buletin jilid 9 - tunas-muda.com · pengurusan sebagai urusetia, ahli jawatan kuasa kecil dan...

7
>> oleh: Muhammad Abidi Shaffie Pada 7 Disember 2007 yang lalu serombongan anggota Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB) ke negeri Selangor. Seramai 30 orang anggota yang hadir dalam lawatan ini bersama-sama pihak pengurusan sebagai urusetia, Ahli Jawatan Kuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Rombongan bertolak jam 11 malam dengan bas yang disewa khas oleh KTMSAB dan selamat tiba di tempat penginapan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) jam 5 pagi keesokan harinya. Lawatan yang pertama adalah ke Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia (Koperasi MKM). Penerangan telah diberikan oleh Bendahari Koperasi MKM itu sendiri iaitu Encik Hassan Haji Ahmad. Menurutnya lagi aktiviti Koperasi MKM banyak berlandaskan perniagaan cafeteria dan bakeri dan kebanyakkan pelanggan mereka di sekitar Selangor serta kawasan MKM. Anggota KTMSAB berpeluang melihat dan membeli belah hasil produk Koperasi MKM di kedai dan kafeteria. Seterusnya rombongan KTMSAB ke Koperasi NECMAL di Teluk Panglima Garang. Rombongan KTMSAB tiba jam 10.30 pagi dan disambut dengan mesra oleh tuan rumah. Taklimat diberikan oleh Encik Abu Bakar Buyong (Ahli JawatanKuasa Koperasi NECMAL) mengenai aktiviti koperasi tersebut. Ulasnya lagi Koperasi tersebut mempunyai 1750 anggota yang merupakan pekerja kilang NEC. Katanya lagi aktiviti utamanya adalah ‘trading’ iaitu menjalankan perniagaan mini market dan menguruskan kafetaria. Dalam ucapan balas, Pengerusi KTMSAB, Rahim Osman berkata hasrat KTMSAB adalah untuk mengembangkan lagi sayap perniagaannya selain dari bidang perumahan, kontraktor perumahan dan juga pengurusan pembangunan hartanah. Ulasnya lagi KTMSAB perlu meniru atau mencontohi koperasi-koperasi lain yang berjaya dalam bidang ‘trading’ dan memperbanyakkan lagi kegiatan sosial kepada anggota dan masyarakat setempat. Anggota KTMSAB juga mengambil kesempatan melawat ruang perniagaan Koperasi NECMAL yang mempamerkan barangan runcit seperti barangan eletrik, barangan dapur dan lain-lain. Lawatan berakhir pada jam 2.50 petang dengan makan tengahari serta layanan mesra daripada tuan rumah. Seterusnya rombongan KTMSAB ke Koperasi MARDI (KoMARDI) di Serdang yang mengambil masa perjalanan lebih 3 jam. Rombongan KTMSAB tiba jam 5.30 petang dan disambut dengan mesra oleh tuan rumah. Taklimat diberikan oleh Encik Ghazali (Ahli JawatanKuasa Koperasi MARDI) mengenai aktiviti koperasi tersebut. Katanya lagi KoMARDI tersebut ditubuhkan pada 21 Oktober 1980 dan mempunyai 2461 anggota. Aktiviti utamanya adalah berlandaskan pertanian, penternakan dan pembangunan halal. Di antara perniagaan yang sedang berjalan adalah kedai barangan elektrik, perniagaan pembekalan pengguna, agen insuran dan pelancungan, kilang memproses makanan dan minuman. Disamping itu KoMARDI juga terlibat dalam menyediakan perkhidmatan seperti khidmat perundingan pembiakan lembu Fidlot, penganjuran seminar, kursus dan latihan berteraskan pertanian dan penternakan. Dalam ucapan balas, Pengerusi KTMSAB, Rahim Osman berkata terima kasih di atas layanan yang diberikan. Katanya lagi hasrat KTMSAB untuk memperkukuhkan lagi bidang perniagaannya dengan menceburi bidang lain dari bidang perumahan. Ulasnya lagi tujuan KTMSAB adalah untuk melihat contoh- contoh Koperasi di negeri Selangor seperti KoMARDI yang berjaya dalam bidang penternakan seperti lembu Fidlot dan perniagaan ‘trading’. Rombongan kemudian dibawa melihat kedai barangan eletrik dan kilang membuat sirap cordial milik KoMARDI. Kesemua lawatan tersebut berakhir pada jam 6.45 petang. Disamping lawatan tersebut lahirnya kerjasama di antara koperasi-koperasi berkenaan. Pada masa akan datang lawatan juga akan ke pantai timur yang akan dirancang dan dilaksanakan bagi pembangunan anggota dan KTMSAB dalam memperkukuhkan lagi sayapnya dalam bidang perniagaannya. >> Muhammad Abidi Shaffie >> Muhammad Abidi Shaffie >> Muhammad Abidi Shaffie

Upload: trandang

Post on 17-Mar-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN JILID 9 - tunas-muda.com · pengurusan sebagai urusetia, Ahli Jawatan Kuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. ... mesin ATM, anda boleh

>> oleh: Muhammad Abidi Shaffie

Pada 7 Disember 2007 yang laluserombongan anggota Koperasi Tunas MudaSungai Ara Berhad (KTMSAB) ke negeriSelangor. Seramai 30 orang anggota yanghadir dalam lawatan ini bersama-sama pihakpengurusan sebagai urusetia, Ahli JawatanKuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasukPengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Rombongan bertolak jam 11 malam denganbas yang disewa khas oleh KTMSAB danselamat tiba di tempat penginapan MaktabKerjasama Malaysia (MKM) jam 5 pagikeesokan harinya. Lawatan yang pertamaadalah ke Koperasi Kakitangan MaktabKerjasama Malaysia (Koperasi MKM).

Penerangan telah diberikan oleh BendahariKoperasi MKM itu sendiri iaitu Encik HassanHaji Ahmad. Menurutnya lagi aktivitiKoperasi MKM banyak berlandaskanperniagaan cafeteria dan bakeri dankebanyakkan pelanggan mereka di sekitarSelangor serta kawasan MKM.

Anggota KTMSAB berpeluang melihat danmembeli belah hasil produk Koperasi MKMdi kedai dan kafeteria. Seterusnya rombonganKTMSAB ke Koperasi NECMAL di TelukPanglima Garang. Rombongan KTMSABtiba jam 10.30 pagi dan disambut denganmesra oleh tuan rumah. Taklimat diberikanoleh Encik Abu Bakar Buyong (AhliJawatanKuasa Koperasi NECMAL) mengenaiaktiviti koperasi tersebut. Ulasnya lagiKoperasi tersebut mempunyai 1750 anggotayang merupakan pekerja kilang NEC.Katanya lagi aktiviti utamanya adalah ‘trading’iaitu menjalankan perniagaan mini marketdan menguruskan kafetaria.

Dalam ucapan balas, Pengerusi KTMSAB,Rahim Osman berkata hasrat KTMSABadalah untuk mengembangkan lagi sayap

perniagaannyaselain dari bidangperumahan,kontraktorperumahan dan

juga pengurusanpembangunan hartanah.Ulasnya lagi KTMSAB perlumeniru atau mencontohikoperasi-koperasi lain yangberjaya dalam bidang‘trading’ danmemperbanyakkan lagikegiatan sosial kepadaanggota dan masyarakatsetempat.

Anggota KTMSAB juga mengambilkesempatan melawat ruang perniagaanKoperasi NECMAL yang mempamerkanbarangan runcit seperti barangan eletrik,barangan dapur dan lain-lain.Lawatan berakhir pada jam 2.50petang dengan makan tengahariserta layanan mesra daripada tuanrumah.

Seterusnya rombongan KTMSAB keKoperasi MARDI (KoMARDI) diSerdang yang mengambil masaperjalanan lebih 3 jam. Rombongan KTMSAB tiba jam 5.30 petang dandisambut dengan mesra oleh tuanrumah. Taklimat diberikan oleh EncikGhazali (Ahli JawatanKuasa KoperasiMARDI) mengenai aktiviti koperasitersebut. Katanya lagi KoMARDI tersebutditubuhkan pada 21 Oktober 1980 danmempunyai 2461 anggota. Aktiviti utamanyaadalah berlandaskan pertanian, penternakandan pembangunan halal. Di antaraperniagaan yang sedang berjalan adalahkedai barangan elektrik, perniagaanpembekalan pengguna, agen insuran danpelancungan, kilang memproses makanandan minuman. Disamping itu KoMARDI jugaterlibat dalam menyediakan perkhidmatanseperti khidmat perundingan pembiakanlembu Fidlot, penganjuran seminar, kursusdan latihan berteraskan pertanian danpenternakan.

Dalam ucapan balas, Pengerusi KTMSAB,Rahim Osman berkata terima kasih di ataslayanan yang diberikan. Katanya lagi hasratKTMSAB untuk memperkukuhkan lagi bidangperniagaannya dengan menceburi bidanglain dari bidang perumahan. Ulasnya lagitujuan KTMSAB adalah untuk melihat contoh-contoh Koperasi di negeri Selangor sepertiKoMARDI yang berjaya dalam bidangpenternakan seperti lembu Fidlot danperniagaan ‘trading’. Rombongan kemudiandibawa melihat kedai barangan eletrik dankilang membuat sirap cordial milik KoMARDI.

Kesemua lawatan tersebut berakhir pada

jam 6.45 petang. Disamping lawatan tersebutlahirnya kerjasama di antara koperasi-koperasiberkenaan. Pada masa akan datang lawatanjuga akan ke pantai timur yang akandirancang dan dilaksanakan bagipembangunan anggota dan KTMSAB dalammemperkukuhkan lagi sayapnya dalambidang perniagaannya.

>> M

uham

mad

Abi

di S

haffi

e

>> M

uham

mad

Abi

di S

haffi

e

>> M

uham

mad

Abi

di S

haffi

e

Page 2: BULETIN JILID 9 - tunas-muda.com · pengurusan sebagai urusetia, Ahli Jawatan Kuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. ... mesin ATM, anda boleh

>> oleh: Rozian Basah

IDB 724Keusahawanandalam Perniagaan Kek danBakeri

- Anggota Lembaga Koperasi- Pengurus Koperasi- Kakitangan Koperasi- Pengawai Agensi yangmenyelia koperasi

- Anggota koperasi & individuusahawan

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:-1. mengenal pasti teknik memproses serta

mengusahakan perniagaan kek danbakeri menggunakan teknologi/kaedahpemprosesan secara komersial.

2. pendedahan mengenai kawalan mutu,kebersihan dan sanitasi pengeluran kekdan bakeri.

3. memahami konsep pengurusan,perniagaan dan pemasaran kek danbakeri secara komersial.

4. membentuk cadangan perniagaan kekdan bakeri secara komersial.

28/1 -- 1/2/2008(5 hari)

IDB 727KeusahawananPengeluaran MakananSecara KomersialModul 1-Produk Mi danSoya

- Anggota Lembaga Koperasi- Pengurus Koperasi- Kakitangan Koperasi- Pegawai Agensi yang menyelia koperasi

- Anggota koperasi & Individu/usahawan

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:-1. mengenal pasti teknik memproses serta

mengusahakan perniagaan mi, taufu-fahdan minuman soya.

2. pendedahan mengenai kawalan mutu,kebersihan dan sanitasi.

3. memahami konsep pengurusan,perniagaan dan pemasaran dalammembentuk cadangan perniagaan mi,taufu-fah dan minuman soya secarakomersial.

25/2 -- 29/2/2008(5 hari)

KOD/NAMA KURSUS SASARAN OBJEKTIF KURSUS TARIKH/TEMPOH KURSUS

IDC 801Bengkel Membina Jati diriPemimpin

- Anggota Lembaga Koperasi- Jawatankuasa Audit Dalaman- AJK Kecil Koperasi- Kakitangan Koperasi- Anggota Koperasi- Usahawan/Individu

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:-1. mengenal pasti elemen-elemen jati diri

pemimpin2. membina kemahiran kepimpinan3. memahami komunikasi kepimpinan

10/3 -- 12/3/2008(3 hari)

IDC 321Perundangan Koperasi danAplikasi

- Anggota Lembaga Koperasi- Jawatankuasa Audit DalamanKoperasi

- Kakitangan Kanan Koperasi- Pegawai Agensi yangmenyelia koperasi

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:-1. mentafsir peruntukan undang-undang

koperasi2. mengenal pasti peruntukan undang-

undang yang berkaitan dalampengurusan koperasi

24/3 -- 27/3/2008(4 hari)

IDB 211Kemahiran PengucapanAwam

- Anggota Lembaga Koperasi- AJK Perhubungan Negeri/Daerah- Ahli Jawatankuasa Kecil Koperasi- Pengurus & Kakitangan Pengurusan Koperasi- Pegawai Agensi yang menyeliakoperasi

- Anggota Koperasi &Individu/ usahawan

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat1. meningkatkan kemahiran dan

menyampaikan pengucapan awamdengan lebih berkesan.

24/3 -- 27/3/2008(4 hari)

Anggota yang berminat untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh MKM, sila hubungi Encik Yusoff untuk keterangan lanjut di talian 04-643 8515

Page 3: BULETIN JILID 9 - tunas-muda.com · pengurusan sebagai urusetia, Ahli Jawatan Kuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. ... mesin ATM, anda boleh

>> oleh: Aziz Mamat

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untukmengeluarkan wang akaun anda daripadamesin ATM, anda boleh meminta bantuan carasenyap dengan memasukkan no Pin andaadalah 123456, jadi anda harusmemasukkan nombor 654321. Mesin ATMakan mengenalpasti nombor tersebut adalahnombor yang diterbalikkan daripada nomboryang sebenarnya melalui kad anda yangdimasukkan kedalam mesin tersebut. MesinATM akan tetap mengeluarkan wang tunaiseperti biasa, tapi apa yg kita tidak diketahui,pihak Bank dengan segera akan menghantarpihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkaraini pernah disiarkan di TV baru-baru ini danianya menyatakan kaedah ini jarang digunadisebabkan ramai orang tidak mengetahuiakan kewujudkan sistem yang seumpanya ini.

PEMBEKAL KEROPOK LEKOR/LOSONG

Pembekal keropok lekor/losong dengan harga

lekor RM2.80 / sebatang, harga losong RM7.00

(sekilo)

Sila hubungi Encik Ghazali Bin Mat Hussain

di talian 013-417 4118 / 019-5444 300

untuk tempahan.

>> oleh: Amirul Fadzly Sahran

>> oleh: Rozian Basah

Ramai dikalangan kita menghadapi masalah penyakit kencing manis tidak kira tuaatau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanyamanis-manis belaka. Petua ini dapat kita kongsi bersama-sama menghilangkankencing manis. Caranya mudah sahaja, dapatkan ubi kentang biasa rebus (tanpagaram atau bakar menggunakan (oven) apabila dah kira cukup masak hidangkanuntuk dimakan (sebelum tidur atau makan sebelah malam atau pun sebelah pagi).Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manisdan masin berlebihan yang ada di dalam badan. Contohnya apabila masakanseperti kari terlalu masin, ubi kentang dimasukkan ke dalam kari tadi dan hasilnyasegala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut. Jika petua ini diamalkanselama 2 atau 3 minggu anda akan dapat perbezaan sekiranya andamenghadapi kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagaipencegahan awal.

>> oleh: Rozian Basah

Page 4: BULETIN JILID 9 - tunas-muda.com · pengurusan sebagai urusetia, Ahli Jawatan Kuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. ... mesin ATM, anda boleh
Page 5: BULETIN JILID 9 - tunas-muda.com · pengurusan sebagai urusetia, Ahli Jawatan Kuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. ... mesin ATM, anda boleh

>> oleh: Amirul Fadzly Sahran

>> oleh: Amirul Fadzly Sahran

AL-FATIHAH / TAKZIAH

*Anggotayang belum memberigambar untuk

dimasukkan ke dalamsistem, diminta berbuat

demikian dengan secepatmungkin.

* Anggota yang belummemberi nombor akaun bankuntuk kemasukan dividen,

diminta berbuat demikiandengan kadar segera.

>> oleh: Amirul Fadzly Sahran$$>> oleh: Amirul Fadzly Sahran

Perlindungan Insuran Untuk AnggotaKoperasi Tunas Muda Sungai AraBerhad

Mulai 1 Januari 2008, anggota koperasi yangberumur 65 tahun kebawah layak untuk mendapatperlindungan insuran dibawah pelan takaful rawatberkelompok. Surat KTM 006/AA/2007 (26)bertarikh 24 Disember 2007 adalah berkaitan.Bayaran deposit kemasukan ke wad dikenakanadalah seperti berikut:- Hospital Pantai Mutiara RM200.00- Hospital Lam Wah Ee RM300.00- Hospital Adventist RM300.00- Hospital Gleneagles (GMC) RM300.00- Hospital Loh Guan Lye RM300.00Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Norshidah/Cik Sazwani ditalian 04-6438515

>> oleh: Amirul Fadzly Sahran

Page 6: BULETIN JILID 9 - tunas-muda.com · pengurusan sebagai urusetia, Ahli Jawatan Kuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. ... mesin ATM, anda boleh
Page 7: BULETIN JILID 9 - tunas-muda.com · pengurusan sebagai urusetia, Ahli Jawatan Kuasa Kecil dan Pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. ... mesin ATM, anda boleh