boneka

Upload: noormazrita-azam

Post on 19-Oct-2015

177 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pend seni

TRANSCRIPT

  • 7/14/2019 Boneka

    1/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 1

    0.1 Pendahuluan

    Pendidikan Seni Visual yang mana dahulunya dikenali sebagai Pendidikan

    Seni.Pendidikan Seni Visual lebih berfokus ke arah seni tampak atau visual, dan tidak

    merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan

    diri.Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dan

    melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini menyentuh perasaan

    estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan

    konsepsi murid.June Mc Fee, menyatakan bahwa seni adalah sebahagian daripada

    kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa nilai,

    sikap, dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat secara langsung.Kenyataan ini

    melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat tanpa

    budaya masyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.Seni juga sesuatu

    kebudayaan, cara berfikir dan cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok

    manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu,(Sidi Gazalba)

    dalam bukunya yang bertajuk Pandangan Islam Tentang kesenian.Maka jelas menunjukkan

    bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehidupan,

    bersesuaian dengan pendidikan seni yang menyentuh tentang segala aspek dalam lingkungan

    kehidupan.

    Pendidikan Seni Visual sebenarnya bertujuan memberi peluang kepada para pelajar

    agak dapat memupuk minat memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan

    kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta ia juga berkaitan dengan

    pelajaran lain.Kanak-kanak pada peringkat awal sebenarnya adalah bersifat kreatif, ekspresif

    dan aktif.Sifat yang dinamik ini berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran

    mereka.Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan

    merupakan refleksi pemikiran mereka.Maka Pendidikan Seni Visual memainkan peranan

    dalam memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya

    pemikiran.Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual

    akan membolehkan mereka menyatakan idea dan membolehkan mereka menyatakan idea dan

    ekspresi diri.

    Matlamat Sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan

    negara ke arah melahirkan insan yang seimbang, berketrampilan, berakhlak mulia danberilmu.Atas dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau bechmark yang

  • 7/14/2019 Boneka

    2/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 2

    menetapkan satu sistem yang dapat digunapakai dan diaplikasikan dengan jayanya dalam

    sistem pendidikan negara",(Mok Soon Sang:1988).Kenyataan tersebut bersesuaian dengan

    matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang bertujuan melahirkan insan yang

    harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.kandungan

    kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

    menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

    menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan

    hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaa.

    Telah termaktub Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia

    adalah usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

    intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.Falsafah Pendidikan hari ini memberi

    penegasan kepada penyelarasan individu seluruhnya dari aspek fizikal, mental, emosi dan

    sosial.Oleh itu, hasil pendidikan perlu mencerminkan matlamat pendidikan yang

    meluas.Tidak lagi terhad ke arah penguasaan konsep dan kecekapan kemahiran sahaja,

    sebaliknya perlu mengambil kira faktor dan kuasa dalam persekitarannya,(Abu Bakar

    Nordin:1987)

    Maka adalah jelas kehendak Matlamat Pendidikan Seni Visual memenuhi aspirasi

    Falsafah Pendidikan Negara(FPN) iaitu dari aspek Pendidikan Seni Visual juga ke arah

    melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif yang mana bersesuaian dengan

    kehendak FPN yang ingin memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu.Malahan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang bermatlamatkan ke

    arah menyumbangkan pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara adalah melengkapi

    FPN yang berkehendakkan melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan keharmonian dan

    kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • 7/14/2019 Boneka

    3/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 3

    1.0 Pengenalan

    1.1 Sejarah Boneka

    Boneka atau boneca merupakan istilah Portugis, ia memang merupakan mainan yang

    sangat menarik.Boneka di awal masa peradaban dulu berbeza fungsinya dengan boneka

    zaman sekarang.Pada masa itu boneka lebih berfungsi keagamaan.Beberapa yang di kemukan

    di wilayah Prancis hingga selatan wilayah Uni soviet asalnya daripada period terakhir

    Paleotikum (40 000 sm).Ianya wujud disebabkan perempuan (dewi kesuburan).Boneka

    tersebut dikenali sebagai Venus.Yang paling terkenal adalah Venus Willendorf yang ditemui

    di Willendorf, Jerman.

    Terdapat banyak boneka antik digali dari kuburan , seperti boneka tanah liat bakar

    diperkuburan Mesir.Ada kepercayaan, boneka tersebut akan melayani roh si mati diakhirat

    nanti.Di Mesir, ditemu yang sedarhana iaitu boneka dari 3000-2000 sm, ia hanya berupa

    selempang papan bebentuk seperti alas sandal jepit dengan permukaan di cat pola geometris

    dan ia juga dikenal dengan boneka pedal.

    Sejak dulu lagi boneka sudah menarik perhatian kanak-kanak, terutama bagi Indian

    Hopi.Walaupun berfungsi bagi keagamaan, boneka kachina turut diberikan kepada kanak-

    kanak sebagai permainan.Malahana di Mesir boneka juga ditemui di kubur anak-anak

    kecil.Boneka di kuburan Yunani dan Romawi dari tahun 300-200 sm, malah masih memiliki

    sendi, sehingga boleh menggerakkan tangan dan kakinya.Namun demikian, penemuaan

    tersebut masih timbul tanda tanya samada ia berfungsi untuk tujuan keagamaan atau

    mainan.Gadis-gadis Yunani apabila menjelang hari perkahwinan akan meninggalkan

    bonekanya di altar Artemis, Dewi Kesuburan.Ia adalah untuk menunjukkan mereka telah

    membuang kebiasaan keanak-anakan.Manakala bagi gadis Syria pula sebelum berkahwin

    akan menggantungkan boneka di pintu rumah.Di Afrika Selatan , calon pengantin akan

    mendapat boneka dan mesti disimpan dengan tujuan cepat memperolehi anak dan akan

    mendapat boneka lagi bagi menambah anak kedua.

    Pada Abad pertengahan (400-1500),penemuan boneka agak kurang, ia hanya ditemui di

    kawasan perkuburan Koptik di Akhmim, Mesir dari tahun 500-600 sm.Dahulu boneka untuk

    orang dewasa dan kanak-kanak sama bentuk dan dandanannya.Ini kerana kanak-kanak masih

  • 7/14/2019 Boneka

    4/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 4

    dianggap sebagai bayang orang dewasa.Pada tahun 1700, boneka khusus untuk mainan kanak-

    kanak telah dihasilkan dan pada tahun 1850 pula boneka bayi yang lahir pula dihasilkan.

    1.2 Konsep Boneka

    Boneka merupakan objek-objek yang diukir bagi mewakili watak-watak cerita .Apa yang

    perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah hidup

    Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang,

    sedih, marah dan lain-lain.

    Boneka juga merupakan objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca

    ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat

    berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan

    suasana yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar.

    Penggunaan Boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang , tetapi boleh juga berbentuk

    haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu.Ketika boneka

    dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi

    mengiringi pergerakan yang dibuat.Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri atau

    sekumpulan kanak-kanak.

    1.2.1 Konsep Boneka dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

    Boneka sebagai alat pedagogi untuk pengajaran di peringkat prasekoloh adalah sangat unik

    dan mempunyai kebaikan untuk kanak-kanak.Penggunaan boneka untuk pengajaran dapat

    mempertingkatkan intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak (Berk, 2006;

    Koste,2005;Hirsh,2004;).Hal ini sedemikian kerana boneka yang digunakan sebagai prop

    lakonan dalam aktiviti drama semasa kanak-kanak melibatkan bahasa, seni visual, drama,

    muzik dan pergerakan fizikal yang dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

    meluahkan perasaan dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain

    (Machado,2003;Coody,1997).Memandangkan kebaikan dan nilai pendidikan yang ada pada

    boneka, maka kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan Modul Drama ketika Boneka

    Kanak-Kanak untuk pengajaran di peringkat prasekoloh.Modul ini seterusnya

    diiplementasikan dan penilaian dilaksanakan bagi mengenal pasti kanak-kanak menggunakan

    boneka dalam interaksi mereka semasa dan selepas aktiviti penggunaan boneka, mengenal

  • 7/14/2019 Boneka

    5/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 5

    pasti perubahan sikap kanak-kanak daripada segi intrapersonal dan interpersonal sebelum dan

    selepas penggunaan boneka.

    2.0 JENIS-JENIS BONEKA DAN KEGIATAN MEMBENTUK SERTA

    MEMBUAT.

    2.1 Boneka Beg Kertas.

    Beg kertas bukan sahaja boleh dibuat topeng malahan ia turut boleh dibuat boneka.Beg kertas

    sangat sesuai untuk kanak-kanak, malahan ianya sangat mudah diperolehi dan dibuat.Antara

    bahan-bahan yang digunakan untuk membuat boneka beg kertas ialah seperti, gunting, kertas

    berwarna, gam kanji, cat air atau krayon, dawai kokot, 2 beg kertas, pita litup, rot kayu dan

    kertas tisu lembut.

    Cara membuat boneka beg kertas ialah gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan

    lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot.Masukkan gumpalan surat khabar

    tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita litup kemudian

    ratakan bucu beg kertas tersebut.Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk

    muka.Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut.Warnakan muka boneka

    dengan menggunakan cat air.Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

    BONEKA BEG KERTAS

  • 7/14/2019 Boneka

    6/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 6

    2.2 Boneka Silinder

    Boneka silinder adalah boneka yang mudah dibuat dan juga menarik.Antara bahan-bahan

    yang diperlukan untuk membuat boneka silinder ialah seperti kertas warna, pollistirena,

    Penutup botol, Gabus, Pisau, Tali, Gunting dan Gam.

    Cara membuat boneka silinder ialah potong sekeping kad manila yang berukuran 20cm x

    27.5cm atau 25cm x 40.50cm.Gulungkan kertas tebal sehingga berbentuk silinder.Kemudian

    stapel atau lekatkan tepinya dengan kanji supaya ia sentiasa berbentuk silinder.Langkah ini

    adalah asas kepala boneka.Setelah membuat bentuk asasnya, kita juga boleh menentukan apa

    jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder masing-masing.Apabila sudah menentukan

    jenis boneka yang hendak dibuat maka bolehlah mula memotong bahan-bahan yang hendak

    ditampal pada silinder tersebut bagi permukaan mukanya.Sebagai langkah untukmenyediakan

    boneka tersebut, kita perlu membuat satu tiub kecil daripada kad manila dan lekatkan pada

    bahagian dalam boneka itu.Apabila kita memasukkan jari ke dalam tiub kecil itu, kita akan

    dapat mengendalikan boneka itu dengan sempurna.

    Boneka Silinder

    2.3 Boneka Piring Kertas

    Boneka piring kertas diperbuat daripada piring kertas yang sememangnya boleh dibeli di

    kedai.Ianya sesuai untuk kanak-kanak peringkat rendah.Bagi menghasilkan boneka piring

    kertas media yang diperlukan bagi menghasilkannya bahan utama adalah piring kertas, dawai

    halus, pelekat, gunting, kayu atau buluh, kain reja (perca), tali dan pita litup.

  • 7/14/2019 Boneka

    7/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 7

    Cara-cara untuk menghasilkan boneka piring kertas adalah langkah pertama hendaklah

    melukiskan satu muka di atas piring kertas dengan

    menggunakan dakwat.Seterusnya dengan menggunakan pita

    litup, lekatkan bilah kayu dibelakang piring.Gunting dan

    lubangkan ditengah-tengah kain belacu atau kain

    reja.Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan

    lekatkan lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita

    litup.Bagi membuat rambung kerinting pula, jalur-jalur kertas warna dipotong dan lurutkan

    dengan pisau tumpul dan tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

    2.4 Boneka Polistirena

    Kepelbagaian bentuk polistirena boleh dibuat boneka, bekas alat-alat elektrik sesuai untuk

    membentuk boneka ringkas dan ia boleh dibuat dengan mudah.Bahan-bahan yang digunakan

    untuk membentuk boneka polistirena ialah polistirena, kayu buluh/rot kayu,pensil, gam,

    kertas pasir, gunting, pita litup, pisau, berus gam, warna tempera,

    Manakala cara untuk membuat boneka polistirena ialah terlebih dahulu korek mata, hidung

    dan mulutnya dengan sebatang pensil.Kemudian tampalkan telinga pada tepi kotak.Gunakan

    sebatang kayu buluh sebagai tangkai.Bola polistirena juga boleh digunakan untuk membuat

    boneka tangan.

    Boneka Polisterina

  • 7/14/2019 Boneka

    8/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 8

    2.5 Boneka Wayang Kulit.

    Boneka wayang kulit direka secara tradisional.Ia dibuat daripada kulit kerbau.Memandangkan

    kulit kerbau sukar ditemui masa kini , maka terpaksa diganti dengan bahan-bahan

    moden.Antara bahan-bahan yang digunakan sebagai pengganti ialah yang mudah diperolehi

    seperti filem pancaran X yang terpakai, kepingan plastik yang tebal dan kertas

    bod.Permainan wayang kulit juga merupakan permainan yang pertama mencipta keseniaan

    gerak dan tampak seolah-olah hidup jika ia dilakonkn dengan baik.Watak dalam lakonan

    wayang merupakan satu siri dari siri-siri kartun.Maka adalah menjadi kewajaran sesebuah

    boneka sengaja dilebih-lebihkan sifatnya bagi menambahkan wataknya dengan lebih

    jelas.Kebiasaannya watak seorang hero digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan

    hidung yang mancung.Manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan mata yang besar,

    hidung yang besar, perut yang buncit dan dicat dengan warna yang garang.Proses untuk

    membuat boneka wayang kulit tidak begitu rumit dan bahan-bahanya senang diperolehi.

    Cara menghasilkan boneka wayang kulit yang menggunakan bahan seperti kulit lembu.

    Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air

    campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian

    dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut

    telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit

    yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga

    bersih.Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan

    ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti

    dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit

    mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang

    yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang

    dihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri.

    Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali

    kepada kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan

    pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung

    tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan

    mengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang

    biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja

  • 7/14/2019 Boneka

    9/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 9

    mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan

    kesabaran yang jitu.

    2.6 Boneka Sarung Tangan.

    Boneka sarung tangan atau hands puppets yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal

    digunakan oleh kanak-kanak.Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan

    pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk.

    Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan.Antaranya ialah stokin,

    sarung tangan, beg kertas sandwich dan sampul surat.Manakala untuk bahagian watak seperti

    kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya

    menarik.Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menngunakan tangan mereka dan

    pergerakan mereka lebih bebas.

  • 7/14/2019 Boneka

    10/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 10

    3.0 PROSES MENGHASILKAN BONEKA.

    Bagi menghasilkan boneka terdapat beberapa langkah yang perlu diambil kira iaitu:

    3.1 Lakaran idea.

    Lakaran idea merupakan proses utama bagi menentukan jenis boneka yang akan

    dihasilkan.Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran idea agar boneka

    yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.

    3.2 Pemilihan Alat dan Bahan

    Setelah proses lakaran idea dibuat, seterusnya peringkat kedua ialah pemilihan alat dan

    bahan.Proses ini amat perlu di dalam membuat sesuatu boneka, ini kerana bahan-bahan yang

    digunakan adalah berbeza bergantung kepada jenis-jenis boneka yang hendak dibuat.Selain

    itu, pemilihan alat dan bahan mampu membantu dalam menentukan ketahanan sesuatu

    boneka.

    3.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan.

    Langkah menentukan teknik berdasarkan bahan yang digunakan dan tema sesuatu boneka

    juga merupakan perkara yang penting.Setiap boneka yang dihasilkan mempunyai teknik yang

    berbeza-beza.

    3.4 Persembahan Hasil Kerja.

    Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri

    yang ditetapkan.Antaranya ialah, watak sesuatu boneka menepati tema dan tajuk yang telah

    ditetapkan.Selain itu, bahan yang hendak digunakan hendaklah sesuai dan relevan dengan

    tujuan hasilan.Bukan itu sahaja boneka yang dihasilkan, hendak lah selamat dan tahan untuk

    digunakan.Penilaian persembahan hasil kerja juga dinilai dari sudut konsep kepelbagaian

    bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik.Selain itu, boneka

    juga harus mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan

    dari segi penghasilan.Akihr sekali, hendaklah memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak,

    pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

  • 7/14/2019 Boneka

    11/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 11

    3.5 Apresiasi.

    Setiap hasil seni yang dihasilkan harus melalui proses apresiasi ataupun penilaian.Dalam

    penghasilan boneka, beberapa perkara di nilai iaitu, tajuk dan tema hendaklah sesuai.Malahan

    alat dan bahan yang digunakan adalah bersesuaian dengan boneka yang hendak dihasilkan.

    Proses stailisasi, menambahbaikan juga hendaklah bersesuaian dengan watak yang

    ditetapkan.Malahan pilihan reka bentuk, warna dan padanan imej mengikut jenis

    boneka.Secara kesimpulannya, hendaklah bersesuaian secara keseluruhan dalam penghasilan

    boneka agar ianya menarik.

    3.6 Proses-proses Penghasilan Boneka.

    a. Lakaran Idea.

    Tema : Alam Semulajadi

    Tajuk : Kucing

    Aktiviti : Boneka .

    1. Dengan menggunakan span lakaran kucing dibuat.Span yang digunakan diikat

    diatas hujung kedua-dua belah, kemudian diikat dibahagian tengah agar terbentuk seperti

    leher kucing.Kemudian, wajah kucing di lukis di atas span tadi.

    b. Pemilihan Alat Dan Bahan.

    Bagi menghasilkan boneka kucing tersebut antara pemilihan alat dan bahan yang digunakan

    adalah seperti :

    Alat gunting digunakan manakala bahan-bahan yang digunakan adalah sepertispan, gam,

    gelang getah,benang, bahan kutipan, dan bahan lain yang sesuai.

  • 7/14/2019 Boneka

    12/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 12

    C. Teknik atau Cara-cara Membuat Boneka Kucing.

    Mengikat span dengan gelang getah untuk membentuk bahagian badan, kepala, telinga,

    dan kaki kucing, kemudian setelah span diikat bagi membentuk badan, wajah kucing

    dilukis.Kemudian, warnakan boneka mengikut kesesuaian dan lekatkan benang dibahagian

    muka untuk menghasilkan misai kucing.

    d. Persembahan Hasil Kerja.

    Boneka kucing yang telah siap dibuat.

    4.0 Kegiatan Membentuk dan Membuat Boneka.

    4.1 Boneka Sarung Tangan

    Kelas : 2 Mukmin

    a. Lakaran Idea

    Tema : Alam semulajadi

    Tajuk : Biri-biriAktiviti : Boneka Sarung Tangan.

    Sebelum boneka menghasilkan boneka sarung tangan yang

    menggunkan watak biri-biri murid-murid dikehendaki

    melakar terlebih dahulu wajah biri-biri diatas sarung tangan.

  • 7/14/2019 Boneka

    13/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 13

    b. Pemilihan Alat dan Bahan Bagi Boneka Sarung Tangan.

    Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan boneka sarung tangan tersebut ialah stokin,

    kapas, kertas manilakad, gam dan benang.

    c. Teknik atau Cara Membuat Boneka Sarung Tangan.

    Langkah pertama yang perlu diambil bagi membuat boneka sarung tangan ialah sediakan

    stokin yang tidak digunakan.Kemudian lakarkan mata dan mulut dengan menggunakan pen

    maker. Seterusnya gunting kertas manilakad dan bentukkan hidung serta telinga.Langkah

    seterusnya lekatkan hidung dan telinga ke atas stokin tadi.Seterusnya, warnakan mata dan

    mulut.Akhir sekali lekatkan kapas di hujung stokin supaya kelihatan seperti bulu biri-biri.

    d. Persembahan Hasil Kerja.

    4.2 Boneka Wayang Kulit (Moden)

    a. Lakaran Idea

    Tema : Alam semulajadi

    Tajuk : Kehidupan di laut

    Aktiviti : Boneka Wayang Kulit.

  • 7/14/2019 Boneka

    14/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 14

    b. Pemilihan Alat dan Bahan Bagi Boneka Wayang Kulit Moden.

    Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan boneka moden ialah mentol lampu, kotak,

    bateri, gambar tv, suis, gam dan objek bayang.

    c. Teknik Menghasilkan Boneka Wayang Kulit Moden.

    Langkah-langkah menghasilkan boneka Wayang Kulit Moden.

    1. Ambil penutup kotak kemudian sapukan gam pada penutup kotak.

    2. Langkah seterusnya tampal kertas yang ada gambar skrin tv kemudia potong ikut

    ukirannya.Kemudian lekatkan kertas putih dari dalam dan jadikan sebagai skrin tv.3. Langkah ke 3, ambil kotak lain dan tebuk lubang diatasnya.Tujuan dibuat lubang

    diatas adalah untuk memasukkan objek bayang ataupun boneka wayang.

    4. Selesai kotak tv dibina pasang suis lampu ditepi.

    5. Langkah terakhir, objek-objek bayang yang telah dilukis diatas kertas putih tadi

    dilekatkan pada lidi sate.

  • 7/14/2019 Boneka

    15/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 15

    d. Persembahan Hasil Kerja.

    Inilah boneka wayang kulit moden yang dihasilkan dengan tajuk kehidupan di laut.

    4.3 Boneka Piring Kertas.

    a. Lakaran Idea

    Tema : Alam semulajadi

    Tajuk : Lady bug

    Aktiviti : Boneka Piring kertas.

    Lakaran utama, sediakan kaki dan mata untuk lady bug

    b. Pemilihan Alat dan Bahan untuk Boneka Piring Kertas Lady Bug.

    Alat yang digunakan untuk menghasilkan boneka piring kertas lady bug ialah seperti

    pembaris dan gunting.

    Manakala untuk pemilihan bahan-bahan yang sesuai ialah sepeti pinggan kertas, stapler, gam,

    dan pensel ataupun marker.

  • 7/14/2019 Boneka

    16/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 16

    c. Teknik Bagi Menghasilkan Boneka Piring Kertas Lady Bug.

    Langkah-langkah bagi menghasilkan boneka piring kertas lady bug ialah:

    1. Warnakan sekeping kertas sebagai bahan boneka. Kemudian, potong satu piring lagi

    dan ambil setengah daripadanya.

    2. Lukiskan satu garisan menegak pada bahagian tengah badan boneka.Kemudian,

    lukiskan rupa bulat yang seimbang di kiri dan kanan badan boneka.

    3. Warnakan kepala boneka dan lekatkan mata boneka lady bug tersebut.

    d. Persembahan Hasil Kerja.

    Boneka Piring Kertas Lady Bug yang telah siap.

    5.0 Apresiasi.

    Berdasarkan boneka yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan mengenal pasti

    beberapa perkara yang penting yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan boneka.

    Kesemua boneka yang dihasilkan menepati tajuk dan tema yang sesuai, serta penggunaan alat

    serta bahan yang digunakan juga adalah bersesuaian.Selain itu proses stailisasi, dan

    menambahbaikan juga begitu sesuai sekali sehinggakan boneka-boneka yang dihasilkan

    menarik dan mengikut watak yang ditetapkan.

  • 7/14/2019 Boneka

    17/17

    771228-11-5134 (HBAE2203) Page 17

    Selain itu, pemilihan reka bentuk warna dan padanan imej juga telah mengikut jenis-jenis

    boneka yang dipili.Secara keseluruhannya ia sangat bersesuai yang dengan tujuan penghasilan

    boneka-boneka tersebut.

    6.0 Kesimpulan.

    Secara kesimpulannya, membentuk dan membuat boneka adalah satu bidang yang

    mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.Malahan beberapa

    perancangan yang rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil penampilan

    yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.Selain itu, pengetahuan

    serta kemahiran mengenai alat dan bahan turut diperlukan bagi mengimbangi ciri-ciri reka

    bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan

    dipersembahkan.Persembahan boneka juga akan menjadi lebih menarik apabila pereka

    boneka berjaya menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

    Boneka juga telah disenaraikan sebagai alat pedagogi dan berfungsi sebagai alat rangsangan

    bagi kanak-kanak Prasekolah dalam Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika khasnya

    komponen perkembangan kreativiti juga menyatakan bahawa boneka boleh digunakan

    sebagai prop dalam lakonan dan dalam aktiviti drama.Malahan, boneka sebagai alat pedagogi

    sangat meluas dan telah terbukti berkesan.Boneka telah menjadi satu tradisi yang sudah lama

    wujud dan dipraktikan dengan meluasnya dalam bidang pendidikan bagi kanak-kanak.Bukan

    itu sahaja, guru Prasekolah yang telah mempraktikkan boneka dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran sebulat suara bersetuju bahawa boneka dapat menarik minat dan membantu

    kanak-kanak dalam proses pedagogi

    Maka, telah jelas bahawa, penghasilan boneka bukan sahaja dijadikan permainan untuk

    kanak-kanak malahan ia amat sesuai sekali digunakan sebagai salah satu alat pedagogi dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran.