borang elaun lebih masa jabatan akauntan...

Download BORANG ELAUN LEBIH MASA JABATAN AKAUNTAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1530-borang-elaun-lebih... · Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi

If you can't read please download the document

Upload: trankiet

Post on 08-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • BORANG ELAUN LEBIH MASA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN BINTULU

    1.0 PENGENALAN

    1.1 Latar belakang ringkas perkhidmatan

    Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

    Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam.

    Bahagian-bahagian di JANM terdiri daripada :

    1. Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan ( BPPP) 2. Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan ( BPOPP ) 3. Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA) 4. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat ( BPTM ) 5. Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) 6. Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD) 7. Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) 8. Bahagian Khidmat Perunding (BKP) 9. Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF) 10. Institut Perakaunan Negara ( IPN )

    Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan. JANM kini telah berkembang kepada 24 pejabat Negeri/Cawangan di seluruh Malaysia.

  • 2.0 LAPORAN INOVASI

    2.1 TUJUAN PROJEK INOVASI

    2.1.1 Memudahkan kakitangan awam terutamanya kakitangan yang tiada kemahiran mengira tuntutan Elaun Lebih Masa seperti Pemandu Kenderaan Bermotor, Pembantu Operasi dan Lain-lain pegawai membuat tuntutan Elaun Lebih Masa dengan cepat.

    2.1.2 Memudahkan penyemakan di Bahagian/Unit Kewangan.

    2.1.3 Mempercepatkan proses pembayaran sekaligus mengurangkan kes Arahan Perbendaharaan (AP) 103 tidak dipatuhi.

    2.2 PROSES PELAKSANAAN INOVASI

    2.2.1 Borang Elaun Lebih Masa (ELM) dibuat secara out-source supaya borang tersebut bukan sahaja boleh digunakan di Jabatan Akauntan Negara tetapi semua kakitangan sokongan di Jabatan Kerajaan Persekutuan dapat menggunakannya.

    2.3 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS

    2.3.1 Sebelum inovasi dilakukan, pembayaran tuntutan Elaun Lebih Masa, mengambil masa satu ke 2 minggu untuk penuntut menyediakan tuntutan, menyemak dan memproses bayaran dilakukan.

    2.3.2 Selepas Inovasi, pembayaran dapat dibuat pada hari yang sama kerana penuntut, penyemak dan pembayar kurang menggunakan masa mereka sekaligus dapat meningkatkan produktiviti kerja masing-masing.

    2.4 ELEMEN PENURUNAN KUASA

    2.4.1 Tiada penurunan kuasa perlu dilakukan kerana tiada format khas Borang Elaun Lebih Masa dibuat oleh Kementerian setakat ini.

  • 2.5 IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR/PERKHIDMATAN/JABATAN/AGENSI/NEGARA:

    2.5.1 Elemen Inovatif/Kreativiti

    2.5.1.1 Mempercepatkan proses tuntutan.

    2.5.1.2 Memudahkan semua pihak iaitu penuntut, penyemak, pembayar dan Audit/Naziran.

    2.5.2 Elemen Keberkesanan

    2.5.2.1 Menjimatkan masa semua pihak.

    2.5.2.2 Produktiviti meningkat kerana tidak banyak masa yang diperuntukan untuk mengira/menyemak tuntutan.

    2.5.3 Elemen Signifikan

    2.5.3.1 Boleh digunakan oleh semua peringkat pegawai berbanding borang manual yang digunakan sebelum ini.

    2.5.3.2 Penjimatkan masa semua pihak.

    2.5.3.3 Pembayaran dilakukan dengan cepat.

    2.5.4 Elemen Releven

    2.5.4.1 Penganjuran KIK telah menyumbang kepada penciptaan Borang Elaun Lebih Masa, hasilnya telah memudahkan semua kakitangan Jabatan Persekutan dari segi membuat tuntutan, penyemakan dan pembayaran.

    2.6 PENGIKTIRAFAN DITERIMA

    2.6.1 Telah digalakkan penggunaannya secara rasmi pada 05.01.2015

    2.6.2 Pencipta telah mendapat anugerah pekerja inovatif pada sambutan hari inovasi pada 21 November 2013.

    2.6.3 Mendapat tempat ke 4 pada pertandingan KIK Zon Sarawak pada tahun 2013.

  • 2.7 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN

  • 2.8 IMPLIKASI KEWANGAN

    2.8.1 Tiada kerana menggunakan aplikasi terbuka iaitu microsoft excel

    PENUTUP

    Disediakan oleh:

    Nama Pegawai / Unit Terlibat : Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi / Unit Akaun

    Telefon : 086312741

    eMel : [email protected]