borang kebenaran dan pelepasan - ets.org kreatif. dan latihkan kemahiran bahasa inggeris anda ketika...

2
BORANG KEBENARAN DAN PELEPASAN 1. Saya ____________________ (tulis nama) dengan ini memberi kepada Perkhidmatan Ujian Pendidikan yang mempunyai tempat utama perniagaannya di Princeton, New Jersey, AS ("ETS"), hak tak boleh batal dan lesen di seluruh dunia untuk mengguna, mengeluar semula, mencetak, menerbit, menyiar dan menyiarkan semula, dan juga hak cipta: (i) nama saya; dan (ii) mana-mana imej fotografi pegun atau bergerak, menyerupai atau rakaman bunyi saya; (iii) mana-mana dan semua produk hasil daripada penyertaan dalam "Projek Majukan Bahasa Inggeris" ETS (secara kolektif, "Futej dan Bahan-bahan"), di mana-mana dan semua media, termasuk, tanpa had, dalam cetakan, elektronik atau mana-mana format lain yang tersedia ada sekarang atau pada masa akan datang, dengan cara sepertinya, untuk tujuan tersebut, dan dengan seberapa yang kerap, secara keseluruhan atau sebahagiannya, sebagaimana yang ETS akan tentukan mengikut budi bicara mutlaknya. 2. Tanpa apa-apa cara yang mengehadkan yang disebut di atas, saya mengakui dan bersetuju bahawa ETS tidak bertanggungjawab untuk menggunakan Futej dan Bahan-bahan tersebut. Saya tahu ETS akan menanggung kos dan perbelanjaan yang ketara dalam kebergantungan kepada Borang Pelepasan ini, oleh itu saya tidak akan cuba untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa hak yang diberikan kepada ETS di sini. 3. Saya faham bahawa saya tidak akan dibayar sebarang pampasan bagi bahan tersebut dan saya dengan ini mengetepikan mana-mana dan semua hak saya yang mungkin ada terhadap sebarang pampasan tersebut. Saya mengakui bahawa saya adalah seorang sukarelawan dan bahawa saya tidak boleh disifatkan sebagai seorang pekerja ETS, saya juga tidak berhak kepada manfaat yang diberikan oleh ETS kepada para pekerjanya. 4. Saya bersetuju bahawa ETS boleh melesenkan, menyerahkan hak, dan selainnya memindahkan Borang Pelepasan ini dan semua hak yang diberikan oleh saya kepada ETS di bawah Borang Pelepasan ini kepada mana-mana orang atau entiti. Borang Pelepasan ini tidak boleh ditamatkan, dibatalkan atau dipinda, kecuali dengan perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh kedua-dua ETS dan saya. 5. Pemerihalan mengenai kandungan dan bahan khusus yang diberikan kepada ETS untuk tujuan ini disertakan di Lampiran 1 bagi Borang Pelepasan ini. Ini adalah perjanjian yang lengkap dan mengikat antara ETS dan saya, dan ia menggantikan semua persefahaman dan/atau komunikasi sebelumnya, kedua-dua lisan dan bertulis, merujuk kepada perkara subjeknya. Tandatangan: Tarikh: Tulis Nama: Telefon: Alamat: Jika peserta di bawah umur lapan belas tahun: Saya mewakili dan menjamin bahawa saya adalah ibu atau bapa atau penjaga budak bawah umur yang namanya tertera di atas, saya mengakui bahawa saya telah membaca Perjanjian dan sudah jelas dengan setiap dan semua terma yang terkandung di dalamnya, saya berpuas hati bahawa Perjanjian ini adalah adil dan saksama , dan saya dengan ini memberi persetujuan nyata saya untuk pelaksanaannya oleh anak saya/anak jagaan dan tidak akan membatalkan persetujuan saya pada bila-bila masa. Tandatangan Ibu atau Bapa atau Penjaga: Tarikh: Tulis Nama: Telefon: Alamat:

Upload: phamdan

Post on 10-May-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG KEBENARAN DAN PELEPASAN - ets.org kreatif. Dan latihkan kemahiran bahasa Inggeris anda ketika membuat pengumuman video, radio, poster atau surat khabar. Audio Video Cetakan

BORANG KEBENARAN DAN PELEPASAN 1. Saya ____________________ (tulis nama) dengan ini memberi kepada Perkhidmatan Ujian

Pendidikan yang mempunyai tempat utama perniagaannya di Princeton, New Jersey, AS ("ETS"), hak tak

boleh batal dan lesen di seluruh dunia untuk mengguna, mengeluar semula, mencetak, menerbit, menyiar dan

menyiarkan semula, dan juga hak cipta: (i) nama saya; dan (ii) mana-mana imej fotografi pegun atau bergerak,

menyerupai atau rakaman bunyi saya; (iii) mana-mana dan semua produk hasil daripada penyertaan dalam

"Projek Majukan Bahasa Inggeris" ETS (secara kolektif, "Futej dan Bahan-bahan"), di mana-mana dan semua

media, termasuk, tanpa had, dalam cetakan, elektronik atau mana-mana format lain yang tersedia ada sekarang

atau pada masa akan datang, dengan cara sepertinya, untuk tujuan tersebut, dan dengan seberapa yang kerap,

secara keseluruhan atau sebahagiannya, sebagaimana yang ETS akan tentukan mengikut budi bicara

mutlaknya.

2. Tanpa apa-apa cara yang mengehadkan yang disebut di atas, saya mengakui dan bersetuju

bahawa ETS tidak bertanggungjawab untuk menggunakan Futej dan Bahan-bahan tersebut. Saya tahu ETS

akan menanggung kos dan perbelanjaan yang ketara dalam kebergantungan kepada Borang Pelepasan ini, oleh

itu saya tidak akan cuba untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa hak yang diberikan kepada ETS di

sini.

3. Saya faham bahawa saya tidak akan dibayar sebarang pampasan bagi bahan tersebut dan saya

dengan ini mengetepikan mana-mana dan semua hak saya yang mungkin ada terhadap sebarang pampasan

tersebut. Saya mengakui bahawa saya adalah seorang sukarelawan dan bahawa saya tidak boleh disifatkan

sebagai seorang pekerja ETS, saya juga tidak berhak kepada manfaat yang diberikan oleh ETS kepada para

pekerjanya.

4. Saya bersetuju bahawa ETS boleh melesenkan, menyerahkan hak, dan selainnya memindahkan

Borang Pelepasan ini dan semua hak yang diberikan oleh saya kepada ETS di bawah Borang Pelepasan ini

kepada mana-mana orang atau entiti. Borang Pelepasan ini tidak boleh ditamatkan, dibatalkan atau dipinda,

kecuali dengan perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh kedua-dua ETS dan saya.

5. Pemerihalan mengenai kandungan dan bahan khusus yang diberikan kepada ETS untuk

tujuan ini disertakan di Lampiran 1 bagi Borang Pelepasan ini.

Ini adalah perjanjian yang lengkap dan mengikat antara ETS dan saya, dan ia menggantikan semua

persefahaman dan/atau komunikasi sebelumnya, kedua-dua lisan dan bertulis, merujuk kepada perkara

subjeknya.

Tandatangan: Tarikh:

Tulis Nama: Telefon:

Alamat:

Jika peserta di bawah umur lapan belas tahun: Saya mewakili dan menjamin bahawa saya adalah ibu atau bapa

atau penjaga budak bawah umur yang namanya tertera di atas, saya mengakui bahawa saya telah membaca

Perjanjian dan sudah jelas dengan setiap dan semua terma yang terkandung di dalamnya, saya berpuas hati

bahawa Perjanjian ini adalah adil dan saksama , dan saya dengan ini memberi persetujuan nyata saya untuk

pelaksanaannya oleh anak saya/anak jagaan dan tidak akan membatalkan persetujuan saya pada bila-bila masa.

Tandatangan Ibu atau Bapa atau Penjaga: Tarikh:

Tulis Nama: Telefon:

Alamat:

Page 2: BORANG KEBENARAN DAN PELEPASAN - ets.org kreatif. Dan latihkan kemahiran bahasa Inggeris anda ketika membuat pengumuman video, radio, poster atau surat khabar. Audio Video Cetakan

Lampiran 1

Menurut terma BORANG PELEPASAN bertarikh dan dilampirkan bersama ini,

Saya (tulis nama) mengakui bahawa saya telah

memberi kepada Perkhidmatan Ujian Pendidikan (ETS) kerja kelas berikut daripada "Projek Majukan

Bahasa Inggeris" ETS di mana saya telah mengambil bahagian.

Tema dan matlamat Apa itu Persahabatan? Dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Bekerja sebagai sebuah kelas dan gunakan kemahiran berbahasa Inggeris anda untuk

menggambarkan apakah erti persahabatan bagi anda.

Beritahu kami dengan menggunakan perkataan anda sendiri, apakah ertinya menjadi kawan?

Apakah aktiviti yang anda suka lakukan bersama-sama rakan-rakan anda? Kami mengajak anda

untuk bekerja sebagai sebuah kelas dan memberitahu kami tentang fikiran anda berkenaan

persahabatan. Jadi kreatif. Dan latihkan kemahiran bahasa Inggeris anda ketika membuat

pengumuman video, radio, poster atau surat khabar.

Audio Video Cetakan Cetakan

Kemungkinan Keputusan

Projek

Pengumuman Radio Pengumuman Video Ruang Akhbar Poster

Panjang yang Diperlukan 60 saat maksimum 60 saat maksimum 400 perkataan

maksimum

200 perkataan

maksimum

Masa Projek Cadangkan 5–10 jam dalam beberapa minggu

Pelan Cadangan Minggu 1:

Kumpulkan idea.

Apakah yang anda

mahu bincangkan?

Minggu 1:

Kumpulkan idea.

Apakah yang anda

mahu bincangkan?

Minggu 1:

Kumpulkan idea.

Apakah yang anda

mahu tulis?

Minggu 1:

Kumpulkan idea.

Dapatkan atau

lukiskan gambar

pengalaman budaya

yang berbeza.

Minggu 2:

Tulis skrip. Semak

dengan kelas anda atau

kumpulan anda.

Minggu 2:

Tulis skrip. Semak

dengan kelas anda atau

kumpulan anda. Pilih

gambar atau tempat di

mana anda ingin

merakamkan projek

anda.

Minggu 2 dan 3:

Tuliskan dan semak

ruang akhbar anda

dengan kelas anda atau

dalam kumpulan.

Minggu 2 dan 3:

Tulis di atas kertas

serba sedikit

mengenai setiap

gambar. Ini dipanggil

kapsyen. Tulis

sebagai sebuah kelas

atau dalam

kumpulan. Minggu 3:

Berlatih bercakap

dengan jelas.

Minggu 3:

Berlatih bercakap

dengan jelas. Aturkan

imej anda dan rancang

untuk membuat video.

Minggu 4:

Rakamkan projek

anda. Pastikan anda

bercakap dengan jelas.

Masukkan gambar

kelas bersama projek

anda.

Minggu 4:

Rakam video projek

anda. Pastikan anda

bercakap dengan jelas.

Minggu 4:

Tulis atau taip ruang

anda dengan jelas.

Pastikan anda mengeja

perkataan dengan betul

dan menggunakan tanda

baca yang betul.

Minggu 4:

Letakkan gambar dan

kapsyen pada poster.

Ambil gambar

poster. Pastikan anda

boleh membaca

kapsyen dan melihat

gambar. Ambil

gambar kedua kelas

anda bersama poster.

Tandatangan