buku skrab sofia

18
1 PERTANDING AN BUKU SKRAP PROGRAM MINGGU PPDa TAJUK : AMALAN GAYA HIDUP SIHAT TANPA DADAH

Upload: norazlima

Post on 28-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN BUKU SKRAP PROGRAM MINGGU PPDa

TAJUK :AMALAN GAYA HIDUP SIHAT TANPA DADAH

OLEH ;NURUL AINA SOFIA BT RAMLANTAHUN 6 AR-RUSDI

Umat manusia diciptakan dengan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain kerana ianya dibekalkan dengan akal fikiran dan anggota badan yang sempurna. Kerana kelebihan itulah, menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaga akal fikiran dan anggota badan dengan sebaik mungkin dengan mengamalkan cara hidup yang sihat serta mengelak diri dari melakukan perkara yang memudaratkan.Antara perkara-perkara yang ditegah dan diharamkan oleh Allah SWT terhadap hambanya ialah seperti melakukan perkara yang boleh merosakkan diri, harta benda, kesihatan, kekayaan dan hubungan sesama manusia. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah Ayat 195 yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Membudayakan gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang. Faktor pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya.Untuk mengawal keadaan ini ke arah mengekalkan prestasi kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman. Mengikut pakar perubatan kita digalakkan mengambil banyak sayur sayuran dan buah buahan dan mengelak daripada makanan yang berkolesterol serta lemak yang tinggi. Kita juga perlu memberi perhatian kepada pengambilan gula agar ianya tidak berlebihan dengan memilih makanan dan minuman yang kurang manis.Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar RA yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani dengan katanya yang bermaksud:Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.

Seruan ini adalah jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas dan bertepatan dengan pepatah Melayu yang menyebut:Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang Sihat.Gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.Namun persoalan besar timbul pada hari ini ialah ramai daripada umat Islam tidak mengambil berat dan mengabaikan apa yang dituntut oleh Islam tentang menjaga kesihatan diri. Ada juga dari kalangan kita yang melakukan perkara-perkara yang ditegah serta diharamkan dalam Islam sehingga menyebabkan boleh merosakan diri sendiri, harta benda dan hubungan sesama manusia. Mereka ini terlibat dalam pengambilan perkara-perkara yang memudaratkan dan haram seperti mengambil minuman beralkohol, meminum arak dan pengambilan dadah. Perkara yang memudaratkan ini sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan terutama kepada tubuh badan dan akal fikiran. Rasulullah SAW telah berpesan pada seorang sahabat, Abu Musa al-Asyari yang telah bertanyakan kepada Baginda SAW tentang hukum minuman memabukkan yang berasal daripada madu yang diperap, dan minuman memabukkan yang diperah daripada bijirin. Jawab Baginda SAW dengan ringkas yang bermaksud:Setiap yang memabukkan itu adalah haram(Hadith Riwayat Muslim)

Kerosakan dadah tidak terkongkong hanya pada seorang individu sahaja, akan tetapi, kerosakan ini akan dirasai oleh ahli keluarga dan siapa yang menyayanginya. Akan ranap harapan ibu bapa, akan musnah impian saudara-mara dan akan hancur masa depan anak-anak dan isteri di bawah tanggungannya serta akan musnah sesebuah bangsa dan negara.Gejala menghisap rokok dan syisya yang bahan asalnya adalah daripada tembakau. Ramai daripada generasi muda kita pada hari ini terpengaruh dengan tabiat ini. Adalah difahamkan bahawa tabiat merokok dan syisa tidak memberi faedah kepada kehidupan serta ianya boleh memudaratkan kesihatan. Menurut pakar-pakar perubatan, terdapat 40 penyakit yang dikaitkan dengan merokok dan sebahagian penyakit-penyakit berbahaya tersebut boleh dicegah sekiranya individu tersebut tidak merokok. Sebagai seorang Islam menghisap rokok dan syisya adalah tabiat yang negatif kerana ianya boleh mendedahkan kepada kemudaratan. Menghisap syisya mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan ianya boleh mendorong kepada perbuatan mengambil dadah. Terdapat ramai daripada kalangan remaja termasuk anak-anak gadis tidak segan silu melakukan perbuatan ini di khalayak ramai, mereka seolah-olah merasa bangga dengan cara sebegini dan merasakan kepuasan apabila diri mereka menjadi perhatian. Ada juga yang mencampurkan bahan-bahan yang mengkhayalkan seperti ganja dan dadah.

Islamadalah agama sahih yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang.

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya menggamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:

Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Pepatah Melayu ada menyebut:

Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.

Selain amalan berwudhuk, solat fardhu lima waktu dan solat sunat (nawafil) yang lain juga berkeupayaan memberi ketenangan dan mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk mampu memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina kecergasan minda. Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT. Dalam usaha mencapai hakikat khyusuk ini, maka kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wudhuk dengan sempurna, melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk, iktidal, sujud, thomaninah serta memahami isi bacaan.

Berdasarkan ayat ini, ternyata keistimewaan amalan ibadah khusus membuktikan bahawa Islam telah menyediakan pakej penjagaan kesihatan fizikal (jasmani) dan spiritual (rohani) yang begitu diperlukan oleh manusia sejagat tanpa perlu taksub kepada konsep penjagaan kesihatan yang lain.Solat khyusuk secara zahirnya adalah menghadapkan diri kepada Allah SWT dengan penuh adab dan penghormatan. Kerana Dia adalah Raja di dunia dan Raja di akhirat, Raja yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. Solat yang mencapai tahap khyusuk, bukan sahaja memberi kesan baik dalam hubungan kita dengan Allah SWT, malah berupaya membentuk keperibadian muslim yang unggul. Bukan sekadar itu sahaja, beberapa kajian daripada pakar-pakar perubatan telah memperakukan bahawa puasa Ramadan dan puasa-puasa sunat yang lain, memberi kesan yang amat baik untuk kesihatan manusia.

Mewujudkan hubungan yang harmoni dalam masyarakat dan mengekalkan persekitaran bersih adalah gaya hidup sihat yang dituntut dalam Islam.

Hadith ini menunjukkan betapa pentingnya umat Islam sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan diri. Suci tetapi tidak bersih atau bersih tetapi tidak suci, boleh menjejaskan amal ibadah.

Mengambil kesempatan sempena peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan yang disambut setiap tahun, marilah sama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga kesihatan diri kita, tubuh badan, akal fikiran dengan mengambil makanan yang berkhasiat, berzat lagi halal dan menjauhkan segala perkara yang memudaratkan serta diharamkan. Mudah-mudahan dengan cara ini hidup yang kita lalui mendapat keberkatan Allah SWT. Di samping itu berilah sedikit perhatian dengan memastikan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi dan bila mereka pulang. Didiklah mereka dengan didikan agama, mudah-mudahan mereka sentiasa berada dalam landasan yang benar dan diredai Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 7 yang bermaksud:Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Kesimpulanya

Disediakan oleh ;NURUL AINA SOFIA BINTI RAMLAN6 AR-RUSDI

17