buku spm

Upload: failin2872

Post on 07-Jul-2015

2.114 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN Pengajian Pasca SPM merupakan antara peringkat pengajian yang paling kritikal sebelum seseorang pelajar, menceburi bidang kerjaya. Kegagalan memahami dan memanfaat segenap peluang yang ada di peringkat ini mungkin akan menjejaskan peluang individu untuk memiliki kerjaya yang terbaik. Buku ini disediakan untuk mengambil langkah proaktif bagi membantu golongan pelajar khususnya lepasan SPM dalam memahami bentuk-bentuk peluang yang ditawarkan di peringkat ini. Buku ini disediakan adalah memastikan tidak berlaku sebarang bentuk keciciran pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Jika ini mampu dilaksanakan, maka peningkatan taraf sosioekonomi di kalangan pelajar mampu dicapai. Dengan ini diharapkan dapat mengurangkan masalah-masalah sosial pelajar yang sedikit sebanyak disebabkan jumlah keciciran pelajaran peringkat Pasca SPM di kalangan pelajar khususnya pelajar Melayu Islam. Buku panduan lepasan SPM ini akan memberi panduan bagi para pelajar yang masih belum jelas tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Jika anda masih tercari-cari menara gading pilihan anda,apakata,fahami sejenak faktor berikut. Secara amnya anda perlu: 1-MEMPUNYAI CITA-CITA YANG JELAS Dengan cita-cita anda akan menentukan hala tuju perjalanan anda untuk meneruskan pengajian. Katakan anda mahu menjadi seorang guru. Terdapat dua pilihan. Ke maktab/institut atau ke universiti? Dua-dua mempunyai kelebihan masing-masing. Contohnya,jika anda lulusan maktab anda akan mengajar di sekolah rendah sahaja, manakala jika anda berkelulusan universiti,anda berpeluang untuk mengajar di sekolah menengah.Tetapi lulusan maktab confirm ada kerja,lulusan Universiti belum tentu.Jika anda ingin menjadi seorang jurutera,agak-agaknya sesuai tak jika anda memohon Kolej Kejururawatan Alor Setar? Tentu tidak bukan. Buat sesuatu perkerjaan yang anda minat. Maksudnya,pilihlah minat anda dalam menentukan pekerjaan anda kelak. Banyak keburukan dalam jangka masa panjang jika kita tidak mempunyai minat dalam sesuatu yang kita lakukan. Keburukannya ialah kita

akan tertekan dengan kerjaya tersebut dan ini boleh menyebabkan kita melakukan kerja dengan tidak ikhlas. Hasilnya pun akan tidak memuaskan hati. Tetapi minat itu boleh dipupuk. Minatilah profesion kerjaya pilihan anda,nescaya anda akan suka suatu hari nanti. 2-KEPUTUSAN SPM ANDA Jika anda mendapat straight A, saya yakin pihak terbabit akan memproses borang permohonan anda dahulu.Anda akan mudah mendapat tempat di mana-mana kemasukan untuk lepasan SPM. Tetapi,ingat bukan anda seorang sahaja yang mendapat keputusan yang cemerlang. Beribu lagi calon mendapat keputusan yang sama dengan awak. Jadi persaingan untuk mendapat tempat di Universiti atau overseas adalah tinggi juga. Jangan terlalu overconfindent yang anda akan berjaya diterima masuk hanya berdasarkan slip SPM anda. Katakan keputusan anda tidak sebagus yang diharapkan,A subjek itu manakala subjek ini B. C pun ada.Untuk mendapat tempat di salah satu pengajian tinggi,anda perlu memilih bidang yang sama dengan subjek yang anda dapat A. Katakan anda A semua subjek sains. Mohonlah ke bahagian biologi, fizik atau kimia mengikut kursus yang ditawarkan. Jangan pula anda mengisi borang permohonan untuk ke kursus pengajian syariah Islam pula.Kan tidak kena tu. 3-KEWANGAN Keluarga anda dari golongan orang yang susah dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung yuran pengajian anda. Jadi,anda janganlah demand nak ke IPTS atau hendak ke kolej swasta yang ada artis. Mahal tu. Anda kena fahami masalah ini,dan berbincang dengan keluarga. Seboleh-bolehnya, anda perlu ke pusat pengajian yang yuran pengajian adalah rendah dan milik awam. Selain itu,ada juga pusat pengajian yang memberi elaun kepada pelajarnya. Saya rasa anda juga tahu bukan? Di pusat pengajian ini anda dibayar sejumlah wang setiap bulan oleh pihak kerajaan. Antaranya maktab perguruan sebanyak RM500 sebulan,Institut Latihan Industri RM100 sebulan,UPNM sebanyak RM1100 sebulan,matrikulasi sejumlah RM1250 satu semester dan tajaan syarikat atau badan berkanun akan memberi pelajar tajaan masing-masing mengikut kontrak yang telah ditetapkan.

4-KESIHATAN DAN GENDER Faktor kesihatan juga memainkan peranan yang besar bagi menentukan hala tuju anda. Katakan anda mempunyai penyakit asma dan rabun,mengapa masih ingin membuang masa menghadirkan diri ke temuduga cadet pilot Malaysian Airlines System? Jika anda seorang yang tempang,rasanya pekerjaan tentera tidak sesuai dengan anda.Sesetengah universiti memerlukan anda menyelitkan data kesihatan diri anda sekiranya anda ingin memohon sesuatu bidang. Walaupun pada masa kini tiada lagi perbezaan jantina di mana bidang yang sepatutnya dikuasai wanita telah dimonopoli oleh lelaki,begitu juga bidang yang sepatutnya lelaki,ada juga terselit wanita bersama.Walaupun begitu ada juga sesetengah pegurusan yang hanya menerima calon lelaki sahaja untuk mendapat tajaan mereka. Tambahan lagi,faktor jantina mempengaruhi kelayakan anda untuk bekerja di masa hadapan setelah anda tamat course yang anda ambil. Setelah anda graduate,anda (seorang lelaki) memohon jawatan setiausaha syarikat ABC. Ada lagi seorang calon B(wanita-cun) juga memohon jawatan yang sama. Selain kelayakan,bukankah faktor gender mempengaruhi keputusannya nanti. 5-KEMAHIRAN VS SIJIL Jenis apakah diri anda yang sebenarnya? Semasa bersekolah dahulu anda seorang yang suka menghafal dan mudah memahami teori atau anda seorang pelajr yang gembira apabila kelas amali,anda perform dalam melakukan sesuatu ujikaji dan menguji kemahiran anda? err,faham ke? Anda seorang yang sangat mudah menghafal dan minat belajar atas buku sahaja.Dan anda memang skor kertas 1 dan kertas 2 subjek sains(teori). Oleh yang demikian itu,course sebegini mungkin sesuai bagi awak;Undang-undang,Sejarah,persuratan dan pengurusan. Bagi orang yang minat praktikal,banyak penawaran dalam bidang sebegini;Kimpalan,automotif,jurutera,dan jentera mesin. Sebenarnya,kemahiran dan sijil perakuan ijazah/diploma adalah sama penting. Kebanyakan syarikat memilih calon berdasarkan tiga kriteria;kelayakan,kemahiran dan juga bahasa. Banyak juga pusat pengajian yang mementingkan pengkhususan dalam sesuatu kemahiran seperti Akademi Binaan Malaysia,Institut Kemahiran Mara,Politeknik

dan Institut Latihan Industri. Pusat pengajian ini juga menawarkan diploma/ijazah kepada pemohon dan telah diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Suruhanjaya Akreditasi Malaysia. 6-PENAWARAN DAN PELUANG DI MASA HADAPAN Anda juga perlu bijak menganalisis jangka masa pengajian anda dan juga pasaran tempatan/luar negara. Pengiraan mudah seperti begini,pada zaman 1999,kerajaan melancarkan kempen celik IT di kalangan rakyat. Ramai pelajar jurusan IT mendapat peluang pekerjaan dan ini mempengaruhi calon lain untuk mengambil bidang yang sama. Hasilnya,pasaran menjadi tepu dan ramai lepasan IT menjadi penganggur. Kemudian keluar pula khabar menyatakan kekurangan lelaki dalam beberapa sektor seperti kejururawatan,pendidikan,dan sektor awam. Hasilnya,ramai pelajar lelaki memohon untuk memasuki bidang berkaitan. Anda jangan malakukan seperti di atas. Anda perlu analisis dengan bijak. Fikirkan dan fikirkan. Katakan sebagai contoh,program ijazah mengambil masa 5 tahun,apakah dalam 5 tahun lagi ada peluang pekerjaan untukku? bagaimana dengan persaingan? bagaimana dengan kelayakan minimum? anda perlu bijak memilih bidang anda. Bidang-bidang yang semakin berkembang dan penawaran pasti wujud adalah business,kejuruteraan,komunikasi,dan perhubungan. Bidang tidak berkembang tetapi ada kerja adalah seperti pendidikan,perubatan,undang-undang,dan ketenteraan/polis 6 faktor diatas banyak mempengaruhi calon lepasan spm untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Anda perlu bijak memilih agar tidak menyesal di kemudian hari. Bertanya orang yang berpengalaman adalah kaedah terbaik bagi mendalami minat anda dan mencari tempat pengajian tinggi anda yang seterusnya.

HALA TUJU ANDA SELEPAS SPM? Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan yang tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini mengenai pilihan destinasi selepas SPM. 1. UNIVERSITI Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU (http://upu.mohe.gov.my/upu.php) lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Universiti Malaya - Universiti terbaik di Malaysia 2. KOLEJ MATRIKULASI Sekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih boleh membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan atau Teknikal. Sama saja dengan asasi. Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda. 3. LUAR NEGARA Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia. 4. POLITEKNIK Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di politeknik-politeknik di seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan. Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma.

Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. 5. KOLEJ-KOLEJ Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Seperti Kolej Mahsa ke, Masterskill ke. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja. Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang tawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak. 6. TINGKATAN 6 Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran. Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajarpelajar lepasan diploma dan matrikulasi. 7. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) Ramai yang tak tahu kewujudan website SPA (http://www.spa.gov.my/) dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ni. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan.

8. ALAM DAN KTU Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan Kolej Tentera Udara (KTU) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------148,500 TEMPAT UNTUK LEPASAN SPM DI IPTA TAHUN INI KUALA TERENGGANU: Program peringkat diploma yang sebelum ini dilihat sebagai pilihan kedua atau ketiga akan diperkasakan supaya menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian merancang mengarusperdanakan program pengajian diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara bagi melahirkan modal insan berkualiti. Berikutan itu, katanya, tempoh pengajian program diploma akan dipendekkan tidak melebihi dua setengah tahun berbanding tiga tahun ketika ini, selain menggalakkan pelajar mengikuti diploma di Politeknik yang menawarkan yuran pengajian jauh lebih rendah iaitu anggaran RM400 setahun, berbanding hampir RM1,000 setahun di universiti awam. Kementerian mahu pelajar lepasan SPM tidak hanya bertumpu kepada program matrikulasi dan asasi sains, tetapi juga menjadikan program diploma sebagai pilihan utama mereka. Kementerian akan berusaha memartabatkan diploma menerusi pengiktirafan badan profesional dalam dan luar negara, manakala graduannya diiktiraf pada peringkat antarabangsa, katanya pada sidang media selepas perasmian Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U kali ketujuh di Pusat Dagangan Terengganu di sini, semalam. Karnival dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Beliau turut mengumumkan 148,500 tempat untuk kemasukan lepasan SPM atau setaraf di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini. Daripada jumlah itu, 14,000 tempat untuk program asasi di IPTA, diploma IPTA (34,000), diploma politeknik

(51,000), sijil di kolej komuniti (11,000) serta sijil di institut latihan kemahiran awam (ILKA) sebanyak 38,500. Katanya, jumlah itu daripada 469,500 tempat secara keseluruhan yang disediakan, selain di IPT swasta (IPTS) dan peluang pendidikan lanjutan lain seperti Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Kementerian Pelajaran serta Program Persediaan ke Luar Negara secara tajaan. Mohamed Khaled berkata, kementerian juga sedang mengkaji beberapa cadangan pelaksanaan bersesuaian, termasuk menambah program diploma yang baru di IPTA dan politeknik. Program diploma menawarkan fleksibiliti kepada pelajar kerana selepas menamatkan pengajian, mereka mempunyai pilihan sama ada menyambung ke peringkat lebih tinggi atau terus bekerja. Pelajar yang mempunyai diploma juga ada kelebihan kerana mereka diberi laluan khas untuk menyambung pengajian di universiti teknikal (MTUN), katanya. Katanya, langkah memperkasakan program diploma juga dapat menyediakan graduan berkelayakan untuk memenuhi program kemahiran dan teknikal di universiti teknikal serta meluaskan kebolehpasaran graduan diploma kemahiran dan teknikal selaras matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Karnival Jom Masuk U tahun ini untuk pertama kalinya menawarkan program sijil dan sijil lanjutan. Ini berikutan Kementerian Pengajian Tinggi sudah diberi mandat untuk mengendalikan Pusat Pengambilan Setempat bagi program sijil dan sijil lanjutan, di samping diploma dan diploma lanjutan yang ditawarkan 27 Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau TEVT serta ILKA, katanya. Sumber: Berita Harian

LEBIH 200,000 TEMPAT DI IPT UNTUK SESI 2011/2012KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta tempatan menyediakan lebih 200,000 tempat untuk pelajar bagi kemasukan sesi akademik 2011/2012, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri, Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ia adalah bagi pengajian di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah. Beliau berkata, selain itu 100,500 tempat disediakan bagi pengambilan tahun 2011 kepada pelajar yang akan mengikuti kursus dalam bidang teknikal, latihan vokasional dan kemahiran di 27 buah politeknik dan 323 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Katanya, agenda utama kerajaan adalah untuk memartabatkan pendidikan dalam negara dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan buat semua. Dengan adanya peluang pendidikan tinggi yang tersedia di IPT awam dan swasta, serta latihan teknikal dan vokasional dalam negara, saya percaya pelajar mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti kursus yang diminati dan seterusnya memenuhi impian yang terpendam sejak sekian lama, katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Kali ke-7, Jom Masuk U Tahun 2011 di The Mines International Exhibition Centre, Seri Kembangan di sini hari ini. Karnival dua hari anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia itu adalah satu program untuk memberi maklumat terperinci kepada pelajar mengenai kursus yang ditawarkan di institusi pendidikan tempatan serta prospek kerjaya sesuatu bidang pengajian yang dipilih. Apa yang perlu diketahui oleh pelajar adalah maklumat terperinci mengenai kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan yang ditetapkan dan peluang kerjaya yang tersedia kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang ditawarkan, katanya.

Muhyiddin berkata, ketika ini terdapat lebih 580,000 orang mahasiswa sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara. Katanya, matlamat kerajaan adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti di peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah dan dengan ini akan dapat menyediakan pelajar untuk menempa kejayaan yang lebih cemerlang di universiti. Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan berjaya meningkatkan enrolmen pra-sekolah kepada 72.4 peratus. Beliau berkata, selain itu 85 peratus murid sekolah rendah berjaya menguasai literasi dan 91 peratus menguasai numerasi, 43 sekolah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi dan 586 atau 7.6 peratus guru besar menerima ganjaran di bawah Baiah atau New Deal bagi pemimpin sekolah. Katanya, negara juga berada pada landasan yang betul dalam usaha melonjakkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa apabila 212 program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA tempatan mendapat pengiktirafan oleh badan profesional antarabangsa. Muhyiddin berkata, di samping itu IPTA dalam negara juga berjaya menarik minat tenaga akademik luar negara untuk berkhidmat di Malaysia, di mana 7.5 peratus daripada jumlah petugas akademik IPTA ketika ini adalah daripada kalangan petugas akademik antarabangsa, dan ini sekaligus membuktikan bahawa pendidikan tinggi dalam negara adalah bertaraf dunia. Beliau berkata, terdapat 86,919 orang pelajar antarabangsa dari lebih 150 buah negara sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan sehingga Disember 2010 dan ia adalah kayu ukur kejayaan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa. Timbalan Perdana Menteri seterusnya menggesa agar usaha berterusan bagi memantapkan kedudukan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa ditingkatkan. Katanya, ini termasuk dengan menarik lebih ramai

pelajar antarabangsa untuk membuat penyelidikan di IPT tempatan, khususnya di lima universiti penyelidikan dalam negara. BERNAMA Sumber: Berita Harian Online

Bulan April dan Mei adalah bulan yang agak sibuk dan kritikal terutamanya kepada semula pelajar lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan diploma dan lepasan Matrikulasi. Ini kerana kesemua lepasan pelajar berpusu-pusu untuk menghadiri pelbagai temuduga dan menyemak status permohonan untuk menyambung pengajian. Berikut adalah senarai tarikh-tarikh penting yang boleh dijadikan rujukan untuk semakan status permohonan dan temuduga bagi UPU, IPTA 2011, KPLSPM 2011, Matrikulasi 2011, Politeknik dan Tingkatan 6 bagi tahun 2011. UPU Lepasan SPM

Semakan Temuduga (jika ada) :11 April 2011 Rujukan: UTM, UiTM, UPSI, UPNM

Temuduga : 14 18 April 2011 Keputusan Permohonan : Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my Penerimaan Tawaran : Mei 2011 IPTA Pendaftaran Pelajar Baru: 1 Jun 2011

UPU Lepasan STPM & Setaraf Bukan Pendidikan

Semakan Temuduga: 22- 24 April 2011 Rujukan: UPNM, UiTM, UIAM, UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM

Temuduga: 25 April- 5 Mei 2011 Keputusan Permohonan: Jun 2011 upu.mohe.gov.my Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011

UPU Lepasan STPM & Setaraf Pendidikan

Semakan Ujian MEdSI: 22 April 2011 Rujukan: mpm.edu.my

Ujian MEdSI: 30 April 2011 Semakan Temuduga: 13 Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my Temuduga 18 25 Mei 2011 Keputusan Permohonan Jun 2011 Pendaftaran Pelajar Baru 3 & 4 September 2011

USM (Universiti Sains Malaysia)

Semakan Ujian MUnSyI: 24 Mac 2011 pohon.usm.my Ujian MUnSyI: 9 April 2011 Semakan Temuduga: 20 April 2011 Temuduga: 23 29 April 2011 Keputusan Permohonan: Mei 2011 Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011

MATRIKULASI

Keputusan Permohonan: 28 April 2011 moe.gov.my Pendaftaran Pelajar Baru: 23 Mei 2011 Keputusan Rayuan dan Ambilan Kedua: Mei 2011 Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan dan Ambilan Kedua) : Jun 2011

KPLSPM 2011

Semakan Temuduga: 12 April 2011 moe.gov.my Temuduga & Ujian Insak : 18 29 April 2011 Semakan Temuduga(Ambilan Khas): 25 April 2011 Temuduga & Ujian Insak: 2- 5 Mei 2011 Keputusan Permohonan : 21 Mei 2011

Pendaftaran Pelajar Baru: 20 Jun 2011

POLITEKNIK

Semakan Panggilan Temuduga: 8 & 13 April 2011 politeknik.edu.my Temuduga: 11 25 April 2011 Ujian Bertulis: 17 25 April 2011 Keputusan Permohonan (Tanpa Bertemuduga): 22 Mei 2011 Keputusan Permohonan (Bertemuduga): 30 Mei 2011 Pendaftaran Pelajar Baru: 3 Julai 2011

PILN JPA

Semakan Temuduga: 8 16 April 2011 Rujukan: esilav2.jpa.gov.my Temuduga: 12 15 April 2011 Keputusan Temuduga: Mei 2011 Program Perdedahan Kerjaya Seorang Doktor: 10 12 Mei 2011 Keputusan Rayuan: Jun 2011 Pendaftaran Pelajar Baru: Jun/Julai/Ogos 2011

PILN MARA

Semakan Temuduga: 14 April 2011 Rujukan: mara.gov.my

TINGKATAN 6

Semakan Tawaran ke Tingkatan: 6-9 Mei 2011 moe.gov.my Pendaftaran Pelajar Baru: Mei 2011 Permohonan Pertukaran Jurusan: Mei 2011 Pengetua Sekolah Tarikh Tutup Rayuan: Jun 2011 Pengetua Sekolah

PILIHAN : KEMASUKAN KE IPTA (ASASI, MATRIKULASI IPTA ATAU DIPLOMA) Borang UPU merupakan platform bagi pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM/setaraf* untuk memohon melanjutkan pelajaran di IPTA *Setaraf = Matrikulasi/Diploma/STAM 2.1 Program Yang Ditawarkan Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut: 2.1.1 Lepasan SPM Program ASASI (UM, UiTM, UIAM) Matrikulasi IPTA (UM, UIAM, UiTM, UPM) Diploma di IPTA-IPTA utama 2.2 Syarat Kelayakan 2.2.1 Lepasan SPM Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut : Warganegara Malaysia dan Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurangkurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu. Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja: Semua program Asasi di UIAM; Semua program Asasi Sains di UM; dan Semua program Asasi di UiTM;

PILIHAN: KOLEJ KOMUNITI (PERINGKAT SIJIL) Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta program jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat. 4.1 Program Yang Ditawarkan 4.1.1 Senarai Kursus yang ditawarkan V01 - SIJIL MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI) (SAN) V02 - SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN BERSEPADU (STB) V03 - SIJIL AUTOMOTIF (SAU) V04 - SIJIL PELUKIS PELAN SENI BINA (SPS) V05 - SIJIL PENYENGGARAAN BANGUNAN (SBM) V06 - SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (PEMASANGAN DAN PERKHIDMATAN) (STE) V07 - SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN (SKS) V08 - SIJIL HOTEL & KATERING (SHK) V09 - SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN (SFP) V10 - SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN (SPK) V11 - SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN (STP) V12 - SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (STM) V13 - SIJIL PERAKAUNAN PERNIAGAAN (SPP) V14 - SIJIL MULTIMEDIA KREATIF (PENGIKLANAN) (SMP) V15 - SIJIL PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA (SPU) V16 - SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN (SPL) V17 - SIJIL REKABENTUK DALAMAN (SRD) V18 - SIJIL LANSKAP DAN PENGURUSAN NURSERI (SLP) V19 - SIJIL KECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT (SKD) V20 - SIJIL BAKERI DAN KONFEKSIONARI (SBK) V21 - SIJIL INDUSTRI SERAMIK (SIS) V22 SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN PERABOT (SFM)

KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SELARAS DENGAN PENGREDAN BARU SPM OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULAI SESI AKADEMIK 2010/2011

DASAR PENENTUAN ALIRAN 1. Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu : Aliran Sains Aliran Sastera Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut : ALIRAN SAINS Matematik Matematik Tambahan Fizik Kimia Biologi atau mata pelajaran berikut : Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan ALIRAN SASTERA Bahasa Malaysia Matematik Sains Sejarah Pengajian Islam / Pendidikan AlQuran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

2.

PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MERIT 3. 4. Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%). Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut : GRED DAHULU (Sebelum 2010) 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G 5. SEKARANG (Mulai 2010) A+ A AB+ B C+ C D E G NILAI 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0

Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut : i. ii. 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama. 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

ALIRAN SAINS 6. 6.1 Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut : 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:i. Matematik ii. Matematik Tambahan iii. Fizik iv. Kimia v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi

/Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan Dan 6.2 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil ALIRAN SASTERA 7. 7.1 Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut : 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :a. b. c. d. a. Bahasa Melayu Matematik Sains Sejarah Pendidikan Islam / Pendidikan AlQuran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;

Dan 7.2 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

CONTOH PENGIRAAN 8. 8.1 Contoh Pengiraan Merit Aliran Sains Calon Aliran Sains Mengambil 9 Mata Pelajaran Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Sejarah Matematik Matematik Tambahan Fizik Kimia Biologi Gred A+ A+ A+ A+ A+ A AA A-

8.2

Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sains) Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Mata Pelajaran Matematik Matematik Tambahan Fizik Kimia Biologi JUMLAH Gred A+ A AA ANilai (Markah) 18 16 14 16 14 78

8.3

Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM Lain Yang Diambil (Aliran Sains) Bil. 1. 2. 3. Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Islam JUMLAH Gred A+ A+ A+ Nilai (Markah) 18 18 18 54

8.4

Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik Markah MP Utama Aliran Markah MP Terbaik = = 78 x 90 = 78 90 54 x 30 = 30 54 120 = (78 + 30) x 90 120 = 81

Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90

9. 9.1

Contoh Pengiraan Merit Aliran Sastera Calon Aliran Sastera Mengambil 9 Mata Pelajaran Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Moral Sejarah Matematik Sains Perdagangan Ekonomi Asas Ekonomi Rumah Tangga Gred A+ A+ B+ C+ B B C+ C A

9.2

Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sastera) Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Mata Pelajaran Bahasa Melayu Matematik Sains Sejarah Pengetahuan Moral JUMLAH Gred A+ B B C+ B+ Nilai (Markah) 18 10 10 8 12 58

9.3

Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM Lain Yang Diambil (Aliran Sastera) Bil. 1. 2. 3. Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Ekonomi Rumah Tangga Perdagangan JUMLAH Gred A+ A C+ Nilai (Markah) 18 16 8 42

9.4

Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik Markah MP Utama Aliran Markah MP Terbaik = = 58 x 90 = 58 90

42 x 30 = 23.3 54

Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90 120 = (58 + 23.3) x 90 120 = 60.9 10. PENYEDIAAN SUSUNAN MERIT

10.1 Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%). i. ii. iii. iv. Jika masih tie jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ; Jika masih tie jumlah markah akademik diambil kira ; Jika masih tie jumlah markah kokurikulum diambil kira ; Jika masih tie jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ; 10.2. Gred A+ dijadikan indikator pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1. 10.3 Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan indikator penyusunan merit calon jika berlaku `tie.Nota : MP = Mata Pelajaran

Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi 4 November 2009

PERMOHONAN

KEMASUKAN

KE

POLITEKNIK

KEMENTERIAN

PENGAJIAN TINGGISYARAT MINIMUM KELAYAKAN MASUK BAGI LULUSAN SPM SYARAT UMUM 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) atau yang setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:

Lulus Bahasa Melayu Lulus Matematik/ Matematik Tambahan

SYARAT KHUSUS 1. Lulus Bahasa Inggeris 2. Mendapat 5 kepujian termasuk 1 mata pelajaran dari mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional SYARATKEMASUKAN BAGI PEMOHON LULUSAN LUAR NEGARA SETARA SPM 1. Syarat kemasukan bagi lulusan sijil luar negara setara SPM merujuk kepada syarat kemasukan bagi program sijil atau diploma untuk lulusan SPM. 2. Pelajar mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik KPT untuk layak dianugerahkan sijil atau diploma KAEDAH PERMOHONAN Permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi adalah secara on-line (internet) sepenuhnya melalui laman web www.politeknik.edu.my.

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN Pemohon yang berjaya MESTILAH mencetak SURAT TAWARAN dan SURAT

PENERIMAAN (BJT-SPPoli) melalui laman web dan memberikan maklum balas segera. SURAT TAWARAN RASMI akan hanya DIPOSKAN kepada pemohon yang berjaya selepas menerima maklumbalas melalui SURAT PENERIMAAN (BJT-SPPoli) dan salinan dokumen berkaitan telah disahkan. TEMPOH PENGAJIAN Diploma : Enam Semester PEMBIAYAAN PENDIDIKAN Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) boleh memohon pinjaman/biasiswa dari PTPTN, JPA, Badan-badan berkanun meliputi Agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri dan syarikat awasta YURAN Yuran Pengajian: RM200 setiap semester RM60 setiap semester (hanya kepada pelajar yang ditawar penginapan) Yuran Pendaftaran: Ditetapkan oleh Politeknik berkenaan (maksimum RM600) Bagi semua pelajar lepasan SPM 2010 yang baru mendapat keputusan 23/3/2011 yang lalu, anda sudah pasti masih berkira-kira ke manakah hala tuju anda selepas ini. Anda mempunyai beberapa pilihan antaranya Bahagian Matrikulasi, Diploma atau Asasi di IPTA, Diploma ataupun Sijil di Politeknik ataupun melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di pelbagai IPTS seluruh negara. Terdapat beberapa program utama yang boleh anda pilih di seluruh Politeknik Malaysia antaranya Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Teknologi Makanan, Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Perdagangan, Penyenggaraan Pesawat, Sains Kesetiausahaan dan Hospitaliti. Setiap program tersebut mempunyai syarat minimun yang tersendiri. Anda boleh lihat syarat minimum kelayakan masuk ke Politeknik sesi 2011.

KELAYAKAN PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIAPROGRAM :KEJURUTERAAN / TEKNOLOGI MAKLUMAT / TEKNOLOGI MAKANAN 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus SPM serta memenuhi syarat minimum berikut: a. Lulus Bahasa Melayu b. Lulus Bahasa Inggeris c. Mendapat LIMA (5) Kepujian berikut: . Matematik atau Matematik Tambahan . SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional / Sastera Ikhtisas . TIGA (3) mata pelajaran lain. PROGRAM : REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus SPM serta memenuhi syarat minimum berikut: a. Lulus Bahasa Melayu b. Lulus Bahasa Inggeris c. Lulus Matematik/Matematik Tambahan d. Mendapat TIGA (3) Kepujian termasuk SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional / Sastera Ikhtisas dan DUA (2) mata pelajaran yang lain. PROGRAM : PERDAGANGAN 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus SPM serta memenuhi syarat minimum berikut: a. Lulus Bahasa Melayu b. Lulus Bahasa Inggeris c. Mendapat LIMA (5) Kepujian berikut: . Matematik atau Matematik Tambahan . SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional / Sastera Ikhtisas . TIGA (3) mata pelajaran lain.

PROGRAM : PENYENGGARAAN PESAWAT 1. Warganegara Malaysia 2. 2 Lulus SPM serta mendapat ENAM (6) kepujian bagi mata pelajaran berikut: a. Bahasa Melayu b. Bahasa Inggeris c. Matematik/Matematik Tambahan d. Fizik/Sains e. DUA (2) mata pelajaran lain PROGRAM : SAINS KESETIAUSAHAAN 1. Warganegara Malaysia 2. 2 Lulus SPM serta mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran berikut: a. Bahasa Melayu b. Bahasa Inggeris c. SATU (1) mata pelajaran lain PROGRAM : HOSPITALITI 1. Warganegara Malaysia 2. 2 Lulus SPM serta memenuhi syarat minimum berikut: a. Lulus Bahasa Melayu b. Lulus Matematik / Matematik Tambahan c. Mendapat TIGA (3) Kepujian berikut: . Bahasa Inggeris . DUA (2) mata pelajaran lain. KELAYAKAN MASUK BAGI PEMOHON LULUSAN LUAR NEGARA SETARA SPM 1. Kelayakan masuk bagi lulusan sijil luar negara setara SPM merujuk kepada kelayakan masuk ke program diploma untuk lulusan SPM. 2. Pemohon mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik KPT untuk layak dianugerahkan diploma. Berikut adalah senarai penuh Politeknik seluruh Malaysia dan website rasmi Politeknik tersebut:

1. Politeknik Ungku Omar (PUO) Ipoh, Perak 2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (PoliSAS) Kuantan, Pahang 3. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PoliMAS) Jitra, Kedah 4. Politeknik Kota Bharu (PKB) Ketereh, Kelantan 5. Politeknik Kuching (PKS) Kuching, Sarawak 6. Politeknik Port Dickson (PPD) Sri Rusa, Negeri Sembilan 7. Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Kota Kinabalu, Sabah 8. Politeknik Melaka (PMK) Balai Panjang, Melaka 9. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam, Selangor 10. Politeknik Kuala Terengganu (PKT) Kuala Terengganu, Terengganu 11. Politeknik Johor Bahru (PJB) Pasir Gudang, Johor 12. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun, Terengganu 13. Politeknik Seberang Perai (PSP) Permatang Pauh, Pulau Pinang 14. Politeknik Merlimau (PMM) Merlimau, Melaka 15. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang, Perak 16. Politeknik Muadzam Shah (PMS) Muadzam Shah, Pahang 17. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim, Kedah 18. Politeknik Mukah (PMU) Mukah, Sarawak 19. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sungai Air Tawar, Selangor 20. Politeknik Balik Pulau (PBU) Bayan Lepas, Pulau Pinang 21. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau, Perlis 22. Politeknik Nilai (PNS) Nilai, Negeri Sembilan 23. Politeknik Jeli (PJK) Tanah Merah, Kelantan 24. Politeknik Sandakan (PSS) Sandakan, Sabah 25. Politeknik Banting (PBS) Banting, Selangor 26. Politeknik METro Kuala Lumpur (PMKL) Shah Alam, Selangor 27. Politeknik Mersing (PMJ) Mersing, Johor 28. Politeknik Hulu Terengganu (PHT) Kuala Berang, Terengganu Segala tarikh tutup bagi kemasukan ke Politeknik bagi tahun 2011 akan tutup bakal 4/4/2011 akan datang. Sila lihat di Laman Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik untuk maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan ke Politeknik, maklumat permohonan ke Politeknik, iklan permohonan ke politeknik, tarikh tutup permohonan ke politeknik, keputusan permohonan ke politeknik 2011 dan segala urusan pertanyaan. Selamat maju jaya untuk anda semua!

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2011 SYARAT AMa) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. b) Berumur di antara 17 hingga 20 tahun (21 tahun bagi calon mengulang) pada 1 Januari tahun semasa. SYARAT KHAS i) JURUSAN SAINS

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran berikut: Matematik / Matematik Tambahan Fizik Kimia Biologi Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Awam / Elektrik &

Elektronik / Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian ii) JURUSAN KEMANUSIAAN

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris Kesusasteraan Melayu / Inggeris Sejarah Geografi / Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Islam / Moral Matematik / Matematik Tambahan Prinsip Perakaunan Sains / Sains Tambahan / Applied Science Salah satu mata pelajaran Teknik / Vokasional / M.Pelajaran

Vokasional (MPV) Tasaawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Sunnah / Pendidikan

Syariah Islamiah Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa

Tamil / Bahasa Iban Sains Pertanian / Perdagangan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah

Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH TAHUN 2011

1. 2 MEI 2011 SEMAK KEPUTUSAN DAN CETAK SURAT TAWARAN KEMASUKAN MELALUI: SEMAK DI LAMAN WEB KPM DI ALAMAT: SEMAK MELALUI SMS: http://www.moe.gov.my atau

T6AGAG.GILIRAN

T6KPNO.KAD PENGENALAN Contoh : T6 AG JD017A146 atau T6 KP 880402015086 2. 9 MEI 2011 PENDAFTARAN MASUK KE SEKOLAH-SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6. PELAJAR YANG GAGAL MENDAFTAR PADA TARIKH BERKENAAN TANPA SEBARANG MAKUMAN ATAU ALASAN, ADALAH DIANGGAP MENOLAK. CALON-CALON YANG MASIH MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) HENDAKLAH MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITAWARKAN BAGI MEMAKLUMKAN PENAGGUHAN MASUK DAN PERLU MENDAFTAR SEBAIK SAHAJA TAMAT LATIHAN DENGAN MENGEMUKAKAN SURAT TAWARAN ASAL. 3. 9 MEI 2011 15 JUN 2011 PERMOHONAN RAYUAN BAGI YANG TIDAK BERJAYA MENDAPAT TEMPAT ADALAH MENGGUNAKAN BORANG T6BKK. DAPATKAN BORANG DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLUANG. PERMOHONAN YANG LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. PERMOHONAN KE TINGKATAN 6 BAGI CALON PERSENDIRIAN/SWASTA HENDAKLAH MENGGUNAKAN BORANG T6BCP DAN MENGEMUKAKANNYA KE JPN JOHOR.

BIDANG PERGURUANKURSUS PRAPERKHIDMATAN Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara kursus yang ditawarkan ialah: I. KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan adalah seperti berikut ; Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan) Bahasa Tamil Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan) Matematik Pendidikan Islam Sains Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup

Pendidikan Jasmani Bimbingan Pemulihan Pengajian Sosial Pendidikan Muzik II. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) :

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Sains Matematik Pengajian Sosial Pendidikan Islam Pendidikan Seni Visual Pendidikan Jasmani Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Muzik Pemulihan Bimbingan Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Pendengaran/ Penglihatan)

III. PROGRAM KEMBAR PRAPERKHIDMATAN B.ED. (TESL) ANTARA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) DENGAN INSTITUSI-INSTITUSI DALAM DAN LUAR NEGARA : Kursus ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. IV. PROGRAM KEMBAR BAHASA PERANCIS ATAU BACHELOR OF ARTS DEGREE IN SCIENCES OF LANGUAGES AND INFORMATION SPECIALIZING IN TEACHING FRENCH AS A FOREIGN LANGUAGE Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Perancis di sekolah. Kursus ini menggunakan kurikulum yang telah dipersetujui bersama dengan University of Poitiers, Perancis. V. PROGRAM KEMBAR BAHASA JERMAN ATAU SARJANA MUDA BAHASA DAN LINGUISTIK JERMAN DENGAN PENDIDIKAN Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Jerman di sekolah. VI. PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA: Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran

mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut; Bachelor of Science (Honours) Physics Bachelor of Science (Honours) Mathematics Bachelor of Science (Honours) Biology Bachelor of Science (Honours) Chemistry Bachelor of Science (Honours) Clinical Speech Therapy Bachelor of Science (Honours) Occupational Health Therapy Bachelor of Science (Honours) Audiology Bachelor of Science (Honours) Clinical Psychology

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS-KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut: a) b) c) Warganegara Malaysia. Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan dikeluarkan. Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya

enam kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Matematik atau Matematik Tambahan

Biologi atau Fizik atau Kimia atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan; dan d) Satu mata pelajaran yang lain Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-

Panduan Permohonan). e) Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka

Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7A termasuk mata pelajaran pada para 1.3.1, 1.3.2, 1.3.3, 1.3.4, 1.3.5 dan dua mata pelajaran lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan. f) Program Kembar Bahasa Peranchis ini terbuka kepada calon yang mempunyai

pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sijil kelayakan Bahasa Peranchis sekurang-kurangnya Delf 1. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 4 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaandengan jayanya akan ditawarkan bagi mengikuti Program Kembar Bahasa Perancis selama 6-7 semester di Perancis. Pada tahun empat (4) calon akan menyambung berkursus di IPGM. g) Program Kembar Bahasa Jerman ini terbuka kepada calon yang mempunyai

pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus kedua-dua Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan mengikuti Program Kembar Bahasa Jerman di universiti tempatan selama 6 semester (Tahun 1, 2 dan 3) dan di IPGM selama 2 semester (Tahun 4).

h)

Untuk

mengikuti

Program

Ijazah

Sarjana

Muda

Perguruan

(PISMP), calon

dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat. Hanya calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 8 semester di IPGM/ IPTA. Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian/ B. Ed. (TESL). i) Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah

Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga. j) Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada

kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum. k) Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian

bukan pilihan danmenempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau di mana-mana universiti yang ditetapkan. l) Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa

untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPGM/ Kolej yang ditetapkan.Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPGM/ Kolej yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran. SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS KPLI a. b. c. Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara. d. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

e.

Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas

Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V). f. Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan

Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan. g. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang

dirangka untuk kursus ini. h. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa

pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia. i. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk

yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon. CARA MEMOHON i. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum

mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my Permohonan boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. ii. Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan Nombor

Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini. iii. Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja. iv. Calon diminta mengisi DUA pilihan kursus sahaja mengikut keutamaan daripada manamana senarai kursus yang ditawarkan.

v. Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. vi. Maklumat yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak. vii. Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian. viii. Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon. ix. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. Sumber : http://www.moe.gov.my/index.php?id=93

PELANJUTAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AMBILAN DISEMBER SESI 2010/2011UPSI mempelawa calon-calon lulusan SPM/STPM/Matrikulasi /STAM /Diploma/kelulusan setaraf yang berkelayakan untuk memohon mengikuti program-program pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma secara sepenuh masa seperti berikut NAMA PROGRAM YANG DITAWARKAN Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) * Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Awal Kanak-kanak)* Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia)* Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Reka Bentuk Berkomputer)* Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Pengiklanan) Diploma Pendidikan Awal Kanakkanak* Diploma Bahasa Inggeris DITAWARKAN KEPADA CALON LULUSAN STPM MATRIKULASI DIPLOMA STAM SPM / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /

Tempoh Pengajian : 4 Tahun (8 semester) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan 3 Tahun (6 Semester) untuk Program Diploma Bagi Program yang bertanda (*) adalah untuk pasaran terbuka (open market) iaitu BUKAN bertujuan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GURU) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Bagi calon Lepasan Diploma yang ingin memohon Ijazah Sarjana Muda adalah dinasihatkan supaya menyemak senarai Diploma yang relevan untuk program yang ingin dipohon di laman web UPSI sebelum membeli BITARA ID di BSN MAKLUMAT PENTING Calon yang pernah memohon sebelum ini (permohonan melalui Aplikasi Online www.upsi.edu.my/online/ pada (15 Ogos 2010 06 September 2010) dibenarkan membuat pengemaskinian pilihan program seperti dalam iklan terbaru (pada 3 Oktober 2010 11 Oktober 2010) melalui aplikasi online yang sama dengan menggunakan nombor BITARA ID yang terdahulu dan tidak perlu lagi menghantar perakuan permohonan & salinan dokumen-dokumen ke UPSI. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan open market bermaksud ijazah ini lebih open/terbuka iaitu selepas tamat pengajian nanti, pelajar boleh memilih untuk bekerja dalam pelbagai sektor, tidak semestinya sektor keguruan. Program 'Open Market' bukan bertujuan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran (KPM) selepas tamat pengajian.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mempelawa semua Lepasan SPM/Setaraf Tahun 2009 untuk mengikuti Program Asasi Perubatan Pertahanan mulai Sesi Akademik 2010/2011. Syarat Program Asasi Perubatan Pertahanan adalah seperti berikut :Program dan Tempoh Pengajian Syarat Minimum (Kategori A) Syarat Am Universiti 1. Warganegara Malaysia; dan 2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu. 3. Memenuhi syarat ketenteraan bagi lantikan Pegawai Kadet Umur : 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun Tinggi (minimum) : 1.57 m (lelaki) : 1.47 m (perempuan) Berat (minimum) : 47.5 kg (lelaki) : 40.5 kg (perempuan) Ukuran dada (minimum) : 76 sm (lelaki shj) Body Mass Index : 18-24 Taraf perkahwinan : Bujang Penglihatan : Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna serta tidak memakai cermin mata. Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki rata (flat foot). Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau

kecederaan dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Kesihatan : Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia 4. Lulus ujian dan temuduga Program Asasi Perubatan Pertahanan (Z0080) 2 semester / 1 tahun (terbuka kepada Aliran Sains) 1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam mata pelajaran berikut : Biologi Kimia 2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut : Bahasa Inggeris Fizik Matematik / Matematik Tambahan Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program

Selain daripada itu, UPNM juga menawarkan Program Asasi Pertahanan yang lain, iaitu : Asasi Kejuruteraan Pertahanan (Z0440) Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan (Z0880) Asasi Pengurusan Sumber Pertahanan (Z0220) Pemohon dikehendaki meletakkan UPNM sebagai Pilihan Pertama dalam permohonan secara dalam talian oleh Unit Pusat Universiti (UPU). Program Temuduga adalah seperti berikut : Diadakan pada bulan April setiap tahun. Dijalankan selama 7-9 hari. Penginapan dan sajian akan ditanggung. Akan dijalankan di kem-kem tentera di Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah, di Kem Lok Kawi. Bagi Sarawak, di Kem Penrissen Calon akan dimaklumkan melalui SMS

Ujian-ujian temuduga yang akan dijalankan adalah seperti berikut : Ujian BMI (18 hingga 24) serta kesihatan Ujian kecerdasan akal Ujian merancang Ujian pengetahuan am Ujian syarahan Ujian kepimpinan Ujian larian (3.2 km dalam masa 18 minit) Ujian merempuh halangan Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian. Laman sesawang adalah http://upu.mohe.gov.my Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada : Penolong Pendaftar Unit Kemasukan dan Promosi Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kem Sg. Besi 57000 Kuala Lumpur Telefon : 03-90513400 / 3453 / 3407 Fax : 03-90562511 Laman Web : www.upnm.edu.my

PILIHAN 1: MATRIKULASI KPM (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA) 1.1 Program Yang Ditawarkan Matrikulasi KPM menawarkan 2 jenis program:

1. Program 1 tahun mendaftar masuk pada bulan April (keutamaan diberikan kepada pelajar yang memiliki keputusan 2. Program 2 tahun mendaftar masuk pada bulan Jun

Matrikulasi KPM menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu : Jurusan/Aliran Mata Pelajaran a. Sains Hayat Biologi, Kimia dan Matematik b. Sains Fizikal Fizik, Kimia dan Matematik

Jurusan Sains

Jurusan Perakaunan

Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan Matematik, Asas Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.

Aliran Teknikal

Mata Pelajaran Wajib (Semua jurusan dan aliran) Sains Informatik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral dan Dinamika Kemahiran.

Kokurikulum (Semua jurusan dan aliran) Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Kawad.

1.2 Syarat Kelayakan 1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012. 2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2011. 3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011. Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi. Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan). Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan. Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut : 1. Jurusan Sains (M001) 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia 4B Matematik 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2. Jurusan Perakaunan (M003) 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik 7D Matematik Tambahan 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan) 3. Aliran Teknikal (M007) 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan 4B Matematik 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan 1.3 Permohonan Kemasukan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu : 1. Permohonan Secara Manual (PSM) 2. Permohonan Melalui Internet (PMI) Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

1.3.1 Tarikh Tutup Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2011. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

1.3.2 Semakan Permohonan Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu 1.3.3 Semakan KeputusanPermohonan Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan. 1.3.4 Surat Tawaran dan Pendaftaran Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan. 1.3.5 Rayuan Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT). 1.3.2 Pertanyaan Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut. Laman web rasmi Matrikulasi KPM - http://www.moe.gov.my/bmkpm/

SYARAT KELAYAKAN MENERUSKAN PENGAJIAN SEMESTER 1 Pencapaian PNGS1 > 2.0 Lulus semua mata pelajaran teras. 1.5 < PNGS1 < 2.0 Lulus sebilangan mata pelajaran teras. PNGS1 < 1.5 SEMESTER II Pencapaian PNGS1 > 2.0 Lulus semua mata pelajaran teras. 1.5 < PNGS1 < 2.0 Lulus sebilangan mata pelajaran teras. Taraf Dipertimbangkan untuk kemasukan ke IPTA Dibenarkan untuk mengulang program. Taraf Meneruskan pengajian ke semester II Meneruskan pengajian ke semester II dan diberi AMARAN. Gagal dan DIBERHENTIKAN.

PNGS1 < 1.5 Gagal dan DIBERHENTIKAN. Peluang Meneruskan Pengajian Selepas Lulus Program Program Matrikulasi Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi dan IPTA atau IPTS akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Bagi pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi boleh memohon mengikuti program pengajian di universiti awam dalam bidang seperti berikut : Sains / Teknikal Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu Farmasi Pergigian Bioperubatan Sains Sains Komputer Sains Pendidikan Seni Bina Sains Gunaan Sains Teknologi / Teknologi Maklumat Kejuruteraan Lain-lain Perakaunan Perakaunan Pengurusan Perniagaan Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Sumber Manusia Ekonomi Teknologi Maklumat Pentadbiran Maklumat Lain-lain

Program Matrikulasi merupakan sebuah program pendidikan bagi lepasan SPM selama setahun sebelum memasuki tahap Ijazah Sarjana Muda. Kebanyakan pelajar lepasan SPM memang mengimpikan untuk melanjutkan pengajian ke Matrikulasi tetapi pihak Kementerian Pelajaran telah menetapkan kuota tertentu. Ini kerana, program Matrikulasi hanya mengambil masa setahun dan para pelajar boleh terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan IPTA. Berbanding jika melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 mahupun diploma, ia mungkin mengambil masa sehingga 2 setengah tahun baru seseorang pelajar itu boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Pada tahun 2011, terdapat 15 buah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan berbanding 10 buah pada tahun 2006 yang lalu. Berikut adalah senarai kolej Matrikulasi di Malaysia pada tahun 2011 dan juga website bagi setiap kolej Matrikulasi. 1. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2. Kolej Matrikulasi Melaka 3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 4. Kolej Matrikulasi Perlis 5. Kolej Matrikulasi Labuan 6. Kolej Matrikulasi Johor 7. Kolej Matrikulasi Perak 8. Kolej Matrikulasi Kedah 9. Kolej Matrikulasi Pahang 10. Kolej Matrikulasi Selangor 11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah 12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang 13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor 14. Kolej MARA Kuala Nerang 15. Kolej MARA Kulim Sumber: Website rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

PELUANG PELAJAR LEPASAN PROGRAM MATRIKULASI

Fakta menarik yang perlu anda ketahui tentang lepasan Program Matrikulasi. Pelajar lepasan program ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di: 1. Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam kecuali UIAM dan UPNM 2. Semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia 3. 8 buah Universiti di Indonesia 4. 7 buah universiti di United Kingdom 5. 2 buah universiti di Australia 6. 2 buah universiti di New Zealand Apa yang pasti lepasan Program Matrikulasi diperakukan kelayakannya sama ada universiti dalam atau luar negeri. Oleh itu sertailah kami sebagai keluarga matrikulasi.

SENARAI BIDANG PENGAJIAN PROGRAM ASASI DAN DIPLOMA LEPASAN SPM BAGI SESI KEMASUKAN KE IPTA 2010/2011 MAKLUMAT UNTUK PEMOHON

UM : UNI. MALAYA UIAM : UNI. ISLAM ANTARABANGSA MSIA

UPSI: UNI. PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UPNM UiTM UteM : UNI. PERTAHANAN NASIONAL MSIA : UNI. TEKNOLOGI MARA : UNI. TEKNIKAL MSIA MELAKA

UMP : UNI. MSIA PAHANG USIM : UNI. SAINS ISLAM MSIA

UDM: UNI. DARUL IMAN MSIA UMT : UNI. MSIA TERENGGANU UNIMAP : UNI. MSIA PERLIS UTHM : UNI. TUN HUSSEIN ONN MSIA

UPM : UNI. PUTRA MSIA # = PROGRAM TEMUDUGA

BAGI PEMOHON YANG BERMINAT DENGAN UPNM, SILA PILIH KURSUS INI UNTUK PILIHAN PERTAMA, JIKA TIDAK PEMOHONAN AKAN DITOLAK

IPTA UIA

PENGAJIAN

ASASI UNDANG-UNDANG ASASI EKONOMI & SAINS PENGURUSAN ASASI SAINS KEMANUSIAAN ASASI BAHASA INGGERIS ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU & WARISAN ISLAM ASASI BAHASA SENARAI BIDANG PENGAJIAN PROGRAM ASASI DAN DIPLOMA ARAB LEPASAN SPM BAGI SESI KEMASUKAN KE IPTA ASASI KEJURUTERAAN & 2010/2011 SAINS KOMPUTER ASASI PERUBATAN ASASI SENI BINA & REKA BENTUK ALAM SEKITAR ASASI UPSI DIPLOMA PNDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

IPTAUM

PENGAJIA

ASASI SAINS HAYAT ASASI SAINS FIZIKAL ASASI ALAM BINA ASASI PENDIDIKAN ISLAM ASASI SYARIAH UPM ASASI SAINS PERTANIAN DIPLOMA PERTANIAN DIPLOMA PERHUTANAN DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM UTM DIPLOMA DIPLOMA SAINS KOMPUTER (TEKNOLOGI MAKLUMAT) DIPLOMA SAINS KOMPUTER (MULTIMEDIA) DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA/PERHUBUNGAN/MEKATR ONIK) DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI (PERAKAUNAN) DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AERONATIK) DIPLOMA UKUR BAHAN DIPLOMA PENGURUSAN HARTA TANAH DIPLOMA SENI BINA UTHM DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM SERTA TEKNOLOGI DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK SERTA TEKNOLOGI DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL SERTA TEKNOLOGI DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

IPTAUTeM

ELEKTRONIK DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN UMP DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK KUASA) DIPLOMA KAJURUTERAAN KIMIA (LOJI PROSES) DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM DIPLOMA SYARIAH & UNDANG-UNDANG USIM TAMHIDI SAINS KOMPUTER TAMHIDI SAINS & TEKNOLOGI TAMHIDI PERAKAUNAN & MUAMALAT TAMHIDI PERUBATAN UniMA TAMHIDI PERGIGIAN DIPLOMA KEJURUTERAAN P MIKROELEKTRONIK DIPLOMA KOMPUTER DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN DIPLOMA KEJURUTERAAN METALURGI UPNM DIPLOMA KEJURUTERAAN ASASI KEJURUTERAAN PERTAHANAN # ASASI SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN # DIPLOMA PENGURUSAN & SUMBER PERTAHANAN # ASASI PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH/USULUDIN/BAHASA ARAB & UDMKESUSASTERAAN ARAB/DAKWAH/AL-QURAN & AS-SUNNAH/ PENTADBIRAN ISLAM) DIPLOMA PERDAGANGAN ANTARABANGSA DIPLOMA PEMASARAN DIPLOMA KEWANGAN DIPLOMA PERAKAUNAN DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DIPLOMA PENGAJIAN BANK / INSURANS DIPLOMA UNDANGUNDANG DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT/MULTIMEDIA/PEMBUATAN DIPLOMA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DIPLOMA PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) DIPLOMA SAINS KEJURURAWATAN DIPLOMA RADIOGRAFI

PENGAJIA DIPLOMA KEJURUTERAAN N

IPTAUiTM

PENGAJIADIPLOMA PERAKAUNAN DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN DIPLOMA SENI LUKIS & SENI REKA # DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (SENI LAYAR/PENULISAN SENI LAYAR/SENI LAKON/PENGURUSAN SENI) # DIPLOMA SENI MUZIK # DIPLOMA KOMUNIKASI & MEDIA # DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT DIPLOMA SAINS DIPLOMA TEKNOLOGI TEKSTIL DIPLOMA INDUSTRI PERKAYUAN DIPLOMA KIMIA PERINDUSTRIAN DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN DIPLOMA MIKROBIOLOGI DIPLOMA TEKNOLOGI POLIMER DIPLOMA PENGURUSAN LADANG DIPLOMA FARMASI DIPLOMA PEMULIHAN CARA KERJA DIPLOMA FISIOTERAPI DIPLOMA KEJURURAWATAN DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLMAL PERUBATAN DIPLOMA ANALISIS PELABURAN DIPLOMA PENGURUSAN BANK DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGANGKUTAN) DIPLOMA SAINS AKTUARI DIPLOMA STATISTIK DIPLOMA SAINS KOMPUTER DIPLOMA SAINS KUANTITATIF DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (KHIDMAT BANGUNAN PENYELENGGARAN) DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (PEMBINAAN) DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA/PERALATAN/ELEKTRONIK) DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA DIPLOMA BANGUNAN DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH DIPLOMA UKUR BAHAN SARJANA MUDA SAINS (SENI BINA) # DIPLOMA SENI BINA LANDSKAP # DIPLOMA UKUR BAHAN # DIPLOMA REKA BENTUK DALAMAN # DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH # DIPLOMA SAINS GEOMATIK (SUMBER ALAM/SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI) DIPLOMA SAINS GEOMATIK DIPLOMA SENI KULINARI DIPLOMA PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN

ALAMAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM Pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Pendaftaran IPTA seperti berikut : Pendaftar Bahagian Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim Perak Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Pengurusan Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka Karung Berkunci 1752 Pejabat Pos Durian Tunggal 76109 Durian Tunggal MELAKA Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak 21300 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman Ketua Bahagian Pengambilan Pelajar Aras BawahBangunan UiTM International Centre (UIC) Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bahagian Akademik Aras 1, Bangunan Canselori dan Pentadbiran Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu Terengganu Tel : 05-4506932 Faks : 05-4582670 Emel : Web : www.upsi.edu.my Tel : 07-4537681/ 7655/ 7687/ 7689/ 7694/ 7696 Faks : 07-4536085 Emel : [email protected] Web : www.uthm.edu.my Tel : 06-3316086/ 6078/ 6077/ 6073/ 6076 Faks : 06-3316079 Emel : [email protected] Web : www.utem.edu.my

UPSI

UTeM

Tel

: 09-6653030/ 6653027/ 6664466 Faks : 09-6664063 Emel : [email protected] Web : www.udm.edu.my Tel : 03-55443164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 Faks : 03-55443170 Emel : [email protected] Web : www.uitm.edu.my http://pengambilan.uitm.edu.my/ Tel : 09-6684532/ 4219/ 4394 Faks : 09-6684143 Emel : [email protected] Web : www.umt.edu.my

UNISZA

UiTM

UMT

UMS

Timbalan Pendaftar Bahagian Perkhidmatan Akademik Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073 88999 Kota Kinabalu Sabah Bahagian Pengurusan Akademik Kompleks Perkhidmatan Siswa Universiti Malaysia Pahang Karung Berkunci 12 25000 Kuantan Pahang Darul Makmur Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Malaysia Kelantan Karung Berkunci 36 16100 Kota Bharu Kelantan Timbalan Pendaftar Bahagian Akademik, Jabatan Pendaftar Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur

Tel : 08-8320213/ 1259/ 1350 Faks : 08-8320090 Emel : [email protected] Web : www.ums.edu.my

Tel : 09-549 2550/ 2557 Faks : 09-549 2555 Emel : Web : www.ump.edu.my Tel : 03-89214126/ 5041/ 5336 Faks : 03-89250662 Emel : [email protected] Web : www.ukm.my Tel : 09-7717056/ 7058 Faks : 09-7717052 Emel : [email protected] Web : www.umk.edu.my Tel : 03-79673279/ 3440/ 3441 Faks : 03-79673449 Emel : [email protected] Web : www.um.edu.my

UKM

UM Ketua Pentadbiran Pengajian Pra Siswazah Bahagian Akademik Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Darul Ehsan Pendaftar Bahagian Akademik Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai 71800 Nilai Seremban Pendaftar Tel : 03-89466000/ 6059/ 6060 Faks : 03-89426469 Emel : [email protected] Web : www.akademik.upm.edu.my

Tel : 06-7988000/ 8144/ 8328 Faks : 06-7988334 Emel : [email protected] Web : www.usim.edu.my

USIM

Tel

: 04-9798701/ 8702/ 8706/ 04-

9772984/ 04-9798008 Faks : 04-9798703 Emel :[email protected] Web : www.unimap.edu.my Timbalan Pendaftar Unit Kemasukan & Pengambilan Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Pulau Pinang Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Unit Kemasukan Dan Rekod Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Darul Takzim Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah Darul Aman UUM Pendaftar Bahagian Pengajian Prasiswazah Aras G, Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan Sarawak Pengarah Bahagian Kemasukan dan Rekod Universiti Islam Antarabangsa Malaysia P.O. Box 10 50728 Kuala Lumpur Tel : 082-581000 samb 1090/ 1060/1175/1046/1063/1049/1166 Faks : 082-581048 Emel : [email protected] Web : www.unimas.my Tel : 03-61964000/ 4040/ 3019/ 4047 Faks : 03-61964724 Emel : [email protected] Web : www.iiu.edu.my Tel : 1-300-888-876 Faks : 04-6533328 Emel : [email protected] Web : www.usm.my

Tel : 07-5533333 Faks : 07-5581791 Emel : [email protected] Web : www.utm.my

Tel

: 04-9283174/ 3108/ 3168/ 3103 Faks : 04-9283115/ 3109 Emel : [email protected] Web : www.uum.edu.my

UIAM

Tel : 03-90513400/ 3407/ 3453 Pendaftar Faks : 03-90562511 Bahagian Pengurusan Akademik Unit Kemasukan dan Rekod Jabatan Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kem Sungai Besi Emel : Web : www.upnm.edu.my

UPNM

57000 Kuala Lumpur Dikemaskini pada Oktober 2010

BAGAIMANA MEMILIH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) 1 Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) :- Contoh no rujukan pendaftaran Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS) Kolej : JPT/BPP(D) 1000-701/ (no IPTS) 2 Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi, kaunseling 3 dan aktiviti kokurikulum. Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran 4 dengan kampus. 5 Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran. Semak samada tenaga pengajar adalah terdiri daripada meraka yang berkelayakan dan 6 berpengalaman. Contohnya tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah terdiri daripada yang memiliki Ijazah Sarjana Muda. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut perancangan yang teratur dan kemudahan yang disediakan lengkap. Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Ianya mungkin boleh di nilai berasaskan track record IPTS. Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran, fees refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.

7 8 9

BAGAIMANA MEMILIH KURSUS PENGAJIAN 1 Kursus pilihan telah mendapat: - Kelulusan pengendalian dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

- Mencapai standard Minimum/ Perakuan Akreditasi/ Akreditasi Provisional dari pihak MQA. Contoh no rujukan pendaftaran Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS) Kolej : JPT/BPP(K) 1000-600/ (no IPTS) Bidang Pengajian yang di pilih mestilah sesuai dengankelayakan serta memenuhi syarat kemasukan ke IPTS tersebut.

2

3 Bidang Pengajian bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa. 4 Yuran kursus yang berpatutan dan bersesuaian dengan bidang yang di pilih. Perbandingan boleh dibuat dengan IPTS lain yang menawarkan kursus yang sama. Menyemak status kursus Pengajian melalui laman sesawang :

5 a) Malaysia Qualification Agency (MQA) diwww.mqa.gov.my b) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di www.jpa.gov.my ** Adalah di sarankan agar pelajar melawat IPTS sebelum menerima tawaran yang di berikan. Buat perbandingan secara menyeluruh mengenai kursus di IPTS yang dkendalikan program yang sama.

KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MENGIKUT SISTEM TERBUKA BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN Calon-calon yang menduduki dan memiliki SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi: (a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2)

daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan; atau (b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpul dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut; dan

(c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjeksubjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan. Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Berikut adalah tempat-tempat yang boleh anda rujuk ketika mencari kerja.. 1. JobStreet Portal mencari kerja terbesar di Malaysia 2. JobMalaysia Portal mencari kerja oleh Kerajaan Malaysia 3. SPA - Permohonan jawatan kerajaan 4. Job Enlistment @ Lowyat 5. Jobs.Lowyat 6. Group kerja Facebook 7. Jawatan Kosong Kerajaan Terkini @ Facebook 8. Laman web jabatan, institusi Kebanyakan institusi atau jabatan seperti SUK Selangor atau Universiti membuka peluang pekerjaaan melalui laman web mereka.

PANDUAN TEMU DUGA HADIR TEMU DUGA

Semasa hadir temu duga:

1.

Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN PHOTOSTAT seperti berikut:

Kad Pengenalan; Sijil Kelahiran; Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan); Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V); Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan); Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian; Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan); Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusankelulusan lain; Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja); Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

2. 3.

Anda dikehendaki membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

4.

Pejabat SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 PUTRAJAYA MALAYSIA. ----------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda baru tamat SPM, anda mempunyai banyak laluan ke IPT. Apa juga keputusan anda, di sana ada tempat bagi anda. Bergantung kepada keputusan anda, anda boleh mengambil salah satu daripada laluan-laluan ini untuk memperoleh

Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah daripada 20 buah IPTA di seluruh negara: SPM -> Matrikulasi/Asasi -> IPTA SPM->STPM->IPTA SPM-> Diploma IPTA/Politeknik->IPTA SPM->Sijil Politeknik -> Diploma-> IPTA Jika anda tidak memperolehi laluan ke IPTA, kini terdapat lebih 500 buah IPTS yang menawarkan pelbagai kursus di pelbagai peringkat, daripada sijil sehingga ke Ijazah Ph.D. Jika anda tidak mempunyai minat dalam bidang akademik, an da boleh melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dan vokasional. Terdapat beratus jenis kursus politeknik, kolej komuniti, institut kemahiran dan pusat latihan anjuran kerajaan dan swasta. Bidang ini juga ada laluan ke Diploma melalui Skim Kemahiran Malaysia dan seterusnya ke peringkat yang setaraf Diploma Lanjutan yang dianggap setaraf Ijazah Am. Penerangan lanjut mengenai peluang- peluang di bidang kemahiran ini akan diterangkan dalam bahagian 4 siri artikel ini. Politeknik sanggup menerima anda. IPTS juga bersedia. Banyak kolej yang membuat twinning dengan IPTA dan IPT luar negeri yang boleh dipilih. Kalau tak layak ke Ijazah, boleh pilih Diploma. Kalau tak layak ke Diploma pilih Sijil. Setelah tamat kursus peringkat Sijil nanti, anda boleh pula menaik taraf ke Diploma dan Ijazah.

PENDIDIKAN TINGGI ADALAH PELABURAN TERBAIK AKHIRAT

DUNIA DAN

Menurut pakar pengurusan kewangan Azizi Ali, pelaburan paling baik dibuat ialah dalam bidang pendidikan. Tidak kira untuk anak-anak atau orang-orang dewasa, pendidikanlah tempat terbaik kita menabur pelaburan. Bayangkan, pendapatan bagi seorang mengunakan sijil SPM ialah sekitar RM600. Jika beliau melabur sedikit masa dan kewangan bagi meningkatkan dirinya ke

peringkat Diploma, gajinya sudah naik hampir 100%. Jika dia terus ke Ijazah Sarjana Muda, pendapatannya sebulan boleh naik lebih tiga atau empat kali ganda! Jika dia menggunakan pinjaman bank bagi membiayai pengajiannya, dengan mudah dia boleh melangsaikan hutang bank tersebut menggunakan lebihan pendapatan tersebut. Jika kita tidak fakir tentang makan gaji atau hendak bekerja sendiri pun, kita digalakkan belajar di peringkat yang lebih tinggi. Kita perlu memenuhi tugas kita sebagai insan yang sentiasa mencari ilmu; dari buaian ke liang lahad. Kita digalakkan menjadi orang yang sentiasa dahagakan ilmu. Di samping mendapatkan kelayakan untuk memasuki alam pekerjaan, kita berharap usaha kita belajar akan diredhai Allah, menjadi amal salih, menjadi jambatan mendapatkan rezeki yang akan dilaburkan kembali di jalan Allah dan seterusnya meningkatkan kekuatan ummah. Oleh itu jangan malas nak belajar, kuatkan tekad dan kesabaran menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran belajar. Apapun, sebenarnya peluang ke IPT kini terbuka luas.. bukan sahaja untuk lepasan baru SPM tetapi bagi yang telah lama meninggalkan bangku sekolah. Pokoknya ada kehendak, ada daya, ada usaha, inshaAllah ada jalan. Kalau dulu, pelajaran tinggi hanya bagi orang bandar tapi kini orang kampung pun boleh belajar tinggi. Kalau dulu nak dapatkan ijazah atau Diploma mesti cemerlang dalam SPM.. tetapi sekarang tak perlu lagi. Orang yang tak ada SPM, (cuma PMR) pun boleh masuk IPT!! Sekarang anda tiada sebab untuk tidak berusaha meningkatkan taraf pendid ikan anda. Anda boleh belajar dengan memasuki 20 buat IPTA atau beratus buah IPTS, kolej kemahiran, kolej komuniti dan politeknik.Jika anda tidak mahu atau tidak mampu belajar sepenuh masa, anda masih boleh belajar separuh masa. Jika anda tidak mahu ke kuliah, anda boleh belajar secara jarak jauh. Pokoknya, anda hanya perlu bertanya diri anda, mahu atau tidak? Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. inshaAllah. Jika tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya?

STAM - JALAN MUDAH DAN PANTAS KE IPT BAGI BIDANG AGAMA Saya ingin menyebut satu laluan yang sering diabaikan oleh pelajar-pelajar kita walaupun ia sangat berpotensi.

Laluan

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sesuai bagi pelajar-pelajar yang

berminat di bidang pengajian Islam. STAM boleh diambil oleh semua pelajar yang lulus SPM, dengan mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al- Islamiah Al-Azhar yang diajar di sekolah sekolah menengah kerjaan, sekolah agama rakyat atau kolejkolej swasta. Ramai yang bertanya saya tentang pengalaman saya belajar Pengajian Islam di Mesir, terutama setelah saya tamat pengajian di bidang kejuruteraan. Tidak kurang mereka yang tertarik untuk mengikut jejak langkah saya belajar di sana. Di sini saya berikan panduan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung atau memulakan pengajian Islam di Uni versiti Al-Azhar, Mesir. 1. Sebaik tempat belajar pengajian Islam ialah di Universiti Al-Azhar dan dimana-mana sahaja cawangannya samada di Kaherah, I skandariah, Damanhur, Mansurah, Dimyat, Shibin Kom dll. Adapun belajar di pusat-pusat bahasa, Dirasat Khassah dan lain-lain adalah untuk menguatkan Bahasa Arab seseorang tetapi akhirnya hendaklah beliau berusaha untuk masuk Universiti Al-Azhar juga. 2. Seseorang tidak boleh masuk Universiti Al-Azhar melainkan setelah memiliki salah satu dari 2 sijil iaitu (i) Sijil STAM (masuk ke Tahun 1 Al-Azhar), atau (ii) Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar masuk ke Tahun 3 Al-Azhar). 3. Hampir di setiap negeri di Malaysia ada sekolah menengah agama yang menawarkan peperiksaan STAM bagi yang berminat. Sila hubungi pejabat agama di negeri masing- masing. Saya mencadangkan anda mendaftar di Sekolah Menengah I slam Hidayah, Ipoh. Sila hubungi Ustaz Shahruzzaman 019 - 571 5334. Asrama disediakan. 4. Hanya ada beberapa kolej di Malaysia yang menawarkan peperiksaan Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar. Diantaranya Kolej I nsaniah (Alor Setar), MADEWA (Bagan Serai), UNI TI (Port Dickson), KUDQI (Kuala Terengganu) dll. 5. Universiti Al-Azhar tidak menerima kemasukan ke Post Graduate (Masters dan Ph.D) tuan puan dengan menggunakan ijazah Sarjana Muda dari

sebarangan universiti apatah lagi bidang selain bidang Pengajian Islam berbahasa Arab. 6. Sebaik anda memiliki sijil STAM atau Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar, sila hubungi Ustaz Fauzi 012 - 634 9066 untuk urusan keberangkatan ke Mesir pada bulan Julai setiap tahun. Bagi saya laluan ini sangat menarik kerana pengajian di kolej swasta dibuat secara intensif membolehkan seseo rang pelajar mengambil peperiksaan STAM dalam bulan Oktober tahun keputusan SPM diumumkan. Contohnya, melalui laluan intensif pelajar SPM 2007 boleh menduduki STAM pada bulan Oktober 2008. Ini bermakna, ketika rakan-rakannya baru empat bulan mengikuti kuliaj di pusat matrikulasim pusat asasi atau program Diploma, pelajar STAM sudah menduduki peperiksaan. Lulusan STAM juga mempunyai peluang yang luas. Di samping ke Universiti Azhar (tempat almost guranteed jika keputusan baik), sijil STAM juga diterima masuk ke Fakulti pengajian Islam di Universiti tempatan seperti UIA, UKM, UM, KUIS, KUIM dan seumpamannya.

LALUAN KEMAHIRAN UNTUK AKADEMIK

YANG TIDAK MEMINATI BIDANG

Tidak semua orang berminat untuk belajar mentelaah buku dan menhafal formula yang panjang berjela. Untuk kita dan anak-anak kita yang tidak minat dengan bidang akademik tetapi sukakan bidang kemahiran dan ketrampilan, peluang ke IPT juga terbuka, walaupun jalannya panjang sedikit. Bagi yang mempunyai sijil SPM/SPVM, mereka boleh memohon untuk mengikuti program sijil di Politeknik atau Institut Kemahiran Mara. Di Kedah ada dua IKM (Alor Star dan Sungei Petani) dan sebuah Politeknik di Alor Star. Bila dah tamat pengajian sijil dari Politeknik dan IKM, boleh bekerja atau boleh pula memohon untuk melanjutkan ke program Ijazah atau Diploma di Universiti. Bagi yang tidak mempunyai SPM tetapi mempunyai kemahiran, mereka boleh mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan MLVK. Mulai tahun 1993, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang baru. Sistem Kebangsaan ini berstrukturkan lima tahap seperti di bawah : Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) Struktur baru ini menggantikan Sijil Kecekapan Ketukangan Peringkat Asas, Pertengahan dan Tinggi, disamping mewujudkan kelayakan kemahiran pada tahap -tahap yang lebih tinggi