proposal elaun 28.1.11

21
KERTAS KERJA KAJIAN SEMULA ELAUN MAHASISWA TAJAAN DI INDONESIA 28 Januari 2011 Assalamualaikum wr wb dan salam sejahtera. 1. PENGENALAN Bersuaian dengan Bab II Fasal 6.2, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dalam segala perundingan dan perhubungan dengan pihak- pihak berkenaan, kami ingin mengajukan kertas kerja permohonan kajian semula elaun pelajar-pelajar tajaan Malaysia di Indonesia. Hal ini disebabkan oleh trend peningkatan kos sara hidup yang ketara semenjak tahun 2008 hingga 2011 di kebanyakan tempat di Indonesia. Perincian Kadar Elaun Indonesia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2006 adalah seperti yang dilampirkan. (Sila rujuk Lampiran 1) Setelah menjalankan kajian rasmi dan tidak rasmi semenjak tahun 2008, pihak kami mendapati beberapa elemen peruntukan elaun wajar dikaji semula disebabkan oleh kenaikan harga barang dan kos sara hidup di kebanyakan tempat di Indonesia khususnya di kota- kota besar. Hal ini dikuatkan lagi oleh sebuah kajian di peringkat antarabangsa mengenai kos sara hidup di bandar-bandar besar di seluruh dunia. Dalam laporan tersebut yang berjudul ’Mercer’s Annual Cost of Living Survey 2010’, Jakarta telah menduduki tangga ke-94 kos sara hidup termahal di dunia. Sebagai perbandingan, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-138. Laporan

Upload: pkpmi-jakarta

Post on 29-Jun-2015

138 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Elaun 28.1.11

KERTAS KERJA

KAJIAN SEMULA ELAUN MAHASISWA TAJAAN DI INDONESIA

28 Januari 2011

Assalamualaikum wr wb dan salam sejahtera.

1. PENGENALAN

Bersuaian dengan Bab II Fasal 6.2, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dalam segala perundingan dan perhubungan dengan pihak-pihak berkenaan, kami ingin mengajukan kertas kerja permohonan kajian semula elaun pelajar-pelajar tajaan Malaysia di Indonesia. Hal ini disebabkan oleh trend peningkatan kos sara hidup yang ketara semenjak tahun 2008 hingga 2011 di kebanyakan tempat di Indonesia.

Perincian Kadar Elaun Indonesia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2006 adalah seperti yang dilampirkan. (Sila rujuk Lampiran 1)

Setelah menjalankan kajian rasmi dan tidak rasmi semenjak tahun 2008, pihak kami mendapati beberapa elemen peruntukan elaun wajar dikaji semula disebabkan oleh kenaikan harga barang dan kos sara hidup di kebanyakan tempat di Indonesia khususnya di kota-kota besar.

Hal ini dikuatkan lagi oleh sebuah kajian di peringkat antarabangsa mengenai kos sara hidup di bandar-bandar besar di seluruh dunia. Dalam laporan tersebut yang berjudul ’Mercer’s Annual Cost of Living Survey 2010’, Jakarta telah menduduki tangga ke-94 kos sara hidup termahal di dunia. Sebagai perbandingan, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-138. Laporan tersebut telah dikeluarkan pada bulan Jun 2010. Anggapan bahawa kos sara hidup di Indonesia lebih murah adalah tidak tepat memandangkan negara ini juga kurang memberikan subsidi terhadap barang-barang keperluan harian selain lemahnya pengawasan terhadap harga barang-barang kawalan.

Pemberian elaun dalam nilai Ringgit juga tidak jarang mengakibatkan susut nilai akibat dari fluktuasi nilai pertukaran matawang asing.

Selain itu, beban kewangan yang ditanggung semakin berat dirasakan sewaktu para mahasiswa menjalani latihan amali atau clinical.

Page 2: Proposal Elaun 28.1.11

2. TUJUAN

2.1. Menetapkan pemberian elaun bulanan (elaun sara hidup & penginapan) dalam nilai Rupiah kerana ini lebih bersesuaian dengan kos sara hidup sebenar yang dihadapi di Indonesia sekaligus mengelakkan pemberian peruntukan yang berlebihan atau kurang

2.2. Mengkaji semula jumlah elaun bulanan (elaun sara hidup & penginapan) disebabkan oleh peningkatan kos yang ketara semenjak tahun 2008 (Sila rujuk Lampiran 2- Skema Perhitungan Mudah Kos Sara Hidup & Penginapan dan Lampiran 3- Perbandingan Harga Bahan Bakar dan Senarai Purata Harga Barang-barang Keperluan Harian)

2.3. Memperpanjang tempoh pemberian elaun latihan amali dari 90 hari kepada 365 hari berdasarkan realiti bahawa Clinical rotation/district posting untuk pelajar-pelajar perubatan di Indonesia :

2.3.1. Mengambil masa selama 2-2.5 tahun

2.3.2. Menyebabkan para pelajar terpaksa menyewa dua tempat tinggal dalam waktu yang

bersamaan ketika mengikuti major/minor cycles di luar kota asal (20-36 minggu)

2.3.3. Mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk pengangkutan sewaktu di tempatkan di

luar dari kota/provinsi kampus

2.3.4. Mengeluarkan perbelanjaan tidak rasmi untuk meng’entertain’ doktor pembimbing,

jururawat dan sebagainya

(Sila rujuk Lampiran 4-Contoh perincian perbelanjaan pelajar clinical di beberapa buah universiti)

3. MEKANISME PENGUMPULAN DATA

3.1. Melakukan kajian rambang kepada lebih 300 orang pelajar tajaan di seluruh Indonesia melalui borang bertulis, panggilan telefon dan media internet seperti Facebook dan email. Kajian dilakukan semenjak awal tahun 2010

3.2. Meminta para pemimpin PKPMI dan Kelab UMNO Indonesia untuk melakukan kajian bagi setiap cawangan yang berkenaan

3.3. Mendapatkan data-data daripada sumber-sumber terpercaya seperti Badan Pusat Statistik Indonesia, Mercer’s Annual Cost of Living Survey 2010 dan laporan-laporan berita

3.4. Mendata harga barang-barang keperluan harian di supermarket

Page 3: Proposal Elaun 28.1.11

4. HARAPAN DAN KESIMPULAN

Segala data-data yang kami sediakan adalah untuk menggambarkan keadaan sebenar tanpa melebih-lebihkan atau mengurangi mana-mana bahagian. Pihak kami juga telah berusaha untuk mendapatkan data-data yang tepat & bersedia untuk mempertanggungjawabkannya jika diperlukan.

Akhirnya, sebagai para mahasiswa tajaan yang akan kembali berkhidmat kepada negara setelah selesai tempoh pengajian, kami amat yakin bahawa kebajikan para mahasiswa sewaktu tempoh pengajian dan latihan akan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak tuan. Kami juga amat berterima kasih atas segala penambahbaikan yang telah dibuat oleh pihak tuan selama ini.

Semoga segala perhatian dan penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak tuan akan semakin meningkatkan semangat, tekad dan keazaman daripada pihak kami untuk memberikan yang terbaik sewaktu kembali berkhidmat di tanah air tercinta, Malaysia.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum wr wb.

”BERILMU, BERAMAL, BERSATU”

Yang menjalankan tugas,

AHMAD NABIEH ABQORY BIN RAHMAT

Timbalan Yang DiPertua,

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat

No.Hp: +628174935836

Email/FB : [email protected]

Kertas kerja ini disediakan & dipertanggungjawabkan secara bersama oleh :

1. PKPMI Pusat, PKPMI Cawangan : Jakarta, Bandung, Jogjakarta, Surabaya & Bali

2. Badan Perhubungan Negara, Kelab UMNO Indonesia

Page 4: Proposal Elaun 28.1.11

LAMPIRAN 1

Kadar Elaun Indonesia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2006

Bil Jenis Elaun Jumlah (RM)

1. Elaun Sara Hidup

- Kadar A

- Kadar B

700

560

2. Elaun Penginapan

- Kadar A

- Kadar B

300

240

3. Elaun Buku 600

4. Elaun Alat Perkakas 515

5. Elaun Latihan Amali (selama 90 hari) 15 x 90

6. Elaun Penempatan

- Kadar A

- Kadar B

1500

1200

7. Elaun Akhir Pengajian

- kadar A

- Kadar B

600

480

* Kadar A – Jakarta

**Kadar B – Selain Jakarta

Page 5: Proposal Elaun 28.1.11

LAMPIRAN 2

Skema perhitungan mudah kos sara hidup & penginapan Kadar A dan Kadar B

Kadar A

Bil Perkara Kos (Rp) Keterangan

1. Makanan

- Sarapan

- Minum pagi

- Makan tengah hari

- Minum petang

- Makan malam

- Minum malam

10 000

4 000

15 000

5 000

15 000

5 000

Susu/roti/bubur

Makanan ringan

Nasi/ayam/ikan/minuman

Teh/biskut/kuih-muih

Nasi/ayam/ikan/minuman

Kopi/biskut/roti

2. Sewa bilik & perkhidmatan 1 000 000 Termasuk khidmat dobi

3. Alat tulis/Fotokopi 250 000

4. Pengangkutan 200 000 Ulang-alik kampus, ke Bandar dll

5. Toileteries

- Sabun mandi

- Sabun cuci

- Ubat gigi

- Shampoo

- Bedak

- Minyak rambut

- Deodorant

- Pencuci muka

- Gunting rambut (L)

15 000

20 000

15 000

20 000

15 000

15 000

15 000

20 000

25 000

Semua toileteries adalah dengan kadar penggunaan sebulan

Page 6: Proposal Elaun 28.1.11

- Gunting rambut (P) 45 000

6. Pakaian bulanan 200 000 Pakaian dalam dll

7. Rekreasi/Hiburan/Olahraga 200 000 2 x menonton wayang, Sukan seperti futsal

8. Komunikasi 350 000 Perkhidmatan telefon, internet

Jumlah keseluruhan per bulan 4 000 000

Kadar B

Bil Perkara Kos (Rp) Keterangan

1. Makanan

- Sarapan

- Minum pagi

- Makan tengah hari

- Minum petang

- Makan malam

- Minum malam

7 000

3 000

14 000

4 000

14 000

3 000

Susu/roti/bubur

Makanan ringan

Nasi/ayam/ikan/minuman

Teh/biskut/kuih-muih

Nasi/ayam/ikan/minuman

Kopi/biskut/roti

2. Sewa bilik & perkhidmatan 800 000 Termasuk khidmat dobi

3. Alat tulis/Fotokopi 250 000

4. Pengangkutan 200 000 Ulang-alik kampus, ke Bandar dll

5. Toileteries

- Sabun mandi

- Sabun cuci

- Ubat gigi

15 000

20 000

15 000

Semua toileteries adalah dengan kadar

Page 7: Proposal Elaun 28.1.11

- Shampoo

- Bedak

- Minyak rambut

- Deodorant

- Pencuci muka

- Gunting rambut (L)

- Gunting rambut (P)

20 000

15 000

15 000

15 000

20 000

25 000

45 000

penggunaan sebulan

6. Pakaian bulanan 200 000 Pakaian dalam dll

7. Rekreasi/Hiburan/Olahraga 200 000 2 x menonton wayang, Sukan seperti futsal

8. Komunikasi 350 000 Perkhidmatan telefon, internet

Jumlah keseluruhan per bulan 3 500 000

LAMPIRAN 3

Page 8: Proposal Elaun 28.1.11

Perbandingan harga bahan bakar (dengan penetapan bahawa RM1 = Rp 2600)

No Jenis Harga (Rp) Harga (RM) Harga di Malaysia (RM)

1. RON 97 - - 2.40

2. RON 95 7900 3.04 1.90

3. RON 92 7500 2.88 -

4. RON 88 4500 1.73 -

5. Diesel 4500 1.73 1.90

Senarai purata harga barang-barang keperluan di kedai-kedai serbaneka seperti Indomart, Alfamart, Carrefour (dengan penetapan bahawa RM1 = Rp 2600)

Bil Barangan/ Perkhidmatan Unit Harga (Rp) Harga (RM)

1 Minyak Masak 1 kg 18500 7.12

2 Gula 1 kg 10500 4.04

3 Garam 500 g 2500 0.96

4 Tepung Gandum 1 kg 10500 4.04

5 Beras Biasa 10 kg 120000 46.00

6 Mi Telur 200 g 3500 1.35

7 Telur Ayam 10 biji 15000 5.77

8 Ayam Bersih 1 kg 33500 12.90

9 Daging Lembu 1 kg 56000 21.50

10 Daging Kambing 1 kg 87500 33.65

11 Ikan Kembung 1 kg 38000 14.60

12 Ikan Bawal Hitam 1 kg 44000 16.90

13 Ikan Merah 1 kg 49900 19.20

14 Udang (Kecil) 1 kg 39000 15.00

Page 9: Proposal Elaun 28.1.11

15 Kangkung 1 kg 8700 3.35

16 Kacang Buncis 1 kg 18000 6.90

17 Kacang Panjang 1 kg 16000 6.15

18 Sawi 1 kg 14000 5.40

19 Kobis Bulat 1 kg 14000 5.40

20 Kailan 1 kg 14700 5.65

21 Lobak Merah 1 kg 84000 32.30

22 Tomato 1 kg 69000 26.54

23 Ubi Kentang 1 kg 16500 6.35

24 Ubi Keledek 1 kg 13000 5.00

25 Ubi Kayu 1 kg 5000 1.90

26 Cili Merah 1 kg 95000 36.50

27 Bawang Besar Merah 1 kg 19000 7.30

28 Bawang Kecil Merah 1 kg 25000 9.60

29 Bawang Putih 1 kg 29000 11.15

30 Ikan Bilis 1 kg 54000 20.77

31 Udang Kering 1 kg 38000 14.60

32 Santan 1 biji 15000 5.77

33 Durian 1 kg 32000 12.30

34 Pisang Emas 1 kg 9600 3.70

35 Tembikai Merah 1 kg 6000 2.30

36 Mangga 1 kg 20000 7.70

37 Betik 1 kg 17000 6.54

38 Belimbing 1 kg 20000 7.70

39 Epal Merah 1 kg 28000 10.80

Page 10: Proposal Elaun 28.1.11

40 Oren 1 kg 24000 9.23

41 Air Mineral 1.5 L 2500 0.97

42 Roti Putih 400 g 8000 3.08

43 Kopi 250 g 7500 2.88

44 Milo 1.5 kg 54000 21.60

45 Susu Tepung 1.5 kg 53000 20.80

46 Susu Pekat Manis 397g 9000 3.50

Barangan Keperluan Harian

1 Ubat Gigi 250 g 16000 6.15

2 Berus Gigi 1 batang 14000 5.40

3 Buih Pencuci Muka 100 g 27000 10.40

4 Gel Rambut 150 mL 12000 4.60

5 Syampu 400 mL 24000 9.30

6 Sabun Mandi 1 ketul 2600 1.00

7 Tisu Tandas 1 gulung 3000 1.15

8 Serbuk Pencuci Pakaian 1 kg 14000 5.40

9 Cecair Pencuci Pinggan 1 L 9500 3.65

Alat Tulis

1 Pen 1 batang 4000 1.50

2 Pensel 1 batang 3500 1.40

3 Pensel Mekanik 1 batang 9000 3.80

4 2B Pencil Lead 1 kotak 5000 2.00

Page 11: Proposal Elaun 28.1.11

5 Pensel Warna 12 batang 31000 12.40

6 Pemadam 1 buah 5500 2.20

7 Pembaris 1 batang 3500 1.40

8 Fluorescent Pen 1 batang 6000 2.60

9 Correction Pen 1 batang 6000 2.60

10 Buku Tulis 1 buah 5000 2.00

11 Writing Pad 100 helai 6500 2.80

12 Kertas A4 1 rim 29000 11.80

13Pencetak (Canon Pixma iP1500)

1 buah650000 260.00

14 Dakwat hitam 1 buah 188000 75.00

15 Dakwat warna 1 buah 233000 93.00

Perkhidmatan

1 Fotostat 1 helai 150 0.06

2 Cetak Hitam Putih 1 helai 800 0.30

3 Cetak Warna 1 helai 6000 2.40

4Langganan Internet (Broadband)

1 bulan150000 60.00

LAMPIRAN 4 (Contoh perincian perbelanjaan koas di beberapa buah universiti)

Bil Perincian Harga (Rp)

Page 12: Proposal Elaun 28.1.11

1. Sewa bilik 800 000

2. Tambang Pengangkutan ‘Besar’

(pertama kali dan kali terakhir pada clinical rotation yang di luar dari province/ daerah asal dalam bentuk tiket kapal terbang, airport tax, sewa kenderaan dll)

700 -1 400 000

3. Tambang harian

(setiap hari untuk bolak – balik dari kediaman ke Rumah Sakit yang berjarak 1-20 km)

10 000 – 30 000 per hari

Stase Perincian Bahagian Tempoh

Major Ilmu Penyakit Dalam, Ilmu Kesehatan Anak, Ilmu Bedah & Anastesi, Ilmu Kebidanan & Penyakit Kandungan,Ilmu Kesehatan Komunitas & Kedokteran Keluarga

10 minggu

Minor Ilmu Penyakit Saraf, Ilmu Kesehatan Jiwa, IlmuPenyakit Kulit & Kelamin, Ilmu Penyakit Telinga, Hidung, Tenggorokan, Ilmu Penyakit Mata Ilmu Forensik

5 minggu

Lain-lain Ilmu Penyakit Gigi & Mulut, Ilmu Radiologi, Hiperkes

Terintegrasi dalam semua bahagian

Perincian Koas Universitas Kristen Krida Wacana, Jakarta

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

Page 13: Proposal Elaun 28.1.11

1. RSUD Koja, Jakarta Mayor & Minor > 20 km Sewa bilik, Tambang harian

2. RS Husada, Jakarta Mayor & Minor < 20 km Sewa bilik, Tambang harian

3. RS Harapan Depok, RS Simpang Depok, RS Bhakti Yudha, Jawa Barat

Mayor & Minor

> 50 km

Sewa bilik, Tambang harian

4. RSUD Bayukarta,Karawang, Jawa Barat

Mayor & Minor > 50 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

5. RS Hasan Sadkhin, RS Rajawali, Bandung

Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

6. RS Immanuel, RS Mardi Waluyo, Lampung, Sumatera

Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

7. RS Ekarina, Purwakarta, Jawa Barat

Major & Minor > 200 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

8. RS Otorita Batam, Batam Major & Minor > 200 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

9. RS Dr Yap, RS Bethesda, Jogjakarta

Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

10. RS Kudus, Jawa Tengah Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

11. RS Penti Wilasa, Semarang, Jawa Tengah

Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik,

Page 14: Proposal Elaun 28.1.11

Tambang harian

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Trisakti, Jakarta

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUP Fatmawati, Jakarta

Major & Minor > 20 km Sewa bilik, Tambang harian

2. RSUD Koja, Jakarta Major & Minor > 20 km Sewa bilik, Tambang harian

3. RSUD Tarakan, Jakarta Major & Minor < 20 km Tambang harian

4. RSUD Bekasi Major & Minor > 50 km Sewa bilik,

Tambang harian

5. RS Cipto Mangunkusumo, Jakarta

Minor < 20 km Tambang harian

.6. Universitas Diponegoro, Semarang

Minor > 300 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

7. Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta

Minor > 300 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

8. RS TNI Angkatan Laut DR Mintohardjo, Jakarta

Major & Minor < 20 km Tambang harian

9. RS TNI Angkatan Udara, Jakarta

Major & Minor < 20 km Tambang harian

Page 15: Proposal Elaun 28.1.11

10. RS DR H.Marzoeki Mahdi, Bogor

Major & Minor >50 km Sewa bilik, Tambang harian

11. RSUD Dr Soeselo, Slawi Jawa Tengah

Major & Minor >300 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

12. RSU Dr Kardinah, Tegal Jawa Tengah

Major & Minor >300 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

13. RSUD Karawang, Jawa Barat

Major & Minor > 50 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

14. RSUD Cilegon, Jawa Barat

Major & Minor > 50 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

15. RSUD Semarang, Jawa Tengah

Major & Minor >300 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik, Tambang harian

16. RSUD Budhi Asih, Jakarta

Major & Minor > 20 km Tambang harian

17. RS Otorita Batam, Batam Major & Minor >300 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Airlangga, Surabaya

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

Page 16: Proposal Elaun 28.1.11

1. RSUD Soetomo,

Surabaya

Major & Minor < 5 km Tambang harian

2. RS Angkatan Laut

Ramelan, Surabaya

Major < 15 km Tambang harian

3. RS Tambak Rejo,

Surabaya

Major < 15 km Tambang harian

4. Puskesmas Tenggilis,

Surabaya

Major < 15 km Tambang harian

5. Puskesmas Jombang,

Jombang

Major > 150 km Sewa bilik,

Tambang harian

6. Puskesmas Bareng,

Jombang

Major > 150 km Sewa bilik,

Tambang harian

7. Puskesmas Tulung

Agung, Jombang

Major > 150 km Sewa bilik,

Tambang harian

8. Puskesmas Pucang

Simo, Surabaya

Major < 17 km Tambang harian

9. Puskesmas Banyu Urip,

Surabaya

Major > 20 km Tambang harian

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Padjajaran, Bandung

Page 17: Proposal Elaun 28.1.11

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUP Dr Hasan Sadikhin, Bandung

Major & Minor <5 km Tambang harian

2. Beberapa RS selain RSUP Dr Hasan Sadikhin di seluruh Kabupaten Bandung

Major & Minor 50-100 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik,

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Udayana, Bali

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUP Sanglah, Denpasar

Major & Minor >20 km Tambang harian

2. Beberapa RS selain RSUP Sanglah di seluruh provinsi Bali (jejaring)

Major & Minor >90 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik,

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUP Dr Sardjito Major & Minor <5 km Tambang harian

2. Beberapa RS di Klaten, Sleman, Banyumas, Banjarnegara, Cilacap, Purwakerto

Major & Minor

(36 minggu)

50-100 km Tambang pengangkutan ’besar’, Sewa bilik,