bsmm s.2 2012

18
TUGASAN BSMM SEMESTER 2 TAHUN 2012 TAJUK : BANTUAN MENYELAMAT DAN OPERASI BENCANA ALAM Nama : Andrew Anderson Ak Sang (PPRPK4) Mohd Zulkarnaen bin Ismail (PPRPK4)

Upload: andrew-anderson

Post on 09-Feb-2016

189 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

i think i got it bitch!

TRANSCRIPT

Page 1: BSMM S.2 2012

TUGASAN BSMM SEMESTER 2 TAHUN 2012

TAJUK : BANTUAN MENYELAMAT DAN

OPERASI BENCANA ALAMNama : Andrew Anderson Ak Sang

(PPRPK4) Mohd Zulkarnaen bin Ismail

(PPRPK4)

Page 2: BSMM S.2 2012

1. Beri makna istilah bencana alam mengikut PBSMM.

• Istilah bencana mengikut PBSMM adalah satu situasi malapetaka di mana corak hidup harian dalam banyak contoh dengan serta-merta terganggu dan akibatnya, mangsa memerlukan perlindungan, makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan sosial dan keperluan harian yang lain.

Page 3: BSMM S.2 2012

2. Terangkan jenis-jenis bencana alam dan beri tiga contoh tiap-tiap satu jenis.

• Terdapat dua jenis bencana alam iaitu yang pertama ialah bencana alam semula jadi seperti banjir, taufan, ribut, ombak, laut pasang, kapal karam, kebakaran besar, gempa bumi, tanah runtuh, atau bangunan besar runtuh manakala yang kedua ialah bencana alam buatan manusia seperti peperangan bersenjata antarabangsa atau saudara, mogok besar, kemalangan industri, kereta api kapal terbang atau letupan.

Page 4: BSMM S.2 2012

3. Anda telah ditugaskan menubuh dan mentadbir sebuah Pusat Bantuan Bencana Banjir untuk 652 orang mangsa. Apakah tindakan-tindakan yang

anda ambil?• Tindakan yang pertama ialah membuat

persiapan awal bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin timbul sekira berlakunya banjir. Kemudian, pengisytiharaan operasi banjir akan dibuat jika terdapat perubahan perlakuan dan corak cuaca yang lebih buruk. Hebahan pengisytiharaan dibuat oleh Urusetia Majlis Keselamatan Negara dan dihebahkan kepada semua agensi-agensi Persekutuan dan agensi penyelaras negeri. Seterusnya ialah menyediakan bilik gerakan Bantuan Bencana Alam (Banjir).

Page 5: BSMM S.2 2012

4. Apakah peranan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa bencana

seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia?

• Peranan BSMM ialah membantu kementerian kebajukan masyarakat dalam mengada dan menguruskan pusat-pusat, bantuan atau pemindahan, memasak dan memberi makanan beramai-ramai, mengagihkan bekalan bantuandan membaikpulih mangsa-mangsa bencana. Kenyataan juga hendaklah dibuat berkenaan dengan rekaan Dapur Bergerak Clinton.

Page 6: BSMM S.2 2012

5. Terangkan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam bantuan bencana dan bagaimana

jabatan ini berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti bantuan bencana PBSMM?

• Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan untuk menyediakan buku panduan kerja-kerja bencana alam dengan tujuan mengatur dan melicinkan kerja pegawai-pegawainya. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menetapkan Pusat Pemindahan/Bantuan bagi mangsa-mangsa dan menentukan bekalan makanan mencukupi. Selain itu, jabatan ini juga mengadakan “Forward Base” selepas berbincang dengan Majlis Tindakan Bencana Negeri atau Daerah. Jabatan ini juga menentukan bekalan selimut, tikar dan pakaian mencukupi dan mengadakan perbincangan dan mendapatkan kerjasama dari PBSMM dan Badan-badan sukarela lain.

Page 7: BSMM S.2 2012

6. Apakah yang dimaksudkan dengan perancangan dan persediaan

bantuan bencana?• Perancangan bermaksud langkah awal atau

kerangka yang dibuat untuk mengendalikan kes bencana alam. Biasanya, AJK atau agensi akan dihubungkan untuk merangka bidang kerja yang terlibat manakala persediaan bencana boleh dimaksudkan sebagai kebolehan mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan, kebolehan mengawas dan memberi kemudahan pada masa yang diperlukan, menyelamat dengan berkesan, memberi bantuan dan pemulihan di masa bencana.

Page 8: BSMM S.2 2012

7. a) Apakah keperluan-keperluan untuk menubuhkan sebuah Bilik Operasi

PBSMM?• Keperluan-keperluan untuk menubuhkan sebuah bilik

Operasi PBSMM ialah:

a) Kakitangan

i) Pegawai Bertugas

ii) Kerani Bertugas

iii) Telefon Operator/Wireless

b) Buku Log

c) Jadual Tugag (Duty Roster)

i) Carta-carta

ii) Tinjauan

Page 9: BSMM S.2 2012

b) Apakah tujuan sebuah Buku Log dan apakah butir-butir yang sepatutnya ada dalam

Buku Log?

• Buku Log adalah catatan minit ke minit semua

kejadian. Cara ini cara yang paling cepat dan

cekap untuk memberi gambaran yang paling

akhir mengenai suasana di merata tempat

dalam negeri. Butir-butir yang sepatutnya ada

dalam Buku Log ialah:

a) Semua pesanan melalui telefon dan radio.

b) Semua laporan masuk dan keluar sama ada

dalam bentuk bertulis atau secara lisan.

Page 10: BSMM S.2 2012

Sambungan….c) Penerangan mengenani keadaan banjir dan

lain-

lain diambil dari ramalan kaji cuaca, surat khabar

dan lain-lain sumber.

d) Catatan harian penghantaran apa-apa arahan

dan pengesahan penerimaannya. Dalam hal ini

nombor siri boring pesanan hendaklah

disebutkan.

e) Buku Log mesti menunjukkan tentang

pergerakan tiap-tiap unit di medan termasuk

maklumat sampai dan keluar.

Page 11: BSMM S.2 2012

8. (a) Apakah maklumat yang seharusnya dikumpul semasa menjalankan kajian untuk membolehkan

PBSMM merancang aktiviti operasi penyelamat dan persediaan bencana alam.

1. Tempat bencana, masa dan tarikh

2. Jenis bencana atau kecederaan

3. Jumlah manusia yang terlibat dan

memerlukan bantuan

4. Nama pemanggil, alamat dan nombor

telefonnya.

Page 12: BSMM S.2 2012

b) Apakah maklumat yang boleh didedahkan oleh PBSMM kepada pihak media tentang

situasi bencana alam?

• PBSMM boleh memberikan maklumat

mengenai keadaan semasa mangsa, statistik

mangsa, masalah yang dihadapi oleh semasa

melakukan operasi menyelamat mangsa

bencana alam dan anggaran tempoh

penempatan mangsa di tempat pemindahan.

Page 13: BSMM S.2 2012

• 9. Anda merupakan Komander Kumpulan Bencana Alam

PBSMM yang telah ditugaskan oleh Pegawai Kebajikan untuk

bertanggungjawab dalam satu Pusat Penyelamat di dalam

dewan masyarakat yang memuatkan 150 mangsa banjir.

Dalam kumpulan anda, anda memiliki sumber-sumber yang

sedia ada seperti berikut: Perkakas dapur dan catuan makanan untuk 2 hari Tandu-tandu dan peti kecemasan Sebuah ambulan dan sebuah lori Telefon bimbit 40 helai selimut, 10 bungkusan pakaian terpakai Sebuah khemah 10 orang sukarelawan terlatih dalam bantuan bencana alam• Bagaimana anda mengatur dan mengurus pusat penyelamat

tersebut selama 4 hari seterusnya.

Page 14: BSMM S.2 2012

Langkah pertama yang akan kami lakukan ialah merangka atau berbincang terlebih dahulu dengan 10 sukarelawan terlatih. Pendirian sebuah khemah dilakukan untuk menempatkan pendaftaran mangsa. Kemudian, pendaftaran mangsa akan dilakukan dan pemberian kupon makanan selama 4 hari. Memandangkan jumlah mangsa agak ramai iaitu sebanyak 150 orang, kami membuat keputusan untuk membahagikan mereka kepada 3 kategori kumpulan iaitu kumpulan 1 golongan kanak-kanak, kumpulan 2 iaitu kumpulan dewasa, dan kumpulan 3 iaitu kumpulan warga emas. Hal ini adalah kerana tindakan ini akan memudahkan proses pencatuan makanan yang agak terhad.

Page 15: BSMM S.2 2012

Sambungan…..Kami juga akan meminta bantuan

mangsa wanita dewasa untuk membantu memasak pada hari-hari berikutnya. Selain itu, kami juga akan menghadkan waktu pemberian makanan kepada mangsa sebanyak 3 kali sehari iaitu sesi sarapan, tengah hari dan makan malam. Kuantiti atau kadar pemberian adalah mengikut peringkat umur iaitu golongan warga emas, orang dewasa dan golongan kanak-kanak. Setiap sesi pemberian makanan, mangsa perlu menggunakan kupon yang telah diberikan. Hal ini adalah untuk mengelakkan mangsa mengambil makanan secara berlebihan.

Page 16: BSMM S.2 2012

Sambungan….Daripada aspek kesihatan pula, kami

akan mengutamakan mangsa berkeadaan kritikal atau cedera parah terlebih dahulu untuk menerima rawatan susulan dengan berbekalkan tandu dan peti kecemasan yang diperuntukkan. Sekiranya kecederaan mangsa memerlukan rawatan pakar, maka beliau akan segera akan dikejarkan ke hospital serta-merta yang berdekatan menggunakan ambulan yang telah disediakan.

Page 17: BSMM S.2 2012

Sambungan….Kami akan menggunakan telefon bimbit untuk

cuba mendapatkan penaja dari luar. Langkah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan bekalan makanan lebih. Sekiranya kami mendapat tajaan, kami akn menggunakan lori untuk mendapatkan bekalan makanan tersebut.

Seterusnya ialah pembahagian 40 selimut tersebut akan dibahagikan mengikutkan kepentingan iaitu kami akan mendahulukan golongan mangsa yang tidak sihat dan warga emas. Sekiranya ada mangsa yang tidak mahu menggunakan selimut, maka lebihan selimut tersebut akan diberikan kepada yang memerlukan dan ingin menggunakan selimut. 10 bekalan yang terpakai akan diberikan kepada mangsa yang tidak mempunyai bekalan pakaian sendiri ataupun yang telah rosak.

Page 18: BSMM S.2 2012

~SEKIAN, TERIMA KASIH~