buletinbuletin i - pis

8
MAJLIS PENGISYTIHARAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN “Politeknik Mentransformasi Kehidupan” Disediakan oleh: Shahrul Azahar bin Ahmad P oliteknik Johor Bahru telah melalui anjakan transformasi ke arah pembentukan kreadibiliti pendidikan dan profesionalisme budaya kerja serta transformasi imej yang lebih cemerlang dengan terisytiharnya Politeknik Johor Bahru kepada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) pada 15 Disember 2011 bersamaan 19 Muharram 1433H. Majlis Pengisytiharan telah dirasmikan dengan keberangkatan mencemar duli DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. Bermula dengan pengumuman rasmi majlis pada 08 September 2011, Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan khusus bagi mengenalpasti setiap perancangan, perlaksanaan, kaedah protokol serta perlaksanaan teknikal dan naiktaraf infrastruktur di Politeknik Johor Bahru. Komitmen yang tidak berbelah bahagi setiap Ahli Jawatankuasa ini dengan naungan YB.Menteri Pengajian Tinggi dan YBhg. Datuk Ketua Setiausaha KPT dan penglibatan keseluruhan barisan Pegawai Pengurusan Tertinggi KPT, JPP dan PJB dilihat telah memberikan input ke arah perancangan program yang lebih teratur dan berkesan. Penglibatan dan kerjasama melalui pelbagai Jabatan Kerajaan yang lain seperti Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan DiRaja Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan lain- lain agensi juga dilihat telah memudahkan aspek persiapan serta mengurangkan kos perlaksanaan majlis. Pada 5 Oktober 2011 dan 15 November 2011 persetujuan D.Y.M.M Baginda Sultan Johor terhadap Logo baru PIS berjaya dicapai melalui pertemuan bersama D.Y.M..M Baginda Sultan Johor dan barisan Pengurusan Tertinggi PJB yang diketuai oleh Pengarah BPD/JPP dan Pengarah PJB. Ternyata pertemuan ini telah memberikan impak semangat kepada setiap jawatankuasa terlibat. Melalui rentetan perbincangan dan perlaksanaan mesyuarat yang telah diadakan dan yang terakhir melalui perlaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada 08/12/2011, pelbagai program telah diputuskan untuk dilaksanakan seawal 10 Disember 2011. Program Riang Ria Perpustakaan, Sukan Rakyat dan Acara Berbasikal menjadi titik tolak bermulanya inisiatif hebahan pengisytiharan PIS. Acara ini secara tidak langsung menjadi medium penglibatan penduduk setempat agar sama- sama merasai keterujaan Majlis Pengisytiharan yang akan berlangsung. Ternyata kemeriahan ini berterusan sehingga tarikh berlangsungnya Majlis Pengisytiharan pada 15 Disember 2011. Keberangkatan tiba D.Y.M.M. Baginda Sultan Johor dengan diringi Y.A.M. Tengku Temenggong Johor, Y.A.B. Menteri Besar Johor, YB Menteri Pengajian Tinggi serta Dif-Dif Jemputan tepat jam 9:50pg mendapat sambutan meriah dengan perbarisan pelajar bermula dari pintu masuk utama sehingga ke tapak utama Majlis Pengisytiharan, menyaksikan bahawa seluruh warga Politeknik Johor Bahru begitu teruja menyambut detik sejarah institusi yang bertapak sejak 1998. KANDUNGAN: EDISI 1/ 2012 ISSN 2232-008 Bersambung di mukasurat 4 i i Pelancaran Logo PIS 2 Ericsson Certificate Programme 3 PIS berkerjasama dengan Kraftangan Malaysia 3 Co-curricular Event 4 Gambar Majlis Pengisytiharan PIS 5 Pelancaran Poly Boutique 5 Penyerahan Baucer Buku 6 PIS & Kraftangan Malaysia bangunkan kajian serat nenas 6 Kursus Pembungkusan Kreatif & Inovatif 7 Keputusan Pemangkuan Gred DH48 dan DG52 8 Kegembiraan pelajar-pelajar PIS menyambut keberangkatan DYMM Sultan P E N E R A J U I L M U S E J A G A T BULETIN BULETIN

Upload: others

Post on 23-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETINBULETIN i - PIS

MAJLIS PENGISYTIHARAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”

Disediakan oleh: Shahrul Azahar bin Ahmad

P oliteknik Johor Bahru telah melalui anjakan transformasi ke arah pembentukan kreadibiliti pendidikan dan profesionalisme budaya kerja serta transformasi imej yang lebih cemerlang dengan terisytiharnya Politeknik Johor Bahru kepada Politeknik

Ibrahim Sultan (PIS) pada 15 Disember 2011 bersamaan 19 Muharram 1433H. Majlis Pengisytiharan telah dirasmikan dengan keberangkatan mencemar duli DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Bermula dengan pengumuman rasmi majlis pada 08 September 2011, Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan khusus bagi mengenalpasti setiap perancangan, perlaksanaan, kaedah protokol serta perlaksanaan teknikal dan naiktaraf infrastruktur di Politeknik Johor Bahru. Komitmen yang tidak berbelah bahagi setiap Ahli Jawatankuasa ini dengan naungan YB.Menteri Pengajian Tinggi dan YBhg. Datuk Ketua Setiausaha KPT dan penglibatan keseluruhan barisan Pegawai Pengurusan Tertinggi KPT, JPP dan PJB dilihat telah memberikan input ke arah perancangan program yang lebih teratur dan berkesan. Penglibatan dan kerjasama melalui pelbagai Jabatan Kerajaan yang lain seperti Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan DiRaja Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan lain- lain agensi juga dilihat telah memudahkan aspek persiapan serta mengurangkan kos perlaksanaan majlis.

Pada 5 Oktober 2011 dan 15 November 2011 persetujuan D.Y.M.M Baginda Sultan Johor terhadap Logo baru PIS berjaya dicapai melalui pertemuan bersama D.Y.M..M Baginda Sultan Johor dan barisan Pengurusan Tertinggi PJB yang diketuai oleh Pengarah BPD/JPP dan Pengarah PJB. Ternyata pertemuan ini telah memberikan impak semangat kepada setiap jawatankuasa terlibat.

Melalui rentetan perbincangan dan perlaksanaan mesyuarat yang telah diadakan dan yang terakhir melalui perlaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada 08/12/2011, pelbagai program telah diputuskan untuk dilaksanakan seawal 10 Disember 2011. Program Riang Ria Perpustakaan, Sukan Rakyat dan Acara Berbasikal menjadi titik tolak bermulanya inisiatif hebahan pengisytiharan PIS. Acara ini secara tidak langsung menjadi medium penglibatan penduduk setempat agar sama- sama merasai keterujaan Majlis Pengisytiharan yang akan berlangsung. Ternyata kemeriahan ini berterusan sehingga tarikh berlangsungnya Majlis Pengisytiharan pada 15 Disember 2011. Keberangkatan tiba D.Y.M.M. Baginda Sultan Johor dengan diringi Y.A.M. Tengku Temenggong Johor, Y.A.B. Menteri Besar Johor, YB Menteri Pengajian Tinggi serta Dif-Dif Jemputan tepat jam 9:50pg mendapat sambutan meriah dengan perbarisan pelajar bermula dari pintu masuk utama sehingga ke tapak utama Majlis Pengisytiharan, menyaksikan bahawa seluruh warga Politeknik Johor Bahru begitu teruja menyambut detik sejarah institusi yang bertapak sejak 1998.

KANDUNGAN:

EDISI 1/ 2012 ISSN 2232-008

Bersambung di mukasurat 4

i i

Pelancaran Logo PIS 2

Ericsson Certificate

Programme 3

PIS berkerjasama dengan

Kraftangan Malaysia 3

Co-curricular Event 4

Gambar Majlis

Pengisytiharan PIS 5

Pelancaran Poly Boutique 5

Penyerahan Baucer Buku 6

PIS & Kraftangan

Malaysia bangunkan

kajian serat nenas 6

Kursus Pembungkusan

Kreatif & Inovatif 7

Keputusan Pemangkuan

Gred DH48 dan DG52 8

Kegembiraan pelajar-pelajar PIS menyambut

keberangkatan DYMM Sultan

P E N E R A J U I L M U S E J A G A T

BULETIN BULETIN

Page 2: BULETINBULETIN i - PIS

Mukasurat 2

i i BULETIN

PELANCARAN LOGO BAHARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Transformasi logo Politeknik Johor Bahru ke

Politeknik Ibrahim sultan

Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan telah berlangsung pada tanggal 15 Disember 2011 bersamaan 19 Muharam 1433 Hijrah. Pengisytiharan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pada hari yang bersejarah itu pelancaran logo Politeknik Ibrahim Sultan telah disempurnakan oleh baginda.

Logo Politeknik Ibrahim Sultan telah mendapat sentuhan idea dan kreativiti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sendiri. Pada peringkat awal penghasilan logo ini, beberapa orang pensyarah dan pelajar telah menyumbang idea dan kreativiti mereka.

Karya logo tersebut telah dihasilkan oleh En. Johaini bin Ibrahim, Pn. Nurulaini Idaya binti Muhammad, Pn. Zahana binti Yusoff dan Pn. Nurulkusuma binti Adnan. Pada hari tersebut baginda telah memilih rekabentuk logo yang dihasilkan oleh En. Johaini bin Ibrahim dan baginda telah memberi pandangan serta idea untuk diolah semula. Pada 15 November 2011 , sekali lagi pihak pengurusan PIS dan pereka logo membawa rekaan logo yang telah diolah untuk mengadap bagi mendapat perkenan baginda. Pada pertemuan kali ini baginda telah memperkenankan logo Politeknik Ibrahim Sultan. Logo ini mengandungi rasional tersendiri di mana

terdapat tiga unsur utama yang menjadi asas

rekabentuk logo iaitu yang pertama unsur warna,

kedua unsur huruf dan tulisan serta yang ketiga

unsur falsafah kombinasi.

Disediakan oleh: Johaini bin Ibrahim

Rasional Logo

Pertama : UNSUR WARNA

Biru bermaksud pengurusan politeknik yang mendasari kesepaduan gerakerja dan halatuju yang jelas. Tiffany Blue merujuk kepada politeknik adalah di bawah naungan Sultan Johor. Kelabu bermaksud kesinambungan akademik politeknik yang sentiasa segar dan tega berhadapan cabaran.

Kedua : UNSUR HURUF DAN TULISAN

Tipografi „PIS‟ tunjang utama. Terbina dari olahan huruf Goudy Old Style, simbol hala tuju dasar pendidikan Politeknik Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor ke arah membangunkan modal insan yang berpendidikan tinggi serta berkemahiran.

Huruf singkatan bagi perkataan Ibrahim Sultan iaitu olahan huruf I dan S berwarna Tiffany Blue merupakan refleksi kepada Politeknik Ibrahim Sultan yang berada di bawah naungan Sultan Johor.

Tipografi POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN penjelas wacana. Menggunakan Bookman Old Style, adalah tujuan kejelasan pada nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang memerintah Negeri Johor. Ia juga menyerlahkan politeknik ini sebagai institusi pengajian yang dapat pengiktirafan tinggi dari pihak Sultan Johor khususnya dan negara amnya.

Ketiga : UNSUR FALSAFAH KOMBINASI

Kesinambungan gabungan globe, peta Negeri Johor serta perkataan Johor ( ) dalam tulisan Jawi Khat Nasakh ini melambangkan Politeknik Ibrahim Sultan adalah sebuah institusi yang mendokong dasar pendidikan menyeluruh dan global namun sentiasa memertabatkan kejituan jati diri timur dan agama. Disusuli pula perkataan POLITEKNIK yang berwarna kelabu serta huruf P sebagai singkatan nama politeknik yang berwarna biru adalah sebagai sintimen kenangan dari logo asal iaitu Politeknik Johor Bahru ( PJB ). Moto : PENERAJU ILMU SEJAGAT

Keindahan moto PENERAJU ILMU SEJAGAT, merupakan rangkuman adaptasi keseluruhan matlamat dan halatuju politeknik ini sebagainsebuah institusi pendidikan yang menjadi medan ilmu, pengetahuan serta kemahiran bagi melahirkan kesepaduan modal insan negara.

Page 3: BULETINBULETIN i - PIS

Mukasurat 3

ISU 1 / 2012

P ada 28-30 Disember 2011, seramai 30 pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik

Semester Akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan dengan diiringi oleh seorang pensyarah iaitu Cik Rohana binti Hasan telah berkursus di Ericsson Cyberjaya. Kursus ini dijalankan di bawah program kebolehpasaran graduan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum (BPPK) Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kolaborasi bersama Syarikat Ericsson Malaysia Sdn Bhd.

Aspek yang dipelajari adalah teknologi terkini dalam bidang wireless telecommunications. Para peserta didedahkan dengan peralatan sebenar dalam bidang telekomunikasi yang digunakan oleh Syarikat Pengendali Telekomunikasi (Telco) di Malaysia. Mengikut perancangan pihak BPPK JPP, program ini akan dikendalikan sebanyak 6 sesi iaitu dari tahun 2011 sehingga tahun 2013.

Ericsson ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang pertama menubuhkan operasi di Malaysia pada tahun 1965. Ia merupakan syarikat yang besar dalam bidang telekomunikasi di Malaysia. Ericsson juga mewakili dua entiti iaitu Ericsson ( Malaysia) Sdn. Bhd di Cyberjaya, Selangor dan Ericsson Expertise Centre Sdn.Bhd di Bukit Jelutong Shah Alam,Selangor. Para peserta diberi maklumat dan pengetahuan dalam penggunaan telekomunikasi terkini.

Selain itu, peserta diberi latihan secara

praktikal tentang pengendalian peralatan

Radio Based Station serta memantau

penggunaan software dan hardware bagi

sesuatu peralatan. Peserta juga dapat

mengetahui bagaimana penggunaan alarm

berfungsi dengan baik ataupun tidak secara

monitor sahaja.

Disediakan oleh: Mohd Fairuz Bin Salleh & Rohana Binti Hasan

Sesi fotografi bersama

di antara pensyarah-

pensyarah JRKV, PIS

dan En. Fazar Ivan

Hidayat bin Zahari

Pereka Kraftangan

Malaysia Cawangan

Johor

ERICSSON CERTIFICATION PROGRAMME

(KOLABORASI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK & ERICSSON)

Para peserta kursus dan pensyarah pengiring

bergambar kenangan di hadapan Ericsson Cyberjaya

Para peserta kursus sedang mendengar penerangan

yang diberikan oleh fasilitator

PIS PERKUKUH KERJASAMA DENGAN KRAFTANGAN MALAYSIA DAN

PENGUSAHA-PENGUSAHA KRAF NEGARA

Disediakan oleh: Johaini bin Ibrahim

S atu lawatan berpandu oleh

Jawatankuasa Centre of Technology

(COT) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke

Promosi Kraf Malaysia 2011 telah

diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru

baru-baru ini. Matlamat lawatan adalah

bagi menemui pengusaha-pengusaha

kraftangan di seluruh Malaysia yang

membuka booth pameran dan jualan

serta membincangkan peluang-peluang

kolaborasi dalam membangunkan COT

PIS. Fokus utama kerjasama adalah

menjurus kepada perancangan projek-

projek yang boleh melonjakkan nama

COT PIS dalam membangunkan industri

senireka kreatif beridentitikan Johor.

Aktiviti lawatan juga mengeratkan lagi

jalinan kerjasama sedia ada di antara

Kraftangan Malaysia dengan Jabatan

Rekabentuk Dan komunikasi Visual,

Politeknik Ibrahim Sultan.

Jawatankuasa COT PIS diketuai oleh En.

Abu Bakar bin Abd. Hamid, telah melawat

beberapa buah booth pameran yang

mengusahakan tenunan songket. Hasil

perbincangan bersama pengusaha-

pengusaha tenunan, COT PIS amat

berpotensi dalam membangunkan industri

senireka kreatif berasaskan serat nanas

kerana ianya masih belum diterokai

sepenuhnya. Usaha ini telah membuka ruang

untuk menghasilkan inovasi, produk-produk

baru beridentitikan Johor dan menjalankan R&D

dalam bidang tujahan. Lawatan ini telah

menyuburkan usaha-usaha Jawatankuasa COT

untuk meningkatkan lagi pencapaian niche area

PIS iaitu Senireka Kreatif.

Page 4: BULETINBULETIN i - PIS

Mukasurat 4

i i BULETIN

Majlis dimulakan dengan ucapan YB Menteri Pengajian Tinggi yang merangkumi pengertian penjenamaan semula Politeknik Johor Bahru, wawasan serta iltizam bagi membentuk sebuah institusi yang benar- benar dapat melahirkan graduan yang mampu berdaya saing, majlis diteruskan dengan titah pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) oleh DYMM Baginda Sultan Johor diikuti dengan pelancaran gimik logo baru PIS. Maka tepat pada jam 10:50pg bermulalah sebuah revolusi baru yang amat dinantikan oleh seluruh warga Politeknik Johor Bahru. Politeknik Johor Bahru secara rasminya melalui detik perubahan kepada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mengambil nama sempena cadangan DYMM Baginda Sultan Johor sendiri.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara Pecah Tanah Tapak Centre Of Technology (COT) oleh DYMM Baginda Sultan Johor.

Halatuju, visi dan matlamat COT ini dijelaskan secara langsung untuk pengetahuan D.Y.M.M. Baginda Sultan Johor dan diterjemahkan melalui paparan model bangunan. Dengan kewujudan COT ini diharap akan menjadi simbol kemegahan dan pusat tumpuan serta rujukan bagi setiap warga politeknik amnya dan warga PIS khususnya.

Intipati pengisian program DYMM Baginda Sultan Johor diteruskan. Sesi menandatangani Buku Pelawat serta memperkenan mengadakan Sesi Bergambar dengan setiap pengurusan tertinggi PIS. DYMM Baginda Sultan Johor seterusnya mencemar duli membuat lawatan ke setiap gerai pameran yang diadakan. Di sepanjang laluan menuju ke Dewan Santapan, Baginda senantiasa dirafak sembah oleh setiap warga PIS dan senantiasa bersedia menerima pelawaan bergambar oleh para pelajar PIS khususnya. Ternyata sifat

ramah dan berjiwa rakyat amat sinonim dengan keperibadian Baginda.

Program diakhiri dengan santapan DiRaja

dengan iringan persembahan tarian zapin dan

pertunjukan fesyen oleh pelajar PIS sebelum

keberangkatan pulang DYMM. Baginda Sultan

Johor serta jemputan kenamaan yang lain tepat

pada jam 12:40 tengahari. Maka berakhirlah

sebuah penantian detik bersejarah ini tetapi ia

tidak sesekali melunturkan semangat dan

iltizam keterujaan seluruh warga PIS untuk

membentuk dan menjadikan PIS ini sebuah

insttitusi yang amat disegani pada satu hari

nanti. Sesungguhnya masih yang banyak perlu

dilakukan mulai dari detik ini….INSYAALLAH!

CO – CURRICULAR EVENT 2011

U nit Kokurikulum Politeknik Ibrahim Sultan

(PIS) telah menganjurkan Program “Co –

Curricular Event 2011” bagi pelajar – pelajar

AR201 Kokurikulum Semester 2 pada hari Rabu

2 November 2011 bertempat di Kompleks Sukan

PIS. Program ini diadakan dengan kolaborasi

Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja

Malaysia, Kem Sri Medini Johor Bahru yang

menjadi juri pertandingan Unit Beruniform.

Secara amnya program ini bertujuan untuk

mencungkil bakat pelajar PIS dalam aktiviti

Kokurikulum seperti sukan/permainan, kelab/

persatuan dan unit beruniform. Selain itu, ia juga

merupakan platform untuk memberi

penghargaan kepada pelajar-pelajar yang paling

aktif dalam setiap bidang Kokurikulum yang

disertai.

Matlamat program ini adalah untuk: Menilai

tahap kemahiran khusus pelajar dalam bidang

kokurikulum yang diceburi, memberi dorongan

kepada pelajar bergiat aktif dalam bidang

kokurikulum, memilih pelajar terbaik lelaki dan

perempuan dalam setiap acara yang

dipertandingkan, menghargai bakat dan

komitmen pelajar dalam aktiviti kokurikulum,

melahirkan bakal pemimpin yang berdisiplin dan

berwibawa.

Di akhir program, pelajar dapat mencapai objektif

berikut; menggunakan kemahiran yang dipelajari

dalam acara – acara yang dipertandingkan,

bekerjasama dalam satu pasukan, mengeratkan

ikatan perpaduan tidak mengira bangsa atau

agama, menunjukkan bakat pemimpin yang

berketrampilan, komited, berkaliber dan

berwibawa, meningkatkan tahap disiplin, daya

tahan dan semangat juang dan menjalin

hubungan baik dengan masyarakat luar.

Sebanyak 28 jenis pertandingan telah diadakan

merangkumi 3 kategori kokurikulum iaitu Kelab,

Sukan/Permainan dan Unit Beruniform. Hanya

pertandingan peringkat akhir diadakan pada hari

tersebut untuk memilih pelajar terbaik lelaki dan

perempuan bagi setiap acara. Seramai 672

orang pelajar dan 52 orang pensyarah

Kokurikulum Semester 2 terlibat di dalam

program ini.

Acara – acara yang dipertandingkan adalah di

bawah kategori Sukan/Permainan kelab dan Unit

Beruniform Hadiah kepada para pelajar terbaik

dan cenderahati juri serta Penyelaras

Kokurikulum Jabatan telah disampaikan oleh

Leftenan Mohd. Rahmad bin Abdullah dari Kem

Sri Medini Johor Bahru. Adalah diharapkan

program “Co – Curricular Event” bagi pelajar

AR201 ini dapat diteruskan pada masa hadapan

kerana ia bukan sahaja membantu pelajar

mendapatkan segulung diploma di akhir

pengajian, malah dapat menambah nilai modal

insan bagi membentuk generasi hadapan yang

lebih berdisiplin, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berwibawa.

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang

pertandingan. Sekalung penghargaan kepada

semua Anggota Pasukan Simpanan Tentera

Laut Diraja Malaysia Kem Sri Medini di atas

kerjasama yang diberikan. Jutaan terima kasih

kepada Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah

Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan

Akademik, Ketua – Ketua Jabatan dan Unit,

Penyelaras Kokurikulum Jabatan, Pensyarah

Kursus dan semua pelajar Kokurikulum AR201

serta semua staf atau orang perseorangan

yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Sharipah Rusni binti Sayed Hasan

Sambungan dari muka surat 1

Kerjasama antara pelajar dipupuk

Page 5: BULETINBULETIN i - PIS

DYYM Sultan Ibrahim memperkenan melaksanakan pecah tanah

Mukasurat 5

ISU 1 / 2012

SEKITAR MAJLIS PENGISYTIHARAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN….

DYMM Sultan menandatangani buku pleawat PIS

DYMM Sultan yang berjiwa rakyat lagi peramah Politeknik Ibrahim Sultan dilancarkan secara rasminya

DYMM Sultan Johor melawat pameran di tapak COT DYMM Sultan Johor beramah mesra dengan pelajar-pelajar PIS

DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ,bergambar kenangan bersama tetamu VIP dan Pengurusan Tertinggi Politeknik Ibrahim Sultan

Page 6: BULETINBULETIN i - PIS

Mukasurat 6

i i BULETIN

Outlet pertama Poly Boutique terletak di Aked

Maharani Riverview Muar. Ianya di miliki oleh Cik

Nor‟Adlin binti Abd Rahman. Beliau merupakan

alumni Politeknik Ibrahim Sultan yang tamat

pengajiannya dengan memperolehi Diploma

Rekabentuk Fesyen dan Pakaian pada tahun

2002. Sejurus selepas memperolehi Diploma

daripada PIS, beliau telah mendalami

pengetahuannya selama satu tahun di dalam

bidang rekabentuk fesyen dan pakaian di

London, United Kingdom .

MAJLIS PELANCARAN POLY BOUTIQUE

Pelancaran Poly Boutique di Aked Maharani Riverview

T anggal 17 Disember 2011 dan

bertempat di Coco Tailor, Muar dan Laman

Usahawan, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS),

jenama Poly Boutique telah dilancarkan.

Poly Boutique adalah jenama yang di

bangunkan oleh Pusat Keusahawanan

Politeknik Malaysia atau lebih di kenali

sebagai MPEC iaitu singkatan bagi

Malaysia Polytechnics Entrepreneuship

Centre.

Objektif utama Poly Boutique adalah untuk

memberi pendedahan kepada pelajar

Pol i teknik mengenai pengurusan

perniagaan berkaitan jahitan dan pakaian

melalui inkubator Poly Boutique.

Menyediakan platform perniagaan melalui

Pakej Perniagaan Poly Boutique kepada

alumni Politeknik yang berminat menceburi

bidang perniagaan dengan membuka outlet

Poly Boutique.

Inkubator pertama Poly Boutique

terletak di Laman Usahawan PIS.

Ianya akan di usahakan secara

bersama di antara pelajar rekabentuk

fesyen & pakaian dan kelab

keusahawanan PIS. Pengurusan dan

perkembangan inkubator Poly

Boutique ini akan di pantau oleh

Penyelaras Keusahawanan PIS.

MPEC mensasarkan konsep inkubator

ini akan dimajukan di seluruh politeknik

bermula pada tahun 2012.

Disediakan oleh: Roszita Jaffar

Majlis Perasmian dilaksanakan oleh Linda Onn

selaku duta Poly Boutique

KURSUS AUTODESK CERTIFICATION – AUTOCAD 2D AND 3D

Essential Skills Development Training

P ada 28 November hingga 12

D e c e m b e r 2 0 1 1 , p r o g r a m

kebolehpasaran graduan finishing school

telah diadakan di makmal Jabatan

Kejuruteraan Elektrik. Program ini diikuti

oleh pelajar-pelajar semester akhir Diploma

iaitu 10 orang pelajar daripada Jabatan

Kejuruteraan Elektrik dan 40 orang pelajar

daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Program ini adalah bertujuan member

latihan kepada pelajar untuk mengetahui

arahan asas basic commands yang

d iper lukan dalam meluk is dan

merekabentuk lukisan professional 2D dan

3D menggunakan AutoCAD. Pelajar juga

diharap dapat mengenali setiap fungsi

dalam system AutoCAD, menggunakan

cirri-ciri asas AutocAD, menggunakan

kejituan drafting tools dalam AutoCAD

untuk membina lukisan teknikal yang tepat,

mempersembahkan lukisan terperinci dan

menarik serta mengetahui konsep asas

dan aliran kerja dalam penghasilan model

3D menggunakan AutoCAD.

Pembekal kursus ini ialah Syarikat

Prestariang Sdn. Bhd. dan penceramahnya

ialah En. Azlan Shah bin Katiman dan En.

Ong Tze Ching. Fasilitator yang membantu

dalam kursus ini ialah En. Muhammad Aidil

bin Zakaria dan En. Ahmad Nuruddin bin

Sith. Kandungan program adalah seperti

berikut : Taking the AutoCAD Tour,

Creating Basic Drawings, Manipulating

Objects, Drawing Organization and Inquiry

Commands, Altering Objects, Working with

Layouts, Annotating the Drawings,

Dimensioning, Hatching Objects, Working

with reusable content, Creating Drawing

Templates and Introduction to 3D

Modelling.

Diakhir kursus ini ialah semua pelajar

diwajibkan menduduki peperiksaan

AutoCAD Associate Certification dan

AutoCAD Professional dan lulus dalam

peperiksaan tersebut bagi memperolehi

Pensijilan Professional daripada AutoDesk. Para peserta sedang tekun menjalani latihan yang

diberi oleh penceramah dari syarikat Pestariang

Disediakan oleh: Azura @ Nurul Shuhada bt. Daud

Page 7: BULETINBULETIN i - PIS

menyarankan agar pelajar-pelajar dapat menggunakan sebaik-baiknya pemberian kerajaan bagi menambah koleksi buku-buku ilmiah yang seharusnya dapat membantu kecemerlangan akademik.

Majlis dihadiri lebih 1000 orang tetamu tersebut disusuli dengan Penyampaian Watikah Jawatankuasa Permuafakatan Politeknik Ibrahim Sultan. Jawatankuasa ini akan menjalankan rencana pembangunan komuniti dari segenap aspek di samping meningkatkan dan membudayakan nilai positif bermasyarakat kepada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.

MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

Mukasurat 7

ISU 1 / 2012

S atu pertemuan telah diadakan di antara pegawai-pegawai JRKV PIS dengan Kraftangan Malaysia, Cawangan Johor telah diadakan

pada 11 Januari 2012, bertempat di Kraftangan Malaysia, Cawangan Johor (KMCJ). Pertemuan telah dibuat di antara En. Nor Azmi bin Ismail, Pengarah Kraftangan Malaysia, Cawangan Johor, En. Fazar Ivan Hidayat bin Zahari Pereka Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, dengan En. Rosli bin Zainuddin Ketua Jabatan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, En. Abu Bakar bin Abdul Hamid (Pengurus COT), En. Badrul Hisham bin Shaharin dan En. Johaini bin Ibrahim, pegawai Center of Technology (COT) Politeknik Ibrahim Sultan. Pertemuan tersebut bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dalam menerokai kajian serat nanas dan rekaan motif tenunan Johor. Ianya juga

bertujuan mengenalpasti peranan yang boleh dimainkan oleh institusi pendidikan seperti PIS dalam memberi sumbangan aktif kepada industri dan komuniti setempat.

Disediakan oleh: Johaini bin Ibrahim

Disediakan oleh: Abd Razak bin Salim

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN

JOHOR JALIN KERJASAMA BANGUNKAN KAJIAN SERAT NANAS

P ada 7 Januari 2012 satu Majlis Penyerahan Baucer Buku 1

Malaysia telah berlangsung meriah di Dewan Serbaguna PIS. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Mohamad Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Mejar(K) Haji Md Nor Bin Yusof dan Pengarah PIS, Tuan Haji Azizi Bin Lin turut hadir menyaksikan penyerahan kepada 12 orang pelajar mewakili semua program pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi telah

Motif pada tenunan songket yang

menggunakan serat nanas.

Perbincangan kerjasama dalam membangunkan serat nanas

di antara En. Nor Azmi bin Ismail, Pengarah Kraftangan

Malaysia, Cawangan Johor dengan En. Rosli bin Zainuddin,

Baucer Buku 1 Malaysia yang disampaikan oleh Dato Seri

Mohamad Khaled bin Nordin dan Mejar (K) Hj Md Nor bin Yusof

Antara pelajar yang menerima baucer

Dato Seri Mohamad Khaled Nordin diiringi

Mejar (K) Hj Md Nor bin Yusof

Page 8: BULETINBULETIN i - PIS

BULETIN PREMIER POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, KM 10, JALAN KONG KONG

81700 PASIR GUDANG, JOHOR TEL: 07 2612403 / 2423

[email protected] www.pis.edu.my

ISU 1 / 2012

KEPUTUSAN PEMANGKUAN GRED DH48 DAN DH52 2011

SIDANG REDAKSI

Pengerusi

Tn Hj Azizi bin Lin

Timbalan Pengerusi Tn Hj Sahul Hamed bin Abdul Wahab

Pn Hjh Suzanah binti Hashim

Ketua Editor

Pn Hjh Siti Zunariah binti Mohd Said

Penolong Ketua Editor

Pn Umi Kalthom binti Ramin

Editor

Pn Norihan binti Mahmood

Pn Emy Zulyiana binti Mohd Nor

Rekabentuk

Pn Syarifah Hana binti Syed Zubin

Wakil Jabatan/Unit

Cik Norasyikin bt Awang Kechik (PRO)

Pn Ismalyza bt Mt Arif (JRKV)

Pn Nazra bt Aris (JKE)

Cik Nur Fadillah bt Mat Ariffin (JPH)

Pn Rohamiah bt Muda (Pruf)

BIL NAMA JAWATAN BAHARU GRED MEMANGKU

PENEMPATAN BAHARU

1

MOHD ALI BIN JASMI PENSYARAH, PPPT DH52 DH52 POLITEKNIK SULTAN IDRIS

SHAH

2 MOHAMAD YUSOF BIN SULAIMAN

KETUA JABATAN KEJ. ELEKTRIK, PPPT DH48

DH48 POLITEKNIK MERLIMAU

3 NORIZAM BIN SEKAK KETUA JABATAN PERDAGANGAN, PPPT DH48

DH48 POLITEKNIK MERLIMAU

4 NORAH BINTI MOHD ZAN KETUA JABATAN PERDAGANGAN, PPPT DH48

DH48 POLITEKNIK Metro, JOHOR

BAHRU

5 HASTARIJA BINTI HJ. HASSAN

PENSYARAH, PPPT DH48 DH48 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

6 FA’IZAH BINTI HAMZAH PENSYARAH, PPPT DH48 DH48 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

7 ELIZA BINTI SETH PENSYARAH, PPPT DH48 DH48 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

8 ABU BAKAR BIN ABDUL HAMID

PENSYARAH, PPPT DH48 DH48 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

9 ABD AZIZ BIN TALIB PENSYARAH, PPPT DH48 DH48 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

10 SHARIPAH RUSNI BINTI SAYED HASAN

PENSYARAH, PPPT DH48 DH48 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

CO-CURRICULAR EVENT PIS….

9772232000004

i i BULETIN