boneka

15
Boneka Pengenalan Boneka ialah objek atau bahan yang digunakan` serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Guru boleh menggunakan –berbagai-bagai jenis boneka Yang melambangkan watak-watak tertentu. Aktiviti ini menggunakan gerak-geri,sarung tangan, topeng, pepatung dan gambar. Bunyi-bunyian boleh juga digunakan. Nillie Mc Caslin (1984) –menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantu mengajar dan sebagai alat diagnostic. Menurutnya boneka dapat membantu menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran. Penggunaanboneka di dalam kelas, banyak membantu menghidupkan suasana yang menyeronokkan dan seterusnya menimbulkan motivasi kepada pelajar. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (1987) , boneka ialah: i) Barang permainan yang dibuat menyerupai patung orang ii) Orang yang diangggap sebagai alat atau barang barang permainan Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, boneka boleh berbentuk haiwan dan objek-objek lain yang digeraklakonkan mengikut watak atau cereta tertentu. Semasa bermain boeneka , pemainnya menggunakan dialog sesuai dengan watak boneka berkenaan. Dalam keadaan ini suara 1

Upload: theresa-sira

Post on 25-Jul-2015

491 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Boneka

Boneka

Pengenalan

Boneka ialah objek atau bahan yang digunakan` serentak dengan skrip yang

dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan.

Guru boleh menggunakan –berbagai-bagai jenis boneka Yang melambangkan

watak-watak tertentu.

Aktiviti ini menggunakan gerak-geri,sarung tangan, topeng, pepatung dan

gambar. Bunyi-bunyian boleh juga digunakan.

Nillie Mc Caslin (1984) –menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai

alat bantu mengajar dan sebagai alat diagnostic. Menurutnya boneka dapat

membantu menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran.

Penggunaanboneka di dalam kelas, banyak membantu menghidupkan suasana

yang menyeronokkan dan seterusnya menimbulkan motivasi kepada pelajar.

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (1987) , boneka

ialah:

i) Barang permainan yang dibuat menyerupai patung orang

ii) Orang yang diangggap sebagai alat atau barang barang permainan

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, boneka boleh berbentuk haiwan

dan objek-objek lain yang digeraklakonkan mengikut watak atau cereta tertentu.

Semasa bermain boeneka , pemainnya menggunakan dialog sesuai dengan

watak boneka berkenaan. Dalam keadaan ini suara latar, muzik atau bunyi-bunyi

tertentu diadakan bagi mengiringi pergerakan boneka tersebut.

Bentuk-bentuk boneka.

Boneka daripada alat sebenar

-Alat sebenar yang dapat dijadikan boneka adalah seperti teko, cawan, sudu, garpu,

senduk dan sebagainya.

1

Page 2: Boneka

-Alat-alat yang hendak digunakan sebagai boneka bolehlah dihiasi dengan warna dan

lakaran mengikut watak yang sesuai.

b)Boneka Glove (sarung tangan)

-Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala dan badanya sahaja

c)Boneka penuh

-Boneka ini lengkap anggota badannya, iaitu bahagian kaki hingga ke bahagian kepala.

d)Boneka kosong di tengah

-Boneka ini lengkap di bahagian kepala dan ekornya sahaja manakala di bahagian

perutnya atau tengah badannya kosong.

e)Boneka jari

-Boneka ini dimainkan dengan menggunakan jari. Biasanya boneka seperti ini kecil dan

bahagian yang dapat digerakkan ialah tangan dan kepala boneka sahaja.

f)Boneka wayang kulit

-Boneka ini dapat dibuat darpada kulit, plastic, lutsinar dan kertas tebal. Biasanya

boneka ini nipis dan berbentuk dua demensi .

g)Boneka tongkat

-Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tingkat seperti kayu, rotan, buluh dan

sebagainya di bahagian bawah boeneka tersebut.

2

Page 3: Boneka

-Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit, tetapi berbentuk tiga demensi.

h)Boneka tali

-Boneka jenis ini digeraklakonkan denga menggunakan tali atau benang.

Tujuan Penggunaan Boneka

a)Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.

b)Mengguna dan memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.

c)Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni.

e)Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pemblajaran.

f)Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.

g)Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman.

h)Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal.

Keistemewaan Boneka

a)Belajar sambil berhibur.

Dalam sesuatu persembahan boneka terdapat pelbagai unsur kecindan jenaka,

peristiwa, watak, suspen, ketegangan, dialog, kesan bunyi, nyanyian dan

sebagainya yang menghiburkan.

Oleh itu murid dapat memperlajari sesuatu sambil bergembira, ternyata belajar

sambil berhibur ini memberi kesan yang mendalam dalam proses pembelajaran

murid.

3

Page 4: Boneka

b)Menggunakan pelbagai deria.

Semasa bermain dan menonyon boneka, murid berpeluang menggunakan

pelbagai deria. Umpamanya semasa bermain boneka, perserta berpeluang

menggunakan deria lihat, deria dengar dan deria sentuh secara serentak.

Begitu juga bagi murid yang menonton, mereka dapat menggunakan deria lihat

dan deria dengar secara aktif untuk memahami dan menghayati persembahan.

c)Menggunakan kemahiran bahasa secara serentak

Untuk mengendalikan sesuatu persembahan boneka terdapat tiga peringkat

yang harus dialami oleh murid, iaitu peringkat sebelum, semasa dan selepas

persembahan.

Persembahan murid perlu melalui pelbagai proses aktiviti.

Contohnya :

Sebelum persembahan

-Memilih cerita

-Membina boneka

-Mengarang skrip atau dialog

-Membaca dan menghafaz

-Mengenal pasti watak pemain

Semasa perbincangan inilah mereka berpeluang untuk menggunakan kemahiran lisan

(mendengar dan bertutur) Aktiviti ini sudah tentulah mendorongkan minat mereka untuk

bertutur, memberi pandanagan, membuat cadangan, bersoal jawab, memberi arahan

dan membuat keputusan.

4

Page 5: Boneka

Semasa persembahan

-Semasa persembahan para peserta berpeluang untuk membaca dialog, melafazkan

dialog yang dihafaz, menggunakan dialog secara spontan mengikut nada, intonasi dan

suara yang sesuai.

-Sementara itu murid yang menonton akan menggunakan kemahiran langsung keadaan

ini mendorong murid memperkukuhkan kemahiran lisan dan menulis secara serentak.

Selepas persembahan

-Sebaik sahaja persembahan tamat, murid digalakkan berbincang dan bersoal jawab

tentang cerita tersebut. Murid juga digalakkan menulis cerita itu semula dengan

menggunakan perkataan sendiri.

-Murid juga digalakkan menyambung cerita tersebut berdasarkan kreativiti masing-

masing. Ternyata dengan cara ini murid dapat memperkukuhkan kemahiran menulis

dan menyburkan daya kreativiti mereka.

d)Memperkukuhkan kemahiran mata pelajaran lain melalui mata pelajaran bahasa

Sebelum persembahan boneka diadakan, boneka perlu dibuat terlebih dahulu.

Untuk membina boneka, kemahiran melukis dan kraftangan amat berguna

kepada murid.

Sehubungan dengan itu boneka bolehlah dibuat semasa mata pelajaran seni

lukis dan kraftangan dijalankan.

Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada murid kerna kemahiran

yang dikuasai dalam mata pelajaran seni lukis dan kraftangan dapat dilanjutkan

dan digunakan dalam mata pelajaran bahasa.

5

Page 6: Boneka

e)Mempercepatkan dan mempermudah pemahaman murid

Murid-murid lebih cepat dan mudah memahami sesuatu cerita atau peristiwa

yang terdapat dalam persembahan boneka jika diandingkan dengan media lain.

Hal ini demikian kerana murid dapat menggunakan kemahiran-kemahiran

mendengar, bertutur, berlakon, manipulative dan sebagainya melalui

persembahan boneka.

Sesuai dengan konsep belajar melalui pengalaman maka sudah tentulah

pemahaman dan daya ingatan murid lebih kekal dan tekal.

f)Melibatkan diri secara aktif

Mendorong melibatkan diri secara aktif sebelum, semasa atau selepas

permaianan boneka itu diadakan kerana setiap peringkat tersebut memerlukan

mengadakan perbincangan untuk memlilh cerita, mengenal pasti watak dan

menyediakan boneka secara kolektif.

Sehuungan dengan itu meraka melibatkan diri dalam pelbagai peranan sama

ada sebagai pengarah, penulis skrip, pelakon, pengurus pentas atau sebagai

penonton.

g)Memupuk daya kreativiti

Murid menggunakan daya kreativiti mereka untuk menghasilkan skrip, melukis,

membuat dan mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, menggerakkan

boneka dan sebgainya.

6

Page 7: Boneka

Pelaksanan Boneka Dalam Pengajaran

Raminah Haji Sabran (1986: 92-93) mencadangkan ;

“Patung di antara patung yang boleh digunakan ialah patung tangan dan

sebagainya. Murid-murid disuruh mencipta berbagai-bagai cerita berdasarkan

geraklakon patung-patung itu”.

F.L, 1991 : 148

“Kanak-kanak yang gementar dan merasa gagap tidak boleh bertutur

secara lancer di depan kelas biasanya akan bertutur dengan lancar jika

berada di belakang tabir sambil menggeraklakonkanboneka dengan

tangannya”.

Pemilihan Boneka Dalam Pengajaran

a) Adakah boneka tersebut dapat memberi rancangan pengajaran yang disediakan

oleh guru? Sebagai contoh adakah pelajaran lisan yang menggunakan boneka

dapat menarik minat murid?

b) Bagaimana penggunaan alat bantu ini disesuaikan dengan pengajaran guru.

c) Berkesankah pengajaran dengan menggunakan boneka sebagai alat bantu

mengajar. Dilihat daripada sudut ingatan, minat semasa belajar (formal dan

informal) kualiti penglihatan melalui perbincangan.

d) Adakah penggunaan boneka betul-betul dapat melengkapkan pengajaran dan

pelajaran dalam bilik darjah.

Persediaan Guru

a) Membiasakan dan mengingatkan langkah-langkah dalam pengajaran

b) Persediaan dan pengumpulan bahan dan alat yang diperlukan.

c) Pembacaan cepat terhadap contoh dalam rancangan pengajaran harian dengan

cara yang tersendiri.

d) Pengetahuan umum untuk membiasakan diri dengan tugasan yang akan

diselesaikan dalam jangka masa empat hingga lima minggi ke hadapan.

7

Page 8: Boneka

Sebelum memasuki bilik darjah guru perlu membuat persediaan tentang cara

menggunakan boneka untuk disesuaikan dengan rancangan pelajarannya. Berikut

dikemukakan beberapa teknik penggunaan boneka dicadangkan yang:

a) Berlatih menggunakan boneka dengan kedua-dua belah tangan. Perhatikan gerak

lakon yang sesuai untuk sesebuah boneka. Mengadakan seberapa banyak gerak

laku yang sesuai denngan wataknya.

b) Latihan pergerakan boneka mengikut jenis dan wataknya.

c) Dapatkan cara untuk mengeraklakonkan boneka supaya tidak kaku semasa

berdialog.

d) Sekiranya menggunakan pentas, awasi kedudukan boneka ketika melakukan

pergerakan. Kedudukaan boneka hendaklah sesuai dengan ketinggian pentassama

setiap masa. Jangan diangkat boneka terlalu tinggi dan menampakkan tangan dan

juga terlalu rendah pula boneka tidak akan kelihatan kerana dilindungi tabir pentas.

Kedudukan boneka jangan terlalu jauh dari pentas kerana ia akan kelihatan seperti

tenggelam apabila dilihat oleh audiens.

e) Apabila mengendalikan boneka, peraturan yang perlu dilakukan ialah melakukan

satu perkara dalam satu masa. Misalnya, kedudukan tetap, pergerakan perlahan-

perlahan dan jangan terlompat-lompat. Kendalikan mengikut rentak yang sama

dalam setiap waktu menggeraklakonkan boneka.

f) Jangan menekankan suara setiap kali bercakap. Gunakan suara sendiri sekiranya

tidak mampu mengubah suara.

g) Biasakan memegang boneka mengarah ke depan bahagian mukanya. Jangan

membelakangkan audiens.

Persediaan Murid

a) Murid-murid digalakkan membuat boneka sendiri supaya boleh mengenali sifat dan

watak yang akan dilakonkan. Boneka yang dibina boleh terdiri daripada boneka

tangan, jari dan lain-lain.

b) Murid sebagai pelakon boneka. Murid-murid yang dipilih akan menghafal dialog

yang sesuai dan melakonkan watak boneka.

8

Page 9: Boneka

Teknik Pengajaran Menggunakan Boneka

Teknik penyampaian pengajaran biasanya melibatkan tiga aspek iaitu set induksi, isi

pelajaran dan pengukuhan pada akhir pengajaran. Untuk menarik perhatian murid atau

merangsang minat murid dalam set induksi, boneka boleh digunakan mengikut langkah

yang berikut :

a) Guru telah menentukan objektif pengajarannya.

b) Guru memulakan pelajaran dengan menggeraklakonkan boneka tanpa

menggunakan pentas boneka.

c) Guru juga boleh mengarahkan murid-murid kehadapan kelas untuk berlakon

secara spontan dengan menggunakan boneka.

d) Guru perlu mengaitkan aktiviti set induksi dengan isi pelajaran yang akan

disampaikan selepas tamat aktiviti ransangan (set induksi)

Dalam pengajaran lisan atau mata pelajaran lain, murid-murid kebanyakkannya

suka rataupun malu untuk bertutur di hadapan kelas.

Untuk menyelesaikan masalah menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan,

boneka bolehdigunakan sebagai alat bantu mengajar.

Misalnya, dalam pelajaran lisan yang memerlukan lakonan secara spontan atau

dialog spontan. Murid diberi perana menerusi watak-watak boneka dan

melakonkannya. Jika guru telah menyediakan skrip atau dialog untuk dilakonkan,

guru boleh mengikut langkah-langkah yang berikut.

a) Mengedarkan skrip selepas set induksi pengajaran.

b) Mengarahkan murid-murid berbincang mengikut kumpulan tentang skrip yang

dibacanya.

c) Melakonkan cerita dengan menggunakan watak boneka yang disediakan oleh

guru.

d) Mengadakan aktiviti perbincangan atau latihan bertulis berkaitan dengan gerak

kerja yang telah dilakukan sebelumnya.

Biasanya pada akhir pelajaran, guru akan mengadakan aktiviti pengukuhan atau

penutup supaya pengajarannya lebih berkesan.

9

Page 10: Boneka

Adalah lebih menarik jika aktiviti lakonan dengan menggunakan boneka diadakan

sebagai langkah penutup.

Untuk mencapai tujuan ini, langkah-langkah yang berikut perlu diambil perhatian :

a) Guru perlu mengaitkan penutup pelajaran dengan isi pelajaran yang telah

disampaikan.

b) Murid-murid telah sedia memahami aktiviti yang akan dijalankan semasa

penutupan pelajaran. Misalnya selepas mendengar cerita dan memahami isi

cerita menerusu perbincangan , murid-murid akan dapat melakonkannya jika

aktiviti itu diadakan pada penutupan pelajaran.

c) Guru berperanan sebagai pembimbing yang memberi galakan kepada murid-

murid.

Boneka Sebagai Aktiviti Ko-Kurikulum

Penggunaan boneka boleh dilanjutkan dalam aktiviti ko-kurikulum, khususnya

Persatuan Bahasa Melayu. Aktiviti penullisan skrip cerita boleh disesuaikan dengan

lakonan yang menggunakan boneka. Persediaan perancangan untuk mementaskan

cerita yang menggunakan boneka perlu dibuat.

a) Memilih Bahan Cerita

Murid-murid digalakkan ke pusat sumber sekolah untuk mendapatkan bahan cerita

daripada buku. Berdasarkan buku yang dipilih, murid-murid diarahkan berbincang

untuk menyediakan skrip pementasan boneka berdasarkan cerita tersebut.

Skrip cerita yang dihasilkan boleh dipentaskan menerusi lakonan yang

menggunakan boneka.

Kadangkala lakonan secara spontan menggunakan boneka juga dapat memberi

ilham kepada kanak-kanak untuk menulis skrip boneka. Ini boleh dilakukan apabila

sekumpulan murid-murid mengeraklakonkan boneka sementara sekumpulan lagi

selepas sebagai penonton akan menghasilkan skrip boneka.

10

Page 11: Boneka

b) Membuat Boneka

Selepas penulisa skrip, murid-murid digalakkan membuat boneka sendiri sama ada

secara kumpulan atau individu.

Watak-watak yang dibuat hendaklah berdasarkan skrip yang ditulis oleh mereka.

c) Menggeraklakonkan Boneka

Lakonan pementasan diperlukan sebelum mengadakan sesuatu persembahan.

Pertama, latihan pembacaan skrip. Tujuannya untuk membiasakan dengan jalan

cerita.

Kedua, latihan berlakon dengan menggunakan boneka supaya murid dapat

menyesuaiakn watak dengan gerak-lakunya menerusi boneka.

Dalam semua pementasan, sebaik-baiknya pentas boneka mempnyai props, latar

pentas, kesan bunyi dan pencahayaan lampu untuk memberi kesan yang menarik.

11