buku panduan peperiksaan.pdf

9
SMK MERPATI, SANDAKAN 2015 BUKU PANDUAN UNIT PEPERIKSAAN Blog: uppsmkmerpati.blogspot.com SMK MERPATI , WDT 54 PEJABAT POS WISMA PERSEKUTUAN

Upload: mat-leh

Post on 25-Dec-2015

191 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 1

SMK MERPATI, SANDAKAN

2015

BUKU PANDUAN UNIT

PEPERIKSAAN Blog: uppsmkmerpati.blogspot.com

S M K M E R P A T I , W D T 5 4 P E J A B A T P O S W I S M A P E R S E K U T U A N

Page 2: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 2

ISI KANDUNGAN

CARTA ORGANISASI UNIT PEPERIKSAAN ...................................................................................................................................................................................................................................................3

TAKWIM INDUK UNIT PEPERIKSAAN SMK MERPATI SANDAKAN TAHUN 2015 .................................................................................................................................................................4

PROSEDUR UNIT PEPERIKSAAN SMK MERPATI .....................................................................................................................................................................................................................................5

PROSEDUR PEPERIKSAAN (GURU): PENGURUSAN KERTAS SOALAN & TEMPAT PEPERIKSAAN ...............................................................................................................................7

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGASSEMASA PEPERIKSAAN PT3 DAN SPM DIJALANKAN .......................................................................................9

Page 3: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 3

CARTA ORGANISASI UNIT PEPERIKSAAN

SMK MERPATI SANDAKAN 2015

Page 4: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 4

TAKWIM INDUK UNIT PEPERIKSAAN SMK MERPATI SANDAKAN TAHUN 2015

AKTIVITI UNIT PEPERIKSAAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS CATATAN

Sesi persekolahan bermula 5hb

Penghantaran Headcount 26hb (T5)

1hb (T4) SU Dalaman & SU SPM

Pra-pendaftaran calon SPM 2-27hb SU SPM

Pendaftaran calon SPM 2-13hb SU SPM

Penghantaran kertas soalan

25hb (GM1)

22hb (PPT)

29hb (GM2, Pcb PT3)

12hb (Pcb SPM)

9hb (PAT)

SU Dalaman

Taklimat Pengurusan Peperiksaan Kepada Semua Guru

26hb Penyelaras UPP

GM/ Percubaan/ Peperiksaan

9-13hb (GM1

T4&T5)

11-22hb (PPT

T1-T5)

10-14hb (GM2,

Pcb PT3)

1-11hb (Pcb SPM)

12-15hb (PT3)

2hb (SPM mula)

SU Dalaman SU PT3

28/9-9/10hb (PAT T1-T4)

Tarikh Akhir Key-in Markah

2hb (GM1)

19hb (PPT)

4hb (GM2, Pcb PT3)

29hb (Pcb SPM)

28hb (PAT) SU Dalaman

Ujian Pelbagai Instrumen

21/6-3/7hb (Geografi)

SU PT3

5-17hb (Sejarah)

Ujian Lisan

4-28hb (Bertutur)

11hb

(Mendengar BM)

12hb

(Mendengar BI)

28/9-1/10hb (SPM)

SU PT3/Panitia SU SPM/Panitia

Jadual Anjal 3hb SU SPM/ Jadual Waktu

Amali Sains SPM 5-15hb SU SPM/ Panitia

Page 5: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 5

PROSEDUR UNIT PEPERIKSAAN SMK MERPATI

Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah. 2. Menyediakan jadual pembina soalan. 3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat penyimpanan kertas soalan. 4. Memastikan keselamatan kertas-kertas soalan berada di dalam keadaan selamat. 5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan. 6. Memastikan skema jawapan dan JSU/JSI disediakan oleh Ahli Jawatankuasa panel penggubalan soalan. 7. Memastikan jadual pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan. 8. Memastikan kertas soalan, skema jawapan dan JSU / JSI disimpan untuk rujukan. 9. Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan pelajar.

Setiausaha Peperiksaan PT3 dan SPM

1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru tingkatan. 2. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan. 3. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan. 4. Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan. 5. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PT3 / SPM. 6. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN, Lembaga Peperiksaan dan Sekolah. 7. Makluman kepada Penolong Kanan jika ada pelajar yang tidak mampu membayar dan memerlukan bantuan PIBG/Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan

selanjutnya. 8. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PT3/SPM:

Analisis keputusan peperiksaan

Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan

Borang-borang yang berkaitan 9. Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan. 10. Menyediakan pelan tempat duduk calon bilik peperiksaan dalam 4 salinan. 11. Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja. 12. Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan :

Page 6: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 6

Almari / Jam dinding / Cop sekolah / lakri / Kapur / Pemadam / Lain-lain 13. Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan. 14. Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk calon persendirian jika ada. 15. Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dalam menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali dan pendidikan seni. 16. Penyelaras peperiksaan PT3 dan SPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang

dipinjamkan dikembalikan ke pejabat. 17. Mendapat 2 set soalan PT3 dan SPM untuk rujukan sekolah. 18. Menyelaras penyediaan sijil untuk Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) 19. Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia Mata Pelajaran.

Guru Penyedia Soalan

1. Kertas soalan yang telah digunakan pada tahun-tahun terdahulu tidak dibenarkan diulang semula pada tahun-tahun berikutnya. 2. Soalan ujian/peperiksaan hendaklah ditaip sepenuhnya atau menggunakan kaedah ’copy and paste’. Kaedah ’cut and paste’ atau fotostat terus dari buku tidak

dibenarkan sama sekali. 3. Jenis ’font’ soalan yang ditetapkan ialah Arial 11. 4. Kertas soalan bersama JSU dan Skema Jawapan hendaklah sampai kepada pentadbir seminggu sebelum tarikh ujian/peperiksaan. 5. Semua guru penyedia kertas soalan ujian/peperiksaan DIINGATKAN supaya :

i. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu dalam menaip soalan ujian/ peperiksaan. ii. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu dalam menyusun, mengkokot dan membungkus kertas soalan. iii. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu dalam menyemak dan menanda kertas soalan yang telah dijawab.

Pelaksanaan Ujian/Peperiksaan

1. Ujian dan peperiksaan yang diadakan sebanyak dua kali setahun adalah untuk memastikan kesinambungan proses PDP. Pelaksanaan ujian dan peperiksaan hendaklah berasaskan sukatan pelajaran serta format terkini yang telah ditetapkan.

2. Sebarang penangguhan ujian / peperiksaan adalah tidak dibenarkan kecuali bagi pelajar yang mewakili sekolah di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PPD / JPN / KPM atau mengikut budi bicara tuan pengetua. Guru pengiring / guru penasihat / guru penyelaras adalah bertanggungjawab untuk memastikan pelajar tersebut menjawab soalan ujian / peperiksaan mengikut masa yang diperuntukkan di bawah pengawasan guru pengiring / penyelaras itu sendiri.

3. Pelajar yang tidak menduduki ujian/peperiksaan atas kebenaran pihak pentadbir sekolah atas sebab-sebab yang diterima dibenarkan menduduki peperiksaan di luar jadual peperiksaan. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tidak dibenarkan sama sekali menduduki ujian / peperiksaan tersebut.

4. Setiausaha Peperiksaan Dalaman perlu memastikan guru mata pelajaran menyemak, menanda kertas soalan dan memasukkan markah ujian/peperiksaan pelajar berkenaan.

5. Analisis item hendaklah disediakan bagi kertas soalan berbentuk objektif dan subjektif untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM.

6. Refleksi 1, 2 dan 3 hendaklah disediakan oleh guru mata pelajaran (R1), Ketua Panitia (R2) dan Ketua Bidang (R3) bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan PT3 / SPM.

7. Keputusan ujian dan peperiksaan semua pelajar akan dipamerkan supaya masing-masing sentiasa berusaha dan bersaing untuk mempamerkan yang terbaik untuk tatapan umum dan akan berasa malu jika keputusan yang tidak baik dipamerkan serta menjejaskan maruah diri.

Page 7: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 7

PROSEDUR PEPERIKSAAN (GURU): PENGURUSAN KERTAS SOALAN & TEMPAT PEPERIKSAAN

1. Penggubal Soalan

Ditetapkan oleh panitia semasa mesyuarat panitia.

2. Penyediaan Kertas Soalan 2.1 Kertas soalan perlu bertaip [ Arial, Font 11 , 1.5 spacing ] 2.2 Guru-guru hendaklah memaksimumkan penggunaan ruang pada kertas soalan. 2.3 Soalan perlulah mengikut format peperiksaan sebenar. 2.4 Format muka depan bagi kertas soalan dapatkan dari unit peperiksaan. 2.5 Pastikan soalan yang disediakan tidak mengandungi unsur - unsur menghasut, menghina , berbau politik atau yang boleh dipertikaikan. 2.6 Kertas soalan hendaklah disemak oleh Pengetua / Penolong Kanan / Ketua Bidang/Ketua Panitia, untuk disahkan. 2.7 Kertas soalan hendaklah dihantar untuk direso sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh peperiksaan tersebut. 2.8 Kertas soalan hendaklah disusun mengikut kelas dan disertakan dengan borang pengesanan perjalanan peperiksaan (tali pengikat soalan). 2.9 Kertas soalan yang telah lengkap disusun hendaklah diserahkan ke unit peperiksaan.

3. Kertas Jawapan Pelajar 3.1 Kertas OMR, test pad dan kertas graf boleh diperolehi daripada setiausaha peperiksaan dalaman. 3.2 Test pad dan kertas graf hanya dibekalkan untuk pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan percubaan sahaja. 3.3 Kertas OMR hanya digunakan sekiranya soalan tersebut melebihi 30, sekiranya kurang dari itu diharapkan guru dapat menyediakan ruangan

jawapan pada kertas soalan. 3.4 Pastikan bilangan kertas jawapan yang diedarkan mencukupi dan tidak berlaku pembaziran. 3.5 Kertas jawapan hendaklah dipungut selepas setiap kali habis peperiksaan pada hari tersebut.

4. Semasa Peperiksaan Dijalankan.

4.1 Guru pengawas perlulah berada di bilik peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 4.2 Guru perlu memastikan dan mengarahkan pelajar untuk meletakkan beg dan peralatan yang tidak diperlukan di luar atau di belakang kelas. 4.3 Sekiranya peperiksaan berlangsung pada waktu rehat, guru sebelum waktu rehat hendaklah keluar 10 minit lewat dan guru selepas rehat masuk mengawas 10 minit awal. 4.4 Pastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan semasa peperiksaan berlangsung. 4.5 Guru hendaklah sentiasa bergerak semasa pengawasan bagi mengelakkan penyelewengan berlaku. 4.6 Jangan lepaskan pelajar sebelum waktu tamat persekolahan [ 1.50 petang untuk hari Isnin hingga Khamis dan 11.50 pagi untuk hari Jumaat] 4.7 Kertas jawapan pelajar hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan dan sekiranya guru tersebut tiada, bolehlah diserahkan kepada

Page 8: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 8

setiausaha peperiksaan dalaman. 4.8 Lengkapkan borang pengesanan perjalanan peperiksaan. Sila catatkan pelajar yang tidak hadir, meniru atau lain – lain yang berkaitan bagi memudahkan guru yang menanda.

5. Selepas Peperiksaan

5.1 Guru-guru adalah WAJIB menanda / menyemak semua kertas jawapan pelajar. 5.2 Bagi guru-guru yang cuti bersalin , berkursus atau pun yang akan berpindah adalah masih bertanggungjawab untuk memeriksa, menilai dan merekod markah pelajar. 5.3 Markah pelajar hendaklah dimasukkan oleh guru mata pelajaran mengikut kelas yang diajar ke dalam Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) atau komputer di bilik guru. 5.4 Buku penyata / slip peperiksaan hendaklah dihantar ke pejabat dua minggu selepas peperiksaan.

6. Penyediaan Tempat Peperiksaan

6.1 Peperiksaan Dalaman

Penyusunan bilik – bilik peperiksaan hendaklah dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pastikan susunan meja mengikut jarak + 1.5 m dari pusat ke pusat meja dan tidak rapat dengan dinding.

Kedudukan pelajar hendaklah mengikut senarai nama sebagaimana dalam jadual kedatangan.

Pastikan kelas peperiksaan berada dalam keadaan yang kondusif untuk pelajar.

6.2 Peperiksaan Percubaan dan Awam Guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan diminta memberikan kerjasama dalam proses penyediaan tempat peperiksan dan kawalan

pelajar. 7. Am

7.1 Pelajar yang terlibat dengan aktiviti sekolah semasa peperiksaan/ ujian dijalankan ataupun yang tidak hadir pada hari peperiksaan Guru tingkatan ataupun guru yang bertanggungjawab perlulah memaklumkan kepada setiausaha peperiksaan agar soalan dapat dikuarantinkan dan

satu masa akan ditetapkan bagi mereka mengambil peperiksaan tersebut. 7.2 Bagi pelajar yang melakukan penyelewengan semasa peperiksaan (meniru atau ada tanda-tanda untuk meniru )

Guru pengawas hendaklah memaklumkan nama pelajar berkenaan ( pelajar yang meniru atau yang membenarkan kertasnya ditiru ) kepada guru mata pelajaran.

Tindakan (mengikut kes) akan diambil termasuklah membatalkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut ataupun memberikan markah kosong (sifar)

Page 9: BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN.pdf

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015 9

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGASSEMASA PEPERIKSAAN PT3 DAN SPM DIJALANKAN

1. Guru dikehendaki hadir setengah jam lebih awal dan balik setengah jam lebih lewat. 2. Guru hendaklah berada di pejabat semasa peperiksaan berjalan. 3. Mengarahkan pelajar beratur di dataran kejat untuk urusan doa, teguran dan pesanan 4. Menguruskan calon sebelum masuk ke dewan peperiksaan. 5. Mengeluarkan surat pengesahan calon bagi yang tertinggal slip peperiksaan atau kad pengenalan. 6. Menguruskan calon-calon yang jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan. 7. Mencatatkan laporan perjalanan peperiksaan didalam buku laporan yang disediakan. 8. Menentukan kemudahan-kemudahan dan bekalan-bekalan asas terdapat di dalam peti kecemasan. 9. Mengawal disiplin calon-calon sewaktu di luar dewan peperiksaan. 10. Menyediakan dan membekalkan kepada ketua pengawas keperluan asas. Bahan-bahan peperiksaan seperti gam, pensil, pen sekiranya perlu. 11. Menghubungi dan memberitahu pengetua sekiranya berlaku kes-kes yang perlu pemerhatian segera. 12. Sekiranya terdapat calon yang tidak hadir pada hari peperiksaan, guru bertugas diminta menghubungi calon dengan merujuk buku rekod kehadiran pelajar atau

mengambil tindakan yang sewajarnya. 13. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Gerakan Payung bagi mengatur tempat tinggal dan makanan untuk calon yang tidak dapat pulang kerana banjir atau

perintah berkurung. 14. Menguruskan makan/minuman calon-calon yang di dalam kuarantin. 15. Menentukan pengemas bilik telah menjalankan tugas-tugas berikut apabila tamat peperiksaan pada tiap-tiap hari:

(a) Dikemaskan susunan kerusi meja (b) Bilik-bilik darjah dibersihkan (c) Bakul sampah di bilik-bilik peperiksaan dikosongkan (d) Menyimpan jam-jam peperiksaan di bilik peperiksaan atau di pejabat sekolah (e) Tingkap dan pintu dewan peperiksaan ditutup. (f) Menyediakan alat siaraya atau megaphone di dewan peperiksaan dan menyimpan semula di pejabat setelah sesuatu peperiksaan tamat.

16. Menghubungi Pengetua / Penolong Kanan jika terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan. 17. Lain-lain tugas yang diminta oleh ketua pengawas.