bmm3117

36
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Bandingbeza Teori Huraian Bahasa dan Teori Perolehan Bahasa 3.0 Strategi, Kaedah dan Teknik dalam PdP 4.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 5.0 Rumusan 6.0 Refleksi 7.0 Rujukan 8.0 Borang Kolaborasi 9.0 Lampiran 1

Upload: faridah

Post on 22-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sssssssssssssssssssssssss

TRANSCRIPT

Page 1: bmm3117

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Bandingbeza Teori Huraian Bahasa dan Teori

Perolehan Bahasa

3.0 Strategi, Kaedah dan Teknik dalam PdP

4.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

5.0 Rumusan

6.0 Refleksi

7.0 Rujukan

8.0 Borang Kolaborasi

9.0 Lampiran

1

Page 2: bmm3117

1.0 PENGENALAN.

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera saya ucapkan. Di sini saya ingin menerangkan

beberapa perkara mengenai tugasan yang diberikan kepada saya di bawah kelolaan Jabatan

Pengajian Melayu bagi subjek BMM 3117 –Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah. Penyerahan dan taklimat pelaksanaan tugasan ini diberikan pada 15 Februari 2014.

Kami diberi tempoh masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan tersebut.Tugasan KKP

yang telah disiapkan perlu dihantar pada 5 April 2014.

Hasil pembelajaran bagi tugasan ini adalah untuk memastikan kami mempunyai pengetahuan

tentang komponen-komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan

mengaplikasikan di dalam bilik darjah. Kami juga perlu meluaskan lagi pengetahuan dan

kefahaman agar dapat membandingbezakan konsep: strategi, kaedah dan teknik pengajaran

dengan tepat. Seterusnya kami perlu mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran terkini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Dalam menyiapkan tugasan KKP ini, kami dikehendaki membandingbezakan antara Teori

Pemerolehan Bahasa dan menyatakan kepentingan strategi, pendekatan , kaedah, teknik dan

juga elemen bestari dalam pengajaran Bahasa Melayu. Tugasan ini juga menghendaki kami

merancang dan menyediakan satu Rancangan Pelajaran Harian ( RPH) dengan

mengaplikasikan semua elemen yang dinyatakan di atas. Kami juga perlu melaksanakan sesi

pengajaran makro di sekolah tempat bertugas dengan membuat rakaman sebagai bukti.

Bagi melengkapkan tugasan KKP ini, kami dikehendaki secara individu menulis satu penulisan

refleksi,berhubung dengan tugasan yang telah dilaksanakan.Kami juga dikehendaki membuat

penilaian dan rumusan sejauh mana tugasan ini memberi impak baik dan membantu kami

dalam memahami serta mendalami lagi isi pelajaran bagi mata pelajaran BMM 3117 ini.

2

Page 3: bmm3117

2.0 BANDINGBEZA ANTARA TEORI HURAIAN BAHASA DAN TEORI PEMEROLEHAN

BAHASA

BIL TEORI HURAIAN BAHASA TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

1. - Dikenali sebagai pendapat yang

memerihalkan teori dalam bahasa.

- Proses pembelajaran bahasa daripada

satu aspek hingga keseluruhannya dan

proses ini berlaku di dalam otak kanak-

kanak ketika dia memperoleh bahasa

pertamanya.

2. Menurut Teori Tradisional :

- Kajian-kajian bahasa dibuat

berasaskan bahasa tulisan.

- Huraian tatabahasa bersifat

rasional dan berasaskan anggapan

bahawa disiplin-disiplin lain tiada

kaitan dengan bahasa. Akibatknya

huraian unsur-unsur bahasa tidak

tetap dan tidak tepat.

Menurut Teori Behaviorisme :

- Teori ini menekankan peri laku dan

individu banyak belajar melalui

pengalaman lampau serta

persekitaran.

- Bagi golongan behavioris,

penguasaan bahasa tidak

memerlukan daya mental tetapi

diperoleh memlaui latihan dan

pengulangan.

-

3. Menurut Teori Tradisional:

- Kajian bahasa dibuat secara

deduktif, iaitu mengutamakan

pemahaman peraturan-peraturan

bahasa terlebih dahulu sebelum

memberikan contoh.

Menurut Teori Behaviorisme :

- Bahasa dikuasai melalui proses

pengulangan kerana teori ini

beranggapan bahasa merupakan

proses mekanis dan tiada kena-

mengena dengan fikiran atau daya

mental.

4. Menurut Struktural :

- Bagi ahli-ahli bahasa struktural,

bahasa ialah satu sistem bunyi

pertuturan yang arbitrari untuk

Menurut Teori Mentalis :

- Teori mentalis berpendapat bahawa

pemerolehan bahasa sebagai satu

proses pemikiran yang melibatkan

3

Page 4: bmm3117

menyatakan sesuatu objek,

keadaan atau konsep yang

digunakan untuk berkomunikasi.

aktiviti mental.

5. Menurut Teori Struktural :

- Mereka berpendapat bahawa

huraian bahasa dilakukan secara

induktif iaitu dimulai dengan contoh

kemudian diikuti pula dengan

generalisasi dan mereka

berpendapat bahawa huraian

bahasa tidak mementingkan

makna dan analisis dibuat secara

lanjutan.

Menurut Teori Mentalis :

- Sejak dilahirkan kanak-kanak telah

mempunyai alat pemerolehan

bahasa (Language acquisition

device/LAC) yang membolehkan

manusia mempunyai kebolehan

semula jadi menguasai bahasa.

6. Menurut Teori Transformasi Generatif :

- Kajian Transformasi Generatif

dibuat berasaskan kenyataan

bahawa seseorang penutur natif

(jati) sesuatu bahasa berkebolehan

membentuk dan memahami

pertuturan yang belum pernah

didengar kerana manusia

dilahirkan dengan kecekapan

semula jadi untuk berbahasa.

Menurut Teori Mentalis :

- Golongan mentalis berpendapat

bahawa manusia mempunyai

kompetensi (rumus yang ada dalam

mental manusia) dan prestasi

(aspek penggunaan bahasa oleh

penutur berdasarkan kecekapan

bahasa manusia) bahasa.

7. Teori Fungsional berpendapat :

- Kajian bahasa bukan semata-mata

tertumpu kepada bentuk-bentuk

bahasa bahkan juga terhadap

perubahan-perubahan yang

berlaku pada bentuk-bentuk

bahasa ketika seseorang itu

berkomunikasi.

Teori Interaksional berpendapat :

- Kanak-kanak menguasai bahasa

kerana mereka mempunyai

keperluan dengan ahli mensyuarat

dalam persekitarannya.

4

Page 5: bmm3117

8. Teori Fungsional berpendapat :

- Asas elemen-elemen dalam

struktur bahasa ialah semantik dan

bukannya hubungan sintaksis.

Teori Interaksionalis :

- Pemahaman kanak-kanak tentang

bahasa berakar umbi daripada

perkembangan kognitif.

5

Page 6: bmm3117

3.0 STRATEGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah

menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini

selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar

yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah

bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat

merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.     

  

3.0.1PENGGABUNGJALINAN 

Pengabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melaui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat

mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran boleh digabungjalinkan sama

ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada

matapelajaran lain.

3.0.2 PENYERAPAN 

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan.

Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-

lain.   

   

3.0.3 PENGAYAAN 

 Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid

ini hendaklah  diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau

dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja,

permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai

kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.

   

3.0.4 PEMULIHAN 

 Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas

yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program

6

Page 7: bmm3117

ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh

digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan

program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.        

3.0.5 PENILAIAN 

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi

menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian

perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui

proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas

seseorang murid, sama ada untuk menjalankan  pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu

barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat

dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

3.1 PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

            Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran

seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan

merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan

sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati

sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Dengan kata lain, pendekatan kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk

mencapai objektifnya.

            Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang

saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan

mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh kriteria sejauh mana murid-murid

terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin ( 2004)

mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan

andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap

pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M.

7

Page 8: bmm3117

Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses

pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

            Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu

perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari elemen-

elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka kita

boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.

3.1.1   PENDEKATAN DEDUKTIF

            Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada

sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya

ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari daripada

kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus, prinsip-prinsip, teorem-

teorem atau hukum-hukum yang baru.

            Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai

contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan

contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan menjelaskan bagaimana proses hujan

itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid menyenaraikan unsur-unsur yang

terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang konsep hujan

yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid menjawab soalan

latihan daripada buku teks dan memberikan contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan.

Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah

berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta.

3.1.2   PENDEKATAN INDUKTIF

            Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan

contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti

maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah seterusnya, guru perlu memberi

contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan daripada contoh-

contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta

membuat generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan

serta membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui

aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat.

8

Page 9: bmm3117

            Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan dan penilaian

sendiri. Mengikut laman webhttp//www.potralpendidikan.com (1998), pendekatan induktif dapat

dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan contoh-contoh khusus dan

murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk

pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik

3.1.3   PENDEKATAN ELEKTIF

            Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah

bahasa Inggeris “elective” bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan induktif

dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep

dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti

kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam

strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan).

            Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid

pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif

dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh.

Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid-

murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri

dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan

murid. Kebiasaannya, pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan

matematik. 

3.1.4   PENDEKATAN KOMUNIKATIF

            Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan

kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni

penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama

membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej

kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan

bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.            Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan

sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur (1998)

9

Page 10: bmm3117

mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini dan murid-

murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan

mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih bepusatkan

murid. Pendekatan Pembelajaran Bahasa :

a. Berpusatkan Murid

murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

Penglibatan aktif murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.

Aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran

dan pembelajaran.

Guru sebagai seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti

pembelajaran secara kumpulan atau individu.

Memerlukan peruntukkan masa yang banyak untuk murid melaksanakan sesuatu

aktiviti.

b. Berdasarkan Bahan

Mementingkan penggunaan bahan pelajaran .

Guru dan murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk

mencapai objektif pelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran mengutamakan kecekapan dan kemahiran

menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan

bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih

jelas.

c. Pembelajaran Berasaskan Projek

Membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan

menarik.

Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik apabila guru dan murid dapat

mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

d. Pembelajaran Berasaskan Masalah

10

Page 11: bmm3117

Guru perlu kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang mendorong

minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa

untuk menyelesaikan masalah.

Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan

tugasan untuk menyelesaikan masalah.

e. Pembelajaran Berasaskan Aktiviti

Murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi melaksanakan tugasan

dalam aktiviti tertentu.

Menimbulkan minat dan kecenderungan murid untuk terlibat secara langsung dalam

proses pengajaran dan pembelajaran .

Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru.

f. Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario

Mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan

maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat

menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh

untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran

g. Pembelajaran Berasaskan Permainan

Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan

permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti

permainan yang dilaksanakan.

Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang

disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan

berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi.

3.2 KAEDAH

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai

objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

11

Page 12: bmm3117

Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang

terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang

dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun

rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu

objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

3.2.1 Kaedah Natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku

dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada

analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.

3.2.2 Kaedah Nahu Tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa

dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga,

membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga

bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam

penulisan.

3.2.3 Kaedah Terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun1920-1935.

Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih

pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan

prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.

3.2.4 Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran

demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru

bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui

ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

3.2.4 Kaedah Linguistik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu

12

Page 13: bmm3117

dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus

tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk

ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

3.2.5 Kaedah Kod Kognitif

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan

membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada

bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan

lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

3.2.6 Kaedah Bahasa Komuniti

Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara

pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya.

La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa

mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang

pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa

itu.

3.2.7 Kaedah Oral-Aural 

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat

kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan

Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran

membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui

pengalaman dalam bahasa.

3.3 TEKNIK

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti

muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi

atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada

waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian

Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu

13

Page 14: bmm3117

organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk

mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan

bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih

haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang

dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

Teknik main peranan

Teknik permainan bahasa

Teknik latih tubi

Teknik bercerita

Teknik simulasi

Teknik drama

Tujuan Teknik

Menarik minat murid

Mengekalkan perhatian

Membangkitkan rasa ingin tahu

Teknik Latih - Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin

kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.

Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut

perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan

maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan

perkataan-perkataan itu.

Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya

digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

14

Page 15: bmm3117

3.3.1 Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan

sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan

masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan

semula.

Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti

mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan

mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang

dipertanggungjawabkan.

Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan

terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada

murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.3.2 Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang

dianggap penting.

Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu

situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana

pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-

murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang

dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini

dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya

melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

15

Page 16: bmm3117

3.3.3 Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan

satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan

pendapat dan idea.

Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah

dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada

peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan

pembelajaran secara analitis.

 3.3.4 Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik

permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi

latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa

pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam

sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

 

3.3.5 Teknik Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan

berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian

pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis di kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,

suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan

mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

 

16

Page 17: bmm3117

3.3.6 Teknik Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan

induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur

paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,

kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan

perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu

pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid,

disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

 

17

Page 18: bmm3117

4.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

LITERASI TAHUN 1

Tahun : 1

Bilangan Murid : 6 Orang

Masa : 8.45 – 9.45 pagi

Mata Pelajaran : Literasi Tahun satu

Tema : Persekitaran Saya

Tajuk : Perkataan KVKVKV

Fokus Utama :1.2 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi sukukata

Terbuka KVKVKV.

2.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi sukukata

terbuka KVKVKV.

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i) Menyebut, mencerakin, mengeja, membaca dan memahami perkataan suku kata terbuka KV+KV+KV dengan sebutan yang betul.

Pengisian Kurikulum : Ilmu: Pendidikan Muzik

Nilai: Kasih sayang,keberanian,kerajinan, ketekunan

Strategi Pengajaran : KBT - Verbal Linguistik,Visual ruang,kinestetik,KBKK,K.Pelbagai.

: Main peranan,latih tubi,pendekatan elektif.

Sistem Bahasa : Tatabahasa

Kata Nama Am – kerusi, tomato, kereta, bateri, rebana,pelita,menara,

kamera, keladi

Media : kad gambar , kad perkataan, kad sukukata slaid pawerpoint

Senikata lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’ lembaran aktiviti

18

Page 19: bmm3117

LANGKAH/

MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN

& PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

( 5 Minit)

Meneka benda di dalam

kotak.

1.Murid meneka benda di

dalam kotak yang dibawa

guru.

2.Guru meminta seorang

murid mengambil benda di

dalam kotak .

3.Murid menamakan benda

tersebut.

4.Guru meminta murid

menamakan benda dengan

sebutan yang betul.

4.Guru memperkenalkan tajuk

pelajaran pada hari ini.

BBM: Kereta

Mainan.

KBT: Lisan

Pandang sebut

Verbal lingustik

Nilai:Berani

Strategi/Teknik:-

- Soal jawab

- Latih tubi

- Pemerhatian

- Main peranan

Langkah 1

(15 Minit)

1.Kad gambar 1.Murid menamakan gambar

yang ditunjukkan oleh guru.

2.Guru memilih murid secara

rawak untuk menampal

gambar di papan tulis.

3.Guru membimbing murid

mengeja dan membunyi

perkataan yang ditunjuk.

4.Guru memilih murid secara

rawak untuk memadankan

kad perkataan dengan

gambar di papan tulis.

5.Murid mengeja perkataan

secara kelas,kumpulan dan

individu.

ABM:

-Kad gambar

-Kad perkataan

KBT:

-Kemahiran -

berfikir

-Kemahiran

belajar cara

belajar

Nilai:

-Berdikari

-Berani

Strategi/Teknik:-

19

ke re ta

Page 20: bmm3117

2. Kad perkataan

-Pemerhatian

-Pandang dan

sebut

-Penerangan

-Mencungkil

pendapat

-Penyoalan

-Cuba jaya

Bahan :-

-kad gambar

-kad perkataan

Nilai:-

-Keprihatinan

-Menghormati

Langkah

2

(20 minit)

Suku kata KV. Aktiviti Kumpulan:

1.Guru membahagikan murid

kepada dua kumpulan

(kumpulan A dan B)

2.Setiap kumpulan diberi lima

gambar dan lima set

sukukata.

3.Guru meminta setiap

kumpulan menyusun

sukukata menjadi perkataan

yang betul berdasarkan

gambar.

4.Murid mennyusun sukukata,

membentuk perkataan.

5.Murid membaca perkataan

yang telah disusun.

Catatan:

ABM:

-Kad gambar

-kad sukukata

KBT:

-Visual Ruang

-Verbal Linguistik

-Kinestetik

-Interpersonal

Teknik:

-main peranan

Nilai:

kerjasama

20

baterikerusi

ke

re ta

pe

to la

to ma to

Page 21: bmm3117

Langkah

3

( 15 minit)

Aktiviti bahasa

Permainan Bahasa

1.Guru mengedarkan

lembaran aktiviti.

2.Guru menerangkan cara

melaksanakan aktiviti di

dalam lembaran kerja.

3.Murid memadankan

perkataan dengan gambar

yang betul.Kemudian

mewarnakan gambar

tersebut.

ABM:

Lembaran aktiviti

KBT:

Kemahiran

berfikir

Nilai:

Berusaha

Penutup

( 5 minit)

Nyanyian

Simulasi

1.Murid menyanyikan lagu

“Bapaku Pulang Dari Kota”

berdasarkan pengetahuan

sedia ada yang telah

dipelajari dalam mata

pelajaran Dunia Muzik.

2.Guru membuat penerapan

nilai murni.

ABM:

-Slide senikata

lagu.

KBT:

-Didik hibur

-Kinestetik

-Visual Ruang

NILAI:

-kerjasama

-keberanian

-ketekunan

21

Page 22: bmm3117

5.0 Rumusan.

Kesimpulannya, setiap strategi dan pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran mempunyai tujuan, kelebihan dan kelemahan masing-

masing.Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam memilih serta

menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid-murid

supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara menarik dan

berkesan.Keberkesanan satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran juga saling bergantung

diantara murid, guru dan bahan yang digunakan.

22

Page 23: bmm3117

6.0 REFLEKSI

Alhamdulillah…..

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya

menyiapkan Kerja Kursus Pendek BMM 3117 (Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah) ini. Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada pensyarah bagi kod kursus ini,

iaitu Encik Nordin bin Shaari, yang sememangnya telah banyak membantu saya dalam

menyiapkan tugasan ini. Beliau telah memberi bantuan dan penerangan dari segi pemahaman

dan cara kerja dalam melakukan tugasan ini iaitu semasa dalam kelas dan taklimat KKP.Tanpa

bantuan beliau ,sudah pasti saya menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya. Sesungguhnya tiada kata yang dapat saya ucapkan selain ucapan terima kasih yang

tidak terhingga kepada beliau.

Dalam menyiapkan tugasan KKP ini, kami dikehendaki menghasilkan satu folio yang

lengkap bagi memperlihatkan kefahaman tentang Teori Huraian Bahasa dan Teori

Pemerolehan Bahasa, konsep-konsep, strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan elemen bestari

dalam pengajaran Bahasa Melayu. Tugasan ini juga menghendaki kami merancang dan

menyediakan satu Rancangan Pelajaran Harian ( RPH) dengan mengaplikasikan semua

elemen yang dinyatakan di atas. Kami juga perlu melaksanakan sesi pengajaran makro di

sekolah tempat bertugas dengan membuat rakaman sebagai bukti.

Sebelum menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa mengumpul bahan dan maklumat

berkaitan melalui pembacaan dan dapatan bahan daripada internet. Kekurangan bahan bacaan

yang berkaitan menyebabkan saya menghadapi masalah untuk mendapat maklumat berkaitan.

Kekangan masa kerana bebanan tugas di sekolah yang banyak juga menghadkan lagi

keupayaan saya dalam mengumpul maklumat berkaitan. Namun begitu, semuanya dapat

diatasi secara beransur-ansur.

Sepanjang menyiapkan KKP ini, barulah saya menyedari hakikat bahawa penggunaan

strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang betul serta bersesuaian dengan tahap kebolehan

murid amatlah penting bagi mencapai objektif perancangan satu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Murid-murid berbeza daripada segi keupayaan memahami bahan-bahan bertulis,

keupayaan mendengar dan bertutur. Jadi dalam menyampaikan isi pelajaran, saya harus

memikirkan keadaan ini agar mereka dapat diberi perhatian yang berlainan dan sesuai dengan

23

Page 24: bmm3117

kemampuan mereka. Dengan adanya pengalaman dalam melakukan kerja kursus pendek ini,

sedikit sebanyak dapatlah saya menyelesaikan masalah perbezaan individu dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Kini saya berasa lebih yakin dalam menggalas tugas seorang

guru di masa hadapan.

Terdapat pelbagai penambahan ilmu dan pengalaman baru yang saya perolehi

sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Antaranya ialah saya telah dapat

menambahkan lagi pengetahuan berkaitan kaedah, strategi,pendekatan dan teknik pengajaran

dan pembelajaran..Saya juga berpeluang mencari serba sedikit info tentang kaedah serta teknik

yang sesuai dengan tahap perbezaan individu.Pengalaman ini banyak gunanya bagi saya

menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Terdapat kekuatan dan cabaran sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini.Antara

kekuatan yang dapat dikenalpasti ialah , sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya

telah mendapat kerjasama yang baik daripada rakan setugas.Ini terutamanya semasa

menjalankan sesi pengajaran makro.Dengan bantuan dan kometmen yang baik daripada rakan

setugas telah membantu saya menjalankan rakaman yang diperlukan.. Mereka semua amat

memahami dan sudi meluangkan masa serta membantu dalam aspek pemerolehan maklumat

dan pelaksanaan tugasan.Pencarian maklumat mengenai tugasan kerja kursus ini juga dapat

diperolehi melalui buku dan sumber internet.

Manakala dari aspek cabaran pula, pada peringkat awal menerima tugasan ini, saya

berasa tertekan kerana dengan aktiviti sekolah yang agak padat dan suasana di bulan puasa

membataskan luangan masa untuk saya menyiapkannya.Tempoh masa untuk menyiapkan

tugasan ini adalah satu tempoh yang sudah mencukupi, tetapi dengan situasi yang dihadapi

membuatkan kerja saya menjadi kelam kabut.Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran ini,

saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan

pensyarah pembimbing, untuk membuat pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian

idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan dengan rakan.Kolaborasi seumpama

ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai

iktibar dan panduan untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui

pelaksanaan tugasan ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan

mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran

terkni. Hal ini kerana,penguasaan kemahiran tersebut membolehkan guru mahir dalam

24

Page 25: bmm3117

merancang strategi dan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat serta kebolehan murid.

Oleh itu, sebagai pendidik, guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran tersebut demi

memperkembagkan lagi kebolehan dan potensi diri anak-anak didik.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan

kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti

pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu

guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan

berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-

murid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah

aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan

tersebut haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran

tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam

menjayakan perkara ini.

Sememangnya tugasan ini tidaklah mudah untuk saya lakukan.Dalam menyiapkan

tugasan ini, saya perlu memerhati dan memahami dengan lebih mendalam tentang kerja kursus

pendek ini.Tetapi, dengan bantuan daripada pelbagai pihak , akhirnya dapat juga saya

menyiakan tugasan ini.Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing ,

Encik Amir Hamzah Bin Ya’akub serta rakan-rakan semua.Terima kasih juga diucapkan kepada

semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Sekian,

………………………………….(FARIDAH BINTI MOHAMAD) PPG SEMESTER 6 MTE KUMPULAN C

                                

RUJUKAN

25

Page 26: bmm3117

- Bahagian Pembangunan Kurikulum. Modul Literasi Tahun 1

- Kamaruddin Hj Husin,UPM,Serdang.Pengkaedahan Mengajar Bahasa.Kumpulan

Budiman Sdn.Bhd.

- Siri Pengajian dan pendidikan Utusan.(2000).Pedagogi Bahasa Melayu. Utusan

Publications dan Distributors Sdn.Bhd.

- Siti Hajar Abdul Aziz.Bahasa Melayu II.Oxford Fajar Siri Pendidikan Guru.

http://www.bmtahun1kssr012.blogspot.com

http://www.slideshare.net./

http://www.lmsipda.net/ppg

BORANG KOLABORASI

26

Page 27: bmm3117

BIL. TARIKH CATATAN/PERKARA TANDATANGAN

1. 15 Februari 2014 Penyerahan tugasan KKP kepada para pelajar oleh En Nordin bin Shaari

2.22 Februari 2014

Perbincangan dan mengumpul bahan bersama rakan di Perpustakaan Awam Negeri.

3.8 Mac 2014

Merangka dan mencari bahan awal sebelum melaksanakan tugasan bersama rakan sekelas

4. 3 April 2014 Semakan akhir sebelum tarikh penyerahan

5. 5 April 2014 Penyerahan tugasan kepada Pensyarah

27

Page 28: bmm3117

LAMPIRAN

28