buku panduan pendaftaran_perlembagaan

15
AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 BUKU PANDUAN PENDAFTARAN BADAN SUKAN PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA ARAS 3, PUSAT AKUATIK NASIONAL KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL 57700 SRI PETALING KUALA LUMPUR TEL: 03- 8994 4800 03- 8994 4801 FAKS: 03- 8994 4810

Upload: jason-ramsey

Post on 22-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Buku Panduan Pendaftaran_Perlembagaan

TRANSCRIPT

AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN BADAN SUKAN

PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN

MALAYSIA

ARAS 3, PUSAT AKUATIK NASIONAL KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL

57700 SRI PETALING KUALA LUMPUR

TEL: 03- 8994 4800

03- 8994 4801 FAKS: 03- 8994 4810

PENDAHULUAN 1. Buku panduan ini dikeluarkan bertujuan untuk membantu orang ramai

yang ingin menubuhkan Badan Sukan dan seterusnya mengambil langkah-

langkah yang perlu bagi mendaftarkan badan sukan tersebut mengikut kehendak

Akta Pembangunan Sukan 1997.

2. Adalah diharapkan buku panduan ini dapat digunakan oleh orang ramai

dan khususnya badan sukan yang berdaftar agar dapat bertindak selaras

dengan kehendak-kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam hal-hal

behubung dengan badan sukan. Ianya juga diharap dapat meningkatkan

kefahaman dan pengetahuan orang ramai dan badan sukan dari segi

pengurusan dan pentadbiran badan sukan masing-masing.

PANDUAN PENDAFTARAN BADAN SUKAN

1. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG BERKUATKUASA

Akta Pembangunan Sukan 1997

2. MAKNA BADAN SUKAN

2.1 Seksyen 2 Akta Pembangunan Sukan 1997 menjelaskan bahawa

�badan sukan� beerti sesuatu persatuan, kelab, pertubuhan atau

syarikat yang bertindak sebagai badan pengelola atau badan

perwakilan suatu sukan di Malaysia sama ada diperingkat Daerah,

Negeri atau Kebangsaan, sama ada atau tidak persatuan, kelab,

pertubuhan atau syarikat itu hanyalah anggota gabungan bagi

persatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat yang lain

3 BAGAIMANA MENUBUHKAN BADAN SUKAN

3.1 Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh 7 orang atau lebih

hendaklah diadakan.

3.2 Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-

ketetapan berikut:

a) Bersetuju menubuhkan badan sukan

b) Meluluskan nama badan sukan yang akan didaftarkan

(badan sukan berkaitan hendaklah tersenarai dalam Jadual

Pertama, Seksyen 2, Akta Pembangunan Sukan 1997.

Badan sukan berkenaan mestilah bertindak sebagai badan

pengelola samaada diperingkat Daerah, Negeri atau

Kebangsaan)

c) Meluluskan alamat badan sukan yang hendak

didaftarkan.(Jika menggunakan alamat pejabat atau

bangunan, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat

hendaklah disertakan)

d) Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja badan sukan untuk

menguruskan pendaftaran. ( Senarai ahli terdiri daripada

Yang Dipertua/ Pengerusi, Timbalan Yang Dipertua/

Timbalan Pengerusi, Naib Yang Dipertua/ Naib Pengerusi,

Setiausaha, Bendahari dan sekurang-kurangnya beberapa

orang ahli jawatankuasa

e) Menyediakan/ meluluskan Perlembagaan/ Undang-Undang

Tubuh yang hendak didaftarkan

f) Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan badan sukan

serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat.

4. CARA-CARA MEMOHON PENDAFTARAN BADAN SUKAN

4.1 Setiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara

berikut:

a) Borang Permohonan (Borang 1) yang telah ditandatangani

oleh 2 pemegang jawatan utama badan sukan (2 salinan)

b) Bayaran proses RM 50.00 melalui cek/ wang pos/ kiriman

wang atas nama Pesuruhjaya Sukan

c) Empat (4) salinan Perlembagaan/ Undang-Undang Tubuh

badan sukan

d) Dua (2) salinan Minit Mesyuarat Penubuhan badan sukan

(Mesyuarat J/kuasa Penaja)

e) Dua (2) salinan bendera, lambang, lencana atau warna

dan makna atau tanda lain bewarna dan salinannya

ditandatangani oleh pemegang jawatan utama badan sukan.

f) Dua (2) salinan senarai pemegang jawatan badan sukan

(jawatankuasa penaja) dan ditandatangani oleh orang yang

menandatangani Borang 1.

[Nota: PEMEGANG JAWATAN UTAMA IALAH YANG

DIPERTUA / PENGERUSI, TIMBALAN YANG DIPERTUA/

TIMBALAN PENGERUSI, NAIB YANG DIPERTUA/ NAIB

PENGERUSI, SETIAUSAHA DAN BENDAHARI]

4.2 Borang permohonan (Borang 1) bagi mendaftarkan badan sukan

boleh didapati di Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Aras 3, Pusat

Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, 57700 Sri

Petaling, Kuala Lumpur . Borang permohonan adalah percuma.

4.3 Permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan ke Pejabat

Pesuruhjaya Sukan, Aras 3, Pusat Akuatik Nasional, Kompleks

Sukan Negara Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur.

5. PERKARA-PERKARA LAIN YANG PENTING a) Penggunaan Bahasa Malaysia

Semua urusan samaada surat menyurat atau perbincangan

dengan Pesuruhjaya sukan hendaklah menggunakan Bahasa

Malaysia.

b) Keahlian

Keutamaan menjadi ahli kepada sesebuah badan sukan (terutama

di peringkat Negeri dan Daerah) perlu diberi kepada penduduk

yang bermastautin di kawasan berkenaan.

c) Perlembagaan

Contoh perlembagaan yang dibekalkan adalah merupakan

standard yang perlu ada pada setiap badan sukan. Oleh itu badan

sukan berkenaan perlu menyesuaikan standard ini dengan

keperluan masing-masing

d) Jawatankuasa

Setiap badan sukan perlu memastikan supaya semua maklumat

asas jawatankuasa seperti nama, alamat, nombor telefon, jumlah

ahli dan sebagainya adalah lengkap dan betul bagi mengelakkan

sebarang kesulitan.

CARTA ALIRAN PROSES PENDAFTARAN BADAN SUKAN

Majoriti bersetuju untuk menubuhkan badan sukan

Dapatkan borang permohonan di Pejabat Pesuruhjaya Sukan (Borang 1)

Lengkapkan borang dan sertakan maklumat berikut:

Pastikan badan sukan berkenaan selaras dengan Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997

* 2 Salinan bendera, lambang, lencana atau warna dan makna

* Bayaran proses (cek/ wang pos/ kiriman wang) RM 50.00

* 4 Salinan perlembagaan

* 2 Salinan minit mesyuarat

* 2 Salinan senarai pemegang jawatan badan sukan

Hantar permohonan pendaftaran ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan

Selesai

PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG 1)

BORANG I

MALAYSIA

AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN

(PENDAFTARAN BADAN SUKAN) 1998 (Peraturan 4)

PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN BADAN SUKAN

KEPADA: PESURUHJAYA SUKAN Seperti yang dikehendakioleh seksyen * 15/16 Akta Pembangunan Sukan 1997, kami dengan ini membuat permohonan bagi pendaftaran badan sukan sebagaimana butir-butir di bawah. 1. Butir-butir badan sukan:

(1) Nama:���������������������������

�����������������������������..

(2) Alamat:

(a) Tempat perniagaan:������������������

��������������������������� ���������������������������

PERSATUAN TENIS NEGERI SELANGOR

NO 4, JALAN PERMATA (7/1)

40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

(b) Alamat pos:���������������������..

���������������������������

(3) Sukan:��������������������������

(4) Peringkat perwakilan atau pengelola:������������� (5) Penubuhan badan sukan (lampirkan dua (2) salinan minit

mesyuarat sulung � sila lihat huraian 3):

(a) Tarikh penubuhan:������������������

(b) Bilangan orang yang menghadiri mesyuarat sulung:����

(6) Bilangan kini anggota dalam daftar anggota:����������

(7) (a) Pernahkah badan sukan didaftarkan sebelum ini di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau Akta Pembangunan Sukan 1997?

���������������������������

(b) Nombor pendaftaran dahulu (jika ada):���������...

(8) Adakah badan sukan akan memakai apa-apa bendera, lambang, lencana atau warna atau apa-apa tanda yang lain (lihat huraian 4)?

D/A MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA

JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA

TENIS

PENGELOLA

17 MEI 2003

15

15

-TIDAK-

-TIADA-

ADA

(9) Jumlah Wang �

(a) yang telah diterima dalam 2 tahun yang lepas:

���������������������������

(b) yang telah dibelanjakan dalam 2 tahun yang lepas: ���������������������������

(c) yang merupakan baki di tangan sekarang:

���������������������������

(d) yang merupakan baki di bank:�������������..

dan nama bank:�������������������..

(10) Tahun kewangan bermula pada ���������...setiap tahun.

(11) Butir-butir syer, debentur, amanah saham atau pelaburan lain yang serupa yang dipegang:

Jenis Syarikat/Dana Amaun Dipegang sejak ����. �������.. ����� �������� ����. �������.. ����� �������� ����. �������.. ����� �������� (Lampirkan dua (2) salinan fotostat sebagai bukti pelaburan)

(12) Butir-butir harta tak alih yang dipunyai dan / atau dipajak / dipajak kecil:

Tempat No. Hakmilik Maksud harta digunakan

( lihat huraian 5) ������� �������� ������������.

������� �������� ������������.

-TIADA-

-TIADA-

-TIADA-

-TIADA-

1 JANUARI

-TIADA-

-TIADA-

13. Sampul surat bersetem yang beralamat sendiri dan pengakuterimaan

penerimaan dikemukakan bersama ini. 14. Dua salinan senarai pemegang jawatan utama badan sukan yang

mengandungi butir-butir yang berikut dikemukakan bersama ini. Nama (termasuk nama samaran jika ada), nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, alamat rumah dan pekerjaan pemegang jawatan dan nama dan alamat majikan pemegang jawatan.

15. Dua salinan diperakui perlembagaan badan sukan dalam Bahasa

Malaysia atau Inggeris dikemukakan bersama ini. 16. Kami memperakui bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaan

kami maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar dan betul dalam setiap butir.

Bertarikh:��������haribulan��������20���..

20 MEI 03

Kami, (Tandatangan)��������������������������. (Nama)�����������������������������.. (Jawatan)����������������������������..

(Tandatangan)��������������������������. (Nama)�����������������������������.. (Jawatan)����������������������������.. • Potong jika berkenaan.

TUKIMAN BIN RAMLI

PRESIDEN

SATHYASEELAN A/L PAUL THURAI

SETIAUSAHA KEHORMAT

JADUAL PERTAMA AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997

1. Memanah 27. Sukan Air 2. Badminton 28. Biliard & Snuker 3. Bina Badan 29. Boling 4. Tinju 30. Kriket 5. Lumba Basikal 31. Sukan Ekuestrian 6. Lawan pedang 32. Bola Sepak 7. Golf 33. Gimnastik 8. Hoki 34. Judo 9. Karate Do 35. Boling Padang 10. Bola Jaring 36. Ragbi 11. Sepak takraw 37. Menembak 12. Silat Olahraga 38. Tenis Rengan 13. Soft ball 39. Squasy 14. Ping Pong 40. Tae Kwan Do 15. Tenis 41. Bola Tampar 16. Luncur Ais 42. Angkat Berat 17. Gusti 43. Wushu 18. Kapal layar 44. Besbol 19. Kanu 45. Kabbadi 20. Petanque 46. Berdayung 21. Silambam 22. Olahraga PINDAAN 2004 23. Bola Keranjang 47. Kecergasan 24. Sukan Bermotor 48. Seni Mempertahankan Diri 25. Bina Badan 49. Paralimpik 26. Bola Baling 50. Rekreasi

51. Tradisional

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN

Contoh perlembagaan ini adalah merupakan panduan dan badan sukan

berkenaan perlu menyesuaikan contoh ini dengan keperluan masing-masing.

Secara asasnya perlembagaan badan sukan perlu mempunyai perkara-perkara

berikut:

FASAL 1. NAMA

FASAL 2. TEMPAT URUSAN

FASAL 3. DEFINISI

FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT

FASAL 5. LOGO/LAMBANG

FASAL 6. KEAHLIAN

FASAL 7. YURAN KEAHLIAN

FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI

FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI

FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG

FASAL 11. KEBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

FASAL 12. PERWAKILAN

FASAL 13. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/ DWI TAHUNAN/ TIGA TAHUN

FASAL 14. TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/ DWI TAHUN/ TIGA

TAHUN SEKALI (mengikut mana berkenaan)

FASAL 15. MESYUARAT AGUNG KHAS

FASAL 16. MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK(mengikut mana berkenaan)

FASAL 17. TUGAS-TUGAS MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN

FASAL 18. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

FASAL 19. TUGAS AHLI MAJLIS/ AHLI JAWATANKUASA INDUK

FASAL 20. MESYUARAT MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK

FASAL 21. KEWANGAN

FASAL 22. JURUAUDIT

FASAL 23. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

FASAL 24. PENAUNG/ PENASIHAT

FASAL 25. PINDAAN PERLEMBAGAAN

FASAL 26. LARANGAN

FASAL 27. PEMBUBARAN

* Sila taip dalam bentuk selang 2 baris (double spacing) untuk memudahkan

semakan