buku panduan program penyumberan … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian...

12
BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB Pasukan Penyumberan Bertanggungjawab Mac 2020

Upload: others

Post on 02-Dec-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

BUKU PANDUAN PROGRAMPENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB

Pasukan Penyumberan BertanggungjawabMac 2020

Page 2: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 2

The Hershey Company ditubuhkan berdasarkan prinsip mencapai prestasi yang baik dengan berbuat baik. Selama lebih daripada 125 tahun, kami telah mengendalikan perniagaan kami dengan menunjukkan yang kami ialah ahli yang penting dalam komuniti tempat kami tinggal dan bekerja.

Hershey sedar bahawa setiap langkah dalam rantaian bekalan kami memberikan kesan terhadap orang ramai, komuniti dan planet. Hasilnya, kami mengutamakan pelaksanaan piawaian sosial, alam sekitar dan etika perniagaan yang teguh di seluruh rantaian bekalan kami. Pada akhirnya, kejayaan jangka panjang kami adalah bergantung kepada menghormati hak-hak individu yang membentuk rantaian bekalan kami dan kemampanan bahan-bahan yang kami perolehi.

Hershey bergantung kepada rangkaian pembekal dan rakan niaga global kami untuk bekerja secara beretika dan mampan bagi menyediakan produk berkualiti tinggi yang enak kepada para pelanggan kami. Seperti ramai di kalangan anda, kami memanfaatkan pemikiran yang mengutamakan penambaikan berterusan, pendekatan secara bekerjasama dan menyokong tindakan. Dengan bekerja bersama-sama, kita boleh memberikan kesan yang lebih besar dan lebih berkekalan. Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah.

Yang ikhlas,

Jason Reiman, Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Rantaian Bekalan

A. Selamat datang & Pengenalan

B. Komitmen & Jangkaan KamiBeroperasi secara berintegriti dan cemerlang merupakan dua nilai asas The Hershey Company. Kod Tatalaku Pembekal kami menggariskan jangkaan dan garis panduan Hershey berhubung dengan penyumberan bertanggungjawab termasuk komitmen kami kepada hak asasi manusia, piawaian buruh, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan, etika perniagaan dan pembangunan rantaian bekalan yang pelbagai dan mampan.

Kami mengharapkan semua pembekal dan rakan niaga kami untuk memastikan pematuhan kepada Kod Tatalaku Pembekal kami dan semua dasar berkaitan1 yang lain. Pembekal juga diharapkan untuk berkomunikasi dan mengedarkan Kod Tatalaku Pembekal dan dasar-dasar berkaitan di seluruh rantaian bekalan mereka.

Kami menghendaki Pembekal kami mematuhi semua undang-undang/peraturan negara, negeri dan tempatan yang dapat dikenakan dalam pasaran di mana mereka beroperasi; walau bagaimanapun, jika undang-undang atau piawaian tempatan berbeza daripada Kod Pembekal, kami menjangkakan Pembekal kami mematuhi piawaian dan prinsip yang lebih ketat.

Jason Reiman

1 Pendirian Kebajikan Ternakan Ladang https://www.thehersheycompany.com/content/dam/corporate-us/documents/legal/farm-animal-welfare-position.pdfDasar Penyumberan Pulpa dan Kertas https://www.thehersheycompany.com/content/dam/corporate-us/documents/legal/pulp-and-paper-sourcing-policy.pdfDasar Penyumberan Bertanggungjawab Minyak Sawit https://www.thehersheycompany.com/content/dam/corporate-us/documents/legal/palm-sourcing-policy.pdf Dasar Penyumberan Bertanggungjawab Gula https://www.thehersheycompany.com/content/dam/corporate-us/documents/legal/sugar-sourcing-policy.pdf

Page 3: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 3

C. Pengesahan & Penambahbaikan BerterusanMemahami proses penyumberan bertanggungjawab pembekal kami sendiri adalah amat penting kepada visi kami untuk memperbaiki keadaan sosial dan persekitaran dalam rantaian bekalan kami. Untuk mencapainya, Hershey telah bekerjasama dengan Intertek, penyedia perkhidmatan pengurusan program penyumberan global yang terkemuka, untuk menyokong pembangunan dan penambahbaikan berterusan pembekal sebagai sebahagian daripada Program Penyumberan Bertanggungjawab Pembekal The Hershey Company. Pengurus Program Intertek (IPM) diintegrasikan dalam program tersebut untuk menyediakan tahap penglibatan yang sesuai bagi menyokong penyertaan pembekal dalam Program Penyumberan Bertanggungjawab Pembekal dan memastikan syarat-syaratnya disampaikan dengan betul.

The Hershey Company akan melibatkan dan bekerjasama dengan pembekal kami, apabila mungkin, untuk menyokong penambahbaikan berterusan dan membuat kemajuan dalam proses penyumberan bertanggungjawab mereka. Semasa mengesahkan pematuhan, The Hershey Company berhak untuk mengakses dan menyemak sistem dan proses pengurusan, piawaian dan rekod pembekal dan rakan niaga menerusi soal selidik penilaian diri, audit sosial pihak ketiga dan/atau model ketelitian wajar yang bertumpukan pekerja. Berpandukan semangat penambahbaikan berterusan, cita-cita kami adalah untuk bekerjasama dengan pembekal dan rakan niaga kami bagi menangani sebarang jurang prestasi yang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan rantaian bekalan yang dijajarkan sepenuhnya dengan Kod Tatalaku Pembekal Kami.

Walaupun mana-mana pembekal mungkin dikehendaki mengesahkan pematuhan kepada Kod Pembekal kami, rangkaian pembekal dan rakan niaga kami adalah luas dan pelbagai. Oleh itu, The Hershey Company mengutamakan ketelitian wajar dan pengesahan Kod kami dengan pembekal dan rakan niaga yang operasi dan aktiviti mereka lebih berkemungkinan untuk menimbulkan risiko yang lebih besar kepada isu hak asasi manusia kami yang penting atau utama dan strategi perniagaan jangka panjang. Kami juga ingin mengembangkan kerjasama dengan pembekal dan rakan niaga yang berada dalam kedudukan unik untuk membantu kami melaksanakan program dan memperbaiki amalan yang menangani beberapa isu asas yang menyumbang kepada cabaran penyumberan beretika dan bertanggungjawab.

Hershey menilai risiko melalui metodologi pemarkahan yang mempertimbangkan empat dimensi: dua kategori risiko hak asasi manusia (geografi dan rantaian nilai) dan dua kategori risiko perniagaan (perbelanjaan dan jenis perhubungan kami). Melengkapi metodologi pemarkahan kami, pensegmenan risiko Hershey juga mempertimbangkan komitmen kami yang lebih luas terhadap kemampanan termasuk alam sekitar dan kepelbagaian pembekal.

Sebagai sebahagian daripada Program Penyumberan Bertanggungjawab Pembekal Hershey, pembekal dan rakan niaga kami akan menyertai satu siri aktiviti untuk memastikan pematuhan dengan jangkaan Hershey. Ini termasuk kombinasi penilaian risiko kami yang dilakukan oleh Hershey, perakuan Kod Tatalaku Pembekal, Soal Selidik Penilaian Diri (SAQ) dan, Audit Pematuhan Sosial Di Tapak, mengikut keperluan.

Perakuan Kod Tatalaku

Pembekal memperakui Kod Tatalaku Pembekal yang baharu(keperluan tahunan)

Menyertai Sedex dan melengkapkan Soal Selidik Penilaian Diri(keperluan tahunan)

Melaksanakan audit SMETA 4-Pillar atau mengemukakan Audit Pengiktirafan Bersama (MRA)(Garis masa Hershey)

Melengkapkan CAP untuk memulihkan ketidakpatuhan dan mengemukakan bukti melalui audit susulan(jika berkenaan)

Soal Selidik Penilaian Diri (SAQ)

Audit Di Tapak Pembekal

Pelan Tindakan Pembetulan (CAP)

Page 4: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 4

LANGKAH 1: MEMAHAMI, MENJAJARKAN DAN BERKONGSI KOMITMEN KAMI

• Memahami: Biasakan diri anda dengan Kod Tatalaku Pembekal The Hershey Company, Komitmen Penyumberan Bertanggungjawab kami, Hak Asasi Manusia kami dan Dasar Alam Sekitar kami, dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Buku Panduan Penyumberan Bertanggungjawab ini.

• Menjajarkan: Berusaha untuk menjajarkan fasiliti anda dengan Kod Tatalaku Pembekal kami dengan mengambil langkah-langkah yang dihuraikan dalam Buku Panduan ini.

• Berkongsi; Berkomunikasi dan mewajibkan pematuhan kepada Kod Tatalaku Pembekal Hershey di seluruh rantaian bekalan anda sendiri dan mempunyai sistem pengurusan yang sesuai untuk menunjukkan dan mengesahkan pematuhan pembekal anda dengan piawaian kami.

LANGKAH 2: SERTAI SEDEX DAN KONGSI SOAL SELIDIK PENILAIAN DIRI ANDA (SAQ) DENGAN HERSHEY

• Sertai Sedex & mulakan perhubungan dengan The Hershey Company: Hershey amat menggalakkan para pembekal dan rakan niaganya untuk menyertai Sedex, salah satu penyedia perkhidmatan perdagangan beretika yang utama di dunia. Menyertai Sedex mengurangkan duplikasi usaha pengauditan pematuhan sosial dan sumber yang berkaitan, menjadikannya lebih mudah untuk pembekal berkongsi laporan audit dan maklumat dengan berbilang pembekal dalam format standard industri. Dengan menyertai Sedex, pembekal dan rakan niaga akan turut mendapat manfaat daripada pelbagai alat dan sumber pembinaan kapasiti termasuk rangkaian komuniti untuk membantu memperbaiki amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan mampan. Selepas menyertai, sila mulakan perhubungan dengan The Hershey Company (nombor Rujukan Sedex: ZC1090865) supaya kita boleh berkongsi maklumat.

Untuk menyertai Sedex, sila lawati: https://www.sedexglobal.com/join-sedex/supplier/

• Lengkapkan Soal Selidik Penilaian Diri (SAQ): Untuk mematuhi Program Penyumberan Bertanggungjawab Pembekal Hershey, anda perlu melengkapkan atau mengemas kini SAQ Sedex fasiliti anda pada setiap tahun. Pembekal dimaklumkan melalui e-mel oleh Pengurus Program Intertek dan dikehendaki menjawab dalam rangka masa yang diberikan. SAQ Sedex merupakan alat yang penting untuk menunjukkan kemantapan amalan perniagaan anda dan bahagian-bahagian yang boleh dilakukan penambahbaikan. Hershey menggunakan SAQ untuk keseluruhan usaha pengurusan rantaian bekalan kami bagi mengenal pasti isu-isu yang mungkin memerlukan susulan dalam audit dan penilaian lain. Jika pembekal dan rakan niaga mempunyai SAQ alternatif, selain daripada Sedex, Hershey akan menyemak dan mungkin menerima SAQ tersebut berdasarkan kes demi kes.

LANGKAH 3: MENGESAHKAN

• Audit Di Tapak Pembekal: Hershey mensyaratkan bahawa pembekal menjalani audit pematuhan sosial SMETA 4 -pillar atau setaraf menurut garis panduan Program Penyumberan Bertanggungjawab Pembekal Hershey dan dilakukan oleh Firma Pemantauan yang diluluskan oleh Hershey. Hershey berhak untuk meminta audit susulan (semakan di komputer atau di tapak) berdasarkan ketidakpatuhan yang dikenal pasti untuk mengesahkan pemulihan yang mampan bagi pelan tindakan pembetulan di samping sebarang pembetulan yang tersedia kepada Hershey.

Jika tapak anda telah melengkapkan audit pematuhan sosial di Tapak baru-baru ini, laporan tersebut mungkin layak untuk perkhidmatan Audit Pengiktirafan Bersama (MRA). Untuk pertanyaan tambahan tentang proses MRA atau piawaian yang diterima oleh Hershey, sila hubungi IPM anda.

Page 5: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 5

PROSES AUDIT DI TAPAK

Langkah-langkah berikut termasuk menjadualkan Audit Di Tapak dengan Firma Pemantauan yang diluluskan oleh Hershey, proses untuk audit Di Tapak dan susulan.

1) Permintaan Audit: Melalui e-mel, Pengurus Program Intertek (IPM) akan meminta pembekal menjalani audit SMETA 4-Pillar.

2) Penjadualan Audit: Audit Di Tapak dijadualkan dengan Firma Pemantauan yang diluluskan. Anda boleh menghubungi mana-mana Firma Pemantauan yang diluluskan oleh Hershey untuk meminta sebut harga dan ketersediaan juruaudit untuk membuat pilihan. Sila maklumkan IPM anda sebaik sahaja anda telah memilih Firma Pemantauan. Untuk senarai firma yang diluluskan oleh Hershey, sila hubungi IPM anda.

3) Audit Di Tapak: Semasa mesyuarat pembukaan, pengurusan fasiliti akan memaklumkan tentang tujuan audit, skop, proses dan peranan. Proses audit juga akan merangkumi temu bual pengurusan, semakan dokumen, lawatan fasiliti, temu bual pekerja persendirian dan mesyuarat penutupan.

PENGIKTIRAFAN BERSAMA Sebagai ahli AIM-Progress, Hershey menyokong proses pengiktirafan bersama dalam usaha untuk mengurangkan duplikasi, keletihan dan kos audit. Apabila menyemak audit melalui proses pengiktirafan bersama, Hershey akan menyemak laporan-laporan audit ini bersama dengan mana-mana tindakan pembetulan (CAPR) dan laporan penutupan audit untuk menilai dan mengesahkan pematuhan fasiliti dengan Kod Tatalaku Pembekal kami. Hershey tidak diwajibkan untuk mengiktiraf laporan tersebut dan bergantung kepada keputusan dan kualiti audit, mungkin memerlukan langkah-langkah susulan atau penilaian.

1. IPM memaklumkan permintaan audit kepada

pembekal

2. Pembekal mengaturkan audit dengan Firma Pemantauan yang

Diluluskan

3. Firma Pemantauan yang Diluluskan menjalankan

audit di tapak

4. Pembekal menyiapkan Pelan Tindakan Pembetulan

dan hantar kepada IPM

5. Audit susulan, mengikut keperluan

Page 6: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 6

PENGLIBATAN PEKERJA Hershey mengutamakan maklum balas langsung daripada pekerja untuk mendapatkan pemahaman yang lebih holistik tentang kesejahteraan pekerja dalam rantaian bekalan kami. Semasa menjalani audit pematuhan sosial, ia merupakan amalan standard untuk juruaudit menemubual dan menyertakan perspektif sekurang-kurangnya seorang wakil daripada setiap demografi buruh yang digaji di tapak tersebut.

Selain daripada audit tersebut, kami juga menggalakkan kerjasama untuk usaha melaksanakan lebih banyak ketelitian wajar yang bertumpukan pekerja yang bukan sekadar pematuhan piawaian tetapi turut memaklumkan bahagian-bahagian untuk penglibatan pekerja yang lebih mendalam.

4) Pengurusan Pelan Tindakan Pembetulan: Semasa mesyuarat penutupan, juruaudit akan menyediakan Laporan Pelan Tindakan Pembetulan (CAPR) yang meringkaskan ketidakpatuhan audit, pemerhatian dan amalan baik (jika ada). Pengurusan tapak perlu memaklumkan penyiapan CAP kepada IPM dengan menggariskan tindakan pembetulan segera dan pencegahan, analisis punca dan garis masa serta orang yang bertanggungjawab untuk pemulihan. Sila lihat lampiran A untuk maklumat lanjut mengenai ketidakpatuhan kritikal.

Sebagai sebahagian daripada CAP, Analisis Punca (RCA) juga mesti dilakukan untuk menganalisis dan mengenal pasti sumber atau penyebab yang menyebabkan ketidakpatuhan.

MEMAHAMI ANALISIS PUNCA (RCA)

Semasa audit, sebuah fasiliti menemui masalah – banyak alat pemadam api yang telah habis tempoh. Walaupun fasiliti tersebut ingin segera membetulkan ketidakpatuhan ini untuk memastikan alat pemadam kebakaran di tapak berfungsi dengan baik apabila diperlukan, ia juga penting untuk memahami mengapa dan bagaimana ini berlaku supaya masalah ini tidak timbul kembali lalu menimbulkan risiko keselamatan kepada fasiliti tersebut.

Analisis Punca (RCA) dapat membantu fasiliti menentukan sama ada: 1) Seseorang telah diberi tanggungjawab untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan alat pemadam api; 2) Orang yang bertanggungjawab mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan tanggungjawab

tersebut; 3) Terdapat prosedur yang memadai untuk pemeriksaan alat pemadam api; 4) Prosedur ini dilaksanakan secara efektif, dan 5) Rekod pemeriksaan dan penyelenggaraan alat pemadam api tersedia.

Terdapat banyak teknik dan metodologi industri yang digunakan untuk menjalankan analisis punca yang dapat membantu sebuah fasiliti memahami jurang dalam proses sistem pengurusan mereka, mengenal pasti penyelesaian yang mampan dan memantau untuk mengelakkan masalah yang dikenal pasti sebelumnya tidak berulang.

Page 7: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 7

KEPENTINGAN KETELITIAN WAJAR RANTAIAN BEKALAN

Ketelitian wajar rantaian bekalan ialah proses mengurus risiko sosial, persekitaran dan etika yang mungkin timbul akibat operasi dan aktiviti perniagaan. Ketelitian wajar yang dilakukan dengan betul harus mengenal pasti, mencegah dan mengurangkan kesan buruk terhadap hak asasi manusia dan risiko lain di semua peringkat rantaian bekalan. Langkah-langkah utama dalam proses tersebut termasuk: • Mempunyai komitmen yang jelas untuk menghormati hak asasi manusia, melindungi alam sekitar, dan beroperasi

secara beretika melalui pernyataan dasar atau kedudukan

• Mengenal pasti dan menilai kesan sebenar dan yang berpotensi

• Menyemak dan bertindak berdasarkan penemuan yang dikenal pasti

• Menjejaki tindak balas dan aktiviti susulan

• Berkomunikasi tentang cara kesan ditangani

D. MEMAHAMI KETELITIAN WAJAR SISTEM PENGURUSAN & RANTAIAN BEKALAN– Satu Komponen Penting kepada Operasi Perniagaan yang Bertanggungjawab dan Penambahbaikan Berterusan

Kod Pembekal The Hershey Company menghendaki pembekal dan rakan niaga kami menyampaikan jangkaan kami di seluruh rantaian bekalan mereka. Sistem pengurusan yang berkesan bersama dengan ketelitian wajar2 merupakan komponen utama untuk memastikan bahawa Kod Pembekal kami dipatuhi oleh yang lain selain daripada pembekal langsung dan rakan niaga Tahap 1 kami.

Sistem pengurusan ialah cara organisasi menguruskan3 bahagian perniagaannya yang saling berkaitan untuk mencapai objektifnya. Memenuhi piawaian sosial, alam sekitar dan etika adalah tidak berbeza dengan banyak keperluan perniagaan yang lain. Pembekal dan rakan niaga bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pengurusan yang diperlukan untuk memenuhi jangkaan prestasi dan ketelitian wajar yang ditetapkan oleh Hershey.

Sistem pengurusan mungkin berbeza dalam tahap keformalan dan kerumitannya bergantung kepada saiz dan konteks organisasi. Organisasi yang lebih kecil mungkin bergantung kepada pemimpin yang mantap yang menggariskan jangkaan dengan jelas. Perniagaan yang lebih besar atau rumit mungkin mempunyai dokumentasi dan kawalan yang menyeluruh untuk memenuhi objektif organisasi mereka. Secara keseluruhan, sistem pengurusan yang ditakrifkan dengan baik perlu menyokong pertumbuhan dan produktiviti organisasi dan pada masa yang sama turut memperbaiki pengurusan risiko dan keupayaan untuk mengenal pasti risiko yang berkaitan dengan hak asasi manusia, alam sekitar dan etika perniagaan.

Salah satu model sistem pengurusan yang terkenal ialah “Plan-Do-Check-Act” (Rancang-Buat-Semak-Bertindak) atau model PDCA. Model ini walaupun ringkas, ia menyediakan rangka kerja yang bagus untuk menilai matlamat, melaksanakan aktiviti, memantau keputusan dan mengenal pasti bahagian-bahagian untuk penambahbaikan.

2 ISO https://www.iso.org/management-system-standards.html 3 https://www.iso.org/management-system-standards.html

Page 8: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 8

Rancang: Tetapkan matlamat, dasar dan proses, menilai risiko Lakukan: Menggariskan tanggungjawab, memberi latihan, melaksanakan program &

aktiviti Semak: Kumpul data, pantau keputusan dan tentukan sama ada anda berada

landasan yang betul Bertindak: Tangani isu-isu yang dikenal pasti dengan memantau dan menyemak

keputusan dengan kepimpinan dan menentukan langkah atau perubahan yang perlu dibuat.

Model PDCA di atas4, dan alat sistem pengurusan yang lain, boleh membantu organisasi melaksanakan analisis punca untuk penambahbaikan berterusan.

MODEL PDCA

4 Grafik PDCA

RANCANGMembuat Pelan

Penambahbaikan Proses

BER- TINDAKMelaksanakan Pelan Penam-

bahbaikan Ke Dalam

Sistem

LAKU- KAN

Melaksanakan Pelan Penam-

bahbaikan

SEMAKMeneliti Maklum Balas dan

Menyesuaikan Pelan Penambahbaikan

Page 9: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 9

E. MEMPROMOSIKAN HAK & PEMERKASAAN WANITA

F. BUKU & REKOD

G. MENGEMUKAKAN & MELAPORKAN KEBIMBANGAN

Mempromosikan Pemerkasaan & Hak Wanita merupakan satu keutamaan bagi The Hershey Company. Penting untuk semua rakan niaga kita memahami bahawa lelaki dan wanita di tempat kerja berdepan dengan cabaran yang unik dan berbeza – selalunya disebabkan oleh norma budaya dan konteks undang-undang yang berbeza. Tambahan pula, wanita mungkin lebih mudah terjejas disebabkan oleh peranan jantina yang khusus (seperti jangkaan sebagai penjaga atau kehamilan) atau jenis pekerjaan mereka. Oleh itu, kami menggalakkan rakan niaga kami untuk mempertimbangkan isu-isu jantina dalam pendekatan pematuhan mereka dengan mempertimbangkan aktiviti seperti:

• Memastikan bahawa wanita tidak didiskriminasikan berdasarkan jantina mereka dalam apa jua keadaan - termasuk memastikan bahawa pekerja tidak dipaksa atau didesak untuk menggunakan pencegahan hamil dan ujian kehamilan tidak dilakukan sebagai satu syarat pekerjaan

• Memastikan bahawa tempat kerja dan data pengurusan diasingkan mengikut jantina untuk mengenal pasti kesan yang berbeza terhadap pekerja lelaki dan wanita.

• Mempertimbangkan sensitiviti jantina atau keperluan unik lelaki dan wanita apabila mereka mekanisme keluhan• Menyediakan penginapan yang sesuai dan wajar untuk pekerja wanita berhubung dengan kehamilan dan pengasuhan.

Untuk sumber tambahan tentang Pemerkasaan Wanita, sila lihat Apendiks B.

Hershey menjangkakan pembekal dan rakan niaga untuk menyimpan rekod yang mencerminkan dengan tepat dan adil transaksi dan penyelesaian pembekal dengan Hershey, dan untuk mereka dan mengekalkan sistem kawalan perakaunan dalaman yang memadai. Pembekal dan rakan niaga mesti mematuhi semua amalan terbaik dan undang-undang penyimpanan dan pengekalan rekod, termasuk Akta Amalan Rasuah Asing. Setiap Pembekal mesti merekodkan dan melaporkan fakta dengan tepat, secara jujur dan objektif. Pembekal dan rakan niaga tidak boleh menyembunyikan, gagal untuk merekodkan, atau membuat entri palsu. Semua buku dan rekod kewangan mesti mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum.

Pembekal dan rakan niaga kami bertanggungjawab untuk melaporkan dengan segera pelanggaran sebenar atau yang disyaki berhubung dengan etika, dasar atau undang-undang, Kod Tatalaku Pembekal kami, atau Dokumen Panduan ini. Pembekal perlu mempunyai satu proses yang dimaklumkan kepada kakitangan mereka untuk membantu mereka mengemukakan sebarang kebimbangan atau melaporkan pelanggaran tanpa rasa takut terhadap tindakan balas. Pembekal dan majikan mereka perlu melaporkan dengan segera kepada Hershey apa-apa pelanggaran Kod Tatalaku Pembekal, etika, dasar atau undang-undang. Laporan boleh dibuat kepada Program Etika dan Pematuhan Hershey, Jabatan Undang-undang Hershey atau melalui Talian Kebimbangan Sulit Hershey, dengan maklumat perhubungan yang disediakan di bawah. Kami memandang serius setiap laporan dan tidak akan bertolak ansur terhadap apa-apa pembalasan oleh pekerja Hershey terhadap pembekal yang telah melaporkan kebimbangan dengan niat jujur atau bekerjasama dengan kami mengenai siasatan.

www.HersheysConcern.com; [email protected]

Jabatan Undang-undang, The Hershey Company 19 East Chocolate Avenue, Hershey, PA 17033 USA

Page 10: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 10

H. HUBUNGI KAMI

LAMPIRAN A : Pelanggaran Toleransi Sifar & Kritikal Hershey Company

Untuk pertanyaan umum tentang syarat-syarat program kami atau keseluruhan usaha penyumberan bertanggungjawab, sila hubungi [email protected]

Pelanggaran Toleransi Sifar

Pelanggaran Toleransi Sifar adalah yang berkemungkinan mengakibatkan kesan yang teruk kepada hak-hak individu, keselamatan nyawa dan/atau reputasi jenama Hershey.

Jika pembekal sedia ada didapati melakukan satu atau lebih pelanggaran Toleransi Sifar di fasiliti mereka, pengurus perhubungan Hershey dan IPM mereka akan dimaklumkan. CAR pembekal perlu dikemukakan kepada Hershey dan IPM mereka selewat-lewatnya 15 hari dari tarikh mereka menerima laporan tersebut. CAPR perlu mengandungi tindakan segera yang diambil, analisis punca dan tindakan pencegahan yang akan dilaksanakan.

Dalam keadaan di mana pembekal tidak mahu atau tidak dapat memulihkan pelanggaran Toleransi Sifar dalam rangka masa yang sesuai, Hershey mempunyai hak untuk menggantung atau mengeluarkan pembekal.

Ketidakpatuhan berikut dianggap pelanggaran Toleransi Sifar di bawah Program Hershey:

Buruh Kanak-kanak: • Bukti penggunaaan buruh kanak-kanak seperti yang ditetapkan oleh Konvensyen ILO 138 dan 182 • Penggajian pekerja bawah umur 18 tahun yang mengganggu persekolahan atau pendidikan vokasional atau mendedahkan kanak-kanak kepada risiko yang tidak wajar yang boleh memudaratkan perkembangan fizikal, mental atau emosi.• Golongan muda yang digaji yang didapati melakukan kerja berbahaya, bekerja pada waktu malam atau kerja lebih masa dalam cara yang menghalang atau mengehadkan persekolahan mereka

Buruh Paksa:• Terdapat bukti adanya buruh penjara, buruh hamba, buruh terikat atau paksaan terhadap mana-mana pekerja melalui apa-apa cara • Dokumen peribadi yang disimpan tanpa kerelaan, atau tidak diberikan akses apabila diminta• Pekerja yang dihadkan kebebasan pergerakan atau tidak berupaya untuk menamatkan pekerjaan tanpa penalti

Pelanggaran Piawaian Etika Perniagaan • Bukti pemberian hadiah, hiburan atau hospitaliti lain yang akan mempengaruhi, atau kelihatan akan mempengaruhi, pembuatan keputusan ejen kerajaan atau sesiapa yang mempunyai jawatan yang berpengaruh • Menawarkan peluang perniagaan, komisen, atau pengaturan kewangan yang menguntungkan yang akan mendatangkan faedah secara peribadi atau kelihatan seperti rasuah• Pelanggaran peruntukan buku dan rekod Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) atau undang-undang antirasuah yang lain

Isu-isu Kesihatan, Keselamatan Peribadi dan/atau Alam Sekitar yang Mengancam Nyawa yang perlu ditangani dengan segera

Kegagalan untuk menyelesaikan tindakan pembetulan Toleransi Sifar atau Kritikal (ditakrifkan di bawah) dalam rangka masa yang dipersetujui

Page 11: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 11

Pelanggaran Kritikal

Pelanggaran Kritikal adalah yang mungkin mengakibatkan kesan negatif terhadap hak individu, keselamatan nyawa dan/atau reputasi korporat Hershey.

Jika pembekal sedia ada didapati melakukan satu atau lebih pelanggaran Kritikal di fasiliti mereka, pengurus perhubungan Hershey dan IPM mereka akan dimaklumkan. CAR pembekal perlu dikemukakan kepada Hershey dan IPM mereka selewat-lewatnya 15 hari dari tarikh mereka menerima laporan tersebut. CAPR perlu mengandungi tindakan segera yang diambil, analisis punca dan tindakan pencegahan yang akan dilaksanakan.

Dalam keadaan di mana pembekal tidak mahu atau tidak dapat memulihkan pelanggaran Kritikal dalam rangka masa yang sesuai, Hershey berhak untuk menggantung atau mengeluarkan pembekal.

Ketidakpatuhan berikut dianggap pelanggaran Kritikal di bawah Program Hershey:

Buruh Kanak-kanak• Tiada proses untuk mengesahkan umur pekerja/kakitangan

Buruh Paksa • Pekerja didapati membayar untuk pengambilan, penggajian atau bayaran lain • Kontrak/syarat-syarat tidak dimaklumkan sebelum penggajian

Gaji dan Faedah• Pekerja tidak dibayar gaji atau faedah tepat pada masanya atau dibayar di bawah kadar bayaran yang dimandatkan secara sah atau secara kontrak, termasuk kadar bayaran kerja lebih masa

Pelanggaran Piawaian Etika Perniagaan• Transaksi secara langsung atau tidak langsung melibatkan pihak yang tertakluk kepada sekatan ekonomi A.S.• Transaksi menyalahi undang-undang yang melibatkan item atau maklumat yang tertakluk kepada kawalan eksport.

Kebebasan Berpersatuan• Halangan kebebasan berpersatuan dan tawar-menawar kolektif atau cara kebebasan berpersatuan alternatif• Diskriminasi, tindakan balas, gangguan atau ancaman terhadap pekerja yang menyertai atau tidak menyertai kesatuan sekerja dan/atau tawar-menawar kolektif

Diskriminasi dan Gangguan• Diskriminasi yang disahkan dalam keputusan pengambilan dan/atau penggajian • Gangguan disiplin, ancaman keganasan atau gangguan bentuk lain yang disahkan yang dilaporkan tanpa tindakan diambil oleh pengurusan kilang

Mekanisme Keluhan• Tiada mekanisme keluhan sulit yang boleh diakses untuk semua pekerja• Tindakan balas terhadap pekerja yang memfailkan keluhan

Isu kesihatan, keselamatan dan alam sekitar yang menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan dan kesihatan individu atau terhadap alam sekitar.

Page 12: BUKU PANDUAN PROGRAM PENYUMBERAN … · 2020. 11. 17. · membina lebih banyak detik perkongsian kebaikan dan masa depan yang lebih cerah. Yang ikhlas, Jason Reiman, ... melaksanakan

PASUKAN PENYUMBERAN BERTANGGUNGJAWAB THE HERSHEY COMPANY ©The Hershey Company 2020 12

Piawaian & Garis Panduan Keseluruhan

• Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat https://www.un.org/en/universal-declaration-human-rights/• Deklarasi ILO mengenai Hak-hak dan Prinsip-prinsip Asas di Tempat Kerja https://www.un.org/en/universal-declaration-

human-rights/• Garis Panduan OECD untuk Perusahaan Multinasional https://www.oecdwatch.org/oecd-ncps/the-oecd-guidelines-for-mnes/• Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGPs) https://www.ohchr.org/Documents/

Publications/GuidingPrinciplesBusinessHR_EN.pdf• 10 Prinsip Kompak Global PBB https://www.unglobalcompact.org/what-is-gc/mission/principles• Kod Asas ETI https://www.ethicaltrade.org/eti-base-code

Pendekatan Penyumberan Bertanggungjawab

• Alat Penyumberan Bertanggungjawab: https://www.responsiblesourcingtool.org/• Aim Progress Responsible Sourcing Journey https://aim-progress.com/storage/resources/responsible-sourcing-journey-v1.0-

oct2016.pdf • Alat Perniagaan untuk Pembekal https://aim-progress.com/files/125/business-toolkit-complete-final-20-feb-2018.pdf

Mewujudkan Sistem Pengurusan yang Efektif

• Alat Rujukan Program Pematuhan Sosial Global untuk Sistem Pengurusan Sosial dan Buruh: https://www.theconsumergoodsforum.com/wp-content/uploads/2018/01/GSCP_Reference_Tools_SLMS_interactive.pdf

• The Hershey Company Partners in Quality Manual https://www.thehersheycompany.com/content/dam/corporate-us/documents/partners-and-suppliers/Supplier%20Quality%20Expectations%20Manual%202017%20new%20logo%20final.pdf

Buruh Paksa & Pengambilan yang Beretika

• IHRB Responsible Recruitment https://www.ihrb.org/uploads/member-uploads/Six_Steps_to_Responsible_Recruitment_-_Leadership_Group_for_Responsible_Recruitment.pdf

• Verité Help Wanted Toolkit https://www.verite.org/help-wanted/• Responsible Recruitment Toolkit https://responsiblerecruitmenttoolkit.org/about-rrt/

Buruh Kanak-kanak

• ILO- IOE guidance tool for business https://www.unglobalcompact.org/library/3881• Persatuan Buruh Adil https://www.fairlabor.org/topic/child-labor

Topik Tambahan

• Mekanisme Keluhan https://www.shiftproject.org/resources/publications/remediation-grievance-mechanisms-corporate-responsibility-respect-human-rights/

• Pemerkasaan Wanita: https://www.unglobalcompact.org/take-action/action/womens-principles o Gender Dimensions on the UN Guiding Principleso https://www.bsr.org/reports/BSR_Gender_Equality_in_Codes_of_Conduct_Guidance.pdf

• Diskriminasi & Gangguan: https://www.ilo.org/empent/areas/business-helpdesk/faqs/WCMS_DOC_ENT_HLP_BDE_FAQ_EN/lang--en/index.htm

LAMPIRAN B : Sumber Tambahan untuk Pembekal & Rakan Niaga