buku log pandu puteri kadet

5
BUKU LOG PANDU PUTERI KADET

Upload: yvonne-hew

Post on 07-Feb-2016

765 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Log Pandu Puteri Kadet

BUKU LOG PANDU PUTERI KADET

Page 2: Buku Log Pandu Puteri Kadet

Pengenalan:

Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Kadet. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Kadet.

Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Kadet itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Kadet dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.

(1) Jenis-jenis Buku Log

(a) Buku Log Peribadi

Buku Log ini mengandungi: Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah,

daerah, negeri atau kebangsaan Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat) Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)

(b) Buku Log Kemajuan

Buku Log ini mengandungi:

(i) Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas

(ii)Laporan Lencana kecekapan

(c) Buku Log Acara

Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai

Contoh acara adalah seperti:

(i) Perkhemahan/ Cuti pasukan

(ii) Khidmat

(iii) Lain-lain projek

(2) Ciri-Ciri Buku Log

Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman

yang dilalui. Pastikan:

(a) Bahan-bahan disusun kemas(b) Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat(c) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan(d) Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan(e) Keaslian dan kreativiti amat digalakkan(f) Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI

biodata / profil diri

Page 3: Buku Log Pandu Puteri Kadet

gambar

(3) Kandungan Buku Log ( setiap buku log)(a) Biodata/ Profil Diri

Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui siapa penulisnya. Nama No. Mykad / No Mykid / No surat beranak Tarikh lahir Alamat rumah No tel rumah / No tel bimbit Alamat e-mail Nama & alamat sekolah No tel sekolah Nama pasukan Nama Kumpulan Berenam

(b) Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri Jawatan yang dipegang Pencapaian dalam Pandu Puteri Senarai acara Pandu Puteri yang disertai

(4) Kandungan laporan aktiviti Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan Renungan – ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yang diperoleh

semasa menyertai acara Sertakan lampiran seperti:

(i) Bahan asal atau salinan bercetak (ii)gambar-gambar acara (iii)salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan

Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisian buku log

tersebut

Susunan/ Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas 1. Biodata / Profil diri2. Lencana Dunia Dan Makna3. Lencana Pandu Puteri Malaysia Dan Makna4. Lencana Keahlian Pandu Puteri Kadet5. Lambang Kumpulan Berenam sendiri Dan Makna6. Sejarah Pengasas7. Sejarah Penubuhan8. Sejarah Penubuhan di Malaysia9. Carta Organisasi Kebangsaan10. Carta Organisasi Negeri11. Carta Organisasi Daerah12. Carta Organisasi IPG13. Carta Organisasi di Sekolah

Page 4: Buku Log Pandu Puteri Kadet

14. Carta Organisasi Unit L7a/7b15. Prinsip Asas Pandu Puteri (Persetiaan / Undang-undang/Piagam/ Visi & Misi/

Nilai /Objektif/Cara Hormat dan Maksud/ Penggunaan Hormat)16. Perlembagaan Pertubuhan17. Lambang Pandu Puteri dan maknanya18. Cogan Kata dan Makna19. Lagu Pandu Puteri20. Bendera Pandu Puteri Dunia dan Makna21. Bendera Pandu Puteri Malaysia dan Makna22. Pendaftaran Ahli23. Struktur Unit24. Pakaian Pemimpin / Ahli25. Lagu-lagu Kanak-kanak26. Pertolongan Cemas27. Hukuman kawad kaki28. Istiadat Dalam Pandu Puteri