buku panduan
TRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru ( BIG ) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ).
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru
adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian.
Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan
dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang
tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus
globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah
berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk
insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan
diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”.
2.0 RASIONAL
Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian
dan keguruan yang mamtap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan
usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan
adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara.
1
3.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG
Program BIG bermula dengan Perkhemahan I (4 hari 3 malam) yang dilaksanakan pada awal semester pertama
dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan secara berterusan selama enam semester di Institut
Pendidikan Guru. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri
dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Aktiviti BIG iaitu
perkhemahan I dan II, ceramah, seminar, bengkel, lawatan ‘bench-marking” dan khidmat masyarakat ini adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar :
Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza.
Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti
Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap
kerjaya keguruan.
Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan
penampilan diri yang sesuai.
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial.
Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.
Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta
mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.
2
4.0 OBJEKTIF BUKU PANDUAN
Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Pentaksiran BIG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
menjadi rujukan kepada penilai-penilai dalam melaksanakan pentaksiran pelajar dalam program BIG.
mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autentik mengenai penguasaan kemahiran,
perlakuan dan penghayatan pelajar terhadap ciri-ciri insan guru;
menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pentaksiran
prestasi pelajar dalam aspek kognitif, emosi dan psikomotor; dan
mengekalkan kesetaraan pentaksiran bagi program BIG antara IPG.
5. 0 PELAKSANAAN BIG
Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh
pengajian di bawah kelolaan dan kendalian HEP BPG/IPG. BIG adalah satu mata pelajaran dalam komponen
Kursus Wajib yang wajib diikuti oleh semua pelajar PISMP. Tiada kredit diperuntukkan (TK). Jam interaksi yang
diberikan 120 jam. Semua pelajar wajib lulus BIG.
3
5.1 Struktur Pelaksanaan BIG
5.3 Domain Kandungan Kurikulum BIG
Pembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui kursus Bina Insan Guru (BIG) dilaksanakan berasaskan
kepada enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar dengan matlamat
melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi
melalui pembinaan budaya IPG.
BIL. PROGRAM / AKTIVITI TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 JUMLAH
S1 S2 S3 S4 S5 S6
1. Perkhemahan 1 (4H + 3M) X
(45 j)
45
2. Aktiviti Kemasyarakatan X
(7 j)
X
(7 j)
X
(5 j) 19
3. Lawatan “bench-marking” X
(7 j)
X
(7 j)14
4. Kursus/ bengkel/ seminar X
(3 j)
X
(3 j)
X
(3 j)
X
(3 j) 12
5. Perkhemahan ll (3H + 2M) X
(30) j) 30
JUMLAH JAM 120
4
Domain kandungan kursus BIG adalah seperti berikut:
A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan
Mengamalkan tingkah laku terpuji.
Mempunyai kemantapan jati diri.
Menghayati disiplin diri yang tinggi.
Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh.
B. Berilmu, Beramal dan Berbakti
Pembelajaran sepanjang hayat.
Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu.
Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan (capacity building).
Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara.
Pembinaan Pasukan.
Perkongsian misi dan visi.
Kejelikitan berpasukan secara strategik
Hidup Berbakti.
Kerja sebagai ibadat
Kesanggupan dan keikhlasan bekerja
Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat
5
C. Berakauntabiliti dan Amanah
Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat.
Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran.
Komitmen - Optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan.
Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE))
Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti.
D. Berdaya Tahan Yang Tinggi
Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan.
Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang.
Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi
Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah
E. Berjiwa Merdeka dan Perkasa
Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan
Perubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangka
Bijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana.
Bijak menyelesaikan masalah
Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan
6
F. Kreatif dan Inovatif
Kesediaan menerima idea dan teknologi baru
Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan
kecemerlangan.
Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global.
Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik.
Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri.
6.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Objektif pentaksiran
Menilai pemikiran kreatif dan analitis pelajar di dalam penyelesaian masalah
Menilai keupayaan pelajar membuat penilaian kendiri dan mencadangkan penambahbaikan
Menilai komitmen pelajar di dalam aktiviti-aktiviti BIG yang dilaksanakan
Menilai amalan nilai –nilai keguruan di kalangan pelajar
Menilai kesesuaian kerjaya perguruan dengan perkembangan personaliti pelajar melalui pra dan post
ujian personaliti
Menilai kemahiran merancang aktiviti menggunakan dapatan daripada pengalaman sedia ada
Bentuk pentaksiran
Rujukan Kriteria
Penilaian berterusan secara fomatif untuk membolehkan tutor mengambil tindakan susulan
berdasarkan maklumat yang diperoleh.
7
Penilaian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar setelah mengikuti BIG.
Instrumen pentaksiran
Senarai Semak Pemerhatian
Perkhemahan I dan II
Aktiviti Kemasyarakatan
Lawatan ‘bench-mark’
Portfolio
Mengandungi:
Laporan Reflektif
Maklum balas pelajar (Refleksi Kendiri)
Folio individu
Kertas Cadangan
7.0 KRITERIA PENTAKSIRAN
dilaksanakan melalui penilaian formatif
kedudukan pencapaian dinyatakan dalam bentuk lulus gagal
bukti-bukti pembelajaran dan perkembangan pelajar dinilai berasaskan hasil:
Rekod Pemerhatian:
- berdasarkan bukti-bukti pemerhatian kepada perlakuan, penampilan, amalan dan penghayatan,
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai akhlak keguruan
- berterusan sepanjang aktiviti
- dalam situasi yang pelbagai
Portfolio
8
Kertas Kerja
8.0 PROSEDUR PENTAKSIRAN
8.1 Pemerhatian semasa aktiviti berlangsung
8.2 Menyediakan folio ( Individu )
8.2.1 Format folio seminar/ bengkel/ ceramah adalah seperti berikut:
Pengenalan
Objektif
Kandungan ( menggunakan pengurusan grafik dan gambar, rajah dan lain-lain bentuk ilustrasi
yang sesuai )
Refleksi kendiri ( kepentingan kepada diri, kerjaya, organisasi dan komuniti )
Penutup
8.3 Portfolio
8.3.1 Spesifikasi Penulisan Portfolio
Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan
Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung
Diserahkan kepada tutor masing-masing untuk tujuan pemarkahan
8.3.2 Format Portfolio
Muka depan diisikan dengan maklumat berikut:
Nama Institut
Bilangan siri dan tarikh program BIG
Lokasi pelaksanaan
Nama pelajar dan ahli kumpulan
Gambar pelajar dan ahli kumpulan
9
Nama tutor
Laporan Reflektif (program)
- Laporan dilaksanakan secara individu
- pelajar membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program
- memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan
- ditulis menggunakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman)
- diserahkan kepada tutor masing-masing seminggu selepas tamat progran BIG
Maklum Balas Pelajar (Penilaian Kendiri)
- menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG
yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penambahbaikan.
Lampiran
- Bahan-bahan bukti seperti:
o brosur
o salinan surat
o gambar-gambar
o dan bahan-bahan lain yang berkaitan
8.4 Kertas Kerja
- Dilaksanakan mengikut unit
- Menggunakan 4W1H (apa, bila, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana)
10
8.5 Pelaksanaan Pentaksiran BIG untuk PISMP
TAHUN SEMESTER PROGRAM / AKTIVITI TEMPOH / MASA INSTRUMEN PENTAKSIRAN
1
1 Perkhemahan 1 (4H + 3M)(45jam)1. Senarai Semak Pemerhatian
2. Portfolio
Laporan Reflektif
Penilaian Kendiri
2
Aktiviti Kemasyarakatan (7jam)1. Senarai Semak Pemerhatian
2. Portfolio
Laporan Reflektif
Penilaian Kendiri
Kursus/ bengkel/ seminar (3jam)
2
3
Aktiviti Kemasyarakatan (7jam)1. Senarai Semak Pemerhatian
2. Portfolio
Laporan Reflektif
Penilaian Kendiri
Kursus/ bengkel/ seminar (3jam)
4
Aktiviti Kemasyarakatan (5jam)1. Senarai Semak Pemerhatian
2. Portfolio
Laporan Reflektif
Penilaian Kendiri
Perkhemahan ll (3H + 2M)(30jam)
3 5
Lawatan “bench-marking” (7jam)1. Senarai Semak Pemerhatian
2. Portfolio
Laporan Reflektif
Penilaian Kendiri
Kursus/ bengkel/ seminar (3jam)
6 Lawatan “bench-marking” (7jam)1. Senarai Semak Pemerhatian
2. Portfolio
Laporan ReflektifKursus/ bengkel/ seminar (3jam)
11
Penilaian Kendiri
8.6 Tindakan Susulan
Perkembangan pelajar seterusnya dimantapkan lagi oleh personel-personel berikut:
Menggunakan khidmat bimbingan rakan sebaya – membantu dari segi perkongsian maklumat diri
Kaunselor – mengendalikan kes-kes kecelaruan personaliti dan bimbingan
Tutor peribadi – memantau perkembangan secara berterusan dan membimbing
Pensyarah-pensyarah – mengikut keperluan.
9.0 SPESIFIKASI PENTAKSIRAN BIG SEMESTER 5
9.1 Spesifikasi Pemerhatian Aktiviti
ASPEK INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
1. Berjiwa merdeka dan perkasa. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
Pengurusan masa
Bertindak secara bijaksana
20
2. Kerohanian dan akhlak keguruan.
Memahami konsep nilai dan etika keguruan.
Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.
Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.
Menonjolkan sifat amanah dalam aktiviti kemasyarakatan
Bertanggungjawab dan dedikasi
Mematuhi etika keguruan
20
3. Berilmu, beramal dan berbakti. Mengamalkan semangat berpasukan, Menyelesaikan masalah 20
12
ASPEK INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
kerjasama dan tanggungjawab.
Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
dalam aktiviti
Melaksanakan arahan yang diberi
4. Berakauntabiliti dan amanah. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti persekitaran.
Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan.
Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan.
Pemerhatian dalam aktiviti:
Gotong royong
Mematuhi etika keguruan
Megamalkan pemikiran reflektif
20
5. Kreatif dan inovatif Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
Berupaya berfikir secara kritikal, analitikal dan kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti.
Berupaya berfikir secara reflektif dalam nilai kelemahan dan kekuatan diri untuk melakukan penambahbaikan.
Pemerhatian dalam aktiviti:
Sesi refleksi
Penilaian kendiri
Berfikir secara kritis , analitikal dan kreatif
20
Wajaran Pemerhatian ( A ) : 30%
13
9.2 Spesifikasi Penyemakan Portfolio
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
1. Kandungan Portfolio
Perancangan
(Sebelum aktiviti )
Menyusun maklumat mengikut format yang telah ditetapkan
menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik (strategic planning management)
mengaplikasikan analisis 4W1H untuk menjana strategi.
Melatih diri membuat rundingcara secara profesional
menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah
Kandungan portfolio ditulis bertepatan dengan format yang ditetapkan
Menyediakan kertas cadangan (4W1H)- Nama aktiviti- Bila, di mana, siapa yang terlibat
dan bagaimana dilaksanakan- Bentuk JK Kerja dan spesifikasi
tugas.- Memberi penjelasan, kefahaman
tentang objektif program.- Membina plan kerja.
Menentukan lokasi program
- Mendapatkan mandat / maklumat program dari pihak HEP dan pihak-pihak berkaitan.
- Ketua Jabatan HEP- Ketua Unit BK-HEP- Pensyarah Tutor
Pihak atau agensi yang berkaitan dengan program.
Menyediakan kertas cadangan yang lengkap
Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja.
Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat.
Melaksanakan taklimat awal
Penulisan portfolio
Kandungan
Pra perancangan
- Jk pelaksana - Peranan JK - Objektif - Latar belakang
pelajar - Demografi
pelajar
Kertas cadangan
- 4W1H- Jadual kerja- Kewangan
Laporan reflektif - Analisis SWOT Maklum balas
pelajar ( Penilaian kendiri )
Surat memohon kebenaran melalui KJ HEP
Surat kebenaran daripada agensi berkaitan
30
14
Semasa Program dilaksanakan
Selepas program
Catatan:
Kandungan (30)
Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan
mengetahui sistem sosial masyarakat
menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.
membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.
Membuat penilaian program dan membuat refleksi.
Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.
program kepada semua ahli yang terlibat.
Menyatakan tarikh dan masa pergerakan ke lokasi program.
Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan.
Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah .
Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa.
Membantu JK-JK lain melicinkan program.
Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual.
Mesyuarat akhir / postmortem. Menyediakan laporan reflektif untuk
dihantar kepada tutor. Mengembalikan semua barang dan
peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan
terima kasih kepada agensi luar yang terlibat.
Jadual kerja
Laporan reflektif
Salinan surat dilampirkan
2. Kreativiti Penyampaian / persembahan menarik dan kreatif
Persembahan menarik dan menunjukkan kreativiti ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan
Penulisan portfolio dan lampiran
- Bahan-bahan bukti
5
3. Kekemasan Portfolio tersusun kemas mengikut format
Penulisan portfolio tersusun dengan kemas mengikut format
Penulisan portfolio dan lampiran
5
15
4. Laporan Reflektif
Catatan:
Lawatan ‘ Bench Marking ’ (20)
Kursus / Bengkel (20)
Kebolehan pelajar menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru
Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman
Membuat refleksi kendiri sebagai wahana pembangunan diri dan profesionalisme keguruan
Ulasan kendiri menunjukkan pemikiran reflektif, matang dan mendalam dengan memasukkan analisis SWOT
Ulasan dapat menjelaskan pemikiran reflektif yang terhasil daripada program BIG
Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/bengkel/seminar yang dilaksanakan. Panjang laporan adalah antara 1000 – 1500 patah perkataan
Penulisan portfolio
Analisis SWOT:
- kekuatan- kelemahan
- peluang- ancaman
40
5. Penilaian Kendiri
Catatan:
Lawatan ‘ Bench Marking’ (10)
Kursus / Bengkel (10)
Kesan pengalaman baru terhadap perlakuan / perkembangan diri
Kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan diri
Kesedaran tentang manfaat yang diperolehi daripada penyertaan dalam program BIG
Ulasan dapat menunjukkan peningkatan nilai dan kemahiran diri sebagai seorang insan guru daripada keseluruhan aktiviti BIG
Sesi refleksi
Penulisan Portfolio
20
Wajaran Portfolio ( B ) : 50%
16
9.3 Spesifikasi Kertas Cadangan / Kertas Kerja
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
1. Kandungan Kertas Kerja
Catatan :
Format kertas kerja(20)
Isi kandungan (60)
Menganalisis bahan yang ada agar tindakan yang diambil adalah sesuai dan tepat
Huraian ciri-ciri kertas kerja seperti berikut : Pendahuluan Objekitf dan matlamat Tema Tarikh dan tempoh pelaksanaan Tempat Kumpulan sasaran/penyertaan Ahli Jawatankuasa Perbelanjaan Perasmian dan Penutup Lampiran
Penggunaan gaya bahasa yang baik
Mensintesis maklumat daripada perbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheran
Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasaskan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Mengaplikasi pelbagai kaedah untuk mentaksir pengetahuan dan kemahiran
Menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan
Menggunakan gaya dan tatabahasa yang betul
80
2. Bahan Bukti Menganalisis sumber yang diperolehi agar tindakan yang diambil adalah sesuai dan tepat
Bahan bukti dan sumber rujukan Buku Surat pekeliling Edaran Risalah / Brosur
Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheran tentang tugasan
20
17
Wajaran Kertas Cadangan ( C ) : 20%10. RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI LAWATAN ‘BENCH MARKING’ DAN KURSUS / BENGKEL SEMESTER 5
10.1 Pemerhatian
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
1. KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN
(20)
16 - 20 Markah 7 - 15 Markah 1 - 6 Markah
Boleh mengawal diri dengan sempurna. Dapat mengamalkan nilai moral
dan nilai keguruan Menonjolkan sifat amanah. Mempunyai disiplin yang tinggi. Bertanggungjawab dan
semangat dedikasi yang tinggi. Mempunyai tahap kesabaran
yang tinggi.
Mengawal diri dengan kadar sederhana.
Kurang mengamalkan nilai moral dan nilai keguruan.
Kurang amanah Kurang berdisiplin. Kurang bertanggungjawab dan
semangat dedikasi. Tahap kesabaran yang sederhana.
Kurang dapat mengawal diri dengan sempurna.
Sangat kurang mengamalkan nilai moral dan nilai keguruan.
Tidak amanah. Tidak berdisiplin. Tidak bertanggungjawab dan
dedikasi. Tahap kesabaran yang rendah.
2. BERILMU BERAMAL DAN BERBAKTI
(20)
INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
16 - 20 Markah 7 - 15 Markah 1 - 6 Markah
Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan semangat berpasukan, kesepakatan dan kerjasama, yang tinggi.
Sangat bertanggungjawab terhadap pasukan.
Dapat menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
Amat peka dan aktif dalam penglibatan pasukan.
Kurang menunjukkan dan mengamalkan semangat berpasukan, kesepakatan dan kerjasama, yang tinggi.
Kurang bertanggungjawab terhadap pasukan.
Kurang menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
Kurang peka dan aktif dalam penglibatan pasukan.
Tidak menunjukkan dan mengamalkan semangat berpasukan, kesepakatan dan kerjasama, yang tinggi.
Tidak bertanggungjawab terhadap pasukan.
Tidak menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
Tidak peka dan aktif dalam penglibatan pasukan.
18
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
3. BERAKAUNTABILITI DAN AMANAH
( 20 )
16 - 20 Markah 7 - 15 Markah 1 - 6 Markah
Berkupayaan menunjukkan kepatuhan kepada etika keguruan dan prosedur kerja sepanjang tempoh aktiviti
Berjaya menampilkan kemampuan bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna.
Jelas mampu bertindak secara responsif terhadap perubahan persekitaran dan masa.
Jelas berkebolehan berinteraksi secara berkesan dengan individu lain di dalam persekitaran
Mengamalkan ciri-ciri perpaduan yang tinggi semasa interaksi
Kurang menunjukkan kepatuhan kepada etika keguruan dan prosedur kerja sepanjang tempoh aktiviti
Kurang mampu bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna.
Kurang bertindak secara responsif terhadap perubahan persekitaran dan masa.
Kurang mampu berinteraksi secara berkesan dengan individu lain di dalam persekitaran
Kurang boleh mengamalkan ciri-ciri perpaduan semasa interaksi
Tidak Menunjukkan kepatuhan kepada etika keguruan dan prosedur kerja sepanjang tempoh aktiviti
Tidak Mampu bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna.
Tidak Bertindak secara responsif terhadap perubahan persekitaran dan masa.
Tidak Mampu berinteraksi secara berkesan dengan individu lain di dalam persekitaran
Tidak Boleh mengamalkan ciri-ciri perpaduan semasa interaksi
19
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
4. BERJIWA MERDEKA DAN PERKASA
( 20 )
16 - 20 Markah 7 - 15 Markah 1 - 6 Markah
Jelas berupaya dan cekap menguruskan diri dan kumpulan dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan.
Berjaya merancang dan melaksanakan tugas kumpulan dengan adil dan berkesan.
Jelas menunjukkan tingkahlaku yang cekap terhadap pengurusan dan ketepatan masa.
Mampu bertindak secara bijaksana dalam membuat keputusan
Menunjukkan kesanggupan yang tinggi terhadap penerimaan perubahan diri,organisasi dan persekitaran
Kurang berupaya dan cekap menguruskan diri dan kumpulan dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan.
Kurang berjaya merancang dan melaksanakan tugas kumpulan dengan adil dan berkesan.
Kurang mampu mengamalkan kebersihan dan langkah keselamatan diri, peralatan, dan tempat penginapan.
Kurang menunjukkan tingkahlaku yang cekap terhadap pengurusan dan ketepatan masa.
Kurang mampu bertindak secara bijaksana dalam membuat keputusan
Kurang menunjukkan kesanggupan yang tinggi terhadap penerimaan perubahan diri,organisasi dan persekitaran
Tidak berupaya dan cekap menguruskan diri dan kumpulan dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan.
Tidak merancang dan melaksanakan tugas kumpulan dengan adil dan berkesan.
Tidak mengambil langkah keselamatan diri, peralatan, tempat penginapan dan mengamalkan kebersihan
Tidak menunjukkan tingkahlaku yang cekap terhadap pengurusan dan ketepatan masa.
Tidak mampu bertindak secara bijaksana dalam membuat keputusan
Tidak menunjukkan kesanggupan yang tinggi terhadap penerimaan perubahan diri,organisasi dan persekitaran
20
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
5. KREATIF DAN INOVATIF
( 20 )
16 - 20 Markah 7 - 15 Markah 1 - 6 Markah
Cekap mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.
Beriltizam serta tekal (istiqamah)
Berupaya mempelajari menghayati dan menerima sesuatu yang baru daripada pengalaman yang ditempoh
Menunjukkan kesediaan untuk mengubah dan memperbaiki diri.
Kurang keupayaan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.
Kurang iltizam serta kurang tekal (istiqamah)
Kurang berupaya mempelajari menghayati dan menerima sesuatu yang baru daripada pengalaman yang ditempoh
Kurang menunjukkan kesediaan untuk mengubah dan memperbaiki diri
Tidak jelas untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.
Tiada iltizam serta tidak tekal (istiqamah)
Tidak berupaya mempelajari menghayati dan menerima sesuatu yang baru daripada pengalaman yang ditempoh
Tidak bersedia untuk mengubah dan memperbaiki diri
21
10.2 Rubrik Pemarkahan Portfolio
ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
1. KANDUNGAN
( 30 )
21 - 30 Markah 11 - 20 Markah 1 - 10 Markah
Dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan
Kurang dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan
Tidak dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan
2. KREATIVITI
( 5 )
4 - 5 Markah 2 – 3 Markah 0.5 - 1 Markah
Berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan
Kurang berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan
Tidak berjaya menghasilkan penulisan menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan
ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
3. KEKEMASAN
( 5 )
4 - 5 Markah 2 – 3 Markah 0.5 - 1 Markah
Berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format
Kurang berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format
Tidak berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format
22
ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
4. LAPORAN REFLEKTIF
( 40 )
27 - 40 markah 15 - 28Markah 1 - 14 Markah
Bejaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif
Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif
Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif
5. PENILAIAN KENDIRI
( 20 )
16 - 20 markah
Berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan
7 - 15 markah
Kurang berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan
1 - 6 markah
Tidak berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan
23
10.3 Rubrik Kertas Cadangan
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
1. Format Kertas Cadangan
(20)
16 - 20 Markah 7 - 15 Markah 1 – 6 Markah
Mempunyai lebih daripada 10 ciri-ciri format kertas cadangan
sempurna. Urutan format yang kemas
Mempunyai 7 hingga 9 ciri-ciri format kertas cadangan
Urutan format yang kurang kemas
Mempunyai kurang daripada 7 ciri-ciri format kertas cadangan
Urutan format yang tidak kemas
2. Isi Kandungan Kertas Cadangan
(60)
INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
41 - 60 Markah 21 - 40 Markah 1 – 20 Markah
Dapat memberi/ menunjukkan idea yang amat relevan berdasarkan kandungan dan tema 10 atau lebih ciri format kertas cadangan
Penggunaan gaya bahasa yang amat baik
Dapat memberi/ menunjukkan idea yang amat relevan berdasarkan kandungan dan tema 7 hingga 10 ciri format kertas cadangan
Penggunaan gaya bahasa yang baik
Perjalanan aktiviti kurang menarik dan kurang lancar
Penglibatan pelajar kurang diberi keutamaan
Kurang menunjukkan komitmen dan kurang mempunyai keyakinan diri
Dapat memberi/ menunjukkan idea yang amat relevan berdasarkan kandungan dan tema kurang daripada 7 ciri format kertas cadangan
Penggunaan gaya bahasa yang kurang baik
Perjalanan aktiviti tidak menarik dan tidak lancar
Penglibatan pelajar tidak diberi keutamaan
Tidak menunjukkan komitmen dan tidak ada keyakinan diri
24
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
3. Bahan Bukti
( 20 )
15 - 20 Markah 7 - 14 Markah 1 – 6 Markah
Bahan bukti yang boleh diterima, tepat dan sesuai
Menyokong laporan yang dibuat
Bahan bukti yang kurang boleh diterima, kurang tepat dan kurang sesuai
Kurang menyokong laporan
Bahan bukti yang tidak boleh diterima, tidak tepat dan tidak sesuai
Tidak menyokong laporan
Wajaran markah :
Pemerhatian - 30%
Portfolio - 50%
Kertas Cadangan - 20%
Wajaran keseluruhan : Pemerhatian + Penyemakan Portfolio + Kertas Cadangan
: 30% + 50% + 20% = 100%
PELAN KONTIGENSI
Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.
25
11.0 SYARAT LULUS / GAGAL / ULANG / TANGGUH
Semua pelajar Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) wajib mengikuti Program
BIG sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Malaysia.
Pelajar yang gagal / tidak menyertai program sepenuhnya dikehendaki mengulangi BIG.
Pelajar yang didapati TIDAK dapat menyertai program BIG atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak
institut, akan diberikan tugasan yang berpadanan mengikut budi bicara Ketua Jabatan HEP.
11.1 Pelajar Gagal:
Pelajar dianggap gagal:
Tidak menyertai program/aktiviti BIG
Tidak mencapai purata markah sekurang-kurangnya 40 peratus
11.2 Pelajar Mengulang / tangguh:
Pelajar yang tidak menyertai keseluruhan / sebahagian program/aktiviti BIG
Kehadiran 100% dan menyertai semua aktiviti BIG
Mencapai markah keseluruhan bagi program BIG sekurang-kurangnya 40 peratus.
Keputusan akhir BIG ialah Lulus / Gagal
26
12. 0 KAWALAN MUTU DAN KESELAMATAN
Untuk memantapkan proses pentaksiran BIG, taklimat penyelarasan dilaksanakan dalam dua peringkat
iaitu peringkat pusat dan peringkat institut sebelum program dimulakan.
Penyelarasan di peringkat institut hendaklah dijalankan setiap kali sebelum Progran BIG dilaksanakan.
Pentaksiran BIG hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan.
Pemantauan akan dibuat oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru dari masa ke semasa untuk mendapat
maklum balas berkaitan pentaksiran BIG.
Instrumen pentaksiran BIG yang telah digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad.
Markah pentaksiran BIG bagi pelajar yang berpindah ke IPG lain hendaklah dikirimkan sebagai dokumen
sulit kepada institut barunya.
Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG
Pemarkahan perlu dibuat secara berterusan sepanjang program BIG dilaksanakan.
Tutor hendaklah menyerahkan markah BIG kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Keputusan pentaksiran BIG akan dicatatkan dalam transkrip akhir dalam bentuk lulus atau gagal
13.0 BORANG PENTAKSIRAN BIG
Lampiran A ( Borang Individu - Pemerhatian aktiviti, Pembinaan Fortfolio dan Kertas Cadangan )
Lampiran B ( Borang Markah Kelompok )
27
SENARAI PANEL PENGGUBAL BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 4
1. MOHAMAD HAFEDZ BIN SALLEH - IPDA
2. AZMAN BIN HASSAN - IPPPerlis
3. ZAKARI BIN ZAKARIA - IPSMB
4. RADZIAH BINTI MUHAMMAD ( Penyelaras ) - Unit PEN. BPG
28