caeser cipher puni.docx

5
Caeser Cipher Pada zaman Romawi kuno diceritakan pada suatu hari, ketika Julius Caesar ingin mengirimkan kepada seorang Jeneral suatu pesanan rahsia di medan perang. Pesanan tersebut adalah rahsia, Julius Cesar berhasrat supaya pesanan rahsia itu tidak terbocor ditengah jalan. Oleh itu, Julius Caesar mendapat idea supaya pesanan tersebut tidak difahami oleh sesiapapun kecuali hanya Jeneralnya sahaja iaitu dengan mengaburkan pesanan yang akan dikirim tadi melalui teknik tertentu. Kriptografi berasal dari bahasa Yunani yang asalnya daripada dua perkataan iaitu kripto dan graphi, Kripto bererti rahsia dan graphi bererti tulisan. Kriptografi adalah ilmu dan seni untuk menjaga keselamatan pesanan dan ayat yang dikirim dari suatu tempat ketempat yang lain. Orang yang melakukan ini disebut “Cryptographer”. Sebuah pesanan atau mesej yang masih asli disebut plaintext atau cleartext manakala pesanan atau mesej yang telah diubah atau di enkripsi disebut chipertext. Caeser Cipher bertujuan untuk menjaga kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam data atau mesej sehingga maklumat tersebut tidak dapat diketahui oleh orang yang tidak berkenaan seperti musuh dan sebagainya sehingga mesej sebenar disampaikan kepada individu terlibat.

Upload: kevin-cross

Post on 16-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Caeser Cipher

Pada zaman Romawi kuno diceritakan pada suatu hari, ketika Julius Caesar ingin mengirimkan kepada seorang Jeneral suatu pesanan rahsia di medan perang. Pesanan tersebut adalah rahsia, Julius Cesar berhasrat supaya pesanan rahsia itu tidak terbocor ditengah jalan.Oleh itu, Julius Caesar mendapat idea supaya pesanan tersebut tidak difahami oleh sesiapapun kecuali hanya Jeneralnya sahaja iaitu dengan mengaburkan pesanan yang akan dikirim tadi melalui teknik tertentu. Kriptografi berasal dari bahasa Yunani yang asalnya daripada dua perkataan iaitu kripto dan graphi, Kripto bererti rahsia dan graphi bererti tulisan. Kriptografi adalah ilmu dan seni untuk menjaga keselamatan pesanan dan ayat yang dikirim dari suatu tempat ketempat yang lain. Orang yang melakukan ini disebut Cryptographer. Sebuah pesanan atau mesej yang masih asli disebut plaintext atau cleartext manakala pesanan atau mesej yang telah diubah atau di enkripsi disebut chipertext. Caeser Cipher bertujuan untuk menjaga kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam data atau mesej sehingga maklumat tersebut tidak dapat diketahui oleh orang yang tidak berkenaan seperti musuh dan sebagainya sehingga mesej sebenar disampaikan kepada individu terlibat.Cipher Caeser juga dikenali sebagai Shift Caeser Cipher. Cipher ini mudah untuk dirungkaikan. Teknik penggantian Cipher Caeser ini melibatkan penggantian huruf-huruf dalam teks rahsia dengan huruf-huruf dalam aksara yang ditentukan melalui kedudukan huruf tersebut dalam aksara. Cipher ini menggunakan modulor 26. Jadi, jika dikatakan huruf-huruf ditukar kepada 3, ia membawa maksud huruf ke 3 dalam modulor 26. Oleh itu, huruf A akan diekripsikan sebagai D, B sebagai E dan seterusnya. Berikut merupakan contoh huruf teks rahsia dan teks biasa yang menggunakan penukaran 3 modulor 26.

Algoritma dapat dinyatakan sebagai berikut .Untuk setiap huruf plaintext p , menggantikan huruf ciphertext C :C= E(3, p) = ( p+ 3) mod 26

Sebuah pergeseran dalam jumlah berapapun untuk algoritma Caesar secara umum:C= E(k, p) = ( p+ k) mod 26

di mana k mengambil nilai dalam kisaran 1 sampai 25 .Dekripsi Algoritma secara mudahp= D(k, C) = ( C k) mod 26

Huruf dalam Teks Biasa A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y ZHuruf dalam Teks Rahsia D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z A B C

Contoh: teks biasa: SAYA ADA RAMBUTAN Teks rahsia: VDBD DGD UDPEXWDQ

Begitulah juga jika ingin menyahkodkan cipher teks kepada teks biasa.

Huruf dalam Teks Rahsia D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z A B CHuruf dalam Teks Biasa A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Jika kod yang diterima adalah UDPEXWDQ KLODQJ maka ia menjadi RAMBUTAN HILANG

Membina dan merungkai teks rahsia

Contoh 1: Membina Teks Rahsia

Sebelum membina teks rahsia, penghantar mesej perlu menentukan kunci bagi cipher ini ialah bilangan pertukaran yang dilakukan. Contohnya, penghantar mesej menggunakan penukaran 7 dalam modulor 26 bagi menghantar mesej RUMAH TERBAKAR Huruf dalam Teks Biasa A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Huruf dalam Teks Rahsia H I J K L M N OPQR S T U V W X Y Z A B C D E F G

Dengan menggunakan jadual tersebut sebagai rujukan, teks SAYA BUDAK RAJIN akan menjadi teks rahsia yang ditulis sebagai LHFH IBKHR YHQPU

Contoh 2: Merungkaikan Teks Rahsia Bagi merungkaikan teks rahsia yang disampaikan, penerima mesej perlu mengetahui kunci bagi cipher yang digunakan. Apabila telah mengetahuinya, jadual perbandingan antara teks rahsia dengan teks biasa boleh dibina dan dijadikan rujukan untuk merungkaikan mesej yang diterima. Dalam cipher ini juga, kunci yang digunakan juga boleh berbentuk nombor negatif yang mana ia akan digantikan mengikut modulor 26. Contohnya kunci yang digunakan dalam mesej ini ialah -4. Oleh itu, jadual rujukan adalah seperti berikut:

Huruf dalam Teks Biasa A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y ZHuruf dalam Teks Rahsia W X Y Z A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V

Justeru jika diberikan teks rahsia sebagai LKNPQCEO, teks tersebut boleh dirungkaikan menjadi PORTUGIS.