cakna lidah sebagai teras keharmonian organisasi: sorotan ... · ungkapan yang baik akan...

17
12 CAKNA LIDAH SEBAGAI TERAS KEHARMONIAN ORGANISASI: SOROTAN PEMIKIRAN AKHLAK SYEIKH ABDUL QADIR AL-MANDILI (1910-1965) RAMLI AWANG ESA KHALID MOHD. NASIR RIPIN ZULKIFLEE HARON ISMAIL IBRAHIM PENGENALAN Anggota lidah, menurut Mandili, adalah kurniaan Allah kepada manusia agar manusia dapat membaca Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w, berzikir serta mengajar ilmu-ilmu yang memberi manfaat. Selain itu dengan lidah juga dapat menyuruh melakukan perkara kebajikan, melarang dari melakukan kejahatan dan memberi nasihat kepada sesama Muslim. Lidah adalah alat komunikasi penting bagi menyampaikan kepada tujuan dan keperluan hidup manusia. Manusia mesti mensyukuri Allah yang memberi nikmat lidah kepadanya dengan menghindari dari berbicara perkara-perkara yang ditegah. Oleh itu, Mandili menyarankan agar manusia mengasingkan diri dan berdiam diri untuk mengelakkan bahaya lidah. Katanya: Dan ketahui olehmu bahawasanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besarnya daripada kejahatan maka lazimkan Chapter12.indd 237 3/10/09 7:47:01 PM

Upload: lemien

Post on 13-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

237Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

12Cakna Lidah Sebagai TeraSkeharmonian organiSaSi:

SoroTan Pemikiran akhLak Syeikh abduL Qadir aL-mandiLi

(1910-1965)

RAMLI AWANGESA KHALID

MOHD. NASIR RIPINZULKIFLEE HARON

ISMAIL IBRAHIM

PengenaLan

Anggota lidah, menurut Mandili, adalah kurniaan Allah kepada manusia agar manusia dapat membaca Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w, berzikir serta mengajar ilmu-ilmu yang memberi manfaat. Selain itu dengan lidah juga dapat menyuruh melakukan perkara kebajikan, melarang dari melakukan kejahatan dan memberi nasihat kepada sesama Muslim.

Lidah adalah alat komunikasi penting bagi menyampaikan kepada tujuan dan keperluan hidup manusia. Manusia mesti mensyukuri Allah yang memberi nikmat lidah kepadanya dengan menghindari dari berbicara perkara-perkara yang ditegah. Oleh itu, Mandili menyarankan agar manusia mengasingkan diri dan berdiam diri untuk mengelakkan bahaya lidah. Katanya:

Dan ketahui olehmu bahawasanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besarnya daripada kejahatan maka lazimkan

Chapter12.indd 237 3/10/09 7:47:01 PM

Page 2: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

238 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

olehmu akan memeliharanya dan tidak menolong akan dikau atas sejahtera daripada kebinasaannya melainkan mengasingkan diri daripada manusia, dan mengekalkan diam melainkan pada ketika berhajat kepada berkata-kata, seperti belajar dan mengajar dan memberi nasihat.

hubungan Lidah dengan Lain-Lain anggoTa

Mandili menjelaskan bahawa antara percakapan atau lidah itu ada hubungan erat dengan anggota badan yang lain. Lantaran itu ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala anggota badan yang lain dan sebaliknya ungkapan yang jahat akan membawa kejahatan kepada anggota badan.1 Menghujah perkara ini, Mandili membawa ungkapan dari kata-kata Abu Sa‘id al-Khudri yang menyebut:

Bahawa sanya manusia itu apabila berpagi-pagi bersegeralah oleh segala anggota semuanya kepada lidah, dan berkata semuanya baginya: Menuntut oleh kami akan dikau dengan nama Allah bahawa engkau betul atas pertunjuk, kerana bahawa sanya engkau jika engkau lurus nescaya kami lurus dan jika engkau bengkok nescaya kami bengkok.

Mandili juga membawa ungkapan Malik bin Dinar (w. 131H)2 yang berkata:

“Apabila engkau melihat hatimu keras dan badanmu lemah serta tertegah rezeki, maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata-kata dengan yang tiada memberi manfaat kepadamu.”

Percakapan itu ada kalanya membawa kepada taat dan ada ketikanya pula membawa kepada maksiat dan pada ketika yang lain

Chapter12.indd 238 3/10/09 7:47:01 PM

Page 3: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

239Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

bersifat sia-sia. Andai kata ia bersifat taat seperti menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, seseorang itu memperolehi pahala yang besar. Sebaliknya jika percakapan itu membawa kepada maksiat, maka ia akan memperolehi dosa dan balasan seksa yang tiada tertanggung olehnya.

Menyokong alasan yang dikatakan itu, Hadis berikut dikemukakan oleh Mandili:

Maksudnya: Dan tidaklah yang menyebabkan manusia tersembam atas muka-muka mereka atau hidung-hidung mereka melainkan tuaian lidah-lidah mereka.

Begitu pula andainya ia berkata-kata dengan perkataan yang sia-sia tanpa faedah, akan ditulis oleh malaikat sebagai tiada kebajikan atau sia-sia dan ia akan membaca di dalam suratan amalnya di hadapan Allah Taala pada hari kiamat kelak.

Mandili menulis bahawa Mu‘adh bin Jabal r.a (w. 18H/639M)3

meminta nasihat daripada Nabi s.a.w dan dia disuruh menjaga lidah. Ujar Mu‘adh: “Wahai Rasulullah s.a.w., berilah nasihat kepadaku. Lalu Nabi s.a.w mengeluarkan lidahnya yang mulia dan bersabda: “Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu menahan lidah dari berkata-kata perkara yang ditegah.”

Antara sifat-sifat kebinasaan lidah yang dijelaskan oleh Mandili ialah lancang mulut, berdusta, mengumpat, berbantah-bantah, memuji dan melawak.

i. Lancang mulut

Kelakuan lancang mulut4 adalah antara sifat kebinasaan lidah yang dicela dan wajib dijauhi. Menurut Mandili, apabila seseorang itu berlebihan dalam berkata-kata, nescaya akan keluar daripadanya perkataan yang sia-sia. Manakala bercakap yang sia-sia itu pula menjadi sebab gelapnya hati.

Menguatkan kenyataan di atas, Mandili membawakan beberapa Hadis sebagai sandaran dan menegaskan bahawa Rasulullah

Chapter12.indd 239 3/10/09 7:47:01 PM

Page 4: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

240 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

s.a.w. amat menekankan perihal besarnya tanggungjawab lidah.5 Antara Hadis yang dikemukakan ialah:

Maksudnya: Dan tidaklah yang menyebabkan manusia tersembam atas muka-muka mereka atau hidung-hidung mereka melainkan tuaian lidah-lidah mereka.

Hadis Nabi s.a.w. menyebut:

Maksudnya: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata yang baik ataupun hendaklah ia diam.

Sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: Sesiapa yang memberi jaminan kepadaku (untuk memelihara) apa yang ada antara dua dagunya (mulut) dan yang ada antara dua kakinya (kemaluan), aku menjamin baginya syurga.

Sehubungan dengan Hadis yang ketiga di atas, Mandili menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘apa yang ada antara dua tulang dagu’ itu adalah lidah, sementara ‘apa yang ada antara dua kaki’ pula adalah kemaluan.

Perkara tersebut beliau kuatkan lagi dengan maksud Hadis yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya berhubung dengan perkara yang banyak memasukkan seseorang itu ke dalam Neraka. Baginda s.a.w menjawab: Dua yang berongga. Iaitu mulut dan kemaluan.

Berdiam diri daripada memperkatakan sesuatu yang tidak memberi manfaat menyebabkan seseorang itu terlepas daripada kebinasaan dunia dan akhirat. Dimaksudkan dengan perkara yang tidak memberi manfaat menurut Mandili ialah perkataan yang sekiranya ditinggalkan meraih pahala akhirat dan faedah dunia yang sangat diperlukan tidak akan lenyap daripadanya.

Chapter12.indd 240 3/10/09 7:47:01 PM

Page 5: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

241Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

Mandili menyarankan kepada mereka yang ingin berkata-kata dengan perkataan yang tiada bermanfaat itu hendaklah terlebih dahulu berfikir. Adalah lebih elok baginya menggantikan ungkapan tersebut dengan dhikrullah yang boleh diumpamakan sebagai sepotong emas. Manakala perkataan yang tidak berfaedah itu seumpama ketulan tanah yang keras.

ii. berdusta

Maksud dengan dusta bagi Mandili ialah mengkhabarkan sesuatu perkara menyalahi hakikat yang sebenarnya, sama ada diketahui atau tidak dan dilakukan secara sengaja atau tidak. Aspek mengetahui dan kesengajaan itu merupakan syarat bagi dikenakan dosa, bukannya syarat bagi dinamakan dusta. Berdusta mendapat kutukan daripada Allah. Mandili mengatakan hukum ini dengan berdasarkan ayat Quran:

Terjemahannya: Serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.

(Surah ali ‘Imran 3: 61)

Selain itu, dikemukakan juga Hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebut dusta itu membawa kepada kejahatan.6 Sabdanya: 7

Maksudnya: Hendaklah kamu dengan yang benar kerana benar itu menyampaikan kepada kebajikan dan kebajikan itu menyampaikan kepada Syurga dan sentiasalah seseorang itu dengan yang benar dan bersungguh-sungguh ia dengan kebenaran sehingga ditulis di sisi Allah sebagai Siddiq. Jauhilah kamu dari dusta, kerana dusta itu membawa kepada kejahatan sementara kejahatan pula membawa ke Neraka, dan sentiasalah seseorang hamba itu bersungguh-sungguh dengan dusta sehingga ditulis di sisi Allah sebagai Kadhdhab (banyak dusta).

Chapter12.indd 241 3/10/09 7:47:01 PM

Page 6: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

242 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

Sabdanya lagi:

Maksudnya: Awasilah kamu agar jangan berdusta, kerana berdusta itu menjauhkan daripada keimanan.

Sabdanya:

Maksudnya: Apabila seseorang itu berdusta sekali nescaya menjauhlah daripadanya malaikat satu batu lantaran busuk dusta yang dibawanya.

Meskipun begitu, menurut Mandili, perkara-perkara yang ditegah berhubungan dengan dusta ada pengecualiannya. Beliau mencontohkan berdusta yang dibenarkan lantaran berkeperluan seperti ingin mendamaikan antara manusia yang bermusuhan. Kenyataan beliau ini menepati Hadis:

Maksudnya: Tidaklah (dianggap) berdusta sesiapa yang mendamaikan di antara manusia.

Mandili menghukumkan wajib berdusta untuk menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah. Ujarnya:

“Bahkan terkadang wajib berdusta seperti melihat ia akan orang yang haram dibunuh, yang bersembunyi ia daripada orang yang zalim yang menghendaki membunuhnya, maka wajib berdusta kerana melepaskan daripada dibunuh orang yang zalim itu.”

Di tempat yang lain beliau menyebut:

Ketahui olehmu bahawasanya berdusta itu haram melainkan kerana sangat berhajat kepadanya seperti berdusta pada peperangan dan berdusta kerana mendamaikan orang yang berkelahi dan berdusta suami tatkala ingkar ia di hadapan

Chapter12.indd 242 3/10/09 7:47:02 PM

Page 7: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

243Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

isterinya. Bahawa ada madunya lebih kasih kepadanya, dan apabila harus berdusta maka yang lebih baik bahawa memakai ia akan tawriah, iaitu menyebut ia akan perkataan yang ada baginya dua makna, satu makna yang hampir dan satu makna yang jauh. Maka menghendaki ia akan makna yang jauh itu.

Begitu juga lidah, mengikut Mandili, mestilah dijaga dari menyalahi janji yang telah diikrarkan dan dari mengadu domba berdalilkan Hadis:

Maksudnya: Tidak masuk ke dalam Syurga orang yang mengadu domba.

iii mengumpat

Lidah mestilah dihindari daripada mengumpat. Mengenai mengumpat ini Mandili menjelaskan: “Menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika mendengar ia akan dia, sekalipun engkau benar, sama ada engkau sebut akan kekurangan pada dirinya atau akalnya atau perbuatannya atau perkataannya atau kainnya atau lainnya.”

Mengumpat ditegaskan oleh Mandili haram hukumnya menurut ijmak ulama dan berdosa besar,8 berdalilkan Quran:

Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada

Chapter12.indd 243 3/10/09 7:47:02 PM

Page 8: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

244 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Hujurat 49:12)

Hadis Nabi s.a.w yang menyebut:

Maksudnya: Takutilah kamu (daripada) mengumpat, kerana sesungguhnya (dosa) mengumpat itu lebih berat daripada (dosa) berzina. Ditanya (orang) kepadanya, bagaimana? Sabdanya: Sesungguhnya seseorang lelaki benar-benar berzina lalu ia bertaubat lalu Allah menerima taubatnya. Adapun orang yang mengumpat tidak akan diampunkan untuknya hinggalah orang yang diumpatnya itu memberi kemaafannya.

Balasan kepada mereka yang mengumpat ini menurut Mandili telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda dimikrajkan oleh Allah. Mereka ini terdiri daripada pemakan-pemakan bangkai. Menurut Mandili lagi hukum mengumpat adalah haram menurut ijmak melainkan pada enam keadaan berikut diharuskan:

Orang yang dizalimi dan mengadu kepada pihak yang berkuasa perihal keadaannya dengan menyebutkan kejahatan si zalim itu.Orang yang ingin membenteras maksiat dan memohon pertolongan kepada orang lain, lalu menceritakan perihal si pelaku maksiat itu agar diberi pertolongan untuk menghapuskannya.Orang yang memohon fatwa bilamana Kadi berhajat kepada keterangannya. Contohnya si isteri berkata: “Suamiku seorang yang kikir tiada memberi nafkah yang mencukupi padaku, maka apakah harus aku mengambil daripada hartanya sekadar memadai bagiku? ”.Orang yang memberi peringatan kepada orang Islam lain demi menyelamatkannya dari kejahatan orang tersebut, lalu ia menyebutkan perihal kejahatan orang itu. Contohnya

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Chapter12.indd 244 3/10/09 7:47:02 PM

Page 9: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

245Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

seseorang yang berkata: “Perempuan itu jahat kelakuannya, maka janganlah engkau berkahwin dengannya” dan seterusnya ia menyebutkan sifat-sifat kejahatan yang dilakukan oleh perempuan itu.Orang yang telah terkenal dirinya dengan panggilan atau gelaran nama yang tidak baik, seperti “capik”. Maka tidak mengapa dipanggil dengan panggilan tersebut.Orang yang menzahirkan kejahatan, maka harus disebutkan kejahatan yang dizahirkannya itu.

Mandili telah mengemukakan beberapa langkah bagi menegah seseorang itu daripada mengumpat orang lain. Langkah-langkah tersebut ialah:

Berfikir tentang janji seksa daripada Allah seperti mana yang dinyatakan oleh Nabi perihal orang yang dipindahkan amal kebajikannya kepada suratan amal orang yang diumpat.Muhasabah diri sendiri dengan menyedari perihal sedikitnya kebajikan dan banyak mengumpat, kemudian insafilah kecelaan diri tersebut. Apabila terhasil yang demikian, hendaklah dibimbangi diri sendiri dari azab Allah lebih baik dari membimbangi diri orang lain.Menyedari diri sendiri. Jika sekiranya dirasakan pada diri kita ada dosa yang kecil, hendaklah diinsafi bahawa dosa kecil atas diri kita itu lebih banyak mudaratnya dari dosa besar atas diri orang lain.Merenung perihal ehwal diri sendiri apakah pada diri kita ada kecelaan atau sebaliknya. Andainya kita tidak mengetahui kecelaan diri sendiri (sedangkan manusia itu tidak sunyi dari kecelaan), maka itu pula adalah sebesar-besar sifat kecelaan.

Setelah membuat renungan tersebut dan memang benar bahawa tiada kecelaan pada diri sendiri, maka wajarlah bersyukur kepada Allah sebagai ganti dari mengumpat, kerana mengumpat itu

(v)

(vi)

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Chapter12.indd 245 3/10/09 7:47:02 PM

Page 10: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

246 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

sebesar-besar sifat kecelaan.

iv. berbantah-bantah

Sifat kecelaan lidah yang lain ialah berbantah-bantah. Mandili memberikan maksud berbantah-bantah ini sebagai: “Mencela akan perkataan orang lain dengan menzahirkan kecacatan padanya sama ada cacat pada lafaznya atau maknanya.”9 Menurut Mandili sifat suka berbantah-bantahan ini didorong oleh dua perkara:

Pertama: Kerana ingin meninggikan diri sendiri dengan menzahirkan kelebihan dirinya.

Kedua: Kerana tabiat jahat yang gemar menghina orang lain.

Sebarang bentuk perbantahan adalah menguatkan dua perkara yang sangat keji di atas. Justeru itu menurut Mandili, untuk menghindarkannya langkah berikut haruslah diambil:

Wajib seseorang itu membenarkan apa yang didengarinya daripada perkataan yang benar.Hendaklah diam ketika mendengar perkataan yang salah kecuali dengan menyebutnya, memberi faedah kepada agama.

Dalam hal ini hendaklah ia menyebutnya dengan lemah lembut seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang meninggalkan pertengkaran sedang ia benar (nescaya) dibina untuknya sebuah rumah di Syurga yang paling tinggi, dan sesiapa yang meninggalkan pertengkaran sedang ia di pihak yang batil (nescaya) dibina untuknya sebuah rumah di pinggir Syurga”.

Sabdanya:

1.

2.

Chapter12.indd 246 3/10/09 7:47:02 PM

Page 11: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

247Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

“Tidak mencapai hakikat kesempurnaan iman seseorang hinggalah ia meninggalkan pertengkaran sedang ia di pihak yang benar”.

v. berjenaka

Dalam pertuturan, lidah sering menjadikan orang lain ketawa. Perkara ini dikenali sebagai berjenaka atau melawak. Berhubung dengan melawak, Mandili menyebut bila mana berlebih-lebihan akan membanyakkan ketawa, mematikan hati, membinasakannya dan menghilangkan kehebatan.10 Sehubungan dengan ini, Mandili membawa Hadis-hadis yang menyebutkan larangan berlebih-lebihan dalam bergurau-senda. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sabdanya lagi:

Maksudnya: Sesungguhnya seorang yang benar-benar berkata-kata dengan perkataan yang dengan perkataan tersebut menyebabkan tertawanya mereka yang duduk (mendengar), maka ia akan terhumban dengan sebabnya lebih jauh daripada bintang Kejora.

Apa yang dijelaskan oleh Mandili ini ialah berhubung dengan lawak jenaka yang bersangatan sehingga menimbulkan gelak ketawa yang bersifat lagha lagi sia-sia. Hal sebegini ternyata sifat yang tercela dan tidak dianjurkan oleh akhlak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.

Perbuatan yang sengaja membuatkan orang lain ketawa sehingga terbahak-bahak demi mencari keseronokan semata-mata dalam suasana yang lagha adalah diancam oleh Hadis-Hadis berikut:

Chapter12.indd 247 3/10/09 7:47:02 PM

Page 12: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

248 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

Maksudnya: Sesungguhnya seseorang yang berkata-kata dengan perkataan yang ia memandangnya tiada apa-apa, (kata-kata itu) akan menghumbankannya selama tujuh puluh musim dalam Neraka.

Sabda Nabi s.a.w.

Maksudnya: Celakalah bagi mereka yang bercakap-cakap dengan suatu percakapan yang dengannya menyebabkan orang-orang ketawa sedang ia berdusta (cakap yang tidak benar), kecelakaan untuknya, kecelakaan untuknya.

Meskipun kedapatan Hadis-hadis berupa larangan berjenaka, namun menurut Mandili berjenaka sama ada dengan perkataan atau perbuatan dalam sesetengah keadaan tidaklah dilarang dan bahkan diharuskan. Contoh, berjenaka dengan kanak-kanak dan perempuan kerana perkara ini akan membaikkan11 hati mereka. Dalam hal ini, beliau sandarkan kepada beberapa amalan Rasulullah s.a.w. sendiri yang antara lain pernah bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya aku juga bergurau, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar sahaja.

Dalam kehidupan Rasulullah s.a.w., baginda juga pernah bergurau. Sebagai contohnya, antara lain baginda s.a.w. pernah berkata kepada seorang perempuan tua secara bergurau dengan kata-kata berikut:

Maksudnya: Tidak akan masuk ke dalam Syurga perempuan yang tua.

Gurauan Rasulullah s.a.w. ini termasuk gurauan yang benar kerana umur orang-orang yang masuk ke dalam Syurga itu ialah antara tiga puluh atau tiga puluh tiga tahun. Tegasnya, umur yang muda belia bukannya orang-orang tua.

Chapter12.indd 248 3/10/09 7:47:02 PM

Page 13: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

249Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

Sirah Rasul merekodkan berlakunya gurauan para Sahabat bersama-sama Nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Suhaib yang sedang memakan tamar dan pada ketika itu salah satu dari matanya sedang sakit. Ujar Nabi s.a.w:

Maksudnya: Apakah engkau makan tamar sedang mata engkau sakit?. Ujarnya: Saya makan dengan mata yang sebelah lagi wahai Rasulullah!

Contoh-contoh yang disebut oleh Mandili itu menggambarkan adanya beberapa kelonggaran (rukhsah) yang telah diberikan dalam bersenda gurau kerana ada contoh daripada Nabi dan para Sahabatnya. Mereka tidak berlebih-lebihan dalam bergurau atau berlarutan sehingga lupa dari mengingati Allah dan berfikir mengenai kepentingan agama, menyakiti, dendam dan gugurnya reputasi. Hal sebegini adalah dianjurkan.

vi. Pujian

Lidah juga terlibat dalam kebinasaan puji memuji. Berhubung dengan pujian ini menurut pandangan Mandili terdapat padanya enam kebinasaan. Empat daripadanya menimpa diri orang yang memuji dan dua daripadanya menimpa orang yang dipuji:

Terkadang orang yang memuji itu menzahirkan kasih sayang kepada orang yang dipujinya meskipun pada masa yang sama hatinya tidak bersifat demikian. Hal ini jatuh kepada riyak.

Kadang-kadang orang yang memuji itu berkata-kata dengan sesuatu yang tidak diyakininya, seperti katanya si Anu itu adil atau warak, atau seumpamanya dari ungkapan yang tidak diyakininya. Ini bermakna ia telah berkata-kata di luar aturan. Dalam hal ini, Mandili telah menukilkan satu peristiwa seorang Sahabat yang memuji temannya di hadapan Nabi s.a.w., lantas Nabi bersabda:

Chapter12.indd 249 3/10/09 7:47:02 PM

Page 14: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

250 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

Maksudnya: Alangkah malangnya, kamu telah memotong tengkuk sahabatmu.

Orang yang memuji terkadang sangat berlebihan dalam pujiannya dan ini membawa kepada dusta.

Orang yang memuji itu telah menjadikan orang yang dipujinya itu sukacita, dan bila mana yang dipuji itu seorang yang zalim bermakna ia telah berdusta dengan sebab memasukkan perasaan sukacita ke dalam hatinya. Hal ini ditegah oleh Rasulullah s.a.w. Mandili memetik Hadis:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah murka apabila orang-orang yang fasik dipuji-puji.

Bagi menyokong perkara di atas dibawa kata-kata al-Hasan yang menyebut: “Sesiapa yang mendoakan untuk orang yang zalim dengan panjang umur dan hidup lama, maka sesungguhnya ia menyukai agar Allah taala diderhakai di bumi-Nya, orang yang zalim lagi fasik seharusnya dicela agar tidak gemar melakukan kezaliman dan bukannya dipuji untuk mengembirakan”.

Orang yang dipuji pula sama ada menjadi takbur atau ujub. Kedua-dua ini merupakan sifat yang membawa kepada kebinasaan.

Orang yang dipuji itu menjadi sukacita dengan pujian yang diberikan, lalu dengan itu ia lemah untuk mengerjakan ibadat dan reda dengan keadaan dirinya.

Terdapat pengecualian dalam hal puji memuji ini. Menurut Mandili, andai kata orang yang memuji dan dipuji sejahtera dari sifat-sifat kebinasaan yang dinyatakan di atas, maka tidaklah dilarang memuji. Bahkan terkadang menjadi sunat.12 Beliau berdalilkan kepada Hadis:

Maksudnya: Kalaulah ditimbang iman Abu Bakar dengan iman sekalian alam nescaya lebih berat (iman Abu Bakar).

Dijelaskan lagi oleh Mandili, Rasulullah s.a.w. pernah memuji sahabat-sahabatnya kerana baginda mengetahui bahawa dengan

Chapter12.indd 250 3/10/09 7:47:02 PM

Page 15: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

251Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

pujian tersebut akan memberi perangsang kepada mereka di samping tidaklah para sahabat itu merasa takbur atau ujub.

Kepada mereka yang diberi puji oleh orang lain, Mandili menyarankan agar hendaklah mereka menginsafi kesudahan yang ditakuti kerana kadang-kadang seorang yang baik pun berkemungkinan kesudahannya jahat. Di samping itu hendaklah ia menyedari perihal berlakunya kebinasaan amal kebajikannya serta kejahatan dirinya, dengan menzahirkan kebencian dalam hatinya kepada pujian itu dan orang yang memuji. Hal ini beliau telah sandarkan kepada Hadis:

Maksudnya: Hamburkanlah tanah pada muka orang yang suka menyanjung.

Mandili memberikan erti kepada Hadis di atas sebagai: “Genggam oleh kamu akan tanah dan lemparkan oleh kamu akan dia pada segala muka yang memuji”.

Memahami Hadis ini secara tekstual, dan barangkali perlaksanaannya boleh membawa ketidakharmonian hubungan antara orang yang dilumurkan mukanya dengan tanah. Oleh itu al-Mun±w³ memahami Hadis ini secara kinayah, iaitu tidak ‘memberi muka’ kepada si pemuji sedikit pun. Istilah fahthu itu satu kinayah menolak dan tidak memberi kepada mereka apa yang dipinta.

Mengakhiri perbincangan mengenai pujian ini, Mandili membawa contoh akhlak terpuji Saidina Ali Karrama Allah Wajhah apabila beliau dipuji orang menyebut:

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah daku terhadap apa yang mereka itu tidak ketahui, dan janganlah salahkan daku dengan apa yang mereka katakan dan jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.

Kenyataan ini berdasarkan Hadis:

Maksudnya: Sesiapa yang banyak percakapannya banyak pula kesalahannya, dan sesiapa yang banyak kesalahannya, banyak pula dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya maka

Chapter12.indd 251 3/10/09 7:47:02 PM

Page 16: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

252 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

Neraka lebih layak untuknya.

Mandili menegaskan bahawa perkara-perkara yang membawa kepada kebinasaan yang dihasilkan oleh lidah itu amat banyak. 13 Walau bagaimanapun secara ringkasnya bagi dijadikan panduan memadailah seseorang itu merenungkan satu ayat Quran berikut: 14

Terjemahan: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan...

keSimPuLan

Perumpamaan dalam pepatah Melayu yang begitu kaya dengan adab sopan ketika bertutur bicara pernah menyebut “kerana pulut santan terasa, kerana mulut badan binasa” dan “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Ungkapan sedemikian memberi makna betapa besarnya perhatian perlu diberikan kepada percakapan dalam kehidupan bersosial khususnya dalam sesebuah organisasi. Kewujudan rasa jengkel, meluat lantaran kelancangan mulut di tempat kerja menimbulkan suasana ‘tidak selesa’. Ia secara langsung memberi kesan kepada bukan sahaja produktiviti malahan mutu kerja yang dihasilkan. Oleh yang demikian, tidak ada alasan untuk kita menolak peri pentingnya kesedaran ‘cakna lidah’ diberi kefahaman dalam sesebuah pengurusan organisasi bagi membentuk suasana damai dan harmoni. Penafian kepada aspek ini membawa suasana yang lebih parah, iaitu hancurnya sebuah organisasi.

ruJukan

‘Akashah ‘Abd al-Manan al-Tibi. T.Th. Siyanah al-Insan min Afat wa Shurur al-Lisan. Kaherah: Maktabah al-Turath al-Islami.

Chapter12.indd 252 3/10/09 7:47:02 PM

Page 17: Cakna Lidah Sebagai TeraS keharmonian organiSaSi: SoroTan ... · ungkapan yang baik akan mendatangkan petunjuk kepada segala ... Hendaklah engkau tahan yang ini dari dirimu” iaitu

253Cakna Lidah Sebagai Teras Keharmonian Organisasi:Sorotan Pemikiran Akhlak Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965)

Abu al-Laith al-Samarqandi. 1992. Bustan al-‘Arifin. Bbeirut: Dar al-Fikr.

Abu Dawud, Sulayman Ibn al-Ash ‘ath al-Sijistani al-Azdi. T.Th. Sunan. Beirut: Dar al-Fikr.

Abu Nu‘aym al-Asbahani. 1992. Al-Hilyat al-Auliya’. 10 juzuk. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ahmad Ibn Hanbal. 1969. Musnad. 6 jilid. Beirut: Al-Maktab al-Islami.

al-‘Allamah Abu Tayyib Muhammad Shams al-Haq al-‘AzimAbadi. 1990. ‘Awn al-Ma‘bud Sharh Sunan Abi Dawud. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.

al-Suyuti, Jalaluddin. 1991. Al-Jami‘ al-Saghir. 2 juzuk. Beirut:Dar al-Fikr.

al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad bin Surat. 1983. Sunan. 5 juzuk. Tahkik Abdul Wahab Abdul Latiff. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Majah, Abi Abdullah Muhammad bin Yazid al-Qazwini. T.Th. Sunan. 2 juzuk. Tahkik Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut: Dar al-Fikr.

Abi Bakr Ahmad bin al-Husayn al-Baihaqi. 1990. Shu‘ab al-Iman. 7 juzuk. Tahkik Abi Hajar Muhammad al-Sa‘id Basyuni Zaghlul. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Ghazali, Abu Hamid. T.Th. Ihya’ ‘Ulum al-Din. 5 juzuk.Beirut: Dar al-Qalam.

Al-Mandili, Syeikh Abdul Qadir. 1964. Penawar Bagi Hati. Edisi ke-4. Yala, Patani: Sahabat Press.

Mu‘jam al-A’lam. 1973. Beirut: Dar al-Masyriq.Muslim, Abi al-Husayn Muslim bin hajaj al-Qusyairi al-Naisaburi.

T.Th. Sahih. 8 juzuk. Beirut: Dar al-Fikr.

Chapter12.indd 253 3/10/09 7:47:02 PM