bola keranjang

13
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BOLA KERANJANG Sukan bola keranjang mula diperkenalkan oleh Dr James Naismith pada tahun 1891. Ketika itu beliau adalah seorang pemimpin YMCA, Springfield, Massachussets, Amerika Syarikat. Sejak permainan ini diperkenalkan, ia adalah satu jenis permainan riadah terutama sekali pada musim sejuk. Bola yang digunakan adalah bola sepak dan sejenis bakul yang digantungkan pada dinding sebagai gol. Kemudian, beberapa tahun selepas itu, terdapat banyak perubahan yang berlaku dari segi undang-undang permainan dan teknikal. Perubahan yang terbaru ialah merupakan satu garisan yang melengking menyentuh kedua-dua garisan tepi. Sekiranya jaringan dilakukan dari luar garisan tersebut adalah jaringan dari jauh dan 3 mata akan diberikan kepada pasukan yang berjaya. Permainan bola keranjang memerlukan pemain-pemain yang tinggi lampai kerana ianya mempunyai kelebihan untuk menjaringkan gol. Jengkauan tangannya adalah lebih jauh dan tinggi. Namun demikian, beberapa aspek lain adalah seperti ketangkasan dan kecergasan serta kemahiran dalam permainan adalah suatu faktor yang sangat penting bagi menjamin kemenangan sesuatu pasukan. Permainan bola keranjang adalah suatu permainan yang sangat menarik dan mencabar. Pemain-pemain sentiasa bergerak lincah sepanjang masa permainan. Sesuatu pasukan yang sedang bertahan mungkin akan secara tiba-tiba bertindak pantas menyerang ke kawasan gol pasukan lawan dan bola sentiasa bertukar tangan. Permainan bola keranjang dicipta oleh seorang jurulatih pendidikan jasmani bernama Dr. James Naismith pada tahun 1891

Upload: mutang20

Post on 19-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BOLA KERANJANG Sukan bola keranjang mula diperkenalkan oleh Dr James Naismith pada tahun 1891. Ketika itu beliau adalah seorang pemimpin YMCA, Springfield, Massachussets, Amerika Syarikat. Sejak permainan ini diperkenalkan, ia adalah satu jenis permainan riadah terutama sekali pada musim sejuk. Bola yang digunakan adalah bola sepak dan sejenis bakul yang digantungkan pada dinding sebagai gol.Kemudian, beberapa tahun selepas itu, terdapat banyak perubahan yang berlaku dari segi undang-undang permainan dan teknikal. Perubahan yang terbaru ialah merupakan satu garisan yang melengking menyentuh kedua-dua garisan tepi. Sekiranya jaringan dilakukan dari luar garisan tersebut adalah jaringan dari jauh dan 3 mata akan diberikan kepada pasukan yang berjaya.Permainan bola keranjang memerlukan pemain-pemain yang tinggi lampai kerana ianya mempunyai kelebihan untuk menjaringkan gol. Jengkauan tangannya adalah lebih jauh dan tinggi. Namun demikian, beberapa aspek lain adalah seperti ketangkasan dan kecergasan serta kemahiran dalam permainan adalah suatu faktor yang sangat penting bagi menjamin kemenangan sesuatu pasukan.Permainan bola keranjang adalah suatu permainan yang sangat menarik dan mencabar. Pemain-pemain sentiasa bergerak lincah sepanjang masa permainan. Sesuatu pasukan yang sedang bertahan mungkin akan secara tiba-tiba bertindak pantas menyerang ke kawasan gol pasukan lawan dan bola sentiasa bertukar tangan.Permainan bola keranjang dicipta oleh seorang jurulatih pendidikan jasmani bernama Dr. James Naismith pada tahun 1891 dan mula dimainkan di Bandar Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya di Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lapan buah negara sahaja, tetapi kini telah meningkat kepada 160 buah negara. Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di Berlin, Jerman. Bola keranjang diterima sebagai salah satu acara sukan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936 sehingga Olimpik 2008 (Beijing).

Sementara itu, bagi wanita, permainan ini mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. Kejohanan bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat juga bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat. Di sana, para pemain dibayar gaji secara kontrak mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut. Michael Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan menerima bayaran yang paling tinggi.Permainan ini diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh Inggeris. Hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama sahaja menerima permainan baru ini. Perkembangan pesat sukan ini terbukti selepas Perang Dunia Ke-2.Pada tahun 1958 MABA (MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSOCIATION) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agung dimulakan. Piala Agung Pertama dipertandingkan di Kuala Lumpur pada1958. VMABA menjadi ahli FIBA pada tahun 1959.

Pengasas Sukan Bola Keranjang Dr James Naismith

2.0TEKNIK DAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA KERANJANG2.1HantaranSelain daripada mengelecek, bola boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat lain, atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi hantaran. Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk menggerakkan bola ke arah keranjang. Apabila seseorang pemain tidak dapat mengelecek disebabkan pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan kelecek, pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masih dalam penguasaan pasukannya. Perkara penting dan utama yang harus diberi perhatian oleh seseorang pemain apabila membuat hantaran bola ialah dia hendaklah membuat hantaran yang selamat.Membuat hantaran merupakan kemahiran individu yang harus dimiliki dan dikuasai oleh setiap pemain. Daripada kemahiran individu inilah kemahiran pasukan dibentuk. Dalam hal ini sering dianggap bahawa membuat hantaran dan menerima hantaran merupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Ini bermakna kedua-dua pergerakan iaitu menghantar dan menerima bola sering dikategorikan sebagai satu kemahiran tersendiri.Terdapat 3 jenis hantaran:i. Hantaran Aras DadaDengan menggunakan kedua-dua belah tangan pemain. Biasanya kedudukan pemain semasa melakukan hantaran dada adalah suatu kedudukan yang memudahkan pemain membuat hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu. Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dan kelajuan diperlukan. Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemain lawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akan membuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras. Sebagai salah satu cara menghantar bola dalam bola keranjang, hantaran ini hendaklah dikuasai oleh setiap pemain.

ii. Hantaran LantunHantaran lantun merupakan jenis hantaran membuat hantaran dalam permainan bola keranjang. Hantaran ini boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah ataupun kedua-dua belah tangan. Hantaran lantun dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawan yang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya. Dalam hantaran ini, pemain melantun bola ke permukaan gelanggang supaya bola melantun dengan baik untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untuk menerima bola. Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan berkesan.

iii. Hantaran Di Atas Kepala Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak pantas melepasi kepala pemain lawan. Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain yang tinggi, khususnya pemain penyerang dan pertahanan. Hantaran ini juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan. Dalam situasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantaran tinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.

2.2MenggelecekMengelecek merupakan kemahiran asas terpenting dalam bola keranjang yang perlu diketahui dan dimahirkan oleh seseorang pemain. Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam gelanggang sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol. Pemain yang dapat menguasai dengan baik kemahiran mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam gelanggang dengan berkesan.

Teknik mengelecekTerdapat beberapa cara mengelecek dalam bola keranjang. Antaranya ialah kelecek rendah, kelecek tinggi, kelecek dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak tangan. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal. Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan tenang. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut kadar kelajuan jarak pemain lawan. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan,pemain hendaklah mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang.

3.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA KERANJANGGelanggangPermukaan gelanggang bola keranjang diperbuat daripada kayu, simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai yang membolehkan bola melantun dengan baik dan konsisten. Keadaan permukaan gelanggang mestilah rata , keras dan bebas daripada sebarang gangguan yang berkemungkinan boleh membahayakan pemain.Bagi gelanggang yang berada di dalam dewan.tinggi antara lantai dan siling atau sebarang halangan perlu melebihi tujuh meter.

Papan jaring dan keranjangPapan jaring didirikan di kedua-dua hujung gelanggang. Permukaan hadapan papan jaring perlu sama rata. Papan jaring diperbuat daripada kayu atau sebarang bahan lut sinar yang sesuai atau berwarna putih setebal 3 sentimeter. Pada permukaan hadapan papan jaring , dilukis satu segi empat tepat.Pada setiap papan jaring dipasang keranjang yang terdiri daripada bulatan besi (ring) dan jaring(net). Bahagian atas jaring separas dengan garisan bawah segi empat tepat.

BolaBola keranjang diperbuat sama ada daripada getah , kulit atau bahan sintetik. Kesesuaian tekanan bola dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian 1.8 meter dan bola tersebut akan melantun semula ke atas melebihi ketinggian paras pinggang.

Jumlah PemainJumlah pemain yang mendaftar dalam satu pasukan ialah sepuluh orang. Hanya lima orang pemain dari setiap pasukan akan bermain pada satu-satu masa. Setiap pemain boleh ditukar ganti sepanjang tempoh permainan.Setiap pertukaran pemain perlu dilaporkan kepada pencatat.

Masa permainanMasa permainan bola keranjang dibahagikan kepada empat suku (quarter). Masa bermain untuk setiap suku ialah tujuh minit.Masa rehat antara suku ialah dua minit. Selepas tamat suku kedua (separuh masa pertama),masa rehat diberi selama lima minit sebelum bermula suku ketiga.Dalam permainan bola keranjang , hanya masa sebenar dikira sebagai masa permainan.Jam masa akan diberhentikan semasa lontaran percuma, time-out, pemain megalami kecederaan, pertukaran pemain dan apabila bola keluar dari kawasan permainan. Masa permainan akan dikira sebaik sahaja bola dimainkan semula.

Permulaan permainanPermainan dimulakan dengan pengadil melambung bola di bulatan tengah di antara dua pemain daripada kedua-dua pasukan. Jam tangan diaktifkan sebaik sahaja bola yang dilambung disentuh oleh salah seorang pemain yang melompat. Pemain yang melompat tidak dibenarkan menangkap bola yang dilambung tetapi hanya boleh menepis atau menolak bola itu kepada rakan yang berada di luar bulatan.

Pelanggaran peraturan (violations)Terdapat dua jenis pelanggaran peraturan iaitu pelanggaran peraturan pengawalan bola dan pelanggaran peraturan masa. Pelanggaran peraturan ini akan mengakibatkan pasukan kehilangan bola kepada pihak lawan (turn over).

4.0 KEMUDAHAN DAN PERALATAN SUKAN BOLA KERANJANGBola

Bola diperbuat daripada getah dan dilepaskan dengan kulit getahatau bahan tiruan. Beratnya tidak kurang daripada 450 gram dan tidak melebihi 500gram. Ukuran bola ialah 68cm hingga 72cm. Dalam pertandingan peringkat antarabangsa,hanya bola yang mempunyai cop NBA sahaja yang boleh digunakan.Pakaian (Jersi)

http://bola-keranjang.blogspot.com/http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/sejarah-bola-keranjang.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_keranjang