buletin - kementerian pendidikan malaysia (kpm) syiar ramadan/b… · bilakah kali terakhir kita...

Download Buletin - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SYIAR RAMADAN/B… · Bilakah kali terakhir kita melafazkan rasa syukur atas nikmat rezeki, ... akan tambahkan nikmat-Ku kepada-mu

If you can't read please download the document

Upload: truongliem

Post on 06-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • Buletin

    Perkataan Syukur dan yang

    sama maksud den-gannya ada disebutkan

    sebanyak 75 kali dalam al-Quran.

    Pengakuan syukur Nabi Sulaiman ada di-abadikan dalam al-Quran melalui surah

    Al-Naml ayat 40 yang bermaksud Ini adalah se-bahagian anugerah dari Tuhanku untuk mengujiku,

    sama ada aku bersyukur ataupun kufur.

    Ketika Rasulullah SAW beribadah sehingga bengkak kakinya, isteri Baginda, Sayyidatina Aisyah pernah bertanya, Wahai Rasu-

    lullah, mengapakah Engkau beribadah sampai seperti itu, bukankah Allah telah mengampuni segala dosamu? Rasulullah menjawab,

    Tidakkah engkau suka aku menjadi hamba Allah yang ber-syukur? (HR Bukhari dan Muslim.

    TRIVIA SYUKUR

    Kita akan mudah mengingati Allah saat kita ditimpa musibah. Lidah akan mudah dibasahi dengan zikrul-lah saat waktu kita diuji dengan pen-yakit dan mehnah. Tetapi kita sering-kali melupakan Yang Maha Esa ketika kita diberikan dengan nikmat yang melimpah-ruah. Cuba renung-kan bilakah kali terakhir kita mengu-capkan Alhamdulillah atas nikmat nyawa dan kehidupan yang di-anugerahkan oleh Allah? Bilakah kali terakhir kita melafazkan rasa syukur atas nikmat rezeki, makan dan minum yang dikurniakan oleh Allah?

    Justeru Ramadan hadir untuk meng-ingatkan kita akan sifat syukur seo-rang hamba. Betapa saat kita berkeluh-kesah akan kurangnya rezeki, ada insan yang lebih susah daripada kita. Betapa saat kita kek-enyangan dengan pelbagai makanan dan juadah, ada insan yang sedang menahan lapar dan dahaga.

    Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Ingatlah firman Ar-Rahman dalam surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud :

    Sekiranya kamu bersyukur, Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada-mu. Dan sekiranya kamu kufur, ses-ungguhnya azab-Ku amat pedih.

    SYUKURKAH KITA?

    Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda : Lihatlah kepada orang-orang yang lebih rendah daripadamu. Dan janganlah kamu melihat kepada orang-orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut bagimu, supaya

    kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepadamu.( Hadis Riwayat Imam Muslim no.2963 )

    MAJLIS BICARA WAHYU KPM 2017 SIRI 5 / 1438H

    Perkataan Syukur dan yang

    sama maksud den-gannya ada disebutkan

    sebanyak 75 kali dalam al-Quran.

    Pengakuan syukur Nabi Sulaiman ada di-abadikan dalam al-Quran melalui surah

    Al-Naml ayat 40 yang bermaksud Ini adalah se-bahagian anugerah dari Tuhanku untuk mengujiku,

    sama ada aku bersyukur ataupun kufur.

    Ketika Rasulullah SAW beribadah sehingga bengkak kakinya, isteri Baginda, Sayyidatina Aisyah pernah bertanya, Wahai Rasu-

    lullah, mengapakah Engkau beribadah sampai seperti itu, bukankah Allah telah mengampuni segala dosamu? Rasulullah menjawab,

    Tidakkah engkau suka aku menjadi hamba Allah yang ber-syukur? (HR Bukhari dan Muslim.

    Satu hari, se-orang pembuat roti telah

    menjemput seorang musafir bermalam di-rumahnya tanpa menyedari bahawa musafir itu sebe-

    narnya Imam Ahmad. Sebagai tanda syukur dan terima kasih, Imam Ahmad telah menawarkan diri untuk membantu pemuda itu melakukan kerja.

    Alangkah kagumnya beliau apabila melihat lelaki itu sentiasa berzikir walaupun sangat sibuk bekerja. Bahkan ketika sedang menguli roti pun. Lalu beliau bertanya Adakah tuan mendapat apa-apa ke-baikan daripada amalan ini? Alhamdulillah, doa saya sentiasa dimakbulkan Allah dan semua hajat saya tertunai. Jawab lelaki itu.Cuma, hanya satu sahaja doa saya yang masih beluk dimakbulkan. Sambung pembuat roti itu lagi.Doa tentang apa? Tanya Imam Ahmad ingin tahu.Doa untuk saya berjumpa dengan Imam Ahmad. kata lelaki itu dengan jujur. Mendengar jawapan itu Imam Ahmad berasa sangat terharu lalu menangis.Kenapa tuan menangis? Adakah kata-kata saya menyinggung hati tuan? Tanya lelaki itu cemas.Imam tidak sanggup merahsiakan lagi, lalu beliau berterus terang dengan lelaki tersebut tentang dirinya yang sebenar.

    IMAM AHMAD BIN HANBAL DAN

    SI PEMBUAT ROTI

    Siri 3 | 10-16 Jun 2016M / 15-21 Ramadan 1437H

  • Amalan Pada 10 Malam Terakhir Bulan Ramadhan

    Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Aisyah R.anha beliau ber-kata:Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh yang terakhir (dari bulan Ramadan) melebihi ibadah baginda pada hari-hari yang lain. (Riwayat Muslim 1175)

    Di antara amalan yang Baginda lakukan adalah sebagaimana yang diriwayatkan juga oleh Aisyah R.anha:Maksudnya:Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W apabila masuknya sepuluh hari tera-khir (bulan Ramadan) baginda akan mengetatkan ikatan di pinggang-nya, Baginda menghidupkan malam harinya, dan Baginda memban-gunkan ahli keluarganya (untuk beribadah). Riwayat al-Bukhari, 2024)

    Tiga ibadah dalam hadis di atas yang Baginda Rasulullah S.A.W lakukan pada sepuluh malam terakhir adalah seperti berikut:

    Pertama: Mengetatkan ikatan di pinggang Baginda.ImamImam al-Hafiz Ibn Rajab Rahimahullah mengatakan bahawa yang di-maksudkan dengan perbuatan tersebut ada dua pendapat. Pertama-nya ia membawa erti Baginda bersungguh-sungguh dalam melaku-kan ibadah. Maksud yang kedua pula adalah Nabi S.A.W meninggal-kan perbuatan bersama dengan isteri pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Ibn Rajab mengatakan pendapat yang paling sahih akan maknanya adalah Baginda mengasingkan dirinya dari isteri-isteri Baginda. Lihat Lathaif al-Maarif, Ibn Rajab (Hlm. 332).

    Kedua: Menghidupkan malam.Yang dimaksudkan dengan menghidupkan malam ini ada dua kemu-ngkinan:

    1. Menghidupkan keseluruhan malam dengan ibadah.2. Menghidupkan majoriti atau kebanyakan malam dengan ibadah.

    Ini kerana, menghidupkan separuh malam juga telah dianggap se-bagai menghidupkan malam sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali. Lihat Lathaif al-Maarif, Ibn Rajab (Hlm. 329).

    Sebahagian fuqaha daripada kalangan Syafieyyah berkata: (Ganja-ran) menghidupkan malam itu dapat diperoleh dengan seseorang itu melakukan solat Isyak secara berjamaah dan dia berazam untuk mel-akukan solat Subuh secara berjamaah.

    Begitu juga kata Imam al-Syafie Rahimahullah: Sesiapa yang meng-hadiri solat isyak dan solat subuh (secara berjamaah) ketika lailatul qadr maka dia telah mendapatkan ganjaran darinya (beribadah pada malam al-qadr). Rujuk Lathaif al-Maarif, Ibn Rajab (Hlm. 329).

    Ketiga: Membangunkan kaum keluarga untuk beribadah.Ketika masuknya sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Baginda S.A.W mengejutkan isteri-isteri dan keluarga untuk bangun beriba-dah. Bahkan ada riwayat yang menunjukkan bahawa Baginda mengetuk pintu Fatimah R.anha dan Ali bin Abi Talib R.anhu lalu ber-kata:

    Maksudnya: Apakah kamu berdua tidak bangun lalu menunaikan solat ? Riwayat al-Bukhari (1127)

    Akhir kalam, semoga dengan pencerahan ini sedikit sebanyak dapat memberi galakan kepada kita untuk memperbanyakkan amalan soleh pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan dalam usaha kita untuk memburu Lailatul Qadr. Kami berdoa kepada Allah S.W.T agar Dia merezekikan kepada kita semua ganjaran beribadah pada malam tersebut yang merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ameen.

    BICARA MUFTI@Ramadan

    Ya Tuhanku Berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku. Dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-ham-ba-Mu yang saleh. ( Surah An-Naml : ayat 19 )

    Penasihat : Pn. Hjh. Nor Hayati bt. L.Isa(Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM)Pengerusi : Pn. Hjh Kamariah bt. Isa(Timb. Pengarah Pengurusan Dakwah danSyiar Islam BPI, KPM)Ketua Editor : Tn. Hj Arifuddin b. Abd. Hamid(Ketua Sektor Dakwah & Kepimpinan BPI, KPM)(Ketua Sektor Dakwah & Kepimpinan BPI, KPM)Pen. Ketua Editor : Pn. Farhana bt. Abd Rashid(Ketua Sektor Pembangunan Akhlak danSyiar Islam BPI, KPM)

    Editor :Tn. Hj. Zulkefli b. HamatUst. Alhuzaee b. SulaimanUst. Mohd Zamri b. Mohamed NoorUst. Hairon b. Zainal AbidinUst. Hamidi b. Zakaria

    Penulis :Ust. Mohammad Shariffuddin b. JahuriUst. Azman bin AhmadPn. Noor Azimah binti SuripEn. Khairuddin bin Ahmad

    Wartawan :Ust. Abd. Rahman b. Che SohUst. Nooraziz b. MudakirUst. Muhd Zulhimi b. Haron

    Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat ber-paut di pelepah kelapa yang terjuntai.

    Keadannya seperti telur dihujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia ber-seru, Ya Allah, selamatkanlah aku daripa-da jatuh. Jika selamat, aku akan sedekah-kan sekor lembu untuk orang miskin.

    Sejurus kemudian, tangannya dapat ber-paut kembali pada batang pokok.

    Namun ribut masih bertiup kencang. keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuatnya lalu dia berseru lagi, Ya Alah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan sekor kambing untuk orang miskin.untuk orang miskin.

    Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, wa-laupu angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, Ya Allah, kalau Kau se-lamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.

    Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, Ya Allah, sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.

    RibutRibut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun mele-paskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. Ya Allah, rupa-ru-panya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa -apa pun!.

    Pengajaran: Dalam keadaan susah ma-nusia sering ingatkan Allah, tetapi apa-bila senang manusia mudah melupa-kan-Nya. Bersyukurlah ketika senang mahupun susah.

    3Tanda Syukur