulis- Murid telah menguasai kemahiran menulis setiap huruf / abjad dan seterusnya menulis ayat-ayat.- Murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri.

9.jenis penulisan secara mentalis/penglahiran

Dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis. Banyak melibatkan mental. Latihan yang dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis ini ialah :I. Latihan pernyataan fikiran atau pendapatII. Latihan pernyataan perasaan.III. Latihan pernyataan kehendak.IV. Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.

Menyusun dan menulis semula perkataan1. Menyusun dan menulis semula rangkai kata supaya menjadi rangkai kata yang betul.Contoh: rumah bangloibu jariguru besarbuku latihan2. Menyusun dan menulis semula perkataan yang diberi menjadi ayat yang betul.Contoh: adalah saya. doktor Bapa 3. Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi satu perenggan atau karangan lengkap.Contoh: Hari ini hari jadi saya.Kawan-kawan membawa hadiah untuk saya.Kawan-kawan saya menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya.Saya meniup lilin lalu memotong kek.Kami bermain dan menyanyi bersama-sama.

Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpandu berdasarkan bahan rangsangan.TerkawalDefinisi: Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam ayat atau karangan terkawal ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.1. Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam ayat yang disediakan.Contoh:Alaster sedang _______ bola. (menendang, memukul)Separa TerkawalDefinisi: Karangan Separa Terkawal ialah perkataan, ayat atau karangan disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.1. Menggantikan perkataan dalam ayat.Contoh: Binatang kesayangan saya ialah kucing.

2. Melengkapkan ayat dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai. Contoh:________ merupakan hobi yang berfaedah.3. Menulis ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi.Contoh: Bermain Saya sedang bermain bola.4. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai. Contoh:Amy suka baju itu.Jawapan: Amy yang cantik suku baju yang berwarna biru itu.5. Membentuk ayat-ayat bagi melengkapkan perenggan, cerita ataupun karangan. Contoh:Cuaca sungguh panas. Saya menunggang basikal ke sekolah untuk menjalani latihan bola sepak.__________________________________________________________________________________________________________________________________________Beberapa minit kemudian , orang ramai datang untuk memberikan pertolongan . Penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan. Anggota polis bertungkus-lumus untuk mengawal kesesakan lalu lintas.__________________________________________________________________________________________________________________________________________Selepas itu, saya pun terus menunggang basikal menuju ke sekolah.

Berpandu1. Menulis ayat berpandukan gambar.

2. Mengisi silang kata. 3. Menulis semula cerita dengan sedikit pungubahsuaian berpandukan cerita yang diperdengarkan. 4. Penulisan Berpandu Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. Contoh: Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. Contoh: Tajuk: Kemalangan Jalan RayaSoalan: Apakah kejadian yang telah berlaku?Di manakah kemalangan jalan raya itu berlaku? Bilakah kemalangan jalan raya itu berlaku? Siapakah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya? Bagaimanakah keadaan mangsa? Cuaca sungguh panas. Saya menunggang basikal ke sekolah untuk menjalani latihan bola sepak.Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang kuat .Saya bergegas ke tempat itu. Rupa-rupanya , ada kemalangan .Beberapa minit kemudian , orang ramai datang untuk memberikan pertolongan . Penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan. Anggota polis bertungkus-lumus untuk mengawal kesesakan lalu lintas.Tidak lama kemudian , ambulans pun tiba. Mangsa kemalangan terus dibawa ke hospital.Selepas itu, saya pun terus menunggang basikal menuju ke sekolah.

Menulis secara bebasAktiviti penulisan bebas dengan memberikan kebebasan kepada murid-murid mencipta ayat sendiri bagi melahirkan pendapat. Pada peringkat ini, hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks.1. Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan.