borang pencalonan anugerah malaysian …restsa.osdec.gov.my/uploads/mdr-mdr oss...

5
LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012) 1. Nama Organisasi: MAJLIS DAERAH REMBAU 2. Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan: MDR OSS INITIATIVE 3. Tarikh (bulan & tahun) projek/system/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi: MEI 2005 4. Maklumat pegawai yang membuat pencalonan: Nama: MOHD KHALID BIN AHMAD NAHAR Jawatan: PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT Agensi: MAJLIS DAERAH REMBAU Alamat: JLN DATO' LELA MAHARAJA 71309, REMBAU NEGERI SEMBILAN Telefon: 06-6851144 Faks: 06-6855117 E-mel: [email protected] 5. Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut: Nama: MOHD KHALID BIN AHMAD NAHAR Jawatan: PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT Telefon: 06-6851144 Faks: 06-6855117 E-mel: [email protected]

Upload: dinhnga

Post on 25-Mar-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MDR-MDR OSS Initiative.pdfANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ... semuanya dijalankan sendiri oleh Bahagian

LAMPIRAN A

BORANG PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

1. Nama Organisasi:

MAJLIS DAERAH REMBAU

2. Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan:

MDR OSS INITIATIVE

3. Tarikh (bulan & tahun) projek/system/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi:

MEI 2005

4. Maklumat pegawai yang membuat pencalonan:

Nama: MOHD KHALID BIN AHMAD NAHAR

Jawatan: PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT

Agensi: MAJLIS DAERAH REMBAU

Alamat: JLN DATO' LELA MAHARAJA

71309, REMBAU

NEGERI SEMBILAN

Telefon: 06-6851144

Faks: 06-6855117

E-mel: [email protected]

5. Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Nama: MOHD KHALID BIN AHMAD NAHAR

Jawatan: PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT

Telefon: 06-6851144

Faks: 06-6855117

E-mel: [email protected]

Page 2: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MDR-MDR OSS Initiative.pdfANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ... semuanya dijalankan sendiri oleh Bahagian

1. Nama Projek/Sistem/Inisiatif

MDR OSS Initiative

2. Profil Kementerian / Jabatan / Institusi

Sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang berorientasikan perkhidmatan rakyat, Majlis Daerah Rembau ( MDR ) merupakan penggerak utama dalam menjadikan Rembau sebuah daerah yang bersih, indah dan segar. Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan Negeri Sembilan dengan penekanan utama kepada sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian.

3. Sinopsis Projek/Sistem/Inisiatif

Inisiatif ini bermula pada tahun 2005, dimana MDR mula menggunapakai Linux Slackware sebagai pelayan web dan Brazil Linux sebagai firewall. Pada tahun 2008, penggunaan OSS mula dikembangkan, dimana beberapa orang kakitangan mula menggunapakai Ubuntu sebagai sistem pengoperasian utama menggantikanWindows. Kini, seramai 11 orang kakitangan pejabat, 3 unit pelayan dan 2 unit firewall menggunakan OSS. Dengan inisiatif ini, MDR berjaya menjimatkan perbelanjaan pembelian lesen perisian dan secara tidak langsung mengurangkan risiko masalah virus. Produktiviti kerja dapat dipertingkatkan dan sistem penyampaian kepada rakyat bertambah baik. Keistimewaan inisiatif ini adalah ianya dijalankan 100% secara dalaman tanpa melibatkan pihak pembekal. Bermula dari installasi hingga kepada latihan, semuanya dijalankan sendiri oleh Bahagian ICT MDR. InsyaAllah, dijangkakan pada tahun 2015, kesemua komputer di MDR akan dijana oleh perisian OSS. Inisiatif ini mungkin nampak kecil, tetapi ini adalah langkah pertama kami di Bahagian ICT MDR untuk memperluaskan lagi penggunaan OSS di agensi-agensi kerajaan.

4. Teknologi yang digunakan

Teknologi yang digunapakai adalah :

Desktop1. Ubuntu Desktop ( pelbagai versi )2. LinuxMint Desktop

Server3. Ubuntu Server4. CentOS

Firewall5. PFSense ( FreeBSD – digunakan sebagai firewall )6. Squid Proxy Server

Produktiviti pejabat7. Zimbra Collaboration Suite8. Libre Office9. GIMP10. QGIS, QCAD, DraftSight

LAPORAN PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

Page 3: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MDR-MDR OSS Initiative.pdfANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ... semuanya dijalankan sendiri oleh Bahagian

Pangkalan Data11. MySQL

5. Kelebihan / Keunikan

Inisiatif ini bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan pembelian perisian untuk kegunaan kakitangan MDR. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari kakitangan, pada tahun 2008 inisiatif ini telah diperluaskan lagi skopnya dengan menyasarkan penggunaan OSS dikalangan kakitangan MDR. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, inisiatif ini dilaksanakan secara in-house oleh Bahagian ICT MDR tanpa sebarang bantuan dari pihak pembekal. Bermula dengan 1 unit server dan 1 unit firewall pada tahun 2005, kini di MDR sehinggga tahun 2012, sebanyak 4 unit server, 2 unit firewall 10 unit komputer (dari 29 unit komputer keseluruhannya ) telah dijanakan oleh sistem pengoperasian OSS dan dijangkakan pada penghujung tahun 2015, 70% komputer desktop di MDR akan dijanakan oleh OSS selari dengan kehendak ISP MDR 2012-2015. Selain itu, inisiatif ini juga melibatkan R&D OSS dimana pada tahun 2013, MDR akan cuba menghasilkan MDRCloud berasaskan dari perisian OwnCloud dan juga MDRos yang berasaskan dari perisian LinuxMint. Inisiatif ini juga terbukti menjimatkan kos penyelenggaraan komputer di MDR di mana 90% penyelenggaraan perisian dilaksanakan secara in-house. Komputer yang dipasang sistem pengoperasian OSS juga lebih stabil dan kurang bermasalah dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti kakitangan. Zimbra Collaboration Suite dan Google Apps digunakan dalam perkongsian maklumat. Untuk GIS, kami menggunakan Quantum GIS ( QGIS ), manakala untuk perisian CAD kami menggunakan QCAD dan juga DraftSight.

6. Inovasi

1. Memandangkan inisiatif ini menyasarkan penggunaan OSS dikalangan pengguna, terdapat 2 kekangan iaitu sistem ePBT dan juga HRMIS yang bergantung sepenuhnya kepada OS Windows, walaubagaimanapun, masalah ini berjaya diatasi dengan mengunakan teknologi virtualisation dan perisian VirtualBox.

Virtualisation dan perisian VirtualBox.

Dengan menggunakan Ubuntu sebagai sistem pengoperasian, instalasi OS Windows dilaksanakan didalam VirtualBox. Teknik ini lebih menjimatkan masa juruteknik komputer untuk membuat penyelenggaraan jika berlaku sesuatu kepada OS Windows tersebut. Ini dapat mengurangkan jurang downtime seterusnya meningkatkan produktiviti.

2. Pada masa sekarang, inisiatif ini menumpukan kepada perluasan penggunaan OSS dikalangan kakitangan. Bahagian ICT MDR memastikan bahawa setiap OSS yang digunapakai akan dikemaskini dengan patch terkini dan peningkatan versi hanya dilaksanakan jika diperlukan.

3. Inisiatif ini juga menggalakkan pengguna mencuba sendiri OSS didalam tugas seharian. Bahagian ICT MDR memberi keutamaan kepada pengguna OSS di pejabat, malah kami juga menyediakan khidmat nasihat dan bantuan on-site jika pengguna ingin menggunakan OSS diluar pejabat.

4. MDR juga menggunakan perisian emel yang dipasang sendiri oleh Bahagian ICT MDR. Berikut adalah kronologi perisian emel di MDR

i) 2005 - Menggunakan Slackware 10.1 sebagai sistem pengoperasian, Sendmail sebagai MTA dan Squirrellmail sebagai perisian antara-muka untuk emel.ii) 2008 – Menggunakan Ubuntu 8.04 sebagai sistem pengoperasian, Sendmail sebagai MTA dan Horde sebagai perisian antara-muka untuk emel.Iii) 2010 hingga sekarang - Menggunakan Ubuntu 8.04 sebagai sistem pengoperasian, Postfix sebagai MTA dan Zimbra Collaboration Suite sebagai

Page 4: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MDR-MDR OSS Initiative.pdfANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ... semuanya dijalankan sendiri oleh Bahagian

perisian antara-muka untuk emel.

5. Pada tahun 2005, MDR juga telah mula menggunakan Slackware 10.1 yang digunakan sebagai pelayan web dan perisian CMS Joomla sebagai antara muka web rasmi MDR. Untuk makluman, pada tahun 2007 laman web rasmi MDR pernah memenangi tempat ke-3 didalam pertandingan laman web kerajaan Negeri Sembilan.

6. MDR juga menggunakan perisian BrazilFW sebagai firewall yang kemudiannya ditukarkan kepada PFSense yang diasaskan dari OS FreeBSD.

Jika dilihat secara keseluruhannya, dengan inisiatif ini, 90 peratus server dan hampir 50 peratus desktop di MDR dijanakan oleh OSS.

7. Kualiti / Pengiktirafan

1. Kami menggunapakai piawaian yang telah disediakan oleh OSS itu sendiri. Sebagai contoh, Libre Office menggunakan OpenDocument format, standard antarabangsa yang baru untuk dokumen teks.

2. Inisitatif ini bermula pada tahun 2005, dimana pada masa itu, hanya 1 unit pelayan dan 1 unit firewall yang dijanakan oleh OSS. Kemudian inisiatif ini dikembangkan lagi dengan melibatkan pengguna desktop seramai 4 orang dan 2 unit pelayan. Pada tahun 2012, seramai 11 orang pengguna desktop (dari 29 orang pengguna), 3 unit pelayan, dan 2 unit firewall. Dijangkakan pada penghujung tahun 2015, 70% komputer desktop di MDR akan dijanakan oleh OSS.

3. Inisiatif ini terbukti menjimatkan kos MDR terutama dari segi kos penyelenggaraan dan lesen perisian. Anggaran penjimatan setahun adalah dari RM 20,000 ke RM 30,000.

4. Seperti yang kita sedia maklum, OS yang berasaskan linux boleh dikatakan kebal dari serangan virus. Alhamdulillah, sehingga hari ini, masih tiada lagi laporan berkenaan serangan virus dikomputer yang menggunakan OSS di MDR. Oleh sebab itu, komputer-komputer tersebut jarang mengalami masalah dan jurang downtime yang agak kecil. Ini telah meningkatkan lagi produktiviti kakitangan.

5. Bagi memastikan keberkesanan inisiatif ini, Bahagian ICT MDR telah menghantar kakitangannya menghadiri kursus-kursus OSS yang dianjurkan oleh mana-mana agensi kerajaan. Bahagian ICT juga mempunyai seorang pegawai yang mempunya sijil CLA01 dari OSCC.

8. Potensi

Inisiatif ini berpotensi untuk diperluaskan lagi dan akan memberi faedah yang banyak kepada MDR terutamanya dari segi penjimatan kos penyelenggaraan. Bahagian ICT MDR juga telah mengenalpasti beberapa bidang yang terdapat di MDR yang boleh menggunakan OSS sebagai alternatif kepada perisian berlesen seperti bidang kejuruteraan dan kewangan. Kajian untuk memberikan latihan kepada penduduk daerah Rembau juga sedang dilaksanakan bagi memperluaskan penggunaan OSS kepada orang awam.

9. Kandungan Tempatan

MDR OSS Initiative dilaksanakan sepenuhnya secara dalaman oleh Bahagian ICT MDR tanpa bantuan dari mana-mana pembekal. Segala maklumat, penyelidikan, pembangunan dilaksanakan sendiri dengan menggunakan perkakasan dan teknologi sedia ada di MDR. Dengan bergeraknya inisiatif ini, Bahagian ICT MDR berharap agar MDR menjadi PBT pertama didalam Malaysia yang menggunakan OSS sebagai perisian utama dan dapat menjadi pemangkin penggunaan OSS dia agensi-agensi kerajaan yang lain.

Page 5: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MDR-MDR OSS Initiative.pdfANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ... semuanya dijalankan sendiri oleh Bahagian