bmz

36
Jenis-jenis Bacaan Secara Kontekstual Teknik Membaca Aktiviti Membaca KEMAHIRAN MEMBACA

Upload: lehyee

Post on 04-Sep-2015

71 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

KEMAHIRAN MEMBACA

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

[ SCANNING] Menentukan apa yang hendak dicariPerhatikan sepintas lalu ke atas bahan bacaan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang dicariBagi mempercepatkan proses, guna jari dan gerakkan secara cepoat ke atas barisan perkataan ketika membacaGuna panduan-panduan yang ada Jika scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian di tengah-tengah kolum dan gerakan mata terus ke bawahPROSEDUR

JENIS BACAAN [Bacaan Mekanis ] Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu

mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul.

Bahan bacaan yang sesuai ialah bahan bacaan yang mudah difahami dan tidak membebankan.

JENIS BACAAN [Bacaan Mentalis ] Dikenali juga sebagai bacaan akliah

Dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara

Tujuannya adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiranJENIS BACAAN [Bacaan Intensif ] Bacaan secara mendalam

Tujannya untuk memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca.

Memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.

[Bacaan Intensif ] Konsep bacaan intensif :Untuk memperkembang pembelajaran bahasa muridMemberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata Mengkaji ciri-ciri tatabahasaMemperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan Kepentingan gerak laju dan kelainan masaJENIS BACAAN [Bacaan Ekstensif ] Bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah

Minitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca

Membolehkan pelajar mencari isi penting melaui bacaan jenis ini.

[Bacaan Ekstensif ] Konsep bacaan ekstensif ialah :

Kegiatan membaca dilakukan diluar bilik darjah

Bahan bacaan perlu sesuai dengan murid

Bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronak dan terhibur

TEKNIK BACAAN

TEKNIK BACAAN [ Bacaan Intensif] Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru

Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembangkan perbendaharaan kataTEKNIK BACAAN [ Bacaan Intensif ] Konsep Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya

Memperkembang usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan

Gerak laju dan kelainan adalah penting[ Bacaan Intensif ] Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamusTEKNIK BACAAN [ Bacaan Intensif ] Tujuan Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya

Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca

Mengesan memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa

Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai

Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan. [ Bacaan Intensif ]

TEKNIK BACAAN [ Bacaan Ekstensif] Kegiatan membaca secara luas

Objektifnya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat

Untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan

Biasanya melibatkan perkara seperti membuat tinjauan, membaca sekilas dan membaca dangkal

TEKNIK BACAAN [ Bacaan Ekstensif ] Membaca tinjauanDilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan

Meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu

Latar belakang seseorang aan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukanMembaca sekilasKegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat TujuanMemperoleh sesuatu kesan umum isi bacaanMendapatkan hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaanMendapatkan bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan Membaca dangkalMendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca

Tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiahBacaan yang meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan diluar kelas

Menekankanaspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, mimbina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.

TEKNIK BACAAN [ Bacaan Ekstensif ] Dilakukan diluar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru

Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok

Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat,umur,jantina,pengalaman, sikap dan cita-cita.

Bahan-bahan yang berbezaTEKNIK BACAAN [ Bacaan Ekstensif ] Konsep Menambah minat membacaMembina daya berfikir dan membentuk sikap yang baikMempertingkatkan mutu dan kepantasan membacaMemperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasaMembentuk tabiat membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaanMendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa[ Bacaan Ekstensif ]

TEKNIK BACAAN [SKIMMING]TEKNIK BACAAN [ SKIMMING] Kaedah membaca cepat dengan mengutip secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting

Penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat yang penting sahaja

Proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama [ SKIMMING] Selidik secara keseluruhan tentang petikan

Tentukan sumber pilihan supaya bersedia dengan sesuatu penulisan

Baca perenggan pertamawalaupun tidak penting kerana perenggan ini menjadi asas untuk skim

Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut.PROSEDUR[ SKIMMING] Baca ayat pertama dan akhir bagi setiap perenggan

Baca perenggan akhir dengan teliti-disini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan

TEKNIK BACAAN [SCANNING]TEKNIK BACAAN [ SCANNING] Kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau mencari maklumat secara khusus

Menentukan sejauh mana kecekapan kita mencarai sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat)

Kecekapan scanning bergantung kepada keupayaan mental AKTIVITI MEMBACA

Aktiviti-aktiviti Galakan Membaca Peringkat Sekolah(NILAM)Buat Seekor Ulat Buku Murid menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ulat buku.Rakan Membaca Murid memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.Program Membaca Mendirikan Satu Murid menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.AKTIVITI MEMBACA Menghayati Puisi Murid melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.Baris Demi Baris Murid meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik.Mengumpul Perkataan Murid menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut kumpulan supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.Kisahkan Semula Sebuah Cerita Murid melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis Murid melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.

AKTIVITI MEMBACA Melukis Model Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.Halaman Masalah Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita murid menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.Kerangka Cerita Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.

AKTIVITI MEMBACA Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri Murid dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.Diari Membaca Mingguan Murid menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.Ulasan Buku Mobail Murid menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah.AKTIVITI MEMBACA