c3347 undang-undang & peraturan tanah

Upload: azmir

Post on 08-Jul-2015

374 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENTADBIRAN TANAH NEGARA

TANAH

SEBELUM

KANUN

Sistem Tanah Tradisi Melayu Sebelum ada surat-menyurat, cara pemilikan tanah pada waktu itu ialah berdasarkan pendudukan seseorang di atas sesuatu tanah itu. Pada masa itu, tanah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu tanah hidup dan tanah mati. Tanah mati ialah tanah yang telah ditinggalkan dan tiada satu pokok atau tanaman kekal di atas tanah tersebut. Tanah hidup ialah tanah yang dipunyai oleh seseorang sama ada dengan cara mendudukinya atau dengan cara menanam tanaman di antaranya. Tanah hidup dibahagi pula kepada tiga jenis, iaitu tanah kampung, tanah bendang atau sawah dan tanah huma atau ladang. Tanah kampung ialah tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan dan hak pemilikan ke atasnya berlaku selama tanah itu diduduki dan selepasnya

1.1

asalkan ia ditanam dengan pokok buah-buahan, sebagai bukti bahawa tanah tersebut adalah tanah hidup. Tanah bendang atau tanah sawah ialah tanah yang berair dan ditanami dengan padi. Hak pemilikannya berlaku selama mana tanah itu diduduki atau sepanjang tiga tahun selepasnya. Tanah huma atau tanah ladang ialah tanah bukit yang biasanya digunakan untuk bercucuk tanam, tanaman yang tidak kekal. Hak pemilikan pada tanah ini berlaku selama mana tanah ini diduduki yang biasanya selama satu musim. Hak pemililkan harta tidak wujud pada tanah mati. Boleh dikatakan pemilikan tanah mengikut Sistem Tanah Tradisi Melayu ini sangatlah longgar. Sesiapa sahaja boleh memilikinya dengan syarat sanggup membersihkan tanah hutan, beragama Islam dan tidak menceroboh tanah orang lain.

1.1

Kedudukan Sultan sebagai lambang negara dan puncak dalam susunan politik feudal turut mempengaruhi sistem tanah ketika itu. Tanah pada asasnya dianggap sebagai milik Sultan dan baginda mempuyai hak-hak untuk mengutip hasil tanah, mengutip cukai dan menjual tanah usang di samping mempunyai hak untuk mengurniakan tanah kepada sesiapa yang disukai oleh baginda. Sebagai rumusan, bolehlah dikatakan bahawa dalam zaman ini, penduduk-penduduk di Tanah Melayu mengamalkan sistem tanah yang berasaskan adat istiadat Melayu dan undangundang Islam.

1.1

Sistem Akta Pejabat Dalam tahun 1880, pihak Inggeris telah

memperkenalkan satu sistem pentadbiran tanah yang berasarkan English Land Law. Sistem ini dikenali sebagai Registration of Deeds atau Sistem Akta Pejabat. Dalam sistem ini, pemilikan tanah adalah atas pemberian tanah oleh kerajaan sama ada secara mulut atau bertulis di atas keratan kertas. Urusan mengenai tanah adalah sangat rumit kerana jika ada pindah milik tanah berlaku, tuan punya tanah yang baru hanya mendapat surat ikatan tersebut sebagai bukti pemilikan beliau ke atas tanah tersebut. Di antara keburukan sistem ini ialah:

i) ii)

Hak milik tidak dijamin oleh kerajaan, Pendaftaran urus niaga tidak diwajibkan,

iii) Pembeli tidak mendapat jaminan hak milik, iv) Jual beli hanya menggunakan Surat Ikatan, dan

1.2

v)

Penyemakan hak milik yang sah dibuat di hadapan peguam memerlukan belanja yang besar.

1.2

Sistem Pendaftaran Torrens Sistem Torrens berasal dari Australia Selatan dan diperkenalkan oleh Sir Robert Torrens pada tahun 1858. Di antara ciri-ciri sistem ini ialah:i) Memberi jaminan dan kesenangan kepada segala urusan tanah, Hak mililk adalah bukti muktamad bahawa orang yang disebut di dalamnya adalah tuan punya tanah tersebut.

ii)

Hak

milik-

hak

milik

tanah

yang

sah

memerlukan sempadan-sempadan ditentukan dengan tepat melalui pengukuran. Dengan adanya pengukuran sempadan yang tepat, kemungkinan berlakunya pertikaian sempadan boleh dielakkan dan hak mililk itu tidak boleh disangkal dari segala segi. Di antara kebaikan-kebaikan Sistem Torrens

berbanding dengan Sistem Akta Pejabat ialah:-

1.3

i)

Tiap-tiap orang yang memiliki tanah akan memegang satu dokumen hak mililk yang jelas, dijamin oleh kerajaan. Dokumen hak milik ini juga mengandungi segala syarat dan kepentingan lain yang melibatkan tanah itu.

ii)

Tiap-tiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran yang mudah.

iii) Hak mililk bagi tanah itu dan hak-hak semua orang yang memegang pajakan atau gadaian tidak boleh disangkal.

1.3

Takrifan Tanah Tanah bermaksud:i) ii) Tanah muka bumi dan semua benda yang menjadikan muka bumi itu. Tanah di bawah muka bumi dan semua benda yang terkandung di dalamnya. iii) Semua tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi samada yang diusahakan untuk pengeluarannya atau tidak, dan samada di atas atau pun di bawah muka bumi itu. iv) Semua benda yang terlekat pada bumi atau yang dilekatkan selama-lamanya pada apa-apa benda yang terlekat pada bumi, samada di atas atau di bawah muka bumi itu. v) Tanah di bawah permukaan air.

1.4

Kumpulan Tanah Tanah Kerajaan bererti semua tanah di dalam negeri itu termasuk sebanyak mana dasar manamana sungai, dan tepi pantai dan dasar laut, seperti yang termasuk di dalam Wilayah Negeri itu atau Batas Perairan Wilayah selain daripada Tanah Milik, Tanah Rizab, Tanah Lombong dan Tanah Hutan Simpan. Tanah Milik adalah mana-mana tanah termasuk mana-mana petak bangunan yang pecah sempadan, yang telah didaftarkan hak mililk samada tetap atau sementara, samada untuk selama-lamanya atau untuk bertempoh beberapa tahun, dan samada diberi milik di bawah Akta Kanun Tanah Negara atau di bawah Undangundang Tanah terdahulu, tetapi tidak termasuk tanah lombong. Tanah Rizab adalah tanah yang pada masa itu dirizabkan untuk maksud awam di bawah seksyen

1.4

62 Kanun Tanah Negara atau Undang-undang Tanah terdahulu.

Tanah Rizab Hutan adalah mana-mana tanah yang dirizabkan sebagai Rizab Hutan di bawah undang-undang perhutanan.

Tanah bawah

lombong

adalah

tanah bertulis

yang

telah

dikeluarkan pajakan lombong atau sijil lombong di undang-undang mengenai perlombongan yang terpakai pada masa itu.

1.4

Jenis Tanah i) Tanah yang lebih tinggi daripada pinggir laut, iaitu tanah bandar, tanah pekan dan tanah desa. ii) Tepi pantai dan dasar laut.

Tanah Bandar dan Tanah Pekan adalah tanah yang diistiharkan sebagai Bandar atau Pekan menurut seksyen 11 Kanun Tanah Negara atau di bawah peruntukan-peruntukan undang Tanah terdahulu. Tanah Desa adalah semua tanah yang lebih tinggi daripada pinggir laut selain daripada Tanah Bandar dan Tanah Pekan. Pinggir laut adalah tikas air pasang biasa. Tepi pantai adalah semua tanah di antara pinggir laut dan tikas air surut. mana-mana Undang-

1.5

Batas Perairan Wilayah adalah 3 batu notika daripada tepi pantai mengikut Emergency (Essential Powers) Ord.7/1969. Batas Perairan Antarabangsa adalah 12 batu notika.

moc.oohay@dppnalza

1.5

Kuasa Pentadbiran Tanah Sebagaimana Perlembagaan yang termaktub segala hal dalam yang

Persekutuan,

berkaitan dengan pentadbiran tanah di dalam sesuatu negeri adalah dalam bidang kuasa negeri berkenaan. Di dalam KTN, kuasa ini disebut sebagi Pihak Berkuasa Negeri (PBN), yang ditakrifkan sebagai Raja atau Yang Di Pertua Negeri, PBN melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan boleh:i) ii) Membahagikan negeri kepada daerah-daerah. Membahagikan mana-mana daerah kepada daerah-daerah kecil. iii) Membahagikan mana-mana daerah atau

daerah-daerah kecil kepada mukim-mukim, iv) Mengubah sempadan mana-mana daerah, daerah kecil, mukim, bandar atau pekan, dan v) Mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam negeri sebagai suatu bandar atau pekan.

moc.oohay@dppnalza

1.6

Selain

daripada

kuasa-kuasa

yang

diberikan

kepada PBN, KTN juga memperuntukkan kuasakuasa tertentu kepada pegawai-pegawai seperti Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri dan lain-lain lagi.

Untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan KTN dengan teratur dan sempurna, seksyen 12 memberi kuasa kepada PBN melantik bagi negerinya:-

i) ii)

Seorang Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Seorang Pendaftar Hakmilik.

iii) Seorang Pengarah Ukur dan Pemetaan, iv) Beberapa ramai: Timbalan PTG, Penolong PTG, Timbalan Pendaftar Hakmililk, Pentadbir Tanah (PT), Penolong PT, Pegawai Ukur dan Pemetaan, Pegawai Penempatan,

moc.oohay@dppnalza

1.6

Dan lain-lain pegawai yang diiktirafkan perlu bagi maksud KTN.

PBN boleh mewakilkan kuasa-kuasanya kepada pegawai-pegawai yang dilantik di bawah sek. 12 KTN tetapi perwakilan kuasa ini tidaklah termasuk untuk:-

ii)

Membuat Kaedah Tanah, mana-mana tanah dalam lingkungan 50 meter dari tebing sungai, tasik, ampangan yang diwartakan dan pinggir laut.

iii) Melupuskan

Di sebalik kuasa-kuasa pelupusan yang ada pada PBN, KTN juga menghadkan kuasa PBN seperti berikut:i) Tidak boleh melupuskan mana-mana tanah bagi maksud melombong. ii) Tidak boleh membenarkan pengambilan atau pengalihan bahan batuan daripada mana-mana

moc.oohay@dppnalza

1.6

tanah bagi maksud mendapatkan logam atau galian daripadanya.

iii) Tidak boleh melupuskan mana-mana tanah bagi maksud pengalihan hasil hutan daripadanya.

iv) Tidak boleh memberi milik tanah pertanian yang akan mengakibatkan keluasan kurang daripada 2/5 hektar dipegang oleh lebih daripada satu orang atau badan, kecuali dalam keadaan-keadaan luar biasa.

moc.oohay@dppnalza

1.6

Kepada Sesiapa Tanah Boleh Diberimilik i) Mereka yang disenaraikan bawah seksyen 43 KTN. ii) Orang Melayu sahaja bagi tanah dalam Kawasan Simpanan Melayu.

iii) Orang

Asli

sahaja

bagi

tanah

yang

diisytiharkan sebagai Kawasan Orang Asli.

Simpanan

iv) Di Kelantan hanya kepada rakyat Kelantan.

moc.oohay@dppnalza

1.7