brosur sekolah selamat - bencana alam (banjir & kebakaran

2
BENCANA ALAM (KEBAKARAN) DEFINISI Memastikan sekolah selamat daripada segala punca kebakaran seperti litar pintas, pembakaran terbuka dan kecuaian pengguna. RASIONAL Mewujudkan budaya selamat bagi warga sekolah terutama daripada kemalangan yang dapat dielakkan. OBJEKTIF Mewujudkan persekitaran yang selamat daripada kebakaran Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan dan kemalangan semasa murid berada di sekolah Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil semasa berada di sekolah Meningkatkan tahap kesedaran murid, ibu bapa dan guru-guru serta warga sekolah keseluruhannya mengenai kepentingan menjaga keselamatan daripada ancaman kebakaran ISU Litar pintas Pembakaran terbuka Kecuaian pengguna TATACARA MENGHADAPI KEBAKARAN TATACARA MURID Jangan panik dan laporkan segera kepada guru sekiranya ada tanda-tanda kebakaran Menyusun kerusi dan meja supaya ada ruang laluan Meninggalkan kelas apabila mendengar loceng kecemasan Mengikuti laluan kecemasan yang disediakan Melaporkan segera kepada guru sekiranya bilangan ahli kelas tidak mencukupi Jangan lari ke dalam bilik air / tandas Berkumpul di kawasan yang ditetapkan TATACARA GURU Memberi taklimat kepada semua warga sekolah serta memahami tatacara menghadapi kebakaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah Membawa murid ke tempat yang selamat Menyemak jadual kedatangan murid dan sekiranya murid tiada, hendaklah dicari Menutup suis utama Menghubungi pihak bomba Menjerit meminta tolong sekiranya murid terperangkap Sekiranya ada murid terbakar, segera pastikan dia bergolek di atas lantai / tanah. Siram / jiruskan air Guru atau pasukan kadet bomba boleh menggunakan alat pemadam api sekiranya kebakaran kecil sementara menunggu kedatangan pihak bomba Hantar ke hospital dengan segera sekiranya ada murid mengalami kecederaan Pihak sekolah segera menghubungi penjaga mangsa yang terlibat Buat laporan polis sekiranya kecederaan serius Buat tuntutan kebakaran takaful SMK BUKIT RANGIN 2 5 1 5 0 K U A N T A N. S E K O L A H S E L A M A T K E C E M E R L A N G A N M E N I N G K A T

Upload: monasrim

Post on 12-Jun-2015

1.037 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Brosur Sekolah Selamat

TRANSCRIPT

Page 1: Brosur Sekolah Selamat - Bencana Alam (Banjir & Kebakaran

BENCANA ALAM (KEBAKARAN) DEFINISI

Memastikan sekolah selamat daripada segala punca kebakaran seperti litar pintas, pembakaran terbuka dan kecuaian pengguna.

RASIONAL

Mewujudkan budaya selamat bagi warga sekolah terutama daripada kemalangan yang dapat dielakkan.

OBJEKTIF

• Mewujudkan persekitaran yang selamat daripada kebakaran

• Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan dan kemalangan semasa murid berada di sekolah

• Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil semasa berada di sekolah

• Meningkatkan tahap kesedaran murid, ibu bapa dan guru-guru serta warga sekolah keseluruhannya mengenai kepentingan menjaga keselamatan daripada ancaman kebakaran

ISU

• Litar pintas

• Pembakaran terbuka

• Kecuaian pengguna

TATACARA MENGHADAPI KEBAKARAN

TATACARA MURID

• Jangan panik dan laporkan segera kepada guru

sekiranya ada tanda-tanda kebakaran

• Menyusun kerusi dan meja supaya ada ruang laluan

• Meninggalkan kelas apabila mendengar loceng

kecemasan

• Mengikuti laluan kecemasan yang disediakan

• Melaporkan segera kepada guru sekiranya bilangan ahli

kelas tidak mencukupi

• Jangan lari ke dalam bilik air / tandas

• Berkumpul di kawasan yang ditetapkan

TATACARA GURU

• Memberi taklimat kepada semua warga sekolah serta

memahami tatacara menghadapi kebakaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah

• Membawa murid ke tempat yang selamat

• Menyemak jadual kedatangan murid dan sekiranya

murid tiada, hendaklah dicari

• Menutup suis utama

• Menghubungi pihak bomba

• Menjerit meminta tolong sekiranya murid terperangkap

• Sekiranya ada murid terbakar, segera pastikan dia

bergolek di atas lantai / tanah.

• Siram / jiruskan air

• Guru atau pasukan kadet bomba boleh menggunakan

alat pemadam api sekiranya kebakaran kecil sementara menunggu kedatangan pihak bomba

• Hantar ke hospital dengan segera sekiranya ada murid

mengalami kecederaan

• Pihak sekolah segera menghubungi penjaga mangsa

yang terlibat

• Buat laporan polis sekiranya kecederaan serius

• Buat tuntutan kebakaran takaful

S M K B UK I T R A NG I N

2 5 1 5 0 K U A N T A N .

S E K O L A H S E L A M A T K E C E M E R L A N G A N M E N I N G K A T

Page 2: Brosur Sekolah Selamat - Bencana Alam (Banjir & Kebakaran

BENCANA ALAM (BANJIR)

DEFINISI

Banjir merupakan situasi apabila sesuatu kawasan ditenggelami air atau lumpur.

RASIONAL

Mewujudkan budaya selamat semasa banjir dengan sokongan ibu bapa / penjaga dan komuniti setempat.

OBJEKTIF

• Mengambil langkah-langkah keselamatan daripada sebarang kemalangan semasa banjir.

• Mencatatkan peraturan bagi menghadapi bencana alam secara selamat.

• Mengadakan persediaan menghadapi banjir.

• Meningkatkan tahap kesedaran murid, ibu bapa dan guru-guru dalam mengambil langkah keselamatan semasa banjir.

• Mewujudkan permuafakatan dan perasaan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah dan komuniti ketika banjir.

ISU

• Keselamatan nyawa dan harta benda

• Terputus hubungan

• Terputus bekalan makanan

• Kejutan elektrik

• Wabak penyakit

• Kecurian

• Kebersihan

TATACARA MENGHADAPI BANJIR

TATACARA MURID

• Jangan panik.

• Tutup / matikan semua suis elektrik.

• Ikut arahan guru.

• Bawa barangan peribadi yang perlu sahaja.

• Lapor diri kepada ketua kelas / guru kelas sewaktu di tempat perpindahan.

• Murid tidak perlu pergi ke sekolah sekiranya keadaan banjir membahayakan diri pada hari berikutnya.

• Jika banjir, semua murid hendaklah berada di tempat yang selamat / di sekolah hingga mendapat bantuan daripada pihak tertentu seperti polis / tentera / pasukan penyelamat atau sehingga banjir surut.

TATACARA GURU

• Jangan panik.

• Tutup / matikan semua suis elektrik.

• Guru hendaklah membawa murid-murid ke tempat selamat.

• Guru hendaklah memastikan bilangan murid mencukupi.

• Murid yang tiada hendaklah dicari.

• Guru dikehendaki menghubungi pihak penjaga.

• Guru dikehendaki menghubungi pihak bomba dan penyelamat serta Unit Pertolongan Cemas.

TATACARA IBU BAPA

• Sentiasa mengikuti perkembangan semasa laporan kaji cuaca dan amaran banjir.

• Menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini.

CARTA ALIRAN TATACARA GURU

MENGHADAPI BANJIR

Mula

Bunyikan loceng

kecemasan

Maklumkan kepada

PPD dan polis

Padamkan suis

Memberi arahan

kepada murid ke

tempat selamat

Menyemak Jadual

Kedatangan Murid

Kawal

Lapor kepada

PPD dan

polis

Tamat

Lapor dan cari