bosnia

10
BOSNIA-HERZEGOVINA Latar Belakang Bosnia-Herzegovina Pada kurun ke-12, Bosnia-Herzegovina 1 telah dijajah oleh Hungary dan di antara tahun 1366 hingga tahun 1463, Bosnia-Herzegovina telah diserang beberapa kali oleh Empayar Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1463, wilayah tersebut ditakluki oleh Empayar Turki Uthmaniyah yang beragama Islam. 2 Ini adalah ekoran daripada periuasan kuasa kerajaan Uthmaniyah di Semenanjung Balkan selepas kekalahan tentera Serbia ke tangan tentera kerajaan Uthamaniyah dalam Perang Kosovo yang beriaku pada tahun l389. Dengan penaklukan kerajaan Uthmaniyah ke atas Bosnia-Herzegovina menandakan bermulanya era pemerintahan kerajaan Islam di Bosnia- Herzegovina dan berakhimya empayar Dushan yang dinaungi oleh Raja Karageogvitch dari Serbia. Seterusnya kekalahan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1878 dan selepas Perang Dunia II, Bosnia telah digabungkan dalam kesatuan Republik Yugoslavia. 3 1 87 Pada abad ke-7 Masihi, masyarakat Bosnia-Herzegovina terdiri daripada rumpun Slav yang berhijrah ke Semenanjung Balkan. Asal usul nama Bosnia adalah diambil dari nama Sungai Bosna. Nama Herzegovina diambildari perkataan Jerman herzog iaitu gelaran untuk pemerintah negeri di kurun ke-15. Penduduk Islam asal Bosnia Herzegovina ialah berbangsa Ilyrian dari rumpun bangsa Indo-Eropah yang menguasai kawasan Barat Laut Semenanjung Balkan. Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah wilayah yang mempunyai perbatasan antara kebudayaan Barat dan Timur. Pada pertengahan abad, wilayah tersebut menjadi tempat pertikaian dan perebutan pengaruh di antara Roman Barat yang beragama Katolik dan Roman Timur yang beragama Ortodoks. Di tengah-tengah pergelutan tersebut, terdapat pula sebuah kelompok bida'ah Kristian yang dikenali sebagai Bogomil. Bogomil ini mempunyai ahli terutamanya masyarakat kelas atasan Bosnia. 2 Noel Malcolm, Bosnia A Short Historl', Penerbit: Macmillan London Limited. 1994, him. 43 3 Bogdan Denitch, Ethnic Nationalism. The Tragic Death of Yugoslavia, London: University of Minnesota Press,

Upload: muhammad-khusairi

Post on 29-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Misi PBB ke bosnia

TRANSCRIPT

BOSNIA-HERZEGOVINA

Latar Belakang Bosnia-Herzegovina

Pada kurun ke-12, Bosnia-Herzegovina1 telah dijajah oleh Hungary dan di antara tahun 1366

hingga tahun 1463, Bosnia-Herzegovina telah diserang beberapa kali oleh Empayar Turki

Uthmaniyah. Pada tahun 1463, wilayah tersebut ditakluki oleh Empayar Turki Uthmaniyah yang

beragama Islam.2 Ini adalah ekoran daripada periuasan kuasa kerajaan Uthmaniyah di

Semenanjung Balkan selepas kekalahan tentera Serbia ke tangan tentera kerajaan Uthamaniyah

dalam Perang Kosovo yang beriaku pada tahun l389. Dengan penaklukan kerajaan Uthmaniyah

ke atas Bosnia-Herzegovina menandakan bermulanya era pemerintahan kerajaan Islam di

Bosnia-Herzegovina dan berakhimya empayar Dushan yang dinaungi oleh Raja Karageogvitch

dari Serbia. Seterusnya kekalahan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1878 dan selepas Perang

Dunia II, Bosnia telah digabungkan dalam kesatuan Republik Yugoslavia.3 Seterusnya, Tito

berusaha untuk membangun kern bali persaudaran tersebut di bawah 'identiti nasional' .4 Akan

tetapi pergolakan yang berlaku di Yugoslavia bermula selepas kematian Tito pada tahun 1980.

Dengan perlantikan Slobodan Milosevic pada tahun 1987 sebagai Presiden Serbia,5 maka

Yugoslavia yang terdiri dari enam buah wilayah iaitu Bosnia-Herzegovina, Croatia, Macedonia,

Montenegro, Serbia dan Slovenia serta dua wilayah otonomi iaitu Vojvodina dan Kosovo mula

mengalami pergolakan pertelagahan di antara tiga kaum yang menjadi majoriti penduduk

Yugoslavia iaitu Serbs, Croats dan Bosnia Muslim. Di sini, puak Serbs dan Croats tidak suka

1 87 Pada abad ke-7 Masihi, masyarakat Bosnia-Herzegovina terdiri daripada rumpun Slav yang berhijrah ke Semenanjung Balkan. Asal usul nama Bosnia adalah diambil dari nama Sungai Bosna. Nama Herzegovina diambildari perkataan Jerman herzog iaitu gelaran untuk pemerintah negeri di kurun ke-15. Penduduk Islam asal Bosnia Herzegovina ialah berbangsa Ilyrian dari rumpun bangsa Indo-Eropah yang menguasai kawasan Barat Laut Semenanjung Balkan. Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah wilayah yang mempunyai perbatasan antara kebudayaan Barat dan Timur. Pada pertengahan abad, wilayah tersebut menjadi tempat pertikaian dan perebutanpengaruh di antara Roman Barat yang beragama Katolik dan Roman Timur yang beragama Ortodoks. Di tengah-tengah pergelutan tersebut, terdapat pula sebuah kelompok bida'ah Kristian yang dikenali sebagai Bogomil. Bogomil ini mempunyai ahli terutamanya masyarakat kelas atasan Bosnia.

2 Noel Malcolm, Bosnia A Short Historl', Penerbit: Macmillan London Limited. 1994, him. 433 Bogdan Denitch, Ethnic Nationalism. The Tragic Death of Yugoslavia, London: University of Minnesota Press,1994, him. 26.

4 Abdul Malik b. Mohd Ali B, "Bosnia-Herzegovina: Antara Kehancuran Kemanusiaan dan Takut", Pengaman, S. C.(Hons), Jilid. 46, 1992.5 Stevan K. Pavlowitch, Serbia: The History Behind the Name, London: Hurst & Company, 2002, him. 192-193.

antara satu sarna lain.6 Selain itu, merekajuga membenci puak Muslim. Namun pada beberapa

ketika pula, puak Croats dan Muslim bersatu menentang puak Serbs. Puak Serbs merupakan

kaum yang terkuat dan terlatih kerana 70 peratus darinya merupakan bekas anggota tentera

kerajaan Yugoslavia. Akibat daripada pertelagahan tersebut, beberapa buah negeri di bawah

Persekutuan Yugoslavia telah berpecah dan telah mengisytiharkan kemerdekaan. Selepas

Slovenia dan Croatia mendapat kemerdekaan, Bosnia-Herzegovina pula menuntut kemerdekaan

iaitu berikutan Parti Islam Tindakan Kebangsaan memenangi pilihanraya yang mengakibatkan

pertumpahan darah dan kematian yang amat menyedihkan dan menyayatkan. Di sini, Bosnia-

Herzegovina terdiri daripada 43 peratus penduduk Bosnia Muslim, 32 peratus Serbs dan 17

peratus Croats. Namun begitu, puak Serbs telah menentang kerana mereka mahu menguasai

seluruh kerajaan Yugoslavia.7

Penglibatan PBB dalam krisis yang berlaku pada bekas Yugoslavia bermula pada 25 September

1991 yang mana Resolusi Keselamatan 713 (1991) menghalang kemasukan senjata dan peralatan

perang ke negara-negara bekas Yugoslavia. Walaupun begitu, semua puak yang bertelagah

bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata, namun begitu pelanggaran gencatan senjata sering

sahaja dilakukan sehinggakan Majlis Keselamatan PBB telah mengeluarkan Resolusi 721 pada

27 November 1991 yang mana telah memaksa pihak yang bertelagah mematuhi perjanjian

gencatan senjata. Pada15 Disember 1991, Majlis Keselamatan PBB telah mengeluarkan sekali

lagi arahannya iaitu Resolusi 724 (1991) untuk menghantar kumpulan kecil pasukan pengaman

bagi mengkaji keadaan dan persiapan sebelum menghantarpasukan pengaman yang lebih besar

ke Bosnia-Herzegovina. Setelah laporan itu siap dibuat oleh kumpulan awal pengaman, dengan

ini, Resolusi 743 dan 749 (1992) telah dikeluarkan bagi melibatkan pasukan pengaman yang

lebih besar bagi mengembalikan keamanan di bekas Yugoslavia. Ia dikenali sebagai United

Nations Protection Force (UNPROFOR). Pada 4 lanuari 1993, Pengerusi bersama kerajaan

Bosnia-Herzegovina telah memasukan puak Serbs dan Croats dalam kerajaan bagi meredakan

keadaan di Bosnia yang dikenali sebagai Rancangan Damai Vance-Owen yang mana telah

ditandatangani pada 30 Januari 1993 oleh ketiga-tiga puak yang bertelagah iaitu Alija 6 92 Sabrina P. Ramet, Balkan Babel: The Disintegration of Yugoslavia From the Death of Tito to the Fall of Milosevic,Oxford: Westview Press, 2002, him. 153-1747 "Fakta Negara Bosnia Herzegovina", Misi Antarabangsa di Bosnia Herzegovina, Kuala Lumpur: KementerianPertahanan, Dis 1996-Jun 1997.

Izetbegovic mewakili puak Islam Bosnia, Mate Boban mewakili puak Croats dan Dr. Radovan

Karazic mewakili puak Serbs. Walaupun perjanjian ini dimeterai, namun penghapusan etnik dan

pencabulan hakasasi manusia masih berlaku terutamanya kepada kaum wan ita, kanak-kanak dan

tawanan perang.8 Agak malangnya bagi Bosnia-Herzegovina kerana negara itu tidak mempunyai

laluan masuk yang bebas kecuali melalui jalan darat dan udara menerusi negara Croatia dan

Serbia. Dengan ini, bagi puak Serbs, mereka telah dibantu dari segi persenjataan dan

bantuan kelengkapan serta makanan dari negara bekas Yugoslavia dan puak Croats pula di bantu

oleh negara Croatia. Sementara puak muslim Bosnia pula terpaksa menunggu bantuan makanan

dari pihak antarabangsa. Dalam keadaan tersebut, Majlis Keselamatan PBB telah bersetuju untuk

menghantar tentera Bosnia-Herzegovina bagi mengawal tugas dan konvoi bantuan kemanusiaan

dengan Resolusi Majlis Keselamatan SCR 743 pada Februari 1992 untuk mengatur gerak United

Nations Protection Forces (UNPROFOR I) ke Croatia dan pada lun 1992 dengan pasukan

UNPROFOR II ke Bosnia-Herzegovina. Pada April hingga Mei 1993, Majlis Keselamatan PBB

telah mengisytiharkan enam kawasan selamat bagi puak muslim berdasarkan Resolusi 836

(1993).9 Dengan itu, kawasan-kawasan tersebut ialah Sarajevo, Tuzla, Bihac, Sebrenica, Zepa

dan Goradze bagi menentukan keselamatan puak Muslim dari penghapusan etnik oleh puak

Serbs dan Croats. Di antara tahun 1991-1995, ratusan ribu Islam Bosnia telah dibunuh oleh orang

kristian Serbia yang mempopularkan satu terminologi politik baru iaitu 'ethnic cleansing' atau

'membunuh dan menghalau orang Islam' dari kawasan Bosnia yang ditawan oleh Serbia dan

mereka yang tinggal diSerbia.10

Misi Pengaman Di Bosnia-Herzegovina (UNPROFOR), 1992 - kini

8 Dalam persengketaan dan peperangan, membunuh adalah pekerjaan tentera. Displin memusnahkan musuh adalah tugas tentera. Rogol dalam persengketaan adalah saudara kern bar kepada membunuh. Ia bukan sahaja satu displin memusnahkan musuh tetapi kesan jangka panjang kepada masyarakat tersebut. Rogol dan pembunuhan adalah nanah dalam pembersihan etnik. Dalam Alijah Gordon, Bosnia Saksian Sah Jenayah-Jenayah Perang Dari Mulut Mereka Yang Pernah Menjadi Mangsa, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions, Sdn. Bhd., dan MSRI, 1994, hIm. 100, kenyataan mangsa perang bemama Halima yang berbunyi "Satu hari dalam perjalanan pulang, saya telah bertemu dengan seorang gadis yang sedang berlari ketakutan. Dia memberitahu saya askar Serb sedang membawa keluar budak perempuan dari kern dan merogol mereka ... " menguatkan lagi pandangan tersebut di atas.9 Lihat Dalam Statement Mr Redzuan Kushairi, Charge D' Affaires A I of Malaysia At The Security Council in New York on 23 August, Foreign Affairs, Situation In Bosnia-Herzegovina, Vol. 26, No.3, September 1993, hIm. 27..

10 Utusan Malaysia, "Perang Baru Di Bosnia?", 17 April 1997

Ekoran kejatuhan bekas Republik Yugoslavia yang mana negara yang pemah bersatu ini

berpecah kepada beberapa wilayah iaitu Bosnia-Herzegovina, Croatia, Serbia dan Montenegro,

Slovenia dan Macedonia. Dengan tercetusnya konftik etnik di BosniaHerzegovina, Majlis

Keselamatan PBB telah meluluskan Resolusi 713 di mana ia telah menyeru semua negara supaya

mengenakan a general and complete embargo on all deliveries of weapons and military

equipment to Yugoslavia. Dengan ini, pasukan Pelindung PBB iaitu UNPROFOR telah

ditubuhkan pada 21 Februari 1992 sebagai suatu rancangan sementara untuk mewujudkan

keadaan keamanan dan keselamatan yang diperiukan bagi mengadakan rundingan bagi

penyelesaian menyeluruh ke atas krisis Yugoslavia.11 Di Croatia, UNPROFOR telah dibahagikan

ke tiga kawasan Perlindungan PBB iaitu United Nations Protected Area (UNPA). Dengan ini,

mandat UNPROFOR ialah memastikan UNPA menjadi kawasan bebas tentera melalui

pengunduran atau pembubaran semua pasukan bersenjata di kawasan tersebut dan semua

penduduk di situ dilindungi daripada ancaman bersenjata. Di Bosnia-Herzegovina, keadaannya

bertambah buruk. Justeru itu, mandat dan kekuatan UNPROFOR telah diperluaskan lagi untuk

memastikan keselamatan dan kefungsian lapangan terbang di Sarajevo dan penghantaran bantuan

kemanusiaan ke Sarajevo dan kawasan sekitarnya. Pada September 1992, mandat UNPROFOR

telah diperluaskan \lagi untuk membantu usaha-usaha Suruhanjaya Tinggi Bagi Orang-Orang

Pelarian iaitu UNHCR menghantar bantuan kemanusiaan ke seluruh Bosnia Herzegovina serta

melindungi konvoi tahanan awam yang dibebaskan sekiranya diminta berbuat demikian oleh

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Berikutan ini, lebih banyak lagi UNPA diwujudkan

dan setiap satu diawasi oleh satu kumpulan infantri. Semenjak bulan November 1992,

UNPROFOR telah mengawasi pematuhan larangan ke atas semua penerbangan tentera di ruang

udara Bosnia-Herzegovina. Menjelang Mei 1993, beberapa bandar telah diisytiharkan sebagai

kawasan selamat oleh Majlis Keselamatan PBB. Antaranya ialah Srebrenica, Sarajevo, Tuzla,

Zepa, Gorazde dan Bihac. Di Macedonia, UNPROFOR telah ditugaskan pada bulan disember

1992 untuk mengawasi dan melaporkan sebarang perkembangan di kawasan sempadan yang

boleh mengancam keselamatannya. Sebagai menyahut seruan supaya kehadiran PBB ditambah,

pada September 1993 Malaysia menghantar satu kontinjen tentera terdiri daripada 1,489 pegawai

dan anggota LLP ke Bosnia-Herzegovina. Ini adalah pertama kali tentera Malaysia berkhidmat di

11 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, him. 50-5 I.

benua Eropah yang beriklim sederhana. Dengan ini, Kontinjen ATM terdiri daripadaBatalion

Malaysia iaitu MALBATT, pegawai UNPROFOR, detasmen KPT dan pemerhati tentera.

Penglibatan MALBATT ialah seperti berikut:

I) MALBATT I pad a 29 September 1993-22 Ogos 1994, diperintah oleh Kolonel Mohd Hashim

Hussein. Kumpulan batalion ialah dari Batalion ke-23 RAMD dan 3 Rejimen Armor.

2) MALBATT II pada 22 Ogos 1994-27 Mac 1995, diperintah oleh Kolonel Kamaruddin Mat

Tan dengan kumpulan batalion ke-5 RAMD dan 2 Rejimen Armor.

3) MALBATT III, 28 Mac 1995, diperintah oleh Kolonel Hussein Kamal Hazizi dengan

kumpulan Batafion dari Batalion ke-12 RAMD dan I Rejimen Armor.12

Selain daripada itu, satu Pasukan Trafik Udara yang terdiri daripada 4 pegawai TUDM

juga telah ditugaskan. Pada 19 April 1994, Mejar Ramli Shaari telah terkorban ketika

menjalankan tugas rondaan untuk menentukan lokasi periuk api darat. Pada 12 Mei 1994, Mejar

Ariffin Zakaria telah dibunuh oIeh militia Serb ketika membuat rondaan di Cermenica, di Timur

Laut Sarajevo. Selain itu juga, Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja yang

berpangkalan di Kern Daralockwood, Kuantan turut terlibat di dalam misi Pengaman PBB di

Bosnia-Herzegovina di mana seramai 16 pegawai dan 403 LLP yang diketuai oleh Leftenan

Ko1onel Ariffin Shah Muhamad telah berlepas ke negara tersebut.13 Sehingga 30 April 1994,

misi ini telah menyaksikan penyertaan sebanyak 35 buah negara di mana seramai 727 anggota

polis, 38,224 anggota keselamatan dan 680 pemerhati yang terlibat Misi ini merupakan salah

satu daripada misi termahal dan terbesar yang telah dijalankan oleh PBB sejak tahun 1945,

Dalam menyumbang kepada misi ini, sehingga 30 April 1994, Malaysia telah menghantar

seramai 1,492 anggota keselamatan dan 20 orang pemerhati.14 Pada 1 Oktober 1994, Malaysia

juga turut menghantar sepasukan 25 orang pegawai dan anggota Polis yang diketui oleh PPP

Zakeri Kamaruddin ke Croatia. Penglibatan Malaysia dalam UNPROFOR masih berterusan.

Walaupun demikian, UNPROFOR mengalami kegaga1an dalam misinya dan te1ah

12 9Ibid., hIm. 54.13 "Ketabahan Isteri Mendorong Semangat Anggota 12 RAMO", Patriot, Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan,Bil. 13, 1995, him. 35.

14 Jatswan S. Sidhu, "Keamanan Sejagat: Satu Tinjauan Tentang Penglibatan Malaysia dalam Misi Pengaman(Peacekeeping Operations) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 1960-1996", him. 8-9.

menyebabkan PBB mengundurkan diri pada 25 Disember. Di sini merupakan ucapan daripada

YAB Dato Seri Mahathir bin Mohamad yang berbunyi:

Masanya telah sampai bagi masyarakat antarabangsa mengkaji semula peranan Operasi

Pengaman PBB. Kegaga1an UNPROFOR untuk memberhentikan keganasan puak Serb Bosnia

terhadap rakyat Islam dan Croat Bosnia-Herzegovina merupakan satu tamparan yang hebat

kepada keberkesanan Operasi Pengaman PBB. Tidak ada gunanya satu pasukan pelindung

dihantarkan sekiranya ia tidak dapat dilindungi orang ramai sepertimana yang te1ah

dimandatkan. Adalah tidak munasabah pasukan pelindung PBB hanya membiarkan pencabulan

hak asasi yang amat dahsyat di1akukan oleh puak Serb ke atas rakyat Bosnia-Herzegovina yang

tidak berdosa tanpa melindungi mereka. Pasukan Pelindung PBB mestilah diberikan kuasa dan

dibekalkan dengan a1at-alat senjata yang dapat digunakan untuk melindungi rakyat Bosnia-

Herzegovina. 15

Dengan ini, pengunduran tersebut digantikan dengan NATO di mana kekuatan MALBATT

dipertingkatkan daripada 996 kepada 1533. Selain itu, telah dinamakan semula sebagai

MALCON atau First Malaysian Contingent. Dengan demikian, MALCON I memu1akan tugas

pada 1 Mac 1996 dan bertugas di Bosnia - Herzegovina sehingga 10 lun 1996. Di sini, tugas

MALCON adalah bagi melaksanakan aspek - aspek ketenteraan dalam kawasan tanggungjawab

sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Keamanan Dayton.

15 Lihat Dalam Ucapan Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Perasmian Pameranmengenai Penglibatan Malaysia Dalam Operasi Pengaman PBB Di Muzium Negara, Kuala Lumpur, 26 OKtober1995.