caca merba

12
Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya. Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyed seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapa kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapaikemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke ar jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berka dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh- sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kemente Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia aga guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika pergu adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelaj rakan sejawat dan ibu bapa. Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :- 1) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnyadan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah ama penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka. 2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan : Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah terutamany yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya

Upload: chop-za

Post on 02-Nov-2015

3 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugas

TRANSCRIPT

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya.Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.

Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian PelajaranMalaysiatelah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan diMalaysiaagar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-1) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnyadanyang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan :Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai.3) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur :Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.4) Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.5) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.6) Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat : sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada anak mereka. Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi ketika di rumah.7)Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain :guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu. 8)Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain: semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan potensinya.9)Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan :guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.10)Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara :guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.11)Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna :melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.12)Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya :guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.13)Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya :guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.14)Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan :tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia. 15)Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian :menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.16)Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya :sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri.Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.17) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya :setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa mahupun masyarakat.18) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain :ini bermaksud bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar.19) Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan :guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara mengampu pentadbir sekolah.20) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan :tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk kebaikan dirinya.

Isu Etika Guru Perlukah Sepak?

1.0 Pengenalan

Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar. Pada era ini tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik sahaja namun bidang tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas.

Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan warga guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi sesetengah orang. Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir sama iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menganggur. Bidang keguruan sering dilihat oleh masyarakat sebagai profesion kelas pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh profesion-profesion yang lain seperti kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan.

Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan yang sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasa seorang guru. Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan menyampaikan ilmu kepada murid. Namun realitinya tugasan bukalah seperti yang mereka anggapkan. Guru perlu mengawal tingkah laku murid yang mempunyai ragam yang berbeza, selain mereka perlu menyampaikan isi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid.

Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang tugas guru tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang yang berkaitan dengan maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan dengan baik oleh guru akan mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja yang akhirnya memberi kesan yang buruk kepada guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Oleh itu, semua pihak harus membuka mata bagi melihat profesion perguruan bukanlah satu pilihan terakhir yang terpaksa dipilih bagi mengelakkan diri daripada menganggur.

Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah. Bagi memastikan murid-murid mendapatkan ilmu yang perlu mereka kuasai, guru-guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran, kaedah serta teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid-murid mereka agar murid-murid mampu mengembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri mereka. Oleh itu, dari semasa ke semasa guru perlu meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.

Guru perlu mengamalkan sikap profesional dalam profesion mereka. Sebagai seorang yang profesional, mereka harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tigkah lakiu dan sikap yang elok, bersabar, baik hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Oleh itu, guru perlulah mengaplikasikan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru yang telah dipelajari semasa berada di Institut pendidikan guru agar mereka mampu menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Hal ini turut mengandungi kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sidat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Sebagai ibu bapa kedua kepada murid di sekolah, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada anak didiknya kerana segala tingkah laku guru sentiasa diperhatikan oleh murid-murid dan secara tidak langsung tingkah laku positif ini akan diterapkan ke dalam diri murid-murid. Sekiranya guru gagal mempamerkan nilai-nilai serta sahsiah yang positif sudah pasti murid-murid akan mengikut perlakuan yang dipamerkan oleh guru.

Guru berperanan sebagai insan yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah, bertanggungjawab mengurus kelas serta tingkah laku murid-murid. Tambahan pula, guru telah diamanahkan dengan peranan dan akauntabiliti yang sememangnya memberi impak yang besar yang mendalam kepada diri guru dan juga murid. Sekolah merupakan sebuah institusi yang membentuk manusia menjadi insan yang berguna sama ada dari segi akademik, jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin hari semakin sukar dan mencabar seiring dengan kehendak kerajaan dan masyarakat yang sentiasa berubah-ubah sesuai dengan peredaran semasa. Hal ini turut menyebabkan profesion keguruan turut mengalami perubahan yang sama.

2.0 Isu Etika Guru

Isu-isu etika guru terdapat beberapa bahagian yang sering kali menjadi tumpuan di media massa. Isu-isu ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh seluruh warga guru bagi menjaga profesionalisme keguruan dan menjaga profesion ini agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Antara isu-isu etika guru ialah kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, pengurus masa dan pengurus kewangan. Sebagai guru, terdapat garis panduan yang perlu diikuti dan setiap perkara yang terkandung pada garis panduan tersebut perlu difahami dan diikuti.

Guru-guru pada era ini berhadapan dengan pelbagai isu seperti yang perlu ditangani dengan sikap profesional dan terbuka. Persoalan seperti sikap guru, kesantunan guru, kerja sambilan yang dilaksanakan oleh guru dan berniaga di sekolah kini menjadi isu yang perlu dipandang serta ditangani dengan berhemah supaya kerjaya sebagai guru tidak terus terpesong daripada landasan yang sepatutnya. Tidak dapat dinafikan kos kehidupan semakin hari semakin meningkat akibat daripada arus pembangunan yang menyebabkan masyarakat berlumba-lumba untuk memiliki hidup yang selesa. Guru juga tidak terlepas dalam lingkaran ini, oleh itu bagi menampung kos hidup yang tinggi ini terdapat guru-guru yang telah melanggar etika keguruan tanpa mereka sedari.

Isu yang akan dibincangkan menyentuh tentang kesantunan guru. Kesantunan atau etiket adalah tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Menurut Syed Ismali dan Ahmad Subki (2010) Kesantunan merupakan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh itu, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru itu terlebih dahulu.

3.0 Isu Kesantunan Guru (Murid di Tendang Oleh Guru Besar)

Berdasarkan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian, seorang murid tahun empat yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya, telah hantar ke hospital Tengku Anis (HTA). Daripada sumber yang diperolehi, murid ini telah disepak oleh seorang guru besar di sekoloah sekitar Pasir Puteh.

Murid tersebut bernama Muhammad Irfan Mohd Zakee Zakaria telah mendakwa dia telah ditendang oleh guru besar selepas menulis jawapan mata pelajaran sains pada kertas jawapan, dan bukannya pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh guru terbabit. Bapa kepada Muhammad Ifran, Mohd Zakee Zakaria, 39, berkata belaiu mengetahui kejaidian yang berlaku apabila beliau pulang dari kerja pada petang berkenaan. Daripada laporan yang dikemukan oleh bapanya, muhammad irfan mengalami bengkak dan lembam di bahagian belakang badannya. Beliau pada awalnya tidak menyangka keadaan tidak begitu serius dan tidak membawanya mendapatkan rawatan.

Pada sebelah malamnya, Muhammad Irfan mengadu mengalami kesakitan dan sesak nafa sehingga mukanya pucat dankebiruan. Lantas, beliau bergegas ke HTA untuk mendapatkan rawatan dan beliau diberi ubat penahan sakit. Pegawau perubatan HTA yang merawat murid terbabit telah menasihati bapanya untuk membuat laporan polis kerana bimbang kecederaan yang dialami oleh Muhammad Irfan mempunyai kesan jangka panjang.

Selepas kejadian ini berlaku, terdapat individu yang mewakili guru besar ke rumahnya bagi memohon maaf dan tidak memanjangkan kejadian ini kepada pihak media. Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Ismail Ghazaki yang dihubungi, berkata beliau sudah mengarahkan guru besar sekolah terbabit bagi menyediakan laporan bertulis berhubung kejadian ini.

4.0Implikasi Hujah Isu Kesantunan Guru

Berdasarkan berita yang disiarkan oleh Berita Harian, guru besar sekolah tersebut telah menendang belakang murid tahun empat yang bernama Muhammad Irfan. Kesalahan yang dilakukan oleh murid tersebut ialah murid tersebut menulis jawapan pada kertas jawapan yang disediakan dan bukan pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh guru besar bagi mata pelajaran sains.

Isu ini perlu dilihat dari aspek kesantunan guru. Sebagai seorang guru sudah menjadi amanah bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid. Dalam isu kesantunan, guru perlu memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari. Sebagai seorang guru besar, beliau perlulah menjadi contoh kepada guru-guru yang lain kerana beliau merupakan ketua bagi sesebuah sekolah. Sekiranya guru besar bertindak diluar kesantunan yang telah digariskan, sudah pasti guru-guru lain akan mempertikaikan sikap guru besar dan guru-guru yang lain tidak akan mengamalkan kesantunan. Oleh itu, guru besar perlulah menunjukkan segala tindakan yang mempunyai nilai sopan-santun atau nilai etiket secara beradab bukan sahaja di sekolah tetapi juga di luar sekolah.

Murid-murid mempunyai tahap pencapaian dan kefahaman yang berbeza dengan rakan-rakan lain. Terdapat dalam kalangan murid yang cepat memahami arahan, isi pelajaran yang disampaikan guru dan nasihat yang diberikan. Terdapat juga murid yang lambat dalam memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru serta memahami dan mendengar arahan yang disampaikan. Sebagai guru kita perlulah mengenal pasti murid-murid yang lemah agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Murid-murid yang lemah ini memerlukan bantuan serta perhatian yang lebih daripada guru agar mereka juga mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Kesantunan guru terbahagi kepada tiga ciri iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Dalam isi guru besar menendang belakang murid, ia melibatkan isu kesantuan tingkah laku dan kesantunan bahasa. Dalam hal ini, guru besar telah melanggar kesantunan tingkah laku. Kesantunan tingkah laku adalah tatacara bertindak atau gerak-geri guru ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. Sepatutnya di dalam kes ini, guru besar perlulah menasihati dan memberi peringatan secara tegas kepada murid-murid tentang arahan soalan yang diberikan. Berkemungkinan murid yang melakukan kesalahan ini tidak peka atau berkhayal semasa guru sedang memberi arahan tentang ujian atau peperiksaan yang diduduki. Apabila guru mengulang semula arahan yang sepatutnya dilakukan oleh murid, hal ini mempamerkan kesantunan tingkah laku guru yang mengambil berat terhadap murid-murid. Namun, guru juga manusia biasa yang serba kekurangan dan mempunyai kelemahan yang tersendiri. Guru juga tidak dapat lari daripada mengalami tekanan hidup daripada sikap murid-murid dan juga bebanan kerja yang semakin mencabar. Oleh itu, guru perlulah mempunyai kesedaran untuk berfikir secara rasional sebelum bertindak.

Dalam aspek kesantunan tingkah laku, guru perlulah bijak dalam mengawal perasaan dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas. Dalam hal ini, berkemungkinan guru besar di sekolah sekitar Pasir Puteh ini mengalami tekanan akibat bebanan kerja dan sikap yang dipamerkan oleh murid. Namun guru besar perlulah mempunyai tingkah laku yang baik yang menjadi contoh kepada seluruh warga sekolah. Dalam hal ini, guru besar tersebut perlulah bijak dalam mengawal perasaannya dan tidak terbawa-bawa masalah atau bebanan kerja yang dihadapai ke atas murid-murid yang masih lagi belum mengerti. Sekiranya guru besar mengawal perasaannya dengan bijak, sudah pasti murid tahun empat itu tidak akan ditendang dan murid tersebut sudah pasti tidak mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya.

Selain itu, dalam kesantunan tingkah laku, guru perlulah menerapkan nilai mengambil berat terhadap murid-murid. Dalam isu ini sekiranya, guru yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kelas tahun empat tersebut memeriksa murid-murid yang sedang menjawab soalan tersebut sudah pasti isu ini tidak akan berlaku kerana guru menyedari terdapat murid yang melakukan kesalahan semasa menulis jawapan dan tidak mengikut arahan soalan yang dikemukakan. Oleh itu, guru haruslah sentiasa mengawasi tingkah laku murid-murid kerana sering kali terdapat murid-murid yang tidak memberi perhatian semasa guru memberi arahan di hadapan kelas.

Sebagai guru apek kesantuan yang perlu dipamerkan ialah sifat sabar yang tinggi. Profesion guru sememangnya memerlukan kawalan emosi serta kesabaran yang tinggi. Sikap murid serta masalah mereka yang berbeza-beza menjadikan guru tertekan sekranya tidak dapat bersabar dengan sikap murid. Sekiranya guru mendapati murid-murid tidak mengikut arahan yang diberikan atau murid tidak memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas, guru perlulah bersabar dalam menangani masalah yang dilakukan oleh murid. Hal ini turut terkandung dalam kesantunan guru. Guru perlulah berfikir secara rasional terhadapa segala tindakan yang bakal dilakukan serta berfikir panjang tentang akibat yang bakal berlaku sekiranya guru bertindak tanpa berfikir secara rasional. Oleh itu, guru perlu mengawal tingkah lakunya dengan memberi nasihat terlebih dahulu kepada murid-murid yang menimbulkan masalah di dalam kelas.

Guru besar perlulah mempamerkan kesantunan tingkah laku yang baik serta menjadi teladan bagi rakan sejawat yang lain. di dalam isu ini guru besar telah menendang murid dibelakang kerana murid tersebut tidak menjawab soalan seperti yang diarahkan. Sebagai guru besar, beliau perlulah menjaga imej sebagai ketua bagi guru-guru di sekolah. Sikap yang dipamerkan ini merupakan sikap yang tidak dapat dijadikan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Kerana kesilapan murid yang kecil, guru besar telah mencederakan murid tersebut sehingga murid tersebut mengalami sakit di bahagian belakang dan sukar bernafas. Guru perlulah mempamerkan kesantuan dalam pengajaran dengan memberikan kasih sayang kepada murid-murid dan bukan bertindak menghukum murid dengan hukuman ynag tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.Dalam aspek kesantunan juga, guru besar perlulah memohon maaf kepada ahli keluarga murid berkenaan dan bukan menghantar wakil bagi memohon maaf kepada murid dan keluarganya. Beliau perlulah mengakui kesalahan yang beliau telah lakukan dengan memohon maaf atas kesalahan yang telah beliau lakukan.

Selain daripada kesantunan tingkah laku, guru juga perlu menitik beratkan kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa merupakan aspek yang penting kerana ianya mencerminkan cara guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal dan dari segi bahasa badan (non-verbal).Ketika berkomunikasi, guru harus menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran masyarakat setempat dan perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.

Dalam hal ini, guru besar perlulah berkomunikasi dengan baik serta memberi arahan yang jelas dan memastikan semua murid mengikut arahan yang diberikan. Oleh itu, sekiranya guru besar berkomunikasi secara dua hala dengan baik sudah pasti murid akan memberi respon yang baik dan mesej yang disampaikan dapat diterima dengan jelas dan berkemungkinan murid tidak akan melakukan kesilapan semasa menjawab soalan yang diberikan.

5.0 Rumusan dan Cadangan

Dalam kesantunan guru, terdapat beberapa model yang mampu dijadikan sebagai panduan bagi membentuk kesantunan dalam diri guru. Bagi isu ini guru dapat mengaplikasikan Model Prinsip Kerjasama (PK) Grice 1975, grice telah mencetuskan PK berasakan implikasi perbualan dalam meneroka sesuatu kewajaran. Ini bermaksud guru perlu memberikan pendapat atau berucap sebagaimana yang dikehendaki sahaja. Guru perlu mengambil kira ketepatan apa yang dituturkan.

Grice telah mengemukakan beberapa prinsip yang dapat diaplikasikan oleh guru di sekolah agar guru dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan dapat diterima oleh murid-murid serta dapat mencegah daripada berlakunya hukuman yang tidak sepatutnya berlaku ke atas murid-murid.

Prinsip yang dikemukan oleh Grice ialah kuantiti. Iaitu memberi maklumat yang cukup berguna dan memastikan maklumat tidak melebihi daripada sepatutnya. Dalam hal ini, guru perlulah menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan arahan soalan bagi menjawab soalan dengan betul. Guru perlu mengelakkan daripada menyentuh perkara-perkara yang tidak berkaitan kerana perbuatan ini akan mengelirukan murid dan maklumat utama yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas.

Selain itu, Prinsip Kesantunan Leech (1983) juga dapat diaplikasikan semasa di sekolah. Antara yang ditekankan dalam model ini ialah guru perlulah bertanggungjawab atas beban yang dihadapinya. Guru perlu sedar bahawa guru mempunyai akauntabiliti yang tidak hanya mengajar tetapi meliputi skop yang lebih luas. Oleh itu, guru perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid. Dalam isu ini, guru besar perlulah menyedari akauntabiliti yang dipikulnya, kerana guru besar menjadi sumber rujukan utama kepada seluruh warga sekolah.Selain itu, guru perlulah menanamkan sifat sabar yang tinggi di dalam diri. Sememangnya manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesilapan yang pernah dilakukan itu perlulah dikesali serta berazam untuk tidak mengulang semula kesalahan yang dilakukan itu di masa hadapan. Begitu juga dalam hal ini. guru besar dan guru-guru lain perlulah menanam sifat sabar yang tinggi di dalam diri agar dapat mengawal kemarahan apabila murid-murid melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kerana gurulah yang mencorakkan murid-murid mengikut acuan yang betul. Sekiranya guru tidak mempunyai kesabaran yang tinggi sudah pasti isu memukul murid akan kembali berulang.

Sebagai guru juga, kita perlulah bersikap arif dan bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan. Sekiranya kita gagal befikir dengan bijaksana, sudah pasti kita akan melakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Dalam kes ini guru besar tidak dapat berfikir secara bijaksana, beliau lebih terikut kepada kemarahan beliau yang akhirnya menyebabkan beliau menendang murid di bahagian belakang yang akhirnya mendatangkan kesan buruk kepada diri murid itu sendiri. Oleh itu, guru perlulah berfikir adakah tindakan, hukuman yang dikenakan ke atas murid setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan atau kita hanya terikut dengan sifat amarah yang ada di dalam diri secara membuta tuli.